Thursday, February 17, 2011

UNTUK MU YA RASULULLAH

MAULIDURASUL 1432 HIJRAH

Seperti tahun lepas dah tahun-tahun sebelumnya, kelahiran Rasulullah S.A.W. disambut di seluruh dunia sebagai ingatan dan tanda kasih sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Surau tempat gua tidak ketinggalan menyambut dan meraikan Maulidurasul pada hari kelahiran 12 Rabiulawal 1432 Hijrah - 15 Februari 2011 yang lalu.


Acara bermula seawal 8.00 pagi dengan acara perarakan beramai-ramai serluruh penduduk sekitar sambil bersalawat ke atas junjungan besar. Jauh gak kena jalan tapi seronok pasal ramai-ramai.

Tu…tuu… nampak tak jejaka kacak berbaju Melayu merah jambu tu. Kenalkah anda pada beliau? HEH!

Seperti tahun lepas, gua bertanggungjawap dalam acara mewarna bersama kanak-kanak dalam salah satu aktiviti sambutan Maulidurasul. Cara mudah untuk menarik mak bapak dan anak-anak datang beduyun-duyun ke surau bila tahu ada pertandingan mewarna. Kali ni paling ramai penyertaan. Habih semua salinan lukisan, kena print lagi pagi ni! “ Sana bang! Sana! Kat sana ada ruang kosong lagi!”

Gerai jualan turut dibuka di perkarangan surau oleh penduduk sekitar. Macam-macam produk diorang bawa dan jual. Nak baju ada, nak minum ada , nak makan ada, nak jeruk ada, nak herba kuatpun ada… “Oii! Oiii! Jangan nak begosip je oi! Cepat siapkan lukisan tu. Masa tinggal lima minit lagi!”

Lepas tamat acara mewarna dan Ceramah Muslimat, masa untuk acara kuiz plak. Kuiz mengenai Rasulullah untuk kanak-kanak. Lagi sekali gua jadi MC. “Orait la okey anak-anak semua. Siapa nak hadiahhhhh?”

Tak sempat nak bagi soalan kuiz, gua dah kena serang pasal budak-budak ni nak rampas kertas soalan nak tengok jawapan! Sabar! Sabar anak-anak semua! Sabar. Jangan merusuh. Bagi abang baca soalan kuiz dulu!

Rayuan gua tak dipedulikan. Gua terus diserang! Anak-anak bangun merusuh kerana nak rampas kertas soalan dan tak puas hati dengan soalan kuiz mengarut yang sengaja gua reka. Silap gua mencentuskan rusuhan! Tolong! Tolonggggg!


Selain acara kuiz, turut dijalankan ialah persembahan nasyid oleh dua buah sekolah tadika berhampiran dan dari anak-anak Surau Nurul Islah. Budak-budak tadika ni leceh sket bab nyanyi-nyanyi. Huru hara! Tak menghiburkan. Lupa lirik! Betul gua tak tipu. Apa ntah! Tapi tak kisah la. Selesai semua acara tiba la ke acara yang ditunggu oleh semua anak-anak. Penyampaian hadiah untuk acara mewarna dan pada sekolah tadika dalam persembahan nasyid oleh pengerusi Surau Nurul Islah, Tuan Haji Maarof. Tahniah pada semua!

Lepas solat Zohor ada ceramah tayangan slide mengenai sifat peribadi Rasulullah S.A.W. plak. Pasal bentuk tubuh Rasulullah, pasal pakaian, makanan kegemaran Rasulullah. Rasulullah suka makan buah labu. Jadi suka-suka la makan pengat labu lepas ni ya. Masa ni gua dah terhangguk-hangguk menahan ngantuk. Baru rasa penat dan ngantuk ya amat. Kena plak lepas kena nasi briani lauk kari kambing. Arghhhh!

Acara diteruskan selepas Maghrib dengan siri ceramah khas mengenai Rasulullah. Semua mengenai mu Ya Rasulullah. Giru la lebih kurang acara sambutan Maulidurasul kat tempat gua. Kat tempat korang rasanya lagi hebat.


Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Ya rasul kau bawa cahaya

Menyinari alam buana

Buni tandus subur kembali

Rasa gembira di hati

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Lahir mu membawa rahmat

Memimpin ke jalan selamat

Akhlakmu yang sungguh memikat

Contoh buat seluruh umat

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Mulianya pengorbanan mu

Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa

Namun dirimu tetap tabah

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

Ya Muhammad yang berjasa

Quran dan sunnahlah pusaka

Menjadi panduan manusia

Untuk hidup aman sentosa

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam allaika

Solawa tul la alaika

selawat dan salam untukmu Ya Rasullullah

8 comments:

deaf-angel said...

abang??

aiseyman haha.

Husna Ismail said...

haha.bestnya tgk bdak-bdak masuk pertandingan mewarna..

dah lama tak mewarna~

Q said...

gua sememangnya respect lu...
patut jadi role model....
mengimbangkan dunia dan akhirat...

speedrider said...

Hahhaa Deaf siap gelak pulak.. Ok la tu.. Nak kata pakcik nanti, kena label pakcik rock pulak.. kalau abang baru rock..

huhuuu...

gayour said...

deaf_angel
bila masa gua ngaku "abang". fitnah tu. HEH!

husna ismail
memang best tapi diorang tu bila dah ramai sukar dikawal! gosip sana, gosip sini... keja tak siap!

gayour said...

Q
tak ado la hebat mano jang oii! orang lain laie hebat mengimbangi antara dunia, akhirat dan alam kubur!

speedrider
ya benar kamu en speedy.
harhar!

berteromber said...

Semangat la kawasan tempat lu...tempat gua lama dah takder berarak2 ni...semenjak tak dapat sambutan...balik2 AJK masjid dan bebudak jer yg berarak...

sekarang aturcara cuma ceramah,nasyid dan peraduan untuk kanak2...

gayour said...

berteromber
bukan senang nak menyatukan jamaah. kedatangan maulidurasul jadi penyebab yang kuat untuk kami mengeratkan silaturahim dengan acara sambutan begini. biar bida'ah tapi surau kami meraikan maulidurasul hampir setiap tahun dengan perarakan sambil bersalawat ke atas junjungan besar.