Monday, February 25, 2013

FELDA KOPIH, NISMILAN


 KEMBARA SENI BALAI SENI VISUAL NEGARA
14 RABIUL AKHIR 1434H – 25 FEB 2013

Masa sekolah rendah dan menengah kat kampung dulu, gua ada ramai kawan-kawan dari felda atau tanah rancangan. Dapat kenal kawan-kawan ni dengan perwatakan agak lasak, kasar dan agresif temasuk trademark mereka, kasut penuh selut tanah merah! Bukan menghina tapi itulah keadaan felda di awal tahun 80an dulu. Jalan masih tanah merah. Gua gak penah rasa jalan kampung tanah merah sebelum ditar. Dari kawan-kawan felda ni la gua dapat rasa makan buah kelapa sawit sira gula yang diorang bawak sebagai bekal makan. Habih kuning mulut dan gigi! HEH!

Setelah sekian lama terputus hubungan dengan kawan-kawan felda, bulan lepas tanpa disangka gua mendapat jemputan dari Balai Seni Visual Negara dalam Program Kembara Seni Balai Seni Visual Negara  di Felda Kepis,Kuala Pilah. Kopih? Dokek dengan kampung den ni. Ghamai kawan-kawan den kek Kopih ni maso sekolah dulu. Tak sangko den masuk Felda Kopih pado 17 Januari sampai 19 Januari 2013 yang lalu. Nah! Tengok la batu tanda tanduk kerbau lambang kemegahan seni reka Nismilan menyambut kedatangan ke Felda Kepis.
Walau ado ghamai kawan-kawan kek sini tapi ni la kali petamo den masuk ke Felda Kopih pasal Program Kembala Seni. kalo tak program ni, tak tau la bilo nak sampai ke sini. Program diadakan di padang sekolah Kebangsaan Felda Kepis. Sekolah yang di kelilingi rumah, ladang dan pokok buah-buahan. Nampak pokok rambutan dengan buah beliau yang masak ranum tu? Ni antara kelebihan sekolah ni. Ado pokok rambutan merata sekolah. Buah rambutan tinggal yang pucuk-pucuk pasal yang bawah-bawah habih dikerjakan budak-budak maso rehat dan koko
Banyak aktiviti disusun sepanjang tiga hari gua bersama dalam program. Antaranya melukis mural sekolah, bengkel grafiti dan pameran dari ASWARA termasuk pertandingan mewarna pada 19 Januari ( Sabtu ). Beberapa wakil pelajar dari sekolah sekitar dijemput menyertai pertandingan.
Penuh kemah dengan peserta pertandingan mewarna pada pagi hari terakhir. Semua nak menang, nak hadiah. Ebby Yus, pelawak Nismilan ( Negeri Sembilan ) yang tak berapa best tu jadi MC sejak malam tadi dalam acara karaoke hingga aktiviti pagi nI. Lawak beliau memang tak best sebagai MC. Semuo lawak biaso. Ado ko patut beliau cakap, "Den nak cakap loghat Nismilan boleh paham ko?" Hampeh tul la!
Ruangan grafiti. Tempat untuk menunjuk-nunjuk dan meluahkan perasaan atas playwood yang disediakan. Gua tak tau bila bengkel grafiti dijalankan secara rasminya. Mungkin gua telepas pandang. Sepanjang masa gua hanya nampak budak-budak felda belasah menconteng tanpa pengawasan atau tunjuk ajar. Pada gua seni grafiti ni memang perlu sangat diberi tunjuk ajar agar siapa saja faham, berilmu, bertanggungjawap dan tahu apa yang dibuat. Sekurangnya tahu cara nak pegang tin spray, arah angin, tempat berkarya dan apa yang nak dihasilkan.
Masyarakat perlu dididik mengenai seni grafiti. Apa itu seni grafiti, teknik, peluang dan hala tuju perlu diterangkan. Bila berilmu, tak la sakit hati dan mata tengok tembok, dinding balai raya, dewan orang ramai, tandas sekolah, tandas rumah ketua blok, reban ayam atau badan lembu, kambing digrafitikan ikut suka hati! Lebih teruk,  kata-kata lucah, cacian atau hinaan disembur di merata tempat. Gua rasa nak gak menyembur spray tu tapi bila tengok anak-anak lebih seronok, biar la mereka berseronok.
 


Gua kata tadi, gua ada ramai kawan-kawan dari felda, baik dari felda Sungai Lui, Lui Timur, Lui Muda, Jelai, Palong, Pasoh, Serting Hilir, Air Hitam, Pasir Besar temasuk Felda Kopih. Sekian lama sejak habih sekolah menengah, memang tak jumpa lagi dengan kawan-kawan ni. Pada hari kedia program, sorang budak sekolah tahun enam menemui gua dan berkata, “ Pakcik konal tak bapak ese namo eh Saad?. Bapak ese ponah satu kelas dengan pakcik maso sekolah rendah dulu, Kelas 6B”. Saad, Kelas 6B? Macam ponah donga namo ni. Maso sekolah rendah dulu ado duo kelas yo. Kelas 6A, kelas budak-budak pandai. Kelas 6B plak untuk murid-murid rakus, liar, buas, ganas dan kurang akal. Kelas den dengan Saad! Bekerut gua mengingatkan Saad dan kelas 6B lebih 30 tahun yang lalu! ARGHHHHHHH!





