Sunday, January 29, 2012

QUALITY TRAVEL FAIR 2011


QUALITY TRAVEL FAIR 2011 – COPENHAGEN

BAHAGIAN KELIMA DARI LIMA BAHAGIAN
06 RABIULAWAL 1433H – 30 JANUARI 2012


Ada sorang pengunjung lelaki yang gua lukis. Tanya dia dari mana. “Den dari Romania”, jawab beliau dalam loghat Negori Semilan yang pekat. Romania? Wah! Ni peluang baik. Guapun tanya lagi dalam loghat Negori,” Tu haa… apo boto ko kek Romania pado zaman dulu memang ado drakula?” Beliau songeh yo bilo donga pertanyaan gua tu. “ Mano ado” jawap beliau pendek. ” Karut marut semua tu. Tahyul! Sirik! Boleh masuk neraka! Mano ado drakula! Semua tu hanya rekaan. Ia hanyo satu tarikan pelancongan untuk datang ke Romania. Sumo pasal duit!”, tambah encik Tiberiu Gheorghe dalam nada bengis dan kemudian tersengeh-sengeh seperti drakula. Melihat gua melukis, beliau menambah lagi, “ kek Romania ado sorang karikaturis yang paling hebat di dunia! Kalo tak silap den namo eh Nicolae Popa, Popaye, Popas… Ontah la. Beliau boleh melukis karikatur dengan pantas!” ujar beliau dengan kembang-kembang lobang idung dan bangga tak memasal. Tak tau la sepantas mana beliau melukis atau cakar ayam! Lantak la! Gua tak sempat nak begambo dengan beliau untuk ditampal kat sini. Ayuh kita habiskan bahagian terakhir kisah gua kat Quality Travel Fair, Copenhagen.

Pengunjung di hari kedua. Kan gua dah cakap, kebanyakan pengunjung adalah orang tua berambut putih. Diorang ni memang nak pergi melancong dan blah dari Denmark. Pengunjung bukan saja dari Denmark tapi juga dari Jerman, Norway, Sweden, Belanda, Romania dan negara sekitarnya yang datang ke Quality Travel Fair pasal nak cari tempat melancong bila tiba musim sejuk. Paling ramai golongan warga emas dan yang berkeluarga.

Bermacam produk pelancongan dengan pakej ditawarkan. Pada yang berminat nak tengok Simba, Pumbaa, Timon, Rafiki, hyena, impala, badak sumbu atau gajah Afrika, boleh ke booth ejen pelancongan ni.

Kiwi, mana lagi kalo tidak negara All Black, New Zealand. Tengok la tu, siap cucuk buah epal kat dinding paku sebagai daya tarikan dan menjadikan ladang epal sebagai produk pelancongan. Lebih menarik kat negara kiwi ni ada perkampungan hobbit dari filem epic Lord Of The Ring sebagai tarikan pelancongan yang baru untuk dilawati. Sebuah negara yang sangat indah dengan gunung ganang dan hutan yang cantik.

Booth ejen pelancongan yang menjual hampir semua produk pelancongan dari Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pilih je nak pergi ke mana. Bahau, Kuala Pilah, Segamat, Temerloh, Teluk Intan, Wakaf Che Yeh, Lembah Bujang, Ulu Yam, Tasik Kenyir… Nampak, ramainya atuk dan nenek mencari tempat nak melancong.

Kembali melukis karikatur. Bersama Miss Meg dari U.S. dengan karikaturnya. Awek Amerika ni sedang belajar kat University of Copenhagen. Orang Amerikapun datang ke Travel Fair. Sungguh seronok dapat jumpa, berbual dan melukis karikatur pengunjung dari bebagai negara. Pengalaman hebat selain cuaca sejuk. HEH!

Cik Silke Longenkomp, ejen pelancongan yang menjual produk kat British datang ke booth Tourism Malaysia semata nak dikarikaturkan. " Lama dah i tunggu peluang", ujar beliau tersengeh-sengeh masa dikarikaturkan. Hampir semua ejen pelancongan kat Denmark terutama di Copenhagen adalah kenalan encik Isma. Hubungan sesama diorang sangat rapat dan mesra. Saling membantu dan promot kawan. Cik Silke adalah kenalan rapat encik Isma.

Di mana saja ceruk dunia ada orang Malaysia. Gitu gak kat Copenhagen. Ramai rupanya rakyat Malaysia kat sini samada belajar atau bekerja. Seperti amoi Cassandra ni, anak rakyat Malaysia yang ikut mak bapak bekerja di Copenhagen. Mak orang Melaka, bapak orang Klang. Bila berjauhan dari negeri sendiri, satu yang bagus gua tengok adalah eratnya perhubungan antara sesama rakyat Malaysia tak kira bangsa. Mereka berkawan baik dan saling berhubung dan melakukan aktiviti seperti berkelah atau mengunjungi rumah kawan bersama.

