Friday, November 30, 2012

KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA


KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA
17 MUHARRAM 1434H – 01 DESEMBER 2012

Hari tu, bulan Oktober 2012 yang lalu, gua dapat satu kad jemputan Walimatul Urus  dari sorang peminat  BERSAMA SELAMANYA. Apa nak kecoh, biasa la dapat jemputan kawen. Ya , betul tapi yang menarik adalah pasal kad kawen beliau. Kad kawen yang menggunakan ilustrasi watak AMAR dan LIN dari cerita BERSAMA SELAMANYA dan  idea hebat mengambil design dari buku latihan sekolah sebagai kad kawen. Sangat menarik.
Yang buat gua kembang lobang idung dan terharu ialah bila lihat watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi pilihan. Tak sangka beliau tegamak dan sampai hati menggunakan watak kartun itu sebagai penghias kad kawen beliau.  Agak pelik dan janggal tapi ada kelainan! Kelainan tu yang dicari-cari sangat oleh ramai orang dalam apapun perbuatan untuk diingati dan diikuti. Ya, korang boleh tiru idea design kad kawen ni. Maksud gua design saja, bukan ilustrasi. Korang boleh terus kekal dengan ilustrasi bunga-bunga sebagai penghias kad kawen. HEH! Sila layan kad kawen Bersama Selamanya ni.

Ni sampul kad kawen pasangan Emma & Saiful.
Cover Kad  Walimatulurus – Undangan Meraikan Perkahwinan. Rekabentuk kad yang dicelok dari buku latihan sekolah (hebat!) dan watak Amar dan Lin dari Bersama Selamanya.
Inside front cover – mintak maaf dan keizinan menggunakan ilustrasi Bersama Selamanya. Sepatutnya encik Saiful mintak izin dulu. Bila dapat izin baru cetak. Ni dah cetak baru mintak izin. Harharhar! Ramai yang buat cam ni. Ok, tak apa gua izin dan halalkan walau bukan makanan.  Belah kanan tu plak adalah peta ke rumah pengantin perempuan.
Inside back cover – peta ke rumah pengantin lelaki.
Back cover -  rukun Negara diganti dengan rukun nikah. Masih dikekalkan sistem metrik dan sifir 12.  Hebat!

Ada dua kisah pasal perkahwenan dengan  Bersama Selamanya telah berlaku sejak cerita  itu diterbitkan pada tahun 1994 yang lalu.
Pertama;
Kad kawen yang menggunakan watak Amara dan Lin. Gua tak tau apa yang menyebabkan kedua pasangan ni fikir dan bersetuju menggunakan watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi kad kawen mereka. Apapun terima kasih dan moga kedua pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwenan berbahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Gua tak dapat memenuhi undangan mereka kerana pada tarikh yang sama, anak buah gua gak melangsungkan majlis akad nikah dan majlis makan-makan.

Kedua;
Sorang peminat Bersama Selamanya menghubungi gua dan bertanya pasal koleksi Bersama Selamanya Volum 1. Gua jawap, “maaf, tak ada dalam simpanan dan di pasaran lagi”. “Alamak! Susah la gua cam ni! Mana gua nak cari aa… bro?”. “Lu nak buat apa?”, tanya gua. “Err… sebagai hantaran kawen gua brader. Gua dah janji dengan tunang gua nak bagi koleksi Bersama Selamanya sebagai hantaran bro!”.
Ah, sudah! Gua menggeleng kepala dan tesenggeh-senggeh bila dengar jawapan dari mamat tu nak jadikan koleksi Bersama Selamanya Volum 1 sebagai salah satu hantaran perkahwenan beliau.

Gua tak sangka sampai begitu sekali ‘layanan’ beberapa orang peminat Bersama Selamanya terhadap kisah itu. Sebagai seorang kartunis, gua terkezut, terharu dan ya, sedikit bangga kerana membuatkan beberapa orang begitu menghargai karya yang gua buat. Ia suatu yang tidak diduga dan memeranjatkan. Terima kasih. Moga semua berbahagia di dunia dan akhirat.  Hingga ke hari ini, ke mana gua pergi, orang yang mengenali gua akan bertanya dan mengingati kisah Bersama Selamanya. Kisah itu mengingatkan mereka pada kenangan lama masa kecil dan masih belajar. Kalau muzik rock boleh mengingatkan  kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu, kisah Bersama Selamanya nampaknya seperti  muzik rock, mengingatkan pada kenangan lama walau hampir 20 tahun telah berlalu dan lebih bermakna lagi ia jadi ikatan dan kenangan indah antara gua dengan peminat. Terma kasih sekali lagi

Sekiranya sahabat ada cerita yang melibatkan apa saja kisah Bersama Selamanya, seperti; saya bertemu pasangan hidup saya melalui kisah Bersama Selamanya, boleh bagi tau gua melalui emel untuk kita kongsi bersama dengan peminat yang lain.
gayour
iot@gmail.com

 


 Terima kasih atas ingatan, penghargaan, kenangan dan sokongan. 

bersama selamanya



Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH


MAAL HIJRAH 1434/2012

as salam
ahhh...! lantak la apapun azam korang pada tahun baru hijrah ni. gua
cuma nak ucap, moga sihat untuk melaksanakan tanggungjawap dan bertambah iman!

selamat tahun baru 1434 HIJRAH pada semua.

senyum sentiasa

gayour 1434H2012