Monday, July 16, 2012

PAMERAN KARTUN 2012

PAMERAN KARTUN 2012
 27 SYAABAN 1433H - 17 JULAI 2012
 
Pameran kartun pertama yang gua sertai pada tahun 2012 di Galeri Shah Alam yang bermula pada  08 Mei 2012 dan berakhir pada 22 Jun 2012 yang lalu. Hahaha! Rasakan! Tak dapat pegi tengok pameran ni. Tapi tak pegipun tak apa, bukan la best manapun. Biasa je. Kalo gua bagitahu awal dan jemput semua datang, gua tau semua tak akan datang.
Apa yang best pasal pameran yang disertai oleh 18 orang kartunis tanahair ni. Tak ada yang best, biasa je. Ramai kartunis yang terlibat dalam pameran ni tak hadir pada hari perasmian. Guapun tak faham apasal diorang tak datang. Ya la, masing-masing ada macam-macam masalah, kerja atau halangan. Pasal tu tak dapat datang. Yang best pasal adanya Datuk Lat yang datang sebagai VIP kehormat yang merasmikan Pameran Kartun 2012. Sangat seronok dapat jumpa dan dengar Datuk Lat bercerita dalam ucapannya. Antara cerita Datuk Lat adalah pasal duit. “Dulu masa kecik-kecik kat kampung bila dapat duit raya, biasanya duit tu kami bagi mak simpan. Kalo dapat dua ringgit, seringgit bagi mak simpan. Kalo seringgit, lima posen bagi kat mak simpan. Tak tau apasal. Hampir semua kawan-kawan buat cam tu. Dapat duit bagi kat mak. Tak bagi kat bapak pasal gerenti habih! HEH! Bila nak beli apa-apa baru mintak kat mak macam nak tengok wayang gambar. Satu lagi hobi saya ialah tengok wayang gambar. Lain keadaannya dengan budak-budak sekarang. Dapat duit terus belanja sendiri. Betul, saya tak tipu!” kata Datuk Lat dalam kisahnya. Ya, betul. Guapun buat cam tu dulu. Apa-apa hal mesti bagi kat mak, ingat kat mak. Cerita datuk mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan. 


Datuk Lat juga bercerita pada hadirin mengenai zaman awal dia melukis dahulu. Masa kat kampong dan masih sekolah. Mengingatkan pada kisah awal gua kat kampung dan masih sekolah. “ Dulu saya tak berapa pandai dalam pelajaran. Biasa la. Saya lebih suka mandi sungai, tangkap ikan, tengok wayang gambar dan lukis kartun. Masa di sekolah menengah saya dah mula lukis kartun dan  menghantar karya ke berberapa penerbitan antaranya NST. Tiap bulan saya dapat dalam RM100 ke Rm150. Satu jumlah pendapatan yang agak besar masa tu. Kebanyakan kawan-kawan sebaya saya masa tu masih meminta duit dari mak bapak mereka, tapi saya pulak bagi duit pada mak dan bapak saya tiap bulan dari hasil kartun. Macam saya cakap tadi, saya lemah dalam pelajaran. Bila keputusan perperiksaan keluar, saya gagal dan bila tunjuk keputusan pada mak bapak, diorang tak kata apa pasal saya dah ‘rasuah’ diorang siap-siap tiap bulan. Hahahahaa! Kisah yang sangat menarik.
Masa untuk melihat pameran Kartun 2012. Pameran ni tak mengkhususkan tema tertentu. Bebas ikut angin yang berhembus tanpa haluan. Asal jangan lukis kartun lucah dah. Ada macam-macam genre kartun yang dihantar dan dipamerkan. Bagus gak, pelawat dapat tengok kepelbagaian dalam menghasilkan kartun. Sapa lukis ni? Eeee... buruknye. HEH! 
Oh, siapa plak yeng bergambar dengan gua ni? Tak ingat dari sekolah mana diorang ni. Sebahagian dari pelawat pelajar sekolah yang singgah ke Galeri Shah Alam dan bersama dalam acara perasmian. Terima kasih semua.  
Ada lagi yang nak bergambo dengan gua. Guapun heran macam mana budak-budak ni kenal dan nak begambar dengan gua. Kenapa gua kata cam tu? Tengok la budak-budak ni. Rasanya diorang tak pernah tengok karya-karya awal gua seperti blablabalaa… temasuk karya gua sekarang. Tapi diorang kenal gua kartunis Gayour. Hilang akal gua mikirkannya. Ntah la. Tak apa la, apapun terima kasih semua. Moga berjaya dalam pelajaran dan hidup dunia akhirat.



