Monday, June 14, 2010

SAYA MESTI PILIH!

SMART KIDS 2010

01 REJAB 1431H - 14 JUN 2010


Entri kali ni dah kira tahap pra sejarah. Kisah ni telah belaku pada 10 dan 11 April 2010 yang lalu. Nak buat cane, sibuk tak memasal! Tak sempat nak post entri baru kat blog ni. Tak kisah la tu. Entri kali ni betajuk SAMRT KIDS. Penah dengar pasal program tahunan yang belangsung kat PWTC selepas Pesta Buku 2010 ni? Baru kali ni dengar. Bagus la. Lepas ni korang tak boleh lagi kata, “ tak penah dengarpun!”.




Gua telibat dalam SMART KIDS ni atas jemputan pihak Bank Rakyat. Lepas join party diorang kat Menara Aloq Setaq, Kedah bulan lepas, diorang terus booking gua untuk program ni plak. Kali ni tugasan gua adalah melukis karikatur untuk anak-anak yang membuka akaun Nuri bersama saudara Niezam. Mana-mana mak bapak yang membuka akaun Nuri untuk anak-anak diorang, gua dan Niezam akan melukiskan karikatur diorang. Bank Rakyat membuka booth promosi akaun Nuri kat SMART KIDS ni.


Gua dan Niezam dijemput untuk betugas selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 April . Punya la ramai mak bapak mengendung anak-anak datang ke SMART KIDS ni, nak jalanpun susah. SMART KIDS memang diadakan untuk kanak-kanak. Banyak syarikat yang join dengan produk memasing. Ada buku, komputer, perisian komputer, permainan, peraduan, hadiah, peralatan dan segala macam lagi temasuk produk makanan dan minuman. Tak ketinggalan badut-badut yang begitu ramai bekeliaran membuat dan memberi belon pada anak-anak. Ni bunting yang ditempah khas oleh Bank Rakyat menggunakan karikatur yang gua lukis.


Ahli-ahli Kelab Nuri sedang mewarna. Biasa la, peraduan mewarna dah jadi acara wajib kat mana-mana untuk meleka, menarik dan membuatkan sesuatu tempat/booth meriah dengan orang ramai. Memang kanak-kanak suka melukis and mewarna. Selagi itu la acara mewarna akan terus dibuat kerana ia memang sentiasa mendapat sambutan. Tu, nampak tu… badut galah panjang sedang menjalankan tugas bejalan-jalan mengganggu penumpuan anak-anak untuk mewarna. Kadang-kadang badut ni mengong gak. Main redah ikut suka tak kira majlis. Beliau cuba menceriakan keadaan tapi ada kalanya masa yang tak kena! Ntah la!


Tak kira siapa yang membuka akaun Nuri, gua akan lukis temasuk baby ni. Melukis karikatur baby bukan semudah yang disangka. Melukis memang tak jadi masalah. Cuma beberapa masalah masa lukis karikatur baby. Antara masalahnya adalah:

1- Baby tu sendiri. Tak bleh duduk diam. Pusing sana. Toleh sini. Aduuuu…

2- Ada baby yang tak mesra orang ramai. Melalak bila tengok orang berambut panjang cam gua! Aduuu laa… uuu..uuuu…

3- Mula-muka isap puting, toleh balik dah isap ibu jari plak. Aduuu laa…

4- Mula-mula lukis, segar bugar. Mata tebeliak besar. Baru siap lukis rambut, dah lelap la plak. Aduuuu…

Ada beberapa lagi masalah. Tapi tak kisah la. Semanjak boleh melukis karikatur sket-sket, banyak gak karikatur yang telah gua lukis, tapi tak banyak karikatur baby yang gua dah lukis. Baby ni salah sorang darinya.


Salah sorang kanak-kanak yang gua karikaturkan.


Macam-macam aktiviti dibuat untuk ahli kelab Nuri sepanjang belangsungnya SMART KIDS. Macam-macam hadiah disediakan oleh Bank Rakyat bukan saja untuk anak-anak tapi gak untuk mak bapak dan pengunjung yang join dalam aktiviti yang disediakan. Untuk aktiviti terbuka, semua boleh join. Memang happening dan sporting pasal memasing nak hadiah! Antara aktiviti yang paling ditunggu adalah pesembahan magik. Hari Sabtu ada magik, hari Ahad pun ada magik! Awek yang menjerit ketakutan tak memasal pasal nakot tangannya putus ni adalah pengunjung yang terpaksa join dalam persembahan magik.


Satu yang menarik dalam SMART KIDS adalah maskot. Banyak tul maskot. Besepah kat mana-mana. Banyak syarikat memnggunakan maskot sebagai penarik untuk mempromosikan produk diorang. Terhibur tul gua tengok maskot yang bemacam-macam. Harharhar! Ni maskot paling buruk, huduh, hina, jijik! Maskot apa ya? Rasanya maskot kuman, bakteria, kotoran. Ntah la. Lemah minda tul.


Petang hari terakhir, satu kumpulan maskot berarak beramai-ramai di seluruh booth pameran. Macam-macam maskot ada rupanya. Harharhar! Terhibur tul gua! Ni bulat tak memasal. Warna merah jambu. Kiut la kononnye! HEH!!


