Tuesday, December 18, 2012

MANCING KAT EMPANGAN AIR KUNING


MANCING KAT EMPANGAN SUNGAI AIR KUNING
04 SAFAR  1434H – 18 DISEMBER 2012

Sejak editor UMPAN, encik Ijai bekawan dengan gua ( ya, bukan gua yang kawan dengan beliau. HEH! ), gua tepengaruh plak dengan ajakakan beliau kalo ada trip mancing. Kali ni gua tepengaruh lagi  join team UMPAN gi mancing kat Empangan Sungai Air Kuning di Bukit Cerakah. Bukit Cerakah? Ya, takkan tak penah dengar. Hari tu, pada 23 Oktober 2012 yang lalu buat kali kedua ( kali petama mancing udang kat Kolam Pancing Belauk Solok Paku. Terachi, Nesmilan ) gua gi mancing ikan air tawar.
Tahun 1993 gua penah datang ke Bukit Cerakah yang gile fames masa tu. Gua datang sini bukan untuk berfoya-foya atau beriadah, tapi pasal urusan kerja. Ada kerja pasal lukis-lukis. Hampir 20 tahun kemudian, gua datang lagi ke sini. Gua dah ilang ingatan pasal rupa jalan masuk ke sini 19 tahun yang lalu. Tapi ni la dia pintu gerbang menyambut kedatangan ke Taman Botani Negara yang di buka pada tahun 1986 di seksyen 8, Shah Alam.
Jangan datang pada hari Isnin pasal TUTUP!
Seblum sampai ke empangan Air Kuning, gua nak kongsi beberapa pemandangan di sekitar perjalanan. Pemandangan di pintu masuk utama. 20 tahun dulu pastinye pokok-pokok tu kecik. Tapi sekarang dah besar dan tinggi menjulang.
Tak tau apa faedahnya pokok ni dibina. Mungkin sebagai tempat burung betenggek atau monyet lepak atau saja untuk menghabihkan bajet!

Bangunan yang ada kedai makan dan kedai cenderamata yang lemah tak bermaya. Gua tak berapa tahu sangat pasal tempat ni. Tapi yang gua tau, suatu masa dulu sejak dibuka pada tahun 1986, Bukit Cahaya Seri Alam ni tersangat la femes di seluruh BolehLand. Semua nak datang ke sini. Bemacam kisah dan aktiviti berlaku kat sini tiap hari dan minggu. Penuh sesak orang datang. Tempat ni dah jadi tempat wajib untuk dikunjungi sekiranya datang ke Kuala Lumpur/Shah Alam terutama  rombongan luar, pelajar atau siapa saja. 
Ia tak memasal jadi salah satu produk pelancongan dan sangat disukai ramai kerana apa yang ada dan ditawarkan kat sini iaitu keindahan alam semulajadi dan aktiviti pertanian. Banyak kemudahan turut disediakan temasuk feeder bus yang mengangkut orang nak pegi sana sini. Semua kenderaan pelawat kena parking kat luar. Pasal tu ada perkhidmatan feeder bus ni. Mungkin dulu orang penuh sesak berebut-rebut nak naik bas, tapi sekarang bas berebut-rebut nakkan penumpang!
Dulu kat sini adalah kawasan tapak sawah padi. Antara tempat paling hot spot. Siapa nak rasa tanam padi boleh merasainya kat sini. Cukup meriah! Tapi kini semua dah tinggal sejarah dan gambo kenang-kenangan saja ( kalo masih simpan lagi gambo tesengeh-sengeh tanam padi kat sini dulu ). Yang ada hanya kawasan sawah yang terbiar, perahu yang tak tahu untuk tujuan apa dan tiang-tiang gazebo yang rebut. Sad but true reality…
Namanya Bukit Cerakah, jadi memang la bebukit-bukit. Lenguh kepala lutut kalo jalan kaki. Tapi kalo rasa seni sangat nak menikmati kehijauan alam, jalan kaki saja la. Satu lagi pintu gerbangyang  mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Taman Haiwan yang ada kat sini. Seperti Jurasic Park tapi bukan.
Aktiviti lepas habis periksa akhir tahun atau UPSR masih dijalankan kat sini oleh sekolah-sekolah sekitar Shah Alam. Tak tau pelajar dari sekolah mana sedang main nyorok-nyorok! HEH! 
Taman Haiwan kat Bukit Cerakah. Gua baru tahu ada Taman Haiwan kat sini. Tak sempat nak singgah tengok menatang apa yang ada pasal misi gua ke sini adalah untuk mancing ikan. Yang pasti encik monyet besepah! 
Jalan yang berbukit, berliku dan mengelirukan musuh sekiranya pertama kali ke empangan Air Kuning. Akhirnya, sampai gak ke empangan Air Kuning sekitar 9.30 pagi. Pemandangan yang cantik dan menyegarkan. Beberapa orang pemancing tegar dah mula mencuba nasib.
Ni dia penjaga, pengurus dan salah seorang peminat dan pemgembang pancingan layang kat BolehLand, encik Abe Nik. Tempat ni adalah tempat tumpuan utama pada pemancing layang dan casting untuk melayan sentapan ikan. Kolam ni gak mengamalkan Tangkap dan Lepas yang gua tentang!
Bila Ijal ajak gua mancing kat sini beliau kata, “ tempat tu bila dapat ikan kena lepas balik.” Aduuu… tak bestnye! Kenapa perlu dilepaskan semula sedangkan itu adalah rezeki. Patutnya TANGKAP, BUNUH dan MAKAN! Oh, untuk menjaga, mengawal dan memastikan ikan tak pupus seperti nasib dinosaur! Tak apalah, gua patut rasa melakukan amalan tangkap dan lepas ni sekali. Gua tak beminat untuk mencuba cara pancingan casting. Lenguh bahu! Gua lebih beminat dengan cara old skool iaitu iaitu pancing dasar menggunakan umpan paling bekesan iaitu cacing. Belah pagi agak membosankan. *YAWN!* Tapi keindahan pokok dan daun-daun mengasyikkan gua. Seni sangat la kononnya. HEH! Tengahari, BANG! Umpan gua ditelan dan tu dia tangkapan pertama gua, ikan pacu tak sampai sekilo!
Gua masih tak faham kenapa perlu mengigit joran bila pegang ikan. Sedangkan joran boleh diletak kat tanah atau kepit di ketiak. Ia merosakkan joran bila digigit. Gua mempraktikan tabiat nak mampus gigit joran yang diamalkan oleh ramai pemancing tanpa ada apa-apa sebab yang mendesak. Ia memang tak ada sebab untuk diamalkan! 
Pacu sedia untuk dilepaskan. Gua tak percaya gua menyokong amalan tangkap dan lepas dengan melepaskan semula ikan ni sambil tersengeh-sengeh! Oh, tidak! Apa yang gua lakukan? ARGHHHHHH!
Tangkapan pacu kedua ditempat yang sama, cara yang sama dan umpan yang sama. Saiz lebih kurang sama dengan tangkapan pertama tadi.  Walau kecik tapi pecutan beliau seperti kereta F1. Bedesup! Oh, tengok pemandangan hutan kat belakang tu. Subhanallah. Hebatnya ciptaan tuhan!

