Thursday, May 24, 2012

SANTAI BERSAMA DATUK LAT

SANTAI PETANG LAT DAN KARTUNIS MALAYSIA
04 REJAB 1433H -  25 MEI 2012

Dah bebulan dan bekulat kisah ni. Baru sempat nak post. ARGHHHH. Lantak la! Hari tu, masa tu terciptalah satu sejarah dan kenangan-kenangan dalam hidup sebahagian kartunis tanahair dengan satu pertemuan  tanpa apa-apa muslihat, agenda gelap atau konspirasi jahat. Hanya satu pertemuan yang telus, ikhlas dan murni yang dianjur oleh kartunis hebat tanahair yang dikasihi lagi dihormati – Datuk Lat. Tak kenal kartunis Lat? Ia bukan satu jenayah berat yang menyebabkan korang dikenakan ISA.
Suatu masa  dahulu, berapa tahun yang lalu, Datuk Lat pernah menyatakan pada gua akan hasratnya untuk bertemu dengan seberapa ramai kawan-kawan kartunis yang ada. Pertemuan antara kartunis lama dan yang baru. Itu hasrat datuk dan alhamdulillah, pada 11 Mac 2012 impian datuk lat menjadi kenyataan dengan satu majlis yang dinamakan SANTAI PETANG LAT DAN KARTUNIS MALAYSIA di Royale Bintang Damansara.

Ramai gak sahabat-sahabat kartunis lama dan baru yang datang. Ada yang tak ada kene mengenapun datang gak. Satu yang diluar jangkaan.  Datuk Lat memulakan majlis dengan ucapan alua-aluan yang ringkas dan menceriakan semua. Datuk memang hebat, bijak dan menghiburkan bila bercakap. “ Terima kasih atas kehadiran semua”.

"Saya sebenarnya nak ajak kawan-kawan datang ke rumah saya kat Ipoh, tapi mungkin tak ramai akan dapat datang. saya gak becadang nak buat pertemuan ni kat rumah saya kat Subang Jaya tapi rumah tu sekarang anak saya yang duduk. Saya dah tak ada power lagi kat situ!" ujar Datul Lat dengan HUHAHUHAHAHA! dari semua hadirin. " Kira ok la dapat tempat ni, boleh kita bejumpa", tambah Datuk Lat.

Kemudian ada sikit slide show pasal pelukis dan kartunis tanahair yang telah tiada. Yang tinggal hanya karya dan jasa dalam pekembangan seni komik dan seni kartun BolehLand. Kerana karya-karya mereka  lahirlah ramai pelukis kaomik dan kartun yang ada pada hari ini. Satu  muka dari  komik hebat ciptaan Raja Hamzah yang digelar juga sebagai Raja Komik Tanah Melayu! Tak payahlah susah-susah cari komik ni .

Sumbangan Allahyarham Rejabhad atau Pak Jab sangat besar dalam membentuk dan mendidik ramai bakat-bakat baru dalam bidang kartun tanahair. Ruangan Bakat Baru yang dikendalikan Allahyarham dalam majalah Gila-Gila telah melahirkan ramai kartunis-kartunis baru. Allahyarham sangat pemurah, baik dan sedia melayan siapa saja yang minat nak belajar lukis kartun. Jasa dan kebaikkan Pak Jab tidak akan dilupa. Terima kasih Pak Jab!

Siapa TAK pernah tengok/baca komik WAK DOJER karya Hussain Saad ni? Jangan takut, ia bukan satu jenayah perang!

Ucapan kedua adalah dari Profesor Madya Dr. Muliyadi Mahamood. Satu-satunya anak Melayu yang ada Ph.d dalam Cartoon Studies. Ucapan yang sangat mengujakan dari orang yang berilmu seperti prof!

Barisan depan dari kiri; Datuk Lat, Prof. Madya Dr. Muliyadi, kartunis A.Z, Don, Reggie Lee dan Tazidi bersama sebahagian dari kartunis, pelukis komik dan animator yang hadir.

Pertemuan ni memang tidak ada agenda jahat yang tersembunyi! Hanya pertemuan kawan-kawan lama dan baru. Itu saja. Ia jadi masalah pada abang Nayan yang diamanahkan oleh Datuk Lat untuk pelaksanaan majlis yang terpaksa menjawap pertanyaan dari jemputan pasal tujuan pertemuan.  Kesian abang Nayan yang dah sedia tak berambut! Masa untuk rehat dan minum petang!

Majlis disambung setelah makan roti jala dengan ucapan dari Presiden PEKARTUN – Persatuan Kartunis Malaysia, brader Tazidi. Penah tengok kartun Tazidi kat majalah Gila-Gila pada zaman Parameswara dulu?

