Monday, June 20, 2011

QAYYUM

QAYYUM DALAM KENANGAN
18 REJAB 1432 h – 20 JUN 2011

Malam tadi sekitar 10 malam ( 17 Rejab 1432H – 19 Jun 2011 – Ahad ), gua dapat panggilan dari Amang ( mantan wartawan/penulis majalah G3 . sekarang wartawan kat majalah baru terbitan Karangkraf- UMPAN yang akan berada di pasaran pada bulan Julai 2011 ) dengan satu berita kematian. “ Qayyum dah meninggal dunia baru tadi ni”.
Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Allahyarham Qayyum ( mencangkung, kiri depan sekali baju hijau ) masa sesi bergambar kat Taman Mini Malaysia, Melaka untuk keluaran bumper raya majalah UJANG. Rasanya tahun 1998/1999. Allahyarham dalam pose mengikat rambut dreadlocknya.

Allahyarham dalam pose rambut gerbangnya kat depan tangga batu rumah Melaka bersama semua kartunis majalah UJANG dan krew sesi bergambar dan aktiviti kat Taman Mini Malaysia. Tengok tu ada Padi, Keladi, Kobis Bunga, Sireh, Petai, Manggis, Bendi, Nik, Aie, Ah Tuck, Jering... eh, Gayourpun ada!



Gua terdiamdan terus membaca surah AlFatihah dan menghadiahkan pada Allahyarham Rashdan atau nama penanya Qayyum.

Terus kenangan masa bersama beliau bermain diingatan.
Masa mula-mula penerbitan majalah UJANG, Allahyarham antara penulis baru yang sangat agresif menghantar karya terus pada Ujang sendiri. Kerana kelawakan idea dan gaya penulisannya, Ujang trus mengoffer Allahyarham bekerja sepenuh masa sebagai penulis kat majalah UJANG. Masa tu kat Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Gua tak ingat, rasanya tahun 1995 Allahyarham jadi warga tetap majalah UJANG. Dari situ gua mula kenal Allahyarham, anak jati kelahiran Kampung Batu Talam, Raub, Pahang Darul Makmur. Hoh! Ngawok orang Pahang rupenye.

Mula kenal Allahyarham gua dah rasa pelik. “Lawak mamat ni tapi kenapa rasa pelik bila begosip dengan beliau? Bukan tak selesa tapi rasa pelik. Mungkin gaya/cara percakapan Allahyarham. Lagi pelik bila tiap petang Jumaat, Allahyarham selalu tergesa-gesa balik dan masuk lewat pada hari Isnin. Hampir tiap minggu cam tu. Pelik gua. Lalu guapun bertanya pada Allahyarham. “Awok ni kelam kabut blah hari Jumaat dan masuk lewat setiap Isnin, apo hal?”. Sambil tersengeh-sengeh Allahyarham menjawap. “ Koi balik Raub, main takraw dan bolasepak. Pagi koi main takraw, petang koi main bola sampai malam. . Heh! Heh!”. Patut la. Allahyarham memang gile bersukan. Sanggup balik ke Raub tiap-tiap minggu hanya semata nak main takraw dan bolasepak.. Allahyarham pernah berkata, “ Kalo koi tak kerja kat majalah UJANG, hari-hari dari pagi sampai malam koi sanggup main takraw dan bola!”.

Lagi satu, Allahyarham adalah peminat tegar Allahyarham P.Ramlee.. Semua filem lakunan P.Ramlee , Allahyarham ada. Bukan tu saja, hampir semua dialog dalam filem P.Ramlee, Allahyarham hafal. Tak hairan banyak tulisan Allahyarham dalam majalah UJANG berkaitan dengan filem-filem Tan Sri P.Ramlee.. Seronok baca. Dulu gua selalu kirim kat Allahyarham belikan video kaset (VCR) filem Tan Sri P.Ramlee kat Chow Kit ( VCD baru dipekenalkan ). Allahyarham suka jalan-jalan kat Chow Kit, Pertama Complek, Pasar Seni hingga ke Jalan Petaling.

