Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADAN 1433H


Salam Ramadan
01 RAMADAN 14
33H - 21 JULAI 2012

As salam wahai sahabat semua.
 
Tahniah dan syukur kerana diberi kesempatan panjang umur oleh Allah dapat kita bertemu dengan bulan Ramadan tahun 1433H/2012 ni.
Selamat MENGERJAKAN ibadah puasa gua ucapkan. Mintak maaf atas segala salah dan silap. Lagi sekali gua ulangi, MENGERJAKAN ibadah puasa bukan menjalani ibadah puasa ya. Moga sihat dan dapat melakukan amal ibadah fardu dan ditambah sebolehnya ibadah sunat.

Sesungguhnya ibadah puasa HANYA KERANA ALLAH, bukan kerana yang lain. Bukan kerana nak berhenti merokok, bukan kerana nak kurus, bukan pasal nak gemuk, bukan kerana solat sunat tarawikh, bukan nak berjimat, bukan kerana tadarus al Quran, bukan kerana Lailatul Qadr... 
hanya kerana Allah
 
* guna semula gambo bulan 17 ramadan tahun lepas. tak sempat nak lukis yang baru pasal agak sibuk dengan urusan dunia!


17 comments:

Cromirama Elcy said...

Selamat berpuasa bro.. salam rock

gayour said...

cromirama
terima kasih.

kekejaman manusia tiada batasnya!

Q said...

Selamat ber'ramadhan' tuan!

deaf-angel said...

Gayour,
buka makan apa? hehe

gayour said...

Q
selamat poso dan buko poso. ingat2 sket boko tu... jago badan tu sket jang. heh!

deaf-angel
semalam gua buka poso kek surau tempat gua. makan kurma, karipap, air sirap. lepas maghrib kena nasi dagang. gua tambah dua kali. yummyyy!

bofoyengfeng said...

Ramadhan kareen brader ghayo...tak saba den nak berghayo ni ha....

gayour said...

bofoyengfeng
dari kecik kita diajar, bila tiba bulan ramadan, bukan seronok pasal nak puasa tapi seronok pasal nak sambut raya.
itulah kesilapan yang berterusan cam lu yang kemaruk nak raye. HEH!

selamat berpuasa dulu bro!

ஜ miss klanika ஜ said...

perghhh . minat kot ngn bro !
cahaya ramadhan telah menemukan sy dgn belog ini. slalu tgok katun aje. kihkihkh

gayour said...

miss klanika
terima kasih kerana pernah minat kat karya gua.
ya, memang banyak kelebihan, hikmah di bulan ramadan al-mubarak yang patut kita isi dengan amal ibadah. bukan hanya ada cahaya matahari dan cahaya bulan ramadan. HEH!

ஜ miss klanika ஜ said...

terima kasih . nasihat sebegitu ilmiah skali dtg dr seorang kartunis yg sy gemari. sememangnya amat sy hargai . hehe .

adam said...

Abang gayour!

Walawehhh! Cam tak caye jek.

Dulu rajin saya baca bersama selamanya dari si joe jahat sampai dia insaf bila dah gadoh ngan amar.

Lepas tu pembelian komik ujang terhenti sebab pindah rumah. Kat tempat baru takde langsung ujang...

Gile ah. Rase dah lame sangat. Tua jugak rase diri nih.

But abang lukis superb.

gayour said...

miss klanika
tu bukan nasihat, hanya peringatan yang diambil dari mana2

adam
ya, yang tinggal hanya kenangan bersamamu selamanya. terima kasih kerana pernah meminati karya gua.

adam said...

Teman saya waktu kecik tu bang.

Budak kecik sekarang takde feel bace komik dah. Dok layan ipad, tab segala.

Rugi2.

gayour said...

adam
masa berubah dan gajetpun berubah macam gajet batman yang makin canggih. ntah la...

Q said...

adeh...biaso jo bukak poso ngan nasi sepinggan yo... bilo nak bukak poso kek pilah?

Ki To said...

salam ramadhan tuk guru..Huhu...Semoga ramadhan kali ini penuh makna,andai dapat ku lalui dengan sempurna.Selangkah...Demi selangkah....Chewaaahh,lagu Nashid kumpulan Raihan laks..Hehehe.

gayour said...

Q
kalo pinggan biaso tak apo, tapi pinggan bosa dulang apo hal? haha!


ki to
terima kasih. selamat seronok mengerjakan ibadah puasa tahun ni nuu..