Sunday, April 04, 2010

KENANGAN...

HARUM SUBUR DI HATI
19 rabiulakhir 1431 - 04 april 2010

"Gayour, macam mana dengan kawan-kawan kartunis yang lain?" Orait. Ada yang masih terus melukis dan ada gak yang buat kerja lain tak melukis lagi. Ada gak yang jadi animator sekarang ni Din".
Ini la antara perbualan yang masih gua ingat antara gua dengan Allahyarham masa lepak sebelum bemulanya rakaman WUHAI BERAMBOI yang menjemput gua sebagai tetamu pada bulan November 2009 yang lalu. Ada banyak lagi yang kitorang borakkan. Tak payah dikisahkan kat sini. Kini semuanya menjadi kenangan antara gua dengan Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi yang telah pergi meninggalkan kita selamanya. Nama yang pernah menjadi kontroversi suatu masa dahulu.


Gua nak tulis ALFATIHAH kat sini, tapi banyak komen yang gua baca mengenai pemergian Allahyarham menulis ALFATIHAH. Ada ke kita membaca Surah AlFatihah, berniat dan menghadiahkan untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad dengan ikhlas?

Rancangan WUHAI BERAMBOI yang menjemput gua bersama brader Usup Kopratasa sebagai tetamu telahpun disiarkan pada bulan lepas. Menonton rancangan tu, terasa seperti baru tadi besembang dengan Din Beramboi.

semuanya hanya tinggal kenangan... terima kasih Din Beramboi. moga diberkati dan dirahmati Allah.


19 comments:

Karonizam Kasim said...

sy gak trn tkilan dgn pmergian arwah. Sblm 2 hari arwah pergi, sy baru je open blog brader Gayour yg dijemput olh arwah dlm rncgn tv pertama arwah "wuhai beramboi"... pada ketika itu sy mengjangkakan bw rncgn itu pastinya gmpak dan mndoakan smga beliau terus sukses dlm kariernya.. Tp Allah Maha mengetahui lg Maha bkuasa... aleh2 pd pg jmmt lps, sy dikhabarkan dgn berita pmergian arwah... nmn kngn ketika bgmbr dgn arwah di genting thn lps xkan sy lupekan.. smga arwah ditempatkan di kalangan org yg diredhai...

Rockarena said...

gua turut trkilan & rasa mcm masih tak mempercayai yg beliu telah meninggalkan kita. masih terbayang2 kelatah beliau ms mnjd juri rncngn RL. Semoga roh beliau di tmptkn brsama2 org2 yg beriman. amin....

Mazru Majid said...

salam

Koi sbnrnye amat meminati lawak jenaka yg allahyarham ni buat..selamba dan tak menjemukan..

tapi kini kite dah hilang sorg lg komedian hebat tanahair...semuga Allah menempatkan nye bersama para mrk yg beriman..insyaAllah..amin.

Jairo said...

al fatihah.. sungguh tak di sangka....

gayour said...

karonizam kasim
kematian memang tidak disangka kedatangannya.

rockarena
walau tak percaya tapi itu la yang telah berlaku.

gayour said...

mazru majid
biasanya orang yang hebat mati muda!

only the good die young

jairo
walau tak percaya tapi mati tetap mati

Nunn said...

aku jugak terasa kehilangan saudara kita ni..sebab masa dia dlm thr dulu ada gak berborak dgn allahyarham dalam telefon memang sempoi betul...alfatihah utk din beramboi..

pakcik kordi said...

gayour,lu ade kenangan dgn allahyarham....=)mesti best dan tak dapat dilupakan...

semoga beliau tenang di sana....

gayour said...

nunn
"hanya kenangan terukir di dada
bersemadi dalam sanubariku..."

kenangan bersamamu-lefthanded

pakcik kordi
yeah! ada la sket kenangan bersama Allahyarham.

Aidilangelo said...

Sesungguhnya mati itu benar..

Teringat kiasan mak sedare teman bile ditanye tentang meninggalnya suami beliau.

"Bukannye xredha.. tapi bile Tuhan beri, kite jaga, kita kenal, kite hargai... susah untuk kite lupe die"


Al-Fatihah and Au Revoir at Merci!

faizalmukhtar said...

tribute to the old school legends.

berteromber said...

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un"

takziah buat keluarga beliau

"to live...is to die"

gayour said...

aidilangelo
kenangan memang susah atau tak mungkin dilupakan...

faizalmukhtar
patah tumbuh hilang berganti. akan muncul penganti baru yang tak sama tapi dengan gaya, kelebihan dan kehebatan tersendiri!

berteromber
hidup harus terus hidup
biar cabaran kuat menduga...

layarkan-ramli sarip

frankrx2 said...

yupe. kita doakan semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang yg beriman..
Walaupun dahulu kita ada sedikit sejarah hitam dengan beliau (Ujang & Din beramboi) tapi itu semua hanyalah masam manis kehidupan... nothing personal.

But our life still goes on.

deaf_angel said...

Semoga arwah ni dimasukkan dalam golongan mereka yang beriman dan selamat kat sana. Amin.

mhagnoth said...

Hari-hari aku tengok muka din dan aznil dalam papantanda iklan radio era kat simpang depan rumah aku. Macam x caya yang sorang dah pergi...

gayour said...

frankrx2
bukan sejarah hitam, tapi satu "kisah hebat" dalam industri kartun tahahair.

deaf_angel
begitulah diharapkan begantung pada amal ibadah Allahyarham.

mhagnoth
tak apa la. boleh tengok, tengok je la.

P U P U T said...

alaa....sedih tgk pic ni...tggl kenangan...bersama selamanya...(T_T)

gayour said...

puput
yeah! tetap indah dalam kenangan