Selain tu Allahyarham gak banyak menyimpan barang-barang purba seperti komik ( terbitan sekitar tahun 70an hingga 80an termasuk majalah hiburan , filem dan URTV awal 80an ). Gile purba! Teringat kenangan masa kecik beli dan baca komik-komik tahap purba tu. Semua barang-barang purba tu adalah koleksi pakcik Allahyarham. Patut la purba. Gua selalu paksa, ugut dan desak Allahyarham bawak komik dan majalah-majalah purba tu ke ofis setiap kali Allahyarham balik main takraw kat Raub! Hingga ke hari ni, gua masih simpan lagi komik dan majalah hiburan purba yang belubang-lubang dan hampir reput tu. Itu adah tanda kenangan dari Allahyarham pada gua. Terharunya….

Kami terus bersama dalam majalah UJANG hingga tahun 2001.2001 hingga 2004 gua buat majalah ERA@MOY dan Blues Selamanya. Rasanya hampir 9 tahun gua kenal, bersama, bergurau, kutuk, ketawa dan pening bersama sebelum gua meninggalkan MOY Publications.

Ada yang kata, rambut Allahyarham cam rambut gua. Ada plak yang kata rambut gua cam rambut Allahyarham. Rasanya tak sama langsung! Allahyarham dengan personaliti dan gaya rambutnya yang tersediri. Allahyarham sangat meminati barangan/pakaian sukan seperti jersey dan kasut. Rasanya hampir tak pernah gua nampak Allahyarham pakai baju selain jersey ke pejabat. Minat sungguh Allahyarham pada sukan.

Ramai yang salah anggap terhadap tugasan/jawatan Allahyarham kat majalah UJANG. Ramai yang menganggap Allahyarham seorang kartunis. Bukan! Allahyarham bukan kartunis tapi adalah EDITOR dan PENULIS KREATIF. Memang Allahyarham boleh melukis tapi tugasan utama dan bakat sebenar Allahyarham adalah sebagai penulis humor. Itu kesilapan yang banyak kat google pasal Allahyarham.

Lagi satu komen pasal umur Allahyarham yang meninggal pada usia muda, 41 tahun. Ramai yang kata, “iskh! muda lagi ya…” seolah mempertikaikan ajal yang telah ditentukan Allah. Seolah Allah dah buat silap! Apa tak pernah dengar bayi yang baru lahir terus meninggal dunia atau baru berusia setahun meninggal dunia atau remaja berusia 16 tahun mati kerana merempit? Sesungguhnya Allah TIDAK pernah dan TIDAK akan membuat silap. Dia lebih tahu mana yang lebih baik untuk makhluk ciptaanNya. Sepatutnya jadi peringatan pada kita. Mati tidak mengenal usia! Teremo plak!


Allahyarham bersama majalah UJANG melebihi isu ke 400 yang baru diraikan. Satu pencapaian hebat sebagai seorang penulis humor hebat tanahair.

Kali terakhir gua jumpa/terserempak dengan Allahyarham adalah pada bulan puasa tahun 2010 kat tengah jalan berhampiran pejabat MOY Publications. Hanya sempat lambai tangan sambil tersengeh-sengeh dari kereta memasing. Tak dapat nak bersalam.

Itu la lebih kurang kenangan bersama Allahyarham. Gua halalkan segala hutang, makan minum, percakapan dan perbuatan Allahyarham pada gua. Gua maafkan segala salah dan silap Allahyarham pada gua.

Pada semua sahabat kartunis kat majalah UJANG dan APO? dan rakan sekerja kat MOY Publications yang sekian lama mengenali Allahyarham, bersabarlah dengan kehilangan seorang sahabat kita yang baik. Tentu tak boleh nak melupakan kenangan bersama Allahyarham. Mesti terbayang kelibat Allahyarham di mejanya menghadap komputer menulis cerita. Keriangannya sambil tersengeh-sengeh, lawak jenakanya dan perangai misterinya yang kejap ada dan banyak tak ada kat studio. Semua tinggal kenangan indah. Sebagai sahabat, kita lupa dan maafkan segala salah dan silap Alllahyarham. Halalkan semua makan minum dan doakan kebahagiaan untuknya. Gitu gak pada seluruh keluarga , isteri dan anak Allahyarham. Bersabarlah dengan dugaan ini.

Terima kasih atas segala kenangan dan persahabatan wahai saudara Rashdan @ Qayyum.
Lagi satu, gua suka lukis karikatur Allahyarham.

Moga diberkati dan dirahmati Allah dan bersama orang-orang yang soleh.


Karikatur Allahyarham yang gua lukis sebagai cover Varia Lawak dalam majalah UJANG ( bilangan 114 – 01 April 1999 ), 12 tahun yang lalu. PEPALEH WEH! Kata Allahyarham masa gua tanya pasal loghat orang kampungnya yang popular kat Raub sana.

Qayyum dalam ingatan dan doa
Sebak menulis kisah ni.

31 comments:

Gandum said...

Innalillahiwainalillahirajion.Al Fatehah.

Semoga diringan siksa kubur dan dirahmati ruhnya

amin..

Gandum
Singapura

oRen said...

al-fatihah~

gayour said...

gandum
macam tak percaya tapi itulah yang telah berlaku.

oren
sahabat kita, qayyum telah pergi tak akan kembali

Hush said...

dulu saya selalu juga baca komik yang arwah lukis.
Allah lebih sayangkan dia.

al-fatihah..

lady-D said...

rasa cam pernah dgr nama arwah tp x ingat kartun yg mana, siap belek2 ujang lg cari tp x jumpe..rupa2nya arwah seorang editor..

Al-Fatihah untuk arwah..ajalnya dah sampai..semoga dipermudahkan urusannya di sana..Amin..

matakucing said...

tak prasan lak karya arwah ni.. apaon al fatihah buat arwah

Rockarena said...

ALLAH lebih menyayangi beliau...Al-fatihah....amin.

Dr. Bentara said...

semoga Allah s.w.t. merahmati roh beliau. Amin.

zulazahari said...

Al Fatihah kepada beliau, semoga roh beliau dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

berteromber said...

Al-fatihah

gayour said...

hush
Allahyarham bukan pelukis komik atau kartunis dan tak pernah menghasilkan komik. Allahyarham seorang penulis. hanya dulu di awal penerbitan majalah UJANG, Allahyarham pernah melukis ilustrasi untuk kisah kenangan kat kampung yang ditulis sendiri. rasanya tu sekali je. harap maklum.

d_La
ya, tak akan jumpa kerana Allahyarham bukan kartunis!

gayour said...

matakucing
karya2 Allahyarham berbentuk tulisan dalam setiap keluaran majalah UJANG sehingga bulan june 2011 yang dilukis ilustrasinya oleh kartunis2 majalah UJANG.

rockarena
jangan hanya kata tapi kena lakukan sekali membaca Al-Fatihah.

gayour said...

dr.ben
begitulah yang diharapkan. tq doktor. semalam ABANG BEN tapi hari ni dah jadi DOKTOR BEN. syabas!

zulazahari
sesungguhnya Allah itu maha pengasih, penyayang dan maha pemgampun.moga Allahyarham mati dalam iman.

gayour said...

berteromber
Al-Fatihah bukan saja untuk Allahyarham Qayyum tapi juga untuk ibubapa,adik beradik,saudara mara, datuk nenek moyang dan sahabat kita yang telah pergi.

deaf-angel said...

touching aku baca ko nye kenangan ngan arwah ni.

Yob Aidil said...

Moge yang pergi ditempatkan di sisi hamba-hamba terpilehNya

Dan moga yang hidup kan mengambil pengajaran darinya.

Dan moga kenangan tercoret bersama kan kekar mekar hendaknya.

Amin!

ainzoo said...

Al Fatiha untuk arwah Qayyum... (dapat berita dr FB Ujang & Manggis)

Saya kenal arwah melalui episod Mat Despatch yang mencari Musalmah Endut yang disisipkan sekali dengan Majalah Ujang..Kalau tak silap, tahun hujung 90an..(sekarang ada je kat Youtube).

Melalui VCD itu juga saya perkenalkan Majalah Ujang kepada Mak, arwah ayah (mak ayah adalah zaman Gila Gila) & adik2 saya (generasi baru - Majalah Ujang). Mereka turut terkejut dengan berima kematian Qayyum.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin

Unknown said...

al-fatihah..tapi alangkah baiknya kalau bro letakkan contoh karya arwah qayyum, maklumla sy ni lupa ingatan sekejap..bersabarlah ye :'(

gayour said...

deaf_angel
ayat kegemaran Allahyarham masa berbual adalah, " ya ya yaaa... "
ya, memang tangkap sayu beb.

mohd "yop" aidil
hanya kenangan yang ada selain gambar2 bersama Allahyarham.

gayour said...

ainzoo
watak mat despatch yang Allahyarham bawak dalam VCD ujang siri tv lah pulak memang jadi feveret ramai.

leyzajamil
Allahyarham adalah seorang penulis, bukan kartunis/ilustrator, jadi tak banyak melukis. ada la sekali dua Allahyarham melukis tapi tak ingat keluaran mana hasil lukisan Allahyarham disiarkan. guapun lemah minda dan selalu hilang ingatan!

ieda_nms said...

Al-fatihah

gayour said...

ieda79
hari ni kita hadiahkan al-fatehah dengan benar2 membaca al-fatehah. bukan hanya cakap!
nanti orang akan hadiahkan al-fatehah pada kita plak.

Akmal said...

alfatihah untuk qayyum...masih segar dalam ingatan....

Akmal said...

aku paling tak lupe die adalah paling sempoi berlakon dalam VCD ujang...despatch selambe...

gayour said...

akmal
terima kasih atas ingatan dan doa yang berterusan buat Allahyarham.

akmal
memang feveret seluruh rakyat BolehLand kisah tu!

wr1t3r said...

Innalillahiwainalillahirajion. Al Fatehah.

Sob.. Tingat masa ako kolej dulu org igt ako Qayyum pelukis.. muka pon dkt serupa sbb dulu ako rambut panjang..

QAYYIM HAFIDZI said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..

aku membesar dengan komik UJANG..selalu juga fikir2kan, adakah watak Pak Cik Din tu sebenarnya menggambarkan Arwah Qayyum..

sehingga hari ini, persoalan itu rasanya masih misteri..

Muhamad Aiman said...

tak sangka dah hampir 5 tahun.... aku baru tau dia dah takde.... 5 tahun aku takde kat malaysia(sebab belajar kat luar)...balik hujung tahun je la

majalah ujang tu aku dok baca dari darjah 6 sampai menegah....punyaalahh baca komik mat dispatch dulu2...tau tau kartunis dia dah takde..Inalillah...

abg gayour still stay kat ph lagi kan? abg gayour still buat lagi tak komik G2?
saya pun tinggal kat area umah abg gak :)

huhu..sdih..speechless... Semoga sukses slalu bang

Anonymous said...

aku baru tau ari ni..... Allahu... Rabb Rakha.... Semoga Dirahmati Allah Aminn...

Unknown said...

Alfatehah untuk arwah.. byk kenangan waktu dengan arwah, terutama sekali time main bola.Walaupun arwah tahu penyakit yg dihidapi agak kritikal, tetapi semangat kesukanan yg tinggi pada bolasepak digagahkan juga walaupun main sambil berjalan. Dan buat kali terakhir dalam hidup arwah datang hanya melihat dari luar gelanggang walaupun aku tahu beliau sangat teringin sekali untuk join.

Qistina said...

terima kasih sebab pernah tulis blog ini tentang arwah ayah saya. rindu bila baca balik..pejam celik pejam celik, 12 tahun dia dah tinggalkan kita ☺️