Tuesday, July 20, 2010

SHOWCASE

CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP

10 SYAABAN 1431H - 22 JULAI 2010


Sekali lagi Kolej Komuniti Selayang menemput gua dalam program CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP” yang telah berlangsung pada 25 Mei 2010 yang lalu. Rasanya ni kali yang kekempat Kolej Komuniti Selayang menjemput gua dan team G3 dalam program diorang. Terima kasih atas jemputan.


Aguri, Faiz dan gua datang memenuhi jemputan pada pagi 25 Mei tu. Jemputan kali ni seperti jemputan yang lalu, buat bengkel ilustrasi.kartun. Bezanya kali ni bukan hanya dengan pelajar kolej tapi bersama dengan pelajar dari dua sekolah menengah sekitar Selayang yang dijemput khas. Baguih! Baguih dok ada! Kami sampai masa acara perasmian baru bermula. Biasa la jauh, dari Shah Alam ke Selayang. Giler jam! HEH!


Lepas perasmian semua tetamu dibawa melawat pameran hasil karya pelajar-pelajar tahun satu. Tak sangka jumpa dengan Encik Kamn Ismail yang gua kenal masa mula bekerja kat Kharisma Publications pada tahun 1994 dulu. Masa ni majalah UJANG baru diterbitkan. Encik Kamn adalah orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian. Sekian lama tak jumpa, hari ni jumpa balik. Encik Kamn merupakan Presiden Persatuan Animasi Malaysia ( ANIMAS ) dan Managing Director dalam syarikat Quest Animations (M) Sdn. Bhd.


Lepas gossip lebih kurang dengan encik Kamn, trus tengok karya-karya pelajar. Hancus! Apa la budak-budak ni buat. Kebanyakan tak berani , tak yakin, kaku, hilang ingatan, tak tau apa nak buat dan mungkin tak minat! Lukisan macam budak tadika! Kenapa ya diorang ni tak yakin dengan apa yang dibuat. Tak apa, masih banyak masa untuk belajar dan memperbaiki kelemahan. Teruskan melukis! Nanti kalo gua dijemput lagi, gua nak tengok karya encik dan semua pelajar betambah baik! Berusaha, insyAllah boleh berjaya!

Gua ada bawak sket buku Melukis Kartun Cara Gayour. Terima kasih pada yang membeli. Jadikan panduan dan berusaha sendiri!


Sesi bengkel gua bersama pelajar kolej dan budak sekolah pada sebelah petang. Pagi tadi bengkel persembahan Stop Motion dari TGVC Animation Sdn. Bhd. dan dialog Kepelbagaian dalam Animasi bersama panel dari Persatuan Animasi Malaysia. Ada yang gua tak faham apa yang panel tu cakap dan terangkan pasal animasi. Terlalu advance, mengarut ntah apa-apa atau gua yang hilang ingatan. Ntah la. Tapi pada gua penerangannya tak berapa jelas dan mengelirukan. Oh ya, apa kebendenye Stop Motion tu? Shaun The Sheep, Pingu adalah animasi dalam genre Stop Motion. Pelajar-pelajar dah tak sabar dan teruja untuk mengikuti bengkel kartun bersama gua. HEH!


Ni plak bahagian pelajar lelaki. Semua dah siap untuk mengikuti bengkel kartun bersama gua. Masa ni bengkel Penghasilan Ilustrasi dan Komik Secara Digital-Potensi & Kerjaya Multimedia Kreatif untuk pelajar tahun akhir berlagsung serentak dengan bengkel gua kat dewan kuliah yang lain.

Seblum mula, kita menari dulu. Ni bukan berikrar ya. Kali pertama gua membawa semua pelajar/perserta dalam bengkel gua menari. Jangan tak caya gua hebat menari ya. HEH! Ayuh kita menari Chicken Dance bersama-sama. Hentam la menari ikut suka korang janji enjoyyyy!

Penyertaan pelajar dalam setiap bengkel gua adalah semestinya. Jangan malu, jangan segan, jangan mengelak. Kita melukis bersama! Ayuh pelajar kolej, mari kau ke sini. Nak tengok kau melukis! Adalah membosankan kalo hanya gua yang tunjuk terer melukis. Ini sesi bersama pelajar, jadi gua kena melukis bersama pelajar. Sini kau!