Lagi satu yang gua perasan adalah gaya dan amalan pemancing masa begambo dengan tangkapannya. Kebanyakan pasti akan memegang ikannya dengan menghalakan ke hadapan dekat dengan kamera untuk nampak besar kononnya. Ah, crap! Gua menyangkal amalan tu dan melakukan tindakan yang tak berani dilakukan oleh kebanyakan pemancing iaitu menghalakan ikan pacu yang gua dapat  jauh ke belakang. Biar nampak kecik. Lantak la!
Lagi sekali gua tak pecaya dan puas hati dengan apa yang gua lakukan iaitu melepaskan semula ikan yang telah berjaya gua pancing. Memang gua tak penah amalkan cara ni sejak kecik masa mancing kat sungai atau tali air di sawah. Ikan tu pasti dibunuh dengan kejam iaitu dengan melemaskan beliau dan dimakan!
Ikan pacu ketiga. Jangan risau wahai pengamal Tangkap dan Lepas seluruh dunia, semua ikan yang gua dapat selamat dilepaskan semula untuk meneruskan hidup agar tak PUPUS untuk tatapan generasi akan datang dan mereka juga berpeluang untuk merasai pecutannya!
Tempat ni adalah pusat utama bagi pengamal pancing layang berlatih dan memancing. Jadi peluang untuk gua rasa macam mana pancing layang. Macam mana rupa joran, mesin, tali dan rasa/teknik melayangkannya! Oh, begitu rupanya. Tak sesuai untuk gua. Sakit bahu! Sekali cuba, umpan palsu terus disambar oleh encik tilapia merah. Kali pertama bergaya dengan mengigit joran pancing layang. HEH! HEH!
Ijai dengan tangkapan peacock bassnya. ARGHHH! Walau masih remaja tapi mengujakan sekali ikan predator ni.
Gua tak lepas peluang untuk merakamkan kenangan bersama mesin pelahap ni! Ikan pendatang yang cantik, hebat dan berpontensi besar untuk MEMUPUSKAN ikan tempatan! Kalo ikan pendatang ni MEMUPUSKAN ikan tempatan tak apa tapi kalo orang tempatan makan tak boleh! HEH! Jangan risau pengamal dan pejuang Tangap dan Lepas, mesin pelahap tanpa belas ni selamat dilepaskan semula untuk memburu, membunuh, memakan dan MEMUPUSKAN ikan tempatan! 
Tangkapan lepas zohor. Anak ikan Selat. Kecik saja dan gua mengecilkan beliau lagi dengan menghalakan belau jauh ke belakang.











