Petang ni hari terakhir ado macam-macam acara. Mewarna, sukan rakyat, masak-masak, buek kek, penyampaian hadiah, pesembahan gendang, silat dan acara penutup. Habih orang felda datang beduyun-duyun. Hari ni dengan ketentuanNya, gua betemu semula dengan Saad, sorang sahabat yang sekian lama terpisah kek Felda Kopih. Beliau bukan orang Felda Kopih, beliau dari Kampung Temeris, sebelah Felda Kopih. Dulu samo satu sekolah dari darjah satu sampai darjah 6B kek Sekolah Kebangsaan Jempol. Masuk sekolah Menengah Datuk Mansor, kami tak samo kelas. Saad masuk aliran teknik, den plak masuk pertanian.
Saad masih kat Kampung Temeris besama isteri dan anak-anak dari dulu sampai sekarang. “Komik robot ekau dulu ado laie tak?”, Saad tanyo den. “Mano ado laie. Hilang. Tak tau sapo ghembat!”. Saad masih ingat komik robot dan lawan-lawan yang gua buat masa sekolah dulu. Guapun dah ilang ingatan pasal komik tu. Maso tu gua banyak lukis komik dalam buku latihan dan bagi kawan-kawan tengok dan baca - free! Alangkah seronoknya kalo komik-komik tu masih ada. Moga Saad dan keluarga sihat, bahagia dan dirahmati Allah sentiasa. Gitu gak pada semua sahabat-sahabat sekolah dari felda dulu. Betemu dengan Saad mengingatkan pada kenangan lama walau 30 tahun telah berlalu.

Selain jumpo Saad, gua gak jumpa sorang sahabat bloger, encik Q pegawai dari Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Pilah, Nismilan yang datang sebagai wakil AADK yang nak kawen tak lamo laie. Harharhar!
Terima kasih pada encik Shamsul dan Balai Seni Visual Negara atas jemputan. Gua suka dengan program dekat dan menghampiri rakyat/orang ramai cam ni. Boleh jumpa ramai orang tua dan muda. Petang ni ramai warga emas, peneroka generasi pertama yang membuka, mengusaha dan memajukan tanah rancangan datang. Generasi yang begitu banyak bekorban dan merasa segala pahit, kelat, azab, seksa dan seronoknya
menjadi peneroka.  Kedut di wajah mereka menceritakan segala kepayahan yang telah dilalui. Tak ketinggalan peminat kartun oldskool yang datang menemui dan begambar kenangan-kenangan dengan gua. Ramai rupanya peminat oldskool kek Kopih ni.  Sorang peminat datang dengan emaknya dan menunjukkan sekeping gambar lukisan watak Slash yang beliau lukis dan warna untuk gua tandatangan. "Melukih yo kojo eh dio ni!" Ujar omak beliau. Seronoknya dapat jumpa peminat begini. Moga aktiviti/program anjuran BSVN ni akan terus diperkasakan pengisiannya dan memberi banyak maklumat, kefahaman dan manfaat pada ramai rakyat mengenai seni. Terimo kasih semua.




13 comments:

Adi Herman said...

apo kono eh jang? melukih ajo kojo eh hahaha

gayour said...

adi herman
ontah la jang. poning den dengan kau ni!

Q said...

wahaha...
ingat x nak ceghito turun kopih ari tu...

faizal abd fathi said...

tudia..."otai" turun kampung.. budak sekolah sekarang untung dapat jumpa kartunis....

berteromber said...

"Blues felda blues...."

gua pun anak felda...heheh..

gayour said...

Q
pasal jumpo ekau kek kopih la den nak ceghito kek sini jang oi!

faizal abd fathi
felda kepis ni dekat dengan kampung gua. boleh balik kampung sekali maso program ni. pasal mudah sangat jumpa kartunis buat budak2 kata,"ado den kisah?"

berteromber
ah, tetiba plak lu ngaku anak felda. apo hal beb? HEH!

aaa... tak kira dari pontian ke, segamat ke, mentakap ke, alor star tak kira asalkan kerja felda sudah la bebbbb!

ramli sarip alive

Q said...

owh itu isik eh...
hahaha

deaf-angel said...

Waw 30 tahun

gayour said...

Q
jangan tunggu lamo lamo
nanti lamo lamo
beliau diamik orang!

deaf_angel
yeah! 30 tahun telah berlalu...

Q said...

uhuk! memang x nagguh lamo do
doreh x doreh la..
tapi biarla doreh tu beradap
x do main lunggah do..
hahahaha

Mohd Isyamuddin said...

bro gayour, nak datang bila merempit ke pantai timur ni haa? aku tengok cam dah berkurangan artis serta kartunis yang datang ke sini. meh lah meh lah meh le hohohohoho

Anonymous said...

salam en gayour.

en gayour terima tak tempahan untuk lukis karakter / watak?

contoh :

http://www.motivasibelajar.com/cerita/memperkenalkan-maskot-smartstudy.html

karakter / watak ni akan digunakan dalam satu kempen syarikat saya.

kalau terima, saya sungguh-sungguh berminat utk gunakan khidmat en gayour :)

mohon respon ya.
terima kasih!

--shah

gayour said...

mohd isyamuddin
iyo! iyooo! gua memang nak pegi ke pantai timur. lamo tak pegi belah sana. sekiranya ada apa-apa program/bengkel kartun/karikatur, boleh jemput gua.
emel - gayouriot@gmail.com

shah
waalaikumusalam
terima kasih atas pertanyaan. ya, saya sedia untuk menerima tempahan mencipta karakter atau maskot.
harap tuan boleh menghubungi saya melalui emel untuk perbincangan lebih lanjut - gayouriot@gmail.com