Atuk sapa plak ni. Siapa tahu, siapa kenal atuk siapa ni? Inilah pencipta dan pelukis watak BUJAL dan SALINA, yang dihormati pakcik RIZALMAN. Santai Bersama Lat memberi gua peluang buat kali pertama bertemu dengan pakcik Rosman yang mempersonakan gua jutaan kanak-kanak di BolehLand dengan watak BUJAL dan SALINAnya. Nampak serius tapi bila bercakap, boleh tahan lawak pakcik ni. Beliau mendedahkan cane beliau boleh dapat nama Rizalman. Rupanya tu bukan nama sebenar beliau. Begini kisahnya;  Dulu keadaan agak susah. Jadi sayapun buat la kerja gelap iaitu lukis kat majalah luar. Nak tambah pendapatan. Saya lukis kat majalah lain walau masa tu saya sedang bekerja dengan satu syarikat penerbitan. Sekali boss dapat tau. Kantoi siot! Beliau marah-marah pasal saya lukis kat tempat lain. Emmm… sayapun cari akal…
Kerja-kerja underground memang menjadikan siapa saja kreatif dan panjang akal. Aha! Akhirnya dapat la satu akal paling hebat dalam dunia untuk meneruskan kerja gelap underground saya iaitu dengan hanya menukar nama. Ya, saya tukar nama saya dari Mohd Razali Othman kepada RIZALMAN. Bila tukar nama, boss saya tak tau yang lukisan/ilustrasi kat majalah pesaing dia tu adalah kerja saya. MUAHAHAHAA! Mudahnya beliau ditipu. Macam Clark Kent yang tipu satu Daily Planet dengan hanya pakai cermin mata dan buka cermin mata bila jadi Superman!  Lemah minda sungguh! Gitulah nama tu kekal hingga ke hari ini. Hahahaa!

Giliran kartunis otai Reggie Lee pula bercerita pasal diri, kerjaya dan apa yang dibuat sekarang.  Siapa ya, tak kenalpun! Beliau adalah kartunis bangsa Cina yang terawal berkarya dan bersaing dengan kartunis bangsa Melayu di majalah Gila-Gila dalam pekembangan kartun tanahair pada tahun 80an dulu. Beliau punya gaya, stroke dan identiti sendiri yang tidak dipengaruhi dari mana-mana.

Ah, sudah! Atuk sapa  pulak ni? Ramainya atuk-atuk yang datang ke majlis ni. HEH! Guapun tak kenal tapi kenal dan tahu nama setelah dipekenalkan. Inilah Tuan Haji Sulaiman Awang, seorang pelukis/ilustrator yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka.  Pakcik ni gak pernah mengendalikan rancangan Mari Membaca Al Quran di TV 1. Tak kenal maka tak cinta. Benar sungguh kata-kata tu. Gua tak kenal atuk ni tapi sungguh seronok,  terhibur dan WHOA! bila mendengar kisahnya. Lawak rupanya atuk ni. Antara kisahnya, setelah bersara, beliau hilang arah dan akal… lalu amik keputusan nak jadi bomoh! Hahaha! Betul! Beliau sanggup merantau ke Borneo nak menuntut ilmu kebomohan. Tapi bila gurunya suruh pegi betapa kat hutan, beliau dah kecut perut. “ Tinggal kat rumah sorang-sorangpun dah takut, ni kan plak nak betapa sorang-sorang kat hutan, lagi la nakot!”. HARHARHAR! Satu dewan pecah gelak dengar kisahnya.

Lagi satu kisah yang buat semua berkata WHOAA! bila atuk ni bagi tahu akan hasratnya nak jadi seorang yang terkenal kat Malaysia. “Aku nak jadi glamer!” . Tapi beliau rasa agak mustahil nak jadi terkenal. Jadi apa akal, apa jalan….. there’s NO road and NO jalan! Dead end! Tapi akhirnya beliau bejaya gak jadi “glamer” walau bukan seperti pelakon atau penyanyi. Beliau mendedahkan rahsia tulisan khat  jawi yang terdapat pada semua duit kertas negara kita sekarang. “ Tulisan khat jawi pada duit itu adalah tulisan tangan saya!” . WHOAAA! “ Saya glamer gak akhirnya walau tak dikenali”, ujar atuk ni puas hati sambil tersengeh-sengeh. Ayuh! Sila tengok tulisan khat jawi kat not kertas korang. Bila tengok, inilah atuk yang menulisnya. Itulah jasa dan sumbangan besar atuk ni pada BolehLand.

