Friday, April 19, 2013

TUNGGU PANORAMA

 
TUNGGU SEKEJAB DAN PANORAMA
09 JAMADILAKHIR 1434H – 20 APRIL 2013
 
Lama dah nak post bende ni. Rasa cam perlu sebagai pencapaian gua sebagai seorang kartunis lebih hari 25 tahun sama seperti  terbitnya empat buah album THRASH terhebat lebih 25 tahun yang lalu! Apa nak kecoh? Ntah la , guapun tak tau apasal nak kecoh, orang lainpun masuk tv gak! Gua mendapat undangan sebagai tetamu dalam dua siri tv tanahair iaitu dalam rancangan TUNGGU SEKEJAB dan PANORAMA.
Rakaman untuk Tunggu Sekejab dibuat pada hari gua balik dari Bengkel Kartun kat UTM Skudai iaitu pada 28 November 2012. Sibuk sangat la hari ni kononnya. Ikut jadual rakaman belah petang dalam pukul empat, tapi tak tau apa hal, giliran gua pada 10.30 malam! Arghhhhh! Jenuh menunggu.
Dalam siri Tunggu Sekejab yang dihoskan oleh Awie ini, ada beberapa personaliti lain turut diundang. Antaranya pemegang watak alih suara untuk animasi Doremon, Ultraman, Naruto dan Boboi Boy. Segmen gua dipenghujung rancangan iaitu sedikit temubual dengan Awie dan kendian gua kena lukis karikatur Awie. Itu saja. Kejab tapi punya la lama nak tunggu giliran dari petang. Biasa la perkara cam ni belaku dalam rakaman tapi sebenarnya sangat la tak bagus! Gambar kenangan bersama ikon muzik rock tanahair, Mr.Awie. Dulu... zaman purba dulu, zaman Biarkan Berlalu, gua tengok konset WINGS kat Pesta Expo Port Dickson. Kat situ la tengok Awie mengganas di pentas dari jauh. Rancangan Tunggu Sekejap memberi gua peluang untuk berada di sebelah Awie.
 
Siri Tunggu Sekejab ni telahpun ditayangkan di TV3 pada penghujung Disember 2012  yang lalu. Korang tak tengokpun tak apa. Tak rugi apa. Tak best manapun. Terima kasih pada cik Adda yang menjemput gua dalam rancangan ni.
 

PANORAMA

 Setelah Tunggu Sekejap,  gua mendapat undangan sekali lagi sebagai tetamu dalam  rancangan PANORAMA untuk tayangan TV1. Mesti korang tak pernah dengar apa lagi tengok rancangan nikan? Kejam! Rakaman telah berlangsung seharian di pejabat urusan Kumpulan Media karangkraf di seksyen 15 Shah Alam pada bulan Mac 2013 yang lalu.Lupa plak tarikhnya. Lantak la! Ini adalah sesi temuramah pasal kerjaya gua lebih dari 25 tahun. Hampir semua perkara mengenai kerjaya ditanya dan dijawap, tapi tak semua disiarkan.
 
Rakaman di department ilustrasi, department gua dan kengkawan. Tempat semua editor dan wartawan majalah terbitan Kumpulan Media karangkraf memohon, meminta dan menempah ilustrasi untuk majalah mereka. Kami sedia berkhidmat! Adegan pura-pura meeting  untuk siri ni. Biasa tengok adegan cam nikan. Kononnya berbincang dengan rakan sekerja. Harharhar! 
“Kenapa masih melukis cara tradisional. Semua dah bertukar ke digital?” Antara soalan yang ditanya oleh pengacara dan oleh kebanyakan pelawat atau di mana-mana gua pegi. Temasuk di bengkel kartun atau promosi. Gua ditanya dengan soalan ini. Gua tak salahkan sesiapapun yang bertanya tapi gua rasa cam penjenayah paling jahat dan kejam. Gua cam orang salah kerana masih percaya dan mengamalkan cara tradisional. Selain soalan ini, satu lagi soalan paling popular lebih 15 tahun iaitu pasal siri Bersama Selamanya. Gua tak tau bila orang akan berhenti bertanya pasal Amar, Mat Tepet, Lin, Pet dan Bersama Selamanya.Terima kasih pada semua yang masih mengingati dan bertanya. Bersama Selamanya menjadi kenