Friday, November 30, 2012

KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA


KAD KAWEN BERSAMA SELAMANYA
17 MUHARRAM 1434H – 01 DESEMBER 2012

Hari tu, bulan Oktober 2012 yang lalu, gua dapat satu kad jemputan Walimatul Urus  dari sorang peminat  BERSAMA SELAMANYA. Apa nak kecoh, biasa la dapat jemputan kawen. Ya , betul tapi yang menarik adalah pasal kad kawen beliau. Kad kawen yang menggunakan ilustrasi watak AMAR dan LIN dari cerita BERSAMA SELAMANYA dan  idea hebat mengambil design dari buku latihan sekolah sebagai kad kawen. Sangat menarik.
Yang buat gua kembang lobang idung dan terharu ialah bila lihat watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi pilihan. Tak sangka beliau tegamak dan sampai hati menggunakan watak kartun itu sebagai penghias kad kawen beliau.  Agak pelik dan janggal tapi ada kelainan! Kelainan tu yang dicari-cari sangat oleh ramai orang dalam apapun perbuatan untuk diingati dan diikuti. Ya, korang boleh tiru idea design kad kawen ni. Maksud gua design saja, bukan ilustrasi. Korang boleh terus kekal dengan ilustrasi bunga-bunga sebagai penghias kad kawen. HEH! Sila layan kad kawen Bersama Selamanya ni.

Ni sampul kad kawen pasangan Emma & Saiful.
Cover Kad  Walimatulurus – Undangan Meraikan Perkahwinan. Rekabentuk kad yang dicelok dari buku latihan sekolah (hebat!) dan watak Amar dan Lin dari Bersama Selamanya.
Inside front cover – mintak maaf dan keizinan menggunakan ilustrasi Bersama Selamanya. Sepatutnya encik Saiful mintak izin dulu. Bila dapat izin baru cetak. Ni dah cetak baru mintak izin. Harharhar! Ramai yang buat cam ni. Ok, tak apa gua izin dan halalkan walau bukan makanan.  Belah kanan tu plak adalah peta ke rumah pengantin perempuan.
Inside back cover – peta ke rumah pengantin lelaki.
Back cover -  rukun Negara diganti dengan rukun nikah. Masih dikekalkan sistem metrik dan sifir 12.  Hebat!

Ada dua kisah pasal perkahwenan dengan  Bersama Selamanya telah berlaku sejak cerita  itu diterbitkan pada tahun 1994 yang lalu.
Pertama;
Kad kawen yang menggunakan watak Amara dan Lin. Gua tak tau apa yang menyebabkan kedua pasangan ni fikir dan bersetuju menggunakan watak Amar dan Lin sebagai ilustrasi kad kawen mereka. Apapun terima kasih dan moga kedua pasangan yang telah selamat melangsungkan perkahwenan berbahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Gua tak dapat memenuhi undangan mereka kerana pada tarikh yang sama, anak buah gua gak melangsungkan majlis akad nikah dan majlis makan-makan.

Kedua;
Sorang peminat Bersama Selamanya menghubungi gua dan bertanya pasal koleksi Bersama Selamanya Volum 1. Gua jawap, “maaf, tak ada dalam simpanan dan di pasaran lagi”. “Alamak! Susah la gua cam ni! Mana gua nak cari aa… bro?”. “Lu nak buat apa?”, tanya gua. “Err… sebagai hantaran kawen gua brader. Gua dah janji dengan tunang gua nak bagi koleksi Bersama Selamanya sebagai hantaran bro!”.
Ah, sudah! Gua menggeleng kepala dan tesenggeh-senggeh bila dengar jawapan dari mamat tu nak jadikan koleksi Bersama Selamanya Volum 1 sebagai salah satu hantaran perkahwenan beliau.

Gua tak sangka sampai begitu sekali ‘layanan’ beberapa orang peminat Bersama Selamanya terhadap kisah itu. Sebagai seorang kartunis, gua terkezut, terharu dan ya, sedikit bangga kerana membuatkan beberapa orang begitu menghargai karya yang gua buat. Ia suatu yang tidak diduga dan memeranjatkan. Terima kasih. Moga semua berbahagia di dunia dan akhirat.  Hingga ke hari ini, ke mana gua pergi, orang yang mengenali gua akan bertanya dan mengingati kisah Bersama Selamanya. Kisah itu mengingatkan mereka pada kenangan lama masa kecil dan masih belajar. Kalau muzik rock boleh mengingatkan  kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walau 20 tahun telah berlalu, kisah Bersama Selamanya nampaknya seperti  muzik rock, mengingatkan pada kenangan lama walau hampir 20 tahun telah berlalu dan lebih bermakna lagi ia jadi ikatan dan kenangan indah antara gua dengan peminat. Terma kasih sekali lagi

Sekiranya sahabat ada cerita yang melibatkan apa saja kisah Bersama Selamanya, seperti; saya bertemu pasangan hidup saya melalui kisah Bersama Selamanya, boleh bagi tau gua melalui emel untuk kita kongsi bersama dengan peminat yang lain.
gayour
iot@gmail.com

 


 Terima kasih atas ingatan, penghargaan, kenangan dan sokongan. 

bersama selamanya



10 comments:

husna [ nais ] said...

Assalam brader gayour.
So cane eh nak dapatkan koleksi Bersama Selamanya?

Memang dah takde ke?

Adi Herman said...

saya pun meminati cerita Bersama Selamanya dulu masa tuan Gayour rancak membuat siri itu dahulu. In fact saya belajar teknik melukis dari lukisan tuan. Maklumlah saya masa tu baru sekolah menengah,xda pelajaran formal pasal lukisan. Apa2pun terima kasih saya ucapkan pada tuan Gayour atas karya serta kenangan membaca cerita Bersama Selamanya tu...you are the best!

faizal abd fathi said...

Bersama Selamanya legend ooo... kena Reprint balik...saya pun cari gak kat kedai buku.....

deaf-angel said...

kalo aku dengar lagu Aerosmith Angel, aku pun ingat awek bersama selamanya tu kat atas katil tu heeh

gayour said...

husna ( nais )
ya, memang dah tak de

adi herman
terima kasih kerana menjadikan bersama selamanya sebagai 'guru ghaib' untuk belajar melukis. terima kasih juga kerana pernah meminati kisah itu.

faizal abd fathi
terima kasih kerana pernah meminati kisah itu

deaf-angel
dalam bersama selamanya gua membawakan banyak band metal dan lagu2 hits mereka.itu antara penyebab mengapa kisah bersama selamnya disukai kerana bebagai genre metal/rock ada dalamnya. 'angel' dari aerosmith walau bukan metal tapi ada penminatnya seperti encik deaf.heh!

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

:) Xsangka siap nak jadikan hantaran tuh.

Tapi jujurnye kalau ade org offer teman rmpon teman xkan juei buku tu..

ibarat jurnal rockers di era 90an la katakan hehehe..

nanti gua scan n sahre lg several artwork lu Gayour.. jangan tengok n bergenang ayor mate sudah hehehe

- Just a urchin livin' under the street, I'm a hard case that's tough to beat, I'm your charity case so buy me something to eat
I'll pay you at another time
Take it to the end of the line! -

gayour said...

yob
temanpun tak sangka boleh jadi kad kawen. elok sangat la tu, teman nantikan apa yang yob nak scan.

lagu omputih ye yob...

Anonymous said...

salam bang. patut di filem kan saja cerita ni . \m/

gayour said...

anonymous
mesti tak best kalo difilmkan. mesti orang kritik,"tak samapun cam dalam cerita Bersama Selamanya!"

mim ya qaf said...

Boleh difilemkan.. tapi mesti pengarah filem itu sendiri adalah gayour.. coz gayourlah yang memahami watak dalam cita tue dari semua sudut..
tp,yang paling penting.. watak amar tue.. mesti gua.. hahahaha apapun thanks to brader gayour coz dapat lahirkan sebuah cerita yg sangat menarik.. masa tue wa remaja lagi.. now still semaja... banyak poster lu dalam bilik wa dulu..eh.. bukan lu.. tapi geng amar.. huhuhu