Banyak pengalaman pertama gua rasa hari ni. Mancing dalam perahu antaranya. Ya, pengalaman pertama gua. Tengok Ijai naik perahu dan pegi mancing jauh dari jeti buat gua jeles, dengki, marah dan tak puas hati kalo beliau dapat ikan lagi besar dan banyak. Biasa la orang Melayu, dengki tak memasal. Mana boleh jadi, ditemani encik Paez ( wartawan UMPAN ), kitorang mendayung sebuah kapal dan mencing dari dalam perahu. WHOA! Best gak walau pergerakan terhad dan terhuyung hayang mengawal sampan. Perahu ke sampan ni? Ah, lantak la!  Gua dapat tiga ekor ikan pacu yang rakus membelasah umpan! Ingat nak lama dalam perahu tapi hujan tetiba plak. Tepaksa naik semula dan sambung mancing dari darat. hasil tangkapan dari dalam perahu.


























Lihatlah kawan-kawan! Ikan pacu yang masih hidup, tak cedera  dan dilepaskan semula untuk mengganas dalam empangan ni.  

Encik Paeh dengan jelawat tak sangka yang menyambar umpannya.  
Tak sangka plak encik Fitri boleh dapat seko sebarau. Ada bebagai jenis ikan air tawar kat empangan ni untuk dipancing seperti pacu, ikan bulan, jelawat, selat, toman, haruan, rohu dan beberapa sepsis lagi. Nasib baik, dapat satu calit ni. Tapi kena lepas balik. Tak bleh nak bakar dan makan dengan air asam.
Encik Zul ( gua lupa nama beliau. Letak saja Zul ), seorang pemancing tegar. Merupakan pelanggan tetap dan sangat menyukai tempat dan ikan-ikan yang ada kat sini. Empangan ni adalah tempat beliau lepak sambil mancing tiap kali ada kelapangan dan beliau tahu selok belok lubuk kat sini. Buktinya, NAH! Pacu bagak lebih lima kilo ni! Hebat!
Orang yang tak dapat ikan biasanya boleh belagak dengan ikan orang lain sebagai bukti kononnya beliau gak dapat ikan seperti encik Amang ( wartawan majalah UMPAN ) yang belagak dengan pacu encik Zul. Pacu ni dipancing kat kolam kedua iaitu di bawah empangan. Ada dua bahagian kolam kat sini , satu bahagian atas dan satu lagi selepas empangan. Kat bahagian bawah ikannya lebih bagak dan rakus untuk dicuba oleh siapa yang datang mancing.
Tilapia merah yang banyak besepah kat empangan ni. Boleh nampak beliau main-main kat tepi air. Nampak lemah dan jinak tapi susah nak mampus nak makan umpan. Memang nasib baik la kalo beliau sudi telan umpan cacing. Yang ni jenis kebulur, tu yang sangkut sekor. Rekod gua boleh pancing ikan tilpia merah yang sesuai sangat untuk dibunuh, dilapah, dibakar dan dicecah air asam. Emmmm… Yum! Yumm!   
Tangkapan terakhir sebelum balik. Lagi sekor anak ikan selat yang makan umpan. Semua ikan yang gua dapat dan dilepaskan semula adalah melalui pancing dasar. Lepas lepaskan ikan ni, gua ajak Ijai balik. Penat dah. Banyak sangat ikan yang gua dapat. Lenguh tangan! HEH! Team UMPAN yang lain masih terus memancing sampai ke malam kat empangan ni. Kata tuan punya empangan, belah malam ikan lebih rakus membelasah umpan!



Cover majalah UMPAN Volum 7 untuk keluaran Januari – Februari 2013. Dapatkan UMPAN keluaran ni untuk cerita lebih lanjut pasal misi pancing kitorang kat Empangan Sungai Air Kuning, Bukit Cerakah temasuk cerita pasal ikan Kerapu Naga kat cover dan tips dalam UMPANTOON yang gua lukis! HEH!
Tu la lebih kurang misi mancing gua dan team UMPAN kat empangan ni. Terima kasih pada tuan pengurus empangan yang membenarkan team UMPAN mancing kat sini. Pada gua ini satu pengalaman baru. Dapat ikan kena lepaskan balik. Dapat rasa pancing layang, mancing atas perahu dan dapat ikan pacu paling banyak. Gua seronok walau penat. Kat sini gak gua betemu dengan dua orang peminat kartun gua. Tak sangka diorang kenal dan ingat pada cerita Bersama Selamanya. Nampaknya cerita Bersama Selamanya benar-benar meninggalkan kesan, ingatan dan kenangan pada ramai anak-anak muda tahun 90an dulu. Lebih besar lagi ertinya kisah itu jadi penghubung dan ikatan antara gua dengan peminat. Sorang peminat iaitu encik Zul siap mintak gua lukis kat kotak alat mancing beliau. “ hampir 20 tahun, tak sangka jumpa kat sini dan mancing sama-sama “, sengeh encik Zul. Terima kasih.