Sorang lagi kartunis oldskool yang sangat terkenal di zaman kegemilangan, keemasan dan kehebatan kartun tanahair. Inilah kartunis Tuan Haji Zainal Buang Hussein –ZBH  yang sangat periang dan suka ketawa. Tuan Haji berusaha dan melapangkan masa untuk bersama dalam majlis yang julung-julung kali diadakan.  Seorang kartunis yang punya pelbagai kebolehan. Bukan saja terer lukis kartun tapi juga boleh tulis novel, lukis potret, karikatur,  abstrak ( paling senang lukis ) dan juga seorang ilustrator.  Tuan Haji ZBH agak emosi dalam ucapannya bila bercerita mengenai zaman awal dan sahabat-sahabat  yang banyak membantunya. Kisah yang mengharukan. Dari kesusahan, beliau berusaha hingga berjaya. Kisah yang sangat meninggalkan kesan terutama pada generasi baru. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya!
Encik Hassan Mutalib, bapak animasi Malaysia turut hadir dan berkongsi cerita dengan semua. Hebat! Siapa tak penah tengok animasi pendek Hikayat Sang Kancil dengan kisah Sang Kancil dan Monyet, Sang Kancil dan Buaya dan beberapa lagi. Itulah antara produk animasi terawal buatan Malaysia dan encik Hassan ni la orang kuat disebalik animasi tu. Sumbangan dan jasa yang besar! Teringat lagi dialog “ Aku nak itu! Aku nak itu! “  kata sang monyet yang degil dan keras kepala pada sang kancil dalam animasi Sang Kancil dan Monyet..

Kartunis DON ( baju kuning ) yang mempersonakan jutaan rakyat BolehLand dengan kisah kenakalan tiga sahabat iaitu DAN, DIN, DON dan kehebatan pencak silat Melayu dalam Pendekar Mata Tige turut berkongsi kisah dengan semua. Melihat karya-karya encik DON membakar semangat gua nak jadi kartunis pada zaman dinosaur dulu. Kena plak dengan stroke brush dan pen celup beliau yang sangat cantik. Perghh.com sungguh! Sekarang beliau sangat aktif dengan karikatur dan animasi. Karya-karyanya  jadi penyebab ramai budak-budak hingusan seperti gua nak jadi kartunis!

Antara yang mengujakan dalam majlis ni adalah saudara Azman Yusof yang sangat memeranjatkan dalam ucapannya. Sungguh tak sangka beliau sangat sporting dan dengan rela hati berkongsi kisah yang sangat menarik iaitu kisah bagaimana beliau mendapat tugasan sebagai Pelukis  Di Raja Selangor. Kisah yang tidak pernah didedahkan pada umum selama ni.  Oh, ya, Siapa Azman Yusof ni? Ramai yang kenal dan lagi ramaiiiiiiiii tak penah dengar nama beliau.  Pada yang tak tahu, beliau adalah seorang kartunis dan ilustrator kat majalah Gila-Gila pada suatu zaman dahulu. Lebih hebat, beliau adalah seorang pelukis potret yang sangat luar biasa hebat dan sekarang adalah Pelukis Di Raja Selangor. Masa sembang-sembang dengan beliau dalam program Life Figure Drawing bersama Amron Omar kat Balai Seni Visual Negara, beliau kata, “ orang tak penah fikir bila aku dah siap lukis apa-apa potret sultan atau kerabat, macam mana aku nak mintak payment dari sultan’.  Haha! Lagi sorang karyawan hebat yang menyebabkan ramai hingusan-hingusan melopong dan memeleh air liur bila melihat hasil karya beliau dan jadi penyebab nak jadi pelukis potret seperti saudara Azman Yusof.

Cam yang gua kata, tiada konspirasi gelap, hitam atau jahat dalam pertemuan ni. Hanya pertemuan semata-mata. Pertemuan antara penggiat seni kartun, komik, animasi, karikatur dan pelukis  potret tua, petengahan umur dan muda tanahair. Selain bersalam-salaman, bertanya khabar dan sengeh-sengeh, majlis ni memberi peluang pada semua yang hadir untuk mempekenalkan diri, kerjaya dan apa-apa yang ingin diberi tahu.  Itu saja. Bangun, pegang mikrofon dan cakap. Macam Padi, beliau kutuk gua! Uuuu…uuuu… gua dendam dengan lu Padi! Oh, ya, majlis ni gak peluang untuk begambo dengan Yoda Yoda kartun dan komik tanahair! Tak sangka gua yang paling muda dalam gambo ni. HARHARHAR!

