Monday, January 09, 2012

QUALITY TRAVEL FAIR 2011


QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN

BAHAGIAN KEEMPAT DARI LIMA BAHAGIAN
15 SAFAR 1433H – 10 JANUARI 2012

Entri pertama pada tahun 2012 masehi. Sambungan bahagian KELIMA Quality Travel Fair tahun lepas. Sebenarnya ada ramai gak pengunjung lelaki yang gua karikaturkan. Tapi kebanyakan malu nak begambar. Ada yang tak boleh tunggu pasal nak kencing la, nak cepat la… kira macam-macam hal la diorang ni. Pasal tu tak ada gambo gua dengan yang lelaki. Jangan tak caye. Ayuh nikmati lagi photo gua bersama awek awek eropah kat Quality Travel Fair. HEH!

Suasana dalam dewan pameran hari pertama berlangsungnya Quality Travel Fair pada 22 Oktober 2011.

Masa ni gua rehat jab. Ke tandas dan jalan-jalan amik gambo sekitar pameran. Antara photo yang sempat gua rakamkan. Tak la best mana. Biase je. Suasana cam pameran kat tempat kita. Jalan-jalan dari booth ke booth sambil sengeh-sengeh. Bezanya kiri kanan, depan belakang gua orang bekulit merah jambu, ada yang pucat dan berambut blonde Cakap plak dalam bahasa danish, dutch, norwien, jerman. Bukan english. Rasa pelik. Tapi ni satu pengalaman hebat!

Singapore Airlines bersama Tourism Malaysia di satu booth untuk mempromosi dan menjual produk memasing. Travel egen Singapore Airline yang agresif mempromosikan produk!

Yang ni singgah bersama suami dan anak. Si mak begitu teruja nak dilukis bersama anak. No Problemo! Ni dia pasangan ibu dan anak yang mahu dilukis bersama. *photo ehsan encik Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm.

Anne Vibeke Isaksen dengan anaknya, Mie bersama karikaturis. Terima kasih kerana sudi singgah di Tourism Malaysia. Sila datang melancong ke Malaysia dan Borneo.

Sebagai tarikan pelancongan dan pengenalan makanan negara kita, pihak tourism menjemput rakyat Malaysia yang menetap kat Copenhagen untuk memasak dan menunjukkan bahan-bahan memasak kari. Lesung batu nak tumbuk sambal belacan pun ada! Curry paste dalam food container tu diberi pada pengunjung untuk merasa. Suka diorang pasal makan-makan ni. Selain kari, ada jajan seperti maruku, kacang turut disediakan untuk dikunyah oleh pengunjung.

Dah petang dan di penghujung acara gua melukis pasangan adik beradik ni. Adik beradik? Ya. Sorang telebih minyak hitam. Tu yang rambut hitam legam. Sorang lagi telebih makan cheese! HEH! Tamat tugasan gua di hari pertama. Seronok dapat berjumpa dan bersembang dalam broken english dengan pengunjung dari bebagai bangsa dan negara. Yes no alright!

Pengunjung makin kurang dalam pukul empat. Pameran ni sampai pukul lima. Kat Copenhagen, segala urusan atau aktiviti cam travel fair, kedai dan pejabat tutup pada pukul lima petang. Masa bekerja diorang tak lama. Diorang lebih banyak rileks, jalan-jalan dan makan. Tak cam kat tempat kita sampai tengah malam bekerja bagai nak gile!

Masa bersantai orang Danish memang banyak. Bila ada event cam ni memang diorang suka pasal ada banyak masa, banyak duit nak pergi bercuti atau melancong.