Turut hadir dalam majlis perasmian ni adalah kartunis oldskool yang turut menghantar beberapa karya hitam putih dalam pameran ni iaitu Tuan Haji Zainal Buang Hussein ( dua dari kanan ) yang sentiasa ceria. Kanan sekali adalah Pengarah Galeri Shah Alam, Profesor Madya Mohd Said Abu dan Pak cik Nayan ( kiri sekali ) riang ria melihat pameran.
Tiba ke bilik pameran dua yang sebahagian besar adalah dikuasai dengan karya-karya gua! Gua hantar 42 karya dalam pameran ni. Paling banyak dan perlukan ruang yang banyak dan besar gak! Gua rasa ini la masanya untuk pelawat ( sama ada suka atau meluat  ) melihat dan menikmati karya gua. Ada tiga jenis karya yang gua hantar iaitu dalam hitam putih, cerita kartun semuka berwarna cara tradisional dan karikatur warna tradisional. Sila kagum ya datuk! Heee…
Kenapa banyak sangat karya gua? Kerana kebanyakan rakan kartunis dah beralih ke digital lukis kartun. Diorang hampir tak ada karya terbaru cara tradisional. Ada la satu dua karya zaman purba dulu. Pasal tu susah atau tak ada lagi karya tradisional diorang. Kalo nak buat pameran kartun cam ni sangat susah nak cari dan dapatkan bahan karya tradisional. Jadi usaha untuk mendidik masyarakat melalui pameran kartun tradisional menjadi terhad. Tak apa, biar la semua sahabat kartunis beralih ke digital dan tinggal gua sorang diri melukis cara tradisional dan dikutuk pasal tak nak berubah ke digitalpun tak apa. Biar la gua yang menjalankan bertanggungjawap, menjaga dan meneruskan amalan melukis cara tradisional dalam mendidik dan berkongsi dengan masyarakat terutama pelajar-pelajar sekolah. Amacam datuk, kagum? HEH!  
Datuk tanya gua. “Apasal kau buat kartun rock cam ni? “. Jawap gua, dalam cerita datuk masa perasmian tadi ( satu lagi cerita... ) datuk kata datuk hidup masa zaman kehebatan pelukis seperti Allahyarham Raja Hamzah dan lain-lain pelukis. Masa tu datuk baru mula melukis dan datuk dapat rasakan yang datuk tak mungkin dapat bersaing dengan pelukis-pelukis hebat dalam arus perdana masa tu. Apa yang datuk buat untuk terus berkarya dan hidup? Datuk melawan arus dan keluar dari kelompok itu dengan berkarya dalam media aliran Bahasa English, sedangkan semua pelukis hebat itu berkarya dalam sokaba jawi dan Bahasa Melayu. Karya datuk disiarkan dalam NST, dalam bahasa english yang pembacanya lebih ramai dan agak berpendidikan. Datuk menang kat situ dan KEDEBOOOM!
Itu gak yang saya lakukan datuk. Saya membesar pada zaman keemasan music rock mengganas di seluruh dunia. Saya tak keluar dari kelompok media utama kebanyakkan kartunis berkarya pada tahun 80an dulu. Saya bersama mereka tapi saya mengambil peluang yang tak diambil oleh kartunis lain secara serius pada fesyen, gaya dan kegilaan remaja pada muzik rock, lalu dengan kejam saya 'merampas dan menguasai ' keadaan seperti rakus dan ganasnya band W.A.S.P. HEH!  Itu yang saya lakukan. Kita sama-sama mencari peluang yang tidak ‘dilihat ’ dan dengan peluang itu kita mencari kejayaan datuk.
Muzik rock memberikan saya ilham untuk mencipta watak dan cerita pasal dunia muzik rock dalam kartun. Saya mengambil dan menggunakan peluang itu sebagai kelainan ( kononnya ) dan memenuhi kehendak peminat muzik rock melalui karya saya. Ia umpama senjata nuclear dalam berkarya dan KEDEBOMMMM! Nuclear Assault datuk! Pasal tu saya menghasilkan karya Mat Rock Cintan ni.
“Tipu la kao Gayour! Haha!  Tapi lu memang rock la Gayour! “ Semua ketawa gumbira dengar kisah gua temasuk gua sendiri. Hahahaha!
Ah, amik gambo la plak. Gambo sorang anak muda dengan orang-orang tua berlatarbelakangkan karya-karya gua. HEH! Dari kiri pakcik Nayan. Beliau bukan kartunis tapi sangat aktif dan berminat dalam bidang kartun hingga menubuhkan syarikat Cartoon Parade yang menguruskan banyak aktiviti melibatkan kartunis tanahair. Kami memanggil beliau pakcik Nayan. Beliau gak adalah saudagar menjual cermin mata purba. Boleh beli cermin mata dan barang-barang purba dari beliau tiap minggu kat Stadium Melawati, Shah Alam. Sebelah kiri beliau adalah satu-satunya orang muda ( hee… ), brader Tazidi, Datuk Lat yang sengeh sakan pasal dapat majalah G3 keluaran 100 percuma. Diikuti oleh yang dihormati Tuan Haji Zainal Buang Hussein dan salah seorang kartunis, animator dan pelukis karikatur terhebat tanahair iaitu saudara Yaz Malee. Mungkin ramai yang tak pernah tengok karya beliau. Lantak la!
Tak ingat wartawan dari sokaba mana intebiu gua pasal pameran ni. Ya, ok, orait!
 Ni la sebahagian karya-karya tradisional gua yang dipamerkan. Ada yang tanya pada gua, “ kenapa brader masih melukis cara tradisional dan tidak lukis cara digital? Gua jawap… “ Inilah kecintaan gua pada seni lukis kartun. Gua benar-benar melukis bila menggunakan tangan. Kalo gua lukis cara digital maka tidak adalah karya kartun tradisional gua yang boleh dipamerkan". Kalau encik pergi ke Balai Seni Visual Negara, Galeri Shah Alam atau mana-mana galeri lukisan, adakah encik nak tengok karya-karya digital atau tradisional? Biar la gua tak berubah, terus melukis dan bahagia dengan cara gua. Melukis kartun cara tradisional bukanlah satu jenayah berat. Sapa-sapa nak kutuk, hina, keji... silakan.