Ni dia encik Azizul, pengarah Tourism Malaysia kat Stockholm, Sweden yang datang membantu. Sorang metalhead yang dah hilang rambut. HEH! “ Orang eropah akan jadi sangat moody bila musim dingin. Perangai dan perwatakan diorang berubah dengan drastik sekali. Masa musim panas atau bunga, diorang ok, happy… tapi bila musim sejuk, perangai jadi huduh!” tegas beliau pada gua. Tambah beliau lagi, “ Diorang ni bukan rajin sangat bekerja. Pemalas! Banyak rileks, maklum la negara kebajikan*. Buat kerja lebih kurang dan lambat terhegeh-hegeh!” ujar beliau dengan tegasnya sambil menghirup kopi pekat berasap-asap!
*Negara dalam Scandinavia juga dikenali sebagai negara kebajikan. Negara memberi bantuan sepenuhnya pada rakyat . Pendidikan percuma ( sekolah dan universiti ), rawatan percuma ( termasuk penyakit kronik ), elaun pengganggur dan segala macam lagi. Nak tau lebih google sendiri.


Pen pals baru gua. Pen pals? Nampak sangat oldskool. HEH! Mana ada lagi istilah pen pals. Sekarang kenalan laman sosial, alam maya. Baru canggih mangih! Kenalan gua, Mr. Stephan, rakyat Sweden dan staff Tourism Malaysia kat Stockholm yang datang bersama encik Azizul. Seorang ahli muzik macam Kassim Selamat dan oldskool metalhead kental yang pernah bermain bersama Sammy Hager ( pre Van Halen ). Huh! Tak sangka jumpa metalhead dari Sweden, negara kelahiran banyak band metal ( terutama melodic death metal ) agung seperti encik Yngwie Malmsteen, In Flames, At The Gates, Dark Tranguility, Dismember, Enthombed, Unleased, Arch Enemy, Amont Amarth, Opeth, Hipocrisy, Meshuggah, Tiamat dan undisputed legendery BATHORY! Bila gua tunjukkan karikatur Kerry King dan Gene Simmon pada beliau, beliau trus cakap loghat Negeri Semilan, “ Humang hai! Ni feveret den ni. Den minat boto kek Gene dan Kerry King!” ujar beliau sambil tersengeh tak sudah. Bila gua tanya pasal Black Metal, beliau kata, “ Paling brutal kat Norway, bukan Sweden. Kat Swedenpun ada band dan pengikut Black Metal, tapi tak seganas Norway”. Bagaimana dengan Gothenburg Sound? Ya, itu antara kebanggaan dan kehebatan produk metal extreme dari Sweden.

Mr. Stephan sekarang telah beralih selera dari metal ke country music bersama bandnya Chestnut Band kat Sweden. Band country kat Sweden. Biar betul? Betul. Itu la yang diorang buat untuk kepuasan dan memberi kelainan pada peminat muzik kat Sweden. “ Lamo bona dah den main metal, tukar selero la plak ke country”, tambah beliau. Boleh cuba try layan lagu koboi band Mr.Stephan kat www.Chestnut Band.Com. Selesailah sudah Quality Travel Fair 2011 dan tugas gua melukis karikatur sebagai wakil Malaysia. Sangat seronok bila berpeluang pergi jauh ke negara orang dan melakukan perkara yang gua suka! Inilah barisan Tourism Malaysia di Quality Travel Fair 2011. Dari kiri, kartunis/illustrator/karikaturis Melayu pertama melukis karikatur kat Copenhagen ( HEH!), Puan Sham, encik Isma, encik Azizul, Mrs.Sharon, Puan ( err.. lupa nama beliau yang masakkan nasi lemak ), Puan Mona, Mr. Alan dan Ex-Metalhead Mr. Stephan. * photo ehsan encik Azizul, Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm.

Malam tu lepas abih tugasan kat Travel Fair, encik Isma bawa kitorang ke Tivoli Park. Taman tema hiburan kebanggaan rakyat Denmark di tengah kota Copenhagen. Sejuk ya amat bila malam hari! Masa ni persiapan dan aura sambutan Halloween dapat dilihat dengan meriahnya kat sini. Pumpkin Head sebagai lampu tegantung menghias jalan masuk dan seluruh taman.
*Kamera cap burung Magpie, cam ni la gambo.* lagi sekali last warning pertama, bawak kamera yang baik!