Young apprentice with Yoda Master. Antara barisan Yoda Master yang banyak menyumbang dalam pekembangan seni lukis, seni kartun, komik, potret dan seni khat jawi tanahair. Terima kasih tuan-tuan yang dikasihi semua.

Tak ketinggalan begambo dengan sahabat-sahabat yang pernah berkarya dan bertugas bersama seperti Nik Wafdi ( kanan ) yang terkenal dengan karya Ali & Davidson, Murahguru Tandoori Payat dan Padi ( kiri ) yang kutuk gua tadi!

Lagi sahabat yang datang meraikan majlis anjuran Datuk Lat iaitu kartunis dan juga seorang pensyarah di MMU iaitu Sireh ( kiri ) yang baru keluar dengan koleksi Life Journey Vol 1 nya. Cekidaut! Yang tengah plak ialah presiden PeKOMIK ( Persatuan Penggiat dan Pelukis Komik Malaysia ) iaitu saudara Azhar Abdullah, seorang pensyarah ( UITM ) dan pelukis kaomik yang sangat aktif. Beliau juga adalah orang gagah dan handal yang bertanggungjawap dalam penerbitan majalah Urban Comics
 ( RIP ) dan telah menerbitkan dua buah komik iaitu Liga Pendekar dan Pendekar Melayu Terakhir yang bergitu kuat jati diri Melayu dalam komiknya. Cekidaut komik-komik beliau.

Gambar kenangan-kenangan khas bersama pencipta watak BUJAL dan SALINA, yang dihormati pakcik Rizalman. Terima kasih atas cerita dan kisah Bujal yang sangat banyak pengajaran. Terasa mudanya gua. HEH!

Tak ketinggalan bersama yang berusaha lagi dihormati, Datuk Lat yang menghiburkan seluruh rakyat BolehLand dengan karya-karya hebat yang sungguh mempersonakan! Terima kasih datuk! Melihat atau membaca karya Datuk Lat seperti melihat kehidupan dan  budaya rakyat Malaysia seluruhnya. Hebat! Ya, jelas sekali antara yang tua dan yang muda. HEH!

Masa sesi pegang mikrofon dan cerita pasal diri dan kerjaya, kebanyakan sahabat lama yang melukis kartun telah beralih ke bidang animasi. Semua telah beralih ke digital meninggalkan gua sorang yang masih tegar mengamalkan cara tradisional dalam berkarya. Tak apa la. Moga semua berbahagia dan berjaya dalam kerjaya memasing. Akhir sekali begambar ramai sampai tak muat frame kamera! Sungguh seronok dapat bejumpa, bersalam, bercakap terus dan mengenali yang lama dan yang baru. Terima kasih semua. Moga sihat, selamat dan betambah iman.

CARTOONIST UNITE!


17 comments:

Anonymous said...

Wah....legend semua tu

Untungla bro dpt pegi

gayour said...

anonymous
ya, memang pegi nak jumpa semua legends tu.

Faithcraft said...

living legends!

gayour said...

faithcraft
peluang baik dapat jumpa legends semua tu masa mereka masih ada.

Ki To said...
This comment has been removed by the author.
deaf-angel said...

hooooo hoooo hoooo...

aku tak tahu apa nak cakap dah...

setiap setiap dari nama dalam post ko adalah....

no words can describe.

gayour said...

deaf-angel
mereka adalah yoda2 yang menyebabkan kita kenal dan suka komik, kartun dan animasi.

**fRy laDy** said...

seronok dapat membaca perkongsian cerita sedara ni..)

gayour said...

fRy laDy
terimo kasih yo la

zool said...

Ujang (ibrahim anon) takde ke bro?? tu legend gak..

zool said...

Reggie Lee pun top gak la.. selalu lukis kat suratkhabar omputeh,, ni mesti jarang baca suratkhabar omputeh ni

gayour said...

zool
ujang tak datang. mungkin beliau sedang tegang urat leher belawan dengan ikan toman besar tong drum kat tasik kenyir masa ni. HEH!

zool
yeah. beliau antara editorial cartoonist terbaik buatan malaysia.

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Teman siap call lagi gogenaizer mejlis tu dgn wish dapat la join...

to no avail.. nooo...!!!!

siap kabor peminat lat, gayour, aie, nik wafdi pon xlaku ahahahaha

gayour said...

yob
nasib kamu la yob... sabo je le...

Bro Otai said...

Salam bro Gayour..mana nak cari koleksi komik Bujal? Gua rindu betul dengan watak2 Bujal, Bujul, Bujil, Lina, Dogol, Raju dll..

pijoy zul said...

Lejen ttp lejen derrr