Ah! Patutnya gua tak tampal photo ni tapi… ntah la. Bersama Faizal Mukhtar, presiden dan pengasas pertubuhan Manteraworks. Seorang penulis dan seniman yang begitu tegar minatnya terhadap komik, Superman, makan, filem, superhero, makan, animasi, makan dan M.Nasir termasuk Rob Liefeld. Harharhar!
Bersama karya karikatur metal guitarist yang dipamerkan. Kartunis hari ni memerlukan kelebihan yang lain selain dari hanya boleh melukis kartun, ilustrasi dan cerita kartun iaitu kebolehan melukis karikatur dengan baik. Dengan baik dan berkualiti. Maksud gua bukan hanya main belasah lukis. Kena belajar dan praktis. Jangan ikut/tengok kartunis lain boleh buat, guapun buat la! Kartunis mesti bertanggungjawap terhadap karyanya dan mendidik melaluinya. Maksud mendidik, karya yang baik dan berkuliti. Dari situ siapa yang nak lukis kartun atau karikatur kena belajar dulu dan berusaha menghasilkan karikatur yang baik dan berkualiti! Barulah meningkat kualiti kartun, ilustrasi, animasi atau karikatur negara kerana kartunisnya berilmu.
Gua dipaksa melakukan aksi air guitar ni oleh wartawan dan pelawat untuk amik gambo. Jeng! Jenggg! Are you ready to bang your brain out there? Pameran telahpun berakhir. Tak ada la menarik manapun. Biasa je. Pasal tu gua tak hebahkan awal. Gua tau ramai yang tak akan datang. Apa, kalo bagi tau awal nak pegi tengok pameran ni. Iye ke? Macam tu la, kalo tak bagi tau, nak pegi tapi kalo bagi tahu atau jemput, mesti tak dapat pegi. HEH! Ok la, kalo nak tengok pameran kartun gak, sila ke Balai Seni Visual Negara sekarang. Bermula dari 20 Mei 2012 hingga 27 Julai 2012 ni berlangsung Pameran Kartun Tulen Malaysia. Gua ada hantar beberapa karya dalam pameran ni. Kenapa dinamakan Kartun Tulen Malaysia? Kerana ia adalah karya asli kartunis Malaysia yang bercirikan identiti Melayu/Malaysia yang dilukis cara tradisional. Tidak ada pengaruh dari luar, Jepun terutamanya. Amacam, nak pergi? Gua dah kata, mesti tak akan pergi punya. HEH!