Negara eropah memang menyambut dan meraikan Halloween yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun. Tivoli Park menjadikan sambutan Halloween sebagai tema hiasan. Bertan buah labu sebagai hiasan belambak di seluruh taman. WHOA! Bestnye! Pemandangan hebat! Selain dikunjungi orang tempatan, pelancong dari Sweden, Norway, Jerman, Finland, Belanda dan orang Melayu turut datang tesengeh-sengeh. Tivoli Park ni adalah taman tema yang tertua di dunia. Kira orang Viking yang brutal dulupun tau nak berseronok. Taman ni merupakan antara kebanggaan orang Danish. Macam-macam benda bertemakan Halloween dipamer dan dijual kat sini. Kira cukup berani dan zalim la begambo dengan rangka ni. HEH!

‘’ Kalo datang musim bunga, tempat ni penuh dengan bunga. Lagi cantik ‘’, bagitau encik Isma. Pasal tu pelancong dari luar sangat suka datang ke sini. Tak kira musim temasuk musim sejuk. Macam-macam aktiviti kat sini. Ada beberapa pentas yang membuat persembahan yang berbeza. Yang ni pentas pantomin ahli sihir. Halloween la katakan. Apa lagi kalo tak ahli sihir perempuan dengan penyapu terbangnya. Ramai orang sampai ternganga mulut melihat persembahan ni. Nasib baik gua tak faham apa yang nenek ahli sihir tu bebelkan. Beliau tak gunakan bahasa Danish tapi bahasa ahli sihir! Kalo tak, dengan gua sekali tengangga mulut!

Datang waktu malam, kali pertama plak, dah tu sejuk begedik-gedik, keindahan taman tidak dapat gua nikmati sepenuhnya. Apa yang gua perasan ada taman Jepun dengan kolam ikan koi, pagoda, pentas persembahan muzik klasikal dan rock, akuarium ( tak sempat nak masuk. nak gak tengok ikan puyu Denmark kalo ada. HEH! ), roller coster tahap muntah darah, halls of mirrors, halls of horror dan segala macam permainan yang luar biasa hebat! ( kalo orang putih buat semua hebat! ) Banyak tempat yang menarik tapi tak sempat nak masuk, tengok dan kelebek! Hanya jalan-jalan sambil sengeh-sengeh menahan sejuk. Hidung gua rasa dah beku masa ni. Cik Isma hanya tesengeh je dengar gua komplin… eee… sejuknye! “ Mari kita minum coklat panas! “, ujar beliau Yeahooo! Berhenti lepak minum coklat panas. Masa ni terasa sangat nikmatnya minum coklat panas di kala bayu dingin menampar pipi dan masuk menyucuk dalam lobang idung! Suasana malam yang indah di negara orang walau kesejukan. Bangunan yang penuh dengan lampu lip lap lip lap adalah hotel dan restoran. Bangunan yang sentiasa dihias cantik. Terima kasih encik Isma kerana membawa kami ke Tivoli Park. Malam terakhir kat Copenhagen dan gua mengucapkan selamat malam dengan penuh gaya. Ucapan dengan lirik lagu plak… Malam-malam dingin membeku, hari-hari kian kelabu ke oh Copenhagen?” . Tak sesuai langsung nak dijadikan tajuk novel pasal panjang nak mampus!

Tiga suku pagi waktu Copenhagen gua bangun. Siap-siap nak balik ke oh tanahairku tercinta, Semenanjung Tanah Melayu pada 24 Oktober 2011 ( Isnin ). Tiga pagi? Ya, kerana flight kitorang dari Copenhagen ke Amsterdam tepat pukul enam pagi. Empat pagi check out dan trus ke airport dengan teksi . Pagi yang dingin ketika Copenhagen diulit mimpi, kami meninggalkannya kerana tak nak buat beliau sedih dengan perpisahan ini. HEH! Selamat tinggal Copenhagen. Selamat tinggal negeri kelahiran Mr.Lars Ulrich dan Mr. Kim Bendix Petersen. Yang tinggal hanya kenangan bersamamu. Flight patut tepat pukul enam pagi dari Copenhagen, tapi penumpang mangkuk hayun mana ntah hilang tak masuk dalam kapatebang. Lambat dalam 10 minit pasal nak kuarkan bag beliau. Akibatnya, gua rasa pengalaman pertama menaiki KLM Royal Dutch Airlines yang dipandu tersangat la lajunya. Pilot tekan minyak sambil bediri! Weee…. Sampai awal 20 minit ke Schiphol! Tu dia, punya la laju! Lagi sekali pengalaman pertama kali kat Schiphol Airport. Kapatebang parking jauh dari terminal. Jauh kat tengah landasan. Kami naik feeder bas yang telah sedia menunggu bawah tangga kapatebang ke terminal.