Kitorang balik ke hotel jalan kaki ramai-ramai. Belah petang rasa lebih dingin dan sejuk. Banyak kedai dah tutup. Ada satu kedai jual cenderamata yang bukak. Saja masuk nak tengok apa yang ada. “ Ikutkan hati saya tak nak buka kedai hari ni. Tapi apa nak buat, saya menjual barang-barang cenderamata, terpaksa la buka sekejap”, keluh kesah tuan kedai pada kami. Peniaga kat Copenhagen memang cam ni, tak nak bukak kedai lebih masa. “ Pakaian jenis apa yang kamu pakai ni?”, tanya tokey kedai pada gua. Ni la pakaian tradisional orang Melayu, Baju Melayu. Kami dari Malaysia. “ Oh! Saya pernah dengar nama Malaysia”, ujar beliau lagi. Kedai ni tak la besar mana. Sebahagian dari cenderamata yang ada.

Tengok, belek barang kecik cenonet yang ada. Kecik tapi mahal nak mampus! Tengok la anak patung yang serabai ni, sekor berharga 48 DK ( Denmark Kroner ). Lebih kurang RM28. Gua memang tak dapat nak beli apa-apa pasal tak cukup bajet. Pegi hujung bulan la katakan. Tengok je la! Uuu..uuu…

Deretan askar Viking sedia untuk membuat onar kat tempat orang! Cakap pasal Viking, gua memang ada bertanya pada encik Isma. “ Ya, Denmark memang negeri Viking”, ujar encik Isma. Kat sini ada Viking Ship Museum di Roskilde*, iaitu muzium khas untuk segala jenis kapal perang dan pembinaan bot Viking. Selain kat Roskilde, ada satu lagi tempat atau bandar yang merupakan bandar utama Viking di zaman kekemasannya pada abad ke lapan iaitu Aarhus. Kat situ ada sebuah muzium Viking iaitu Moesgard yang menganjurkan acara tahunan pertemuan keturunan Viking dari seluruh Scandinavia dan British Isles. *Roskilde – tempat berlangsungnya festival muzik keenam terbesar di benua eropah. Nak tau lebih sila google sendiri ya.

Dalam acara tahunan anjuran muzium Moesgard, setiap pengunjung akan berpakaian seperti seorang Viking dan mengadakan demonstrasi kehebatan bangsa Viking berperang. Sayang tak berkesempatan untuk pergi ke muzium dan melihat tinggalan kapak, pedang, parang, pisau, tombak, perisai, pakaian dan paling glamer, helmet betanduk Viking. Tengok kat filem je la – Path Finder rules! *Frank Frazeta menjadikan Viking sebagai objek utama dalam paintingnya. Antara yang paling terkenal adalah Death Dealer. Selain tu, *Richard Corben dan *Simon Bisley turut menjadikan Viking sebagai objek utama dalam karya hebat mereka. * Tak payah tau la siapa diorang ni walau ada kat google.

Viking antara produk pelancongan Danish dan negara lain di Scandinavia. Ramai yang berminat nak tahu pasal Viking. Pasal tu patung atau cenderamata Viking ada di mana-mana kat Copenhagen. Habih melawat kedai cenderamata, terus balik ke hotel. Angin betiup makin begedik-degik. Tak tahan sengeh lama-lama kat luar. Malam ni makan nasi lemak dengan Azizul kat bilik. Nasi lemak? Ya, nasi lemak yang dimasak oleh orang Melayu kat Copenhagen yang ditempah khas oleh encik Isma untuk staff tourism makan. Tengahari tadi kitorang makan nasi lemak. Ada baki lagi, sambung belasah sebagai makan malam. Kalo dah orang Melayu, kat manapun nak mencekik nasi. Alhamdulillah. Sekali lagi gua menyatakan dengan syahdunya… Selamat malam ke Copenhagen?

Hari kedua dan terakhir berlangsungnya Quality Travel Fair pada 23 Oktober 2011( Ahad ). Hari kedua gua memakai baju Melayu kat tengah kota Copenhagen sambil melukis karikatur. Kartunis, karikaturis dan anak Melayu di kota Copenhagen.

Pengunjung pertama di hari kedua, awek Danish yang periang dan peramah, cik Lene ( tengah ) tesengeh tak ingat bila dikarikaturkan. Yang duduk menunggu giliran untuk dikarikaturkan tu adalah sahabat beliau iaitu cik Kirsten. * photo ehsan encik Azizul, Pengarah Tourism di Stockholm

Peace sells but who buying. Bersama cik Kristen dengan karikaturnya. “ TAK ”, ucap mereka berdua dalam bahasa Danish setelah mendapat karikatur memasing atau terima kasih. Gua jawap “ self tak “ yang bermaksud sama-sama dalam bahasa Melayu. Kira rerer gak gua berbahasa Danish. HEH! Encik Isma yang ajar.

Kat dalam banguanan ni lebih selesa. Boleh la pakai baju Melayu. Jangan pakai cam ni kalo kat luar. Memang saja cari pasal. Boleh DIE HARD! HEH! Pengalaman pertama merasa kesejukan angin/cuaca sejuk dari Laut Baltik dan artik memang mengujakan. Rasa nak tulis novel yang bertajuk, “ Oh, Dinginnya Begedik-Gedik!”. Bersama Cik Sandra dari Copenhagen bersama karikaturnya.

Baru rasa kesejukan sebelum turunnya salji dah tak tahan. Orang Melayu/Asia la katakan. Bagaimana ya orang seperti Cik Ida Winther dan bangsanya kat Greenland yang hampir sepanjang masa hidup dalam kesejukan melampau menjalani kehidupan? Mesti tensen. Tapi itulah kehebatan dan kekuasaan Allah yang mencipta bebagai keadaan cuaca. DIA membekalkan akal fikiran luar biasa hebat pada manusia untuk menghadapi keadaan cuaca melampau di gurun atau di kutup utara. Manusia seperti cik Ida pasti dapat menyesuaikan diri. Eh! Siapa plak anak kembar Danish berambut blonde yang comel lote ni. Kembar? Ya, kembar. Cecilie ( kanan ) lahir dua minit lebih awal dari kembarnya Amalie. Mak mereka yang bagi tau.

Orait la ok. Cukup sampai di sini bahagian KEEMPAT. MARI BERSUKA RIA kat TIVOLI PARK dan bersama OLD SKOOL VIKING METALHEAD dalam bahagian KELIMA dan terakhir dalam siri Qualiti Travel Fair gua kat Copenhagen. Jumpa lagi walau tak sudi!


6 comments:

Imran@Copenhagen said...

Best tak berkampung kat sini?, Melarikan diri dari 'kepanasan' Malaysia jap. tapi, lama2 tak best gak kan bila sejuk melampau.
Kat sini memang mahal2 souvenirnya. Yang paling murah fridge magnet pun rm10-13.
Apepun, hope you have fun in Copenhagen. Bila dtg sini lagi, roger2 la.

gayour said...

imran@copenhagen
sesekali pergi ke kelante makan nasi dage memang seronok tambah lagi kalo pergi jauh ke negeri orang. heee...
ikut hati nak travel ke seluruh eropah dan negara viking!

Ki To said...

Sifu,kito ada hantar dua lukisan loosepart untuk dinilai oleh tuan guru...dah ada kat dalam Emai guru...LA ni tengah bikin banyak lagi sambil menunggu komen sifu..Huhuhuuu

deaf-angel said...

gayour lidah ko tak terbelit ke sebut nama2 dorang ni..
eg
Anne Vibeke Isaksen

gayour said...

kito

iyo! iyoo! tunggu la kutukan ikhlas dan telus dari gua!

deaf_angel
lebih dari tegeliat. teseliuh lidah! gua mintak diorang tulis nama sendiri. kalo gua tulis, gerenti salah ke laut!

dulu kali pertama dengar dan nak tulih nama yngwie j. malmsteenpun salah!

Ki To said...

Tq sifu,nnt Kito akan buat lagik sampai sifu rasa puas dengan hasil karya saya samapai leh masuk dan bekarya kat G3 yeeee..Huhuhu...La ni Kito duk kerja dengan pekerjaan yang Kito tak berapa minat..Terpaksa kerja dulu sesambil tunggu saat leh kerja full time dengan majalah...Huuuuuu.....