Macam ni la bila kena paksa ke depan. Telentuk-lentuk. Tadi kan main bising lagi. Ntah la budak-budak ni.

Bukan hanya wakil dari kolej tapi wakil dari dua sekolah gak gua paksa ke depan untuk melukis. Kat sini la tau macam mana teruknya pelajar kolej punya karya dengan pelajar sekolah menengah. Memang berbeza. Tapi tak apa, kita belajar. Memang macam ni la. Buruk, huduh, gigil tegetar-getar…


Sekali lagi terima kasih atas jemputan. Selamat belajar dan berjaya pada semua pelajar dan pensyarah. Ingat boleh makan roti yang dibuat oleh pelajar kulinari…. Tak ada rezeki kali ni. Uuuu...uuuu....



10 comments:

Ki To said...

huhu,Sampai gigil melukis?Huhu

Anonymous said...

tengok gambar diorang ni lukis kartun...teringat aku Kelab kartunis Sek.men.Batu Kikir..dulu..1989..bro gayourock...ingat lagi tak kat kelab tu..

gayour said...

kitosia
keluar kat depan dah gigil, kena lukih lagi gigil!

anonymous
harharhar! mesti la ingat. den, bidin k.y. yang tubuhkan kelab tu.

Anonymous said...

encik gayour!!!!! susah sangat lah nak dapat buku "melukis cara gayour" tuuu....

apa kata lu jual kat gua secara pos! gua bank in harga dan kos pos!!!

amacam ada berani!!!??? please??? please???

ojak85@yahoo.com

gayour said...

anonymous
kesian la plak. encik bleh masuk ke website alaf 21 untuk memesan buku 'melukis kartun cara gayour', atau emel kalo nak tanya kat mana kedai buku berhampiran rumah encik yang jual produk alaf 21.

www.alaf21.com.my
alaf@alaf21.com.my
03 5511 8820/21

terima kasih

Unknown said...

bro gayour, saya adalah peminat setia bro sejak dari bro mula menjadi pelukis sambilan dengan majalah GELIHATI lagi. Leps dari tuh bro berhijrah ke majalah GILA-GILA n seterusnya ke majalah UJANG. Pada saya bro is the best cartoonist in Malaysia, bukan sahaja kerana lukisan bro yg cantik, menarik tetapi juga krn imej yg dibawa oleh bro dlm kartun bro, iaitu ROCK!! saya mmg peminat setia muzik rock semejak tahun 1987 lagi. dn kini setelah 23 tahun, saya msih tetap setia dengan muzik ini and akan terus setia selagi hayat masih ada n begitu jugak dengan kartun bro, tetap saya akan minat selamanya.
Walaupon setelah sekian lama, saya msih lagi ingat pd kartun bro iaitu BERSAMA SELAMNYA and SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN (WHO’S TO BLAME – SACRED REICH). Kartun nih mmg memberi banyak impak pada diri saya. Serta melalui kartun bro juga saya banyak mengetahui mengenai sejarah muzik dunia terutamnaya muzik ROCK!! Tq bro, may God bless you….

Unknown said...

kalau boleh saya mintak bro publish balik semua kartun bro terutmanya yg pernah terbit dGELIHATI milik orang lain. dan kini saya ingin memilikinya sendiri and secar peribadi, okay bro??

gayour said...

lee
terima kasih kerana pernah menjadi peminat karya2 gua. gua sangat menghargai.

memang gua becadang nak publish semula karya2 gua tahun 80an dan 90an kat geli hati dulu. masalahnya banyak yang dah hilang. mana nak cari. gua sedang berusaha mengumpul. ARGHHHHHH!

who's to blame

nurKN @ Nur said...

sgt2 mengimbau kenangan bile dpt jejak balik krtunis2 feveret nih..even lum cerai susu lg time tuh..hu3

gayour said...

nurKN@nur
selamat datang ke blog gua dan terima kasih kerana pernah menjadi peminat, pembeli dan penyokong majalah humor tanahair!
moga encik sihat dan bebahagia