Ada masa lebih kurang lima jam kat Schiphol sebelum menaiki MAS ke KLIA. Apa nak buat lima jam? Takkan nak sengeh-sengeh je kat negara penjajah ni. Belanda sangat terkenal dengan cheesenya. Itu yang gua cari dan beli. Itu yang mampu. Nasib baik ada tempat tukar duit dari RM ke euro. Gua bagi banyak duit RM tapi dapat sikit je dalam euro. Ada duit siling euro lagi!*Uuuu…. Gua nampak ramai orang Yahudi kat Schiphol Airport ni dengan kopiah kecik tecoit kat kepala. Tetiba jadi hangin tak memasal bila nampak bangsa ni! Masa nak ke Gate C untuk menaiki MAS, gua nampak kapatebang negara haram Israel. Patut la ramai orang Yahudi. Pada yang tak pernah melihat kapatebang negara Israel, ni la rupanya. Tak canggih, tak ada hiasan kat badan kapatebang diorang. Cukup dengan bintang Star of David. Tepat 12 tengahari waktu Belanda, MAS Airlines terbang meninggalkan benua eropah tanpa henti selama 12 jam ke BolehLand sejauh 10,780km. Apa nak buat selama 12 jam dalam kapatebang? Apa lagi sengeh-sengeh la, makan, tengok movie, kroihkroihkroihh!... bangun tengok kat screen tunjuk lagi 6580km nak sampai ke KLIA. Sambung sengeh-sengeh, makan kacang, sambung tengok movie sambil sengeh-sengeh … 4.00 pagi waktu BolehLand sarapan pagi nasi lemak. 6.00 pagi selamat mendarat kat KLIA. Syukur Alhamdulillah selamat sampai. * tukar duit RM siap-siap kat BolehLand seblum keluar negara

Encik Isma kata, “ Tahu kenapa hari tu kecoh satu dunia pasal kartun/karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang disiarkan dalam akhbar Danish?” Tak tahu. Kerana di sini ( Denmark ) adalah negara yang benar-benar mengamalkan kebebasan bersuara. Setiap rakyat berhak dan bebas untuk menyatakan apa saja. Karikatur Nabi Muhammad S.A.W. adalah satu kekebasan dan mereka tak nampak ia satu kesalahan yang boleh menimbulkan kemarahan, menyinggung, menghina atau menguris hati umat Islam dunia. Itu bukanlah satu isu yang besar pada mereka kerana mereka bebas untuk mengutuk, menghina atau menghentam siapa saja di dalam negara mereka sendiri seperti ahli politik, artis, kerabat diraja malah ratupun kena kutuk! Itulah yang berlaku. Itulah yang diamalkan dan menjadi cara hidup bangsa Danish. Ooo.. yeah! Apa yang gua bawak balik? Hanya beberapa majalah pelancongan percuma dan cheese Belanda. Pengalaman pertama di negara eropah. Tak ada la kemaruk nak beli itu ini. Pergi kerana tugas. Terima kasih pada Datin Normasila ( Pengarah Bahagian Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia ) dan semua staff Tourism Bahagian Pemasaran Antarabangsa kerana menjemput dan membawa gua ke Copenhagen.

terima kasih kerana sudi mengikuti kisah gua kat Copenhagen. sekarang karikatur yang gua lukis berada hampir di seluruh eropah, greenland dan amerika!

Du er ikke Gayour


5 comments:

deaf-angel said...

pengalaman best Gayour.
Harap ko dapat pegi lagi negri2 omputeh gini.

eh ko tak tanya pilot tu bawak laju atau dia main short cut je tak ikut flight path?

gayour said...

deaf_angel
dengan izinNya, boleh sampai ke bulan!
alamak! tak terpikir plak kat kepala hotak nak tanya pasal pucat dan gedebo jantung naik kapatebang laju ya amat!

Ra1m1 said...

Syok baca dan tgk photo2 shot kat sana... tak sempat gi melawat King Diamond ke? hehehe. Dulu baca interview ketua editor Metal Hammer gi ziarah rumah King, rumah King takda elektrik. Sebab King kata kalau ada elektrik it would chase the spirits away... tido bercahayakan lilin aja laa dia...

berteromber said...

memang best...moga2 dapat can pegi lagi...kita orang tukang baca pun jadi la...heheh...


"We believed we'd catch the rainbow...."

gayour said...

faithcraft
kalo lama sket kat sana, mungkin bleh singgah rumah tak ada elektrik mr. king diamond.


berteromber
haha! kalo dibawak lagi oleh tourism, gua pasti tak malu ngikut.