Maskot gigi! Yeah! Yang ni maskot gigi.

Maskot ikanpun ada. Tak tau ikan jenis apa. Panggang/bakar sodap, gorengpun sodap!


Menatang apa plak ni? Ntah la. Amik je la gambo dengan beliau. Nanti kecik ati plak!

Lembu. Yeah! Cuba agak lembu jantan ke lembu betina. Checkidaut!


Yang nipun lawak gak. Maskot kangaroo. Kali petama nampak memang lawak. Menatang apa la plak tu. Kangaroo rupanya.


Lion King! Kan gua dah kata. Macam-macam jenih maskot mengarut ntah apa-apa diorang buat mengabihkan duit untuk menarik perhatian anak-anak. Ntah la.


Selama dua hari, dari pagi sampai ke malam gua bersama Bank Rakyat dalam program SMART KIDS 2010. Walau ramai yang membuka akaun Nuri tapi tak ramai yang ada masa nak duduk untuk dikarikaturkan pasal banyak tempat nak pegi. Banyak permainan nak dicuba. Banyak peraduan dan hadiah ditawarkan hampir di semua booth. Pengunjung jadi tak keruan! Tak tau mana nak pegi dulu. Apapun gua enjoy bersama Bank Rakyat dalam program ni. Dapat tengok/jumpa ramai kanak-kanak, mak bapak dan orang ramai. Dapat join dalam aktiviti yang dibuat oleh Bank Rakyat, dapat kenalan baru dan sentiasa dapat melukis walau di mana!


Terima kasih pada semua yang membuka akaun Nuri Bank Rakyat dan terima kasih pada encik Ismail dan encik Mamat atas jemputan.


Bank Rakyat... saya mesti pilih!



16 comments:

deaf_angel said...

gayour, ko lain kali ko ketuk kepala lutut badut galah tu kalo dia redah sebarangan..

anyway, wah...ko bukan main mesra ngan lembu pink tu eh, female cow tu

JAIRO said...

kekekekekek dasat ooohh ni org ari tu uitm sekarang ikut bank plak... kekekekekek cayalah \m/

frankrx2 said...

Huh! Gempak giler!
Nak marah baby, tak patut pulak iye tak? So sabo je lah bro... =P

Hah! Gua tau maskot apa yg tak de nama tu)! Itu maskot mash mellow dalam citer ghostbuster yg first tu... kehkehkeh....

gayour said...

deaf_angel
aduuu...macam mana lu tau tu lembu betina? heh!

jairo
orang bankpun pernah minat kat kartun gua rupanya. tu yang join dengan bank tu. heh!

frankrx2
sweet child o mine

berteromber said...

pergh...tahniah la..lu memang femes arr sekarang...tiap2 bulan ada function...kalau co gua buat function pun.."Saya mesti pilih!"...

pakcik kordi said...

cayalah gayour!lu mmg sempoi dan brutal!!!

pakcik kordi mesti pilih gaYOUR!eh bukan2!pilih nuri!hkakakakakahH!!!

pakcik kordi said...

cayalah gayour!lu mmg sempoi dan brutal!!!

pakcik kordi mesti pilih gaYOUR!eh bukan2!pilih nuri!hkakakakakahH!!!

pakcik kordi said...

cayalah gayour!lu mmg sempoi dan brutal!!!

pakcik kordi mesti pilih gaYOUR!eh bukan2!pilih nuri!hkakakakakahH!!!

pakcik kordi said...

cayalah gayour!lu mmg sempoi dan brutal!!!

pakcik kordi mesti pilih gaYOUR!eh bukan2!pilih nuri!hkakakakakahH!!!

pakcik kordi said...

cayalah gayour!lu mmg sempoi dan brutal!!!

pakcik kordi mesti pilih gaYOUR!eh bukan2!pilih nuri!hkakakakakahH!!!

Kitosia said...

Huhu,best2!Dari mana maskot tu mai?Magic lah...

speedrider said...

amik gambar dengan semua maskot yang paling tatahan tu.... hahahaha

Mazru Majid said...

salam bro gayour...

Hmm,maskot kuman tu mmg menakutkan ler..

ari2 aok ade program yek bang,lukih gambo baby comel..tp tu la,kate aok te mmg payoh la baby nak duk diam melainkan dia tidor..kena baby tu nak nyusu ibu camne aok bang? huhuhu

Mahadaya said...

Kebangkitan agama tuhan dan takkan melayu hilang di dunia. http://1asalama.blogspot.com

gayour said...

pakcik kordi
tak ado la brutel mano pakcik. nampak yo brutel tapi minum air sirap yo!

kitosia
maskot tu macam alien yang menyerang bumi! tiba2 tepacul ramai2!

gayour said...

speedrider
gua memang tahan dan paksa maskot2 tu begambo dengan gua! heh!

mazru majid
yeah! mencabar nak lukih baby ni. lagi la mencabar kalo lukih baby sedang menyusu ibu. ARGHHHH!

mahadaya
nanti gua singgah tengok blog encik. tq sudi singgah ke blog gua.