10 comments:

faizalmukhtar said...

Setinggi-tinggi penghargaan daripada kami di Manteraworks kerana pengikhtirafan yang diberikan dalam entri bersejarah. Semoga kita terus bekerjasama dengan lebih utuh lagi di masa-masa yang akan datang

FM,
Wazir Manteraworks

gayour said...

faizalmukhtar
insyAllah, kerjasama yang membawa kebaikan dan keuntungan di dunia dan akhirat.

rajawali terbang tinggi...

sofian ishak said...

Gua setuju dgn lu, Gayour... Gua sendiri pun lebih suka pakai kaler2 tradisional. Pakai digital/photoshop mmg lawa, tp lebih art pakai kaler2 tradisional...Mcm skrg, semua nak buat anime 3D. Bila dh berlambak, gua pun naik bosan... Gua mula nak tgk anime mcm dulu2 plak... Mcm airbrush dulu2 le... Semua org nak pakai airbrush. Advertising agency pun nak cari org yg tahu guna airbrush. Lama2 org naik bosan tgk lukisan airbrush... Traditional brush tu jugak yg bessttt...hehehehee...

gayour said...

sofian
gua rasa hanya tinggal gua spesis terakhir yang masih mengamalkan cara tradisional berkarya dalam majalah humor kat BolehLand. tapi ramai yang mendesak gua beralih ke digital sepenuhnya. gua tak tau apasal. itulah yang gua hadapi hampir setiap hari bila bertemu orang ramai.

ntah la

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

Termiss lagi.. deymnnnn....

Nk gi le Balai Seni Visual Negara

gayour said...

yob
masih ada masa lagi yob. cepat! cepat.

fast as a shark!

StingRay said...

Dem!

Harini 27hb Julai dan HARI INI AKU BARU TAHU!

Yarabbi!

Tepuk dahi.

gayour said...

stingray
jangan menyumpah tak memasal dalam bulan puasa ni. kurang pahala puasa. itu hanya pameran kartun tradisional saja . cara lama, primitif, purba, ketinggalan... tak ada la menarik manapun. orang lebih tetarik dengan lukisan kartun digital sekarang. tak rugi apa2 tak pegi tengok.

Anonymous said...

encik gayour...aku minat nak jadi pelukis komik...bleh bagi guide dak? la ni aku wat komik kat sekolah je...aku nakla jugak tau standard industri komik ni..ketas apa yg selalu pelukis komik guna, pen dia,...sebab aku minat..manetau leh beguru ngan encik..lagipun aku minat bersama selamanya...kui kui kui har har har tu aku dapat dari encik la..

BESIHITAM said...

idola aku ni..membesar dengan katun SLASH!!mantappp