Sunday, July 31, 2011



RAMADAN 1432 HIJRAH
01 RAMADAN 1432H – 01 OGOS 2011

Syukur Alhamdulillah kerana dipanjangkan usia olehNya dapat bertemu lagi dengan bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh berkat dan dinanti-nanti. Moga terus dipanjangkan usia untuk mengerjakan ibadah puasa penuh pada tahun ini.
Moga terus diberi rahmat dan kesihatan yang baik olehNya untuk kita pulun mengerjakan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan besarlah harapan
semua ibadah diterimaNya.



Pada semua sahabat dan umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut, merai dan MENGERJAKAN ibadah puasa gua ucapkan. Ya, MENGERJAKAN bukan MENJALANI ibadah puasa seperti yang biasa diucapkan oleh hampir semua orang. Cool la kononnya cakap cam tu! Seperti ibadah solat, kita diperintah bangun dan mendirikan solat. Ia adalah perbuatan. Sama seperti ibadah haji. Ia adalah ibadah yang memerlukan kekuatan fizikal untuk mengerja dan menyempurnakan setiap rukun. Selamat mengerjakan ibadah haji, bukan selamat menjalani ibadah haji! Sama seperti ibadah puasa, bukan menjalani ibadah puasa tapi MENGERJAKAN ibadah puasa kerana banyak ibadah fardu dan sunat yang perlu dilakukan! Penat. Kalo nak menjalani puasa, sila jalan-jalan kat Bazar Ramadan ya!

Sekian sedikit tazkirah pendek Ramadhan dari gua yang serba kekurangan ilmu. Lagi satu… selamat menjaga mata, telinga dan lidah dari perkara maksiat.

Lagi satu yang terakhir… jangan berpuasa kerana nak diet, nak kurus, nak gemuk, nak berhenti merokok atau apa saja niat atau tujuan lain. Niat berpuasa sesunggunya hanya kerana Allah.

gayour
01 ramadan 1432

12 comments:

Yob Aidil said...

Selamat berpose wahai Inche' Gayour yang brutel! Moga segala amalan di depositkan ke akaun simpanan akhirat kita sebanyak mungkin.

http://kutubkhanahku.blogspot.com/2011/04/bersama-selamanya.html

berteromber said...

selamat berpuasa bro..

Dr. Bentara said...

make doa for me.

gayour said...

mohd yop
terima kasih. moga segala amalan diterima dan benar2 masuk akuan akhirat.

berteromber
alhamdulillah, kita mula start puasa hari ni.

dr.ben
sama2 kita saling mendoa sebagai saudara seislam.

deaf-angel said...

gayour selamat menyambut bulan puasa..

Semoga bertambah hensem ko di bulan ini.

gayour said...

deaf_angel
tak hensem tak apa, asal betambah iman, betambah amal

matakucing said...

selamat berposa di hari kedua heh5

ainzoo said...

Selamat berpuasa untuk Gayour. Semoga amalan kita pada Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini. Amin

AUR said...

Salam Ramadhan tuan..

Tumpang nyanyi nasid skit...

Walaupuuuun puasa
cukup seeeeebulan
kalau tak semmmmmbahyang
apa guuuuunanya...

Saya setuju perkataan 'mengerjakan' daripada 'menjalani'...

gayour said...

ainzoo
kena usaha bersungguh untuk dapat yang terbaik.

aur
jalan sambil sengeh2 kat bazar ramadan
bukan best manapun, asyik benda yang sama jer!

heh!

Amna Shark said...

slm ramadhan en gayour..
sye amna, student uitm.
kte pernah brjmpe skali.

time kasih untuk tunjuk ajar haritu.
ni work terbaru sye. Tlg komen ye?? tq..

http://amnashark.blogspot.com/2011/08/blog-post.html

gayour said...

gadis misteri
ya! gua pasti akan kutuk TANPA BELAS hingga encik berhenti melukis!
HUARGH! HUARGHH! HUARGHHHHH!