12 comments:

Adi Herman said...

teknik tangkap dan lepas?why oh why? This is madness!!! Hahhaha.....

Portdy said...

gua dah pernah bermalam kat sini tahun lepas...back to nature...terbaik

deaf-angel said...

aku nengok foto2 ko tampal.. bersih dan terurus je tempat ni eh.

gayour said...

adi herman
ya, patutnya praktik TANGKAP, BUNUH dan MAKAN sebagai rezeki.

pordy
esoknya kat opis, ijai bagitau gua, " tempat tu keras nak mampus. puaka habis, terutama belah malam!". err... masa lu overnight sensation kat sana tak ada apa2 paranormal aktiviti belaku ke?

deaf-angel
ya, memang dijaga dengan baik. ada sorang pekerja stay kat situ 24 jam jaga tempat tu.

Hush said...

waah.. bestnya dapat pergi memancing ikan..
selalu kalau tangkap lepas jarang ada orang nak join pun..
tahniah en. gayour!
nak tanya sikit.. dekat karangkraf ada kerja kosong tak?
teringin pulak rasa nak buat part-time sementara nak tunggu posting ni..

Anonymous said...

ysatl [url=http://drdrebeatsuksales.co.uk]dr dre beats[/url] wbnme http://drdrebeatsuksales.co.uk aavod [url=http://beatsbydreukforsales.co.uk]beats by dre[/url] tcwif http://beatsbydreukforsales.co.uk hgkav [url=http://cheapdrebeatsuksale.co.uk]beats by dre[/url] muree http://cheapdrebeatsuksale.co.uk ppmtt [url=http://cheapestbeatsheadphones.co.uk]beats outlet[/url] rzojw http://cheapestbeatsheadphones.co.uk wqldv [url=http://cheapestdrebeats.co.uk]cheap beats by dre[/url] uhhdv http://cheapestdrebeats.co.uk gxkeb [url=http://cheapdrebeatssale.co.uk]beats by dre[/url] ouofz http://cheapdrebeatssale.co.uk gljt

RockSportS said...

nice one bro....

gayour said...

hush
encik boleh tengok jawatan kosong ( kalo ada ) kat website kumpulan media karangkraf. www.karangkraf.com

guapun tak pecaya gua boleh lepaskan ikan2 tu. apa la nasib ikan2 tu sekarang agaknya... ntah la.

rockspots
kat london ada ke hotspot tempat mancing salmon, pike, puyu, kelah, keli, patin atau trout? HEH!

RockSportS said...

actually banyak tempat mancing kat sini...ikan ikan dia pun happening jugak tapi gua malas sikit . lagi pun faktor cuaca la bro. sejuk nak menunggu kat pond tu hehe

Anonymous said...

iwpbw [url=http://louboutinsaleukauthentic.co.uk]christian louboutin shoes[/url] tpoulr http://louboutinsaleukauthentic.co.uk cjwae [url=http://redlouboutinshoesuk.co.uk]christian louboutin[/url] rbzobd http://redlouboutinshoesuk.co.uk qvjyo [url=http://redlouboutinsuk.co.uk]christian louboutin[/url] fsqnic http://redlouboutinsuk.co.uk bckdo [url=http://discountlouboutinuksale.co.uk]christian louboutin outlet[/url] ofhltf http://discountlouboutinuksale.co.uk jiprgb http://redlouboutinsuk.co.uk hmewz [url=http://louisvuittonhandbagsforsales.co.uk]louis vuitton bags[/url] mdages http://louisvuittonhandbagsforsales.co.uk rfsaw [url=http://cheaplouivuittonbags.co.uk]louis vuitton[/url] kbyzqj http://cheaplouivuittonbags.co.uk yktdm [url=http://cheapestlouivuittonbags.co.uk]louis vuitton[/url] kvlmaq http://cheapestlouivuittonbags.co.uk rbrz

Anonymous said...

Salam bro. Tempat ni buka lg utk memancing skrang?

khairil loke said...

Fly dpt talapia.....hurmm...mesti pakai bunga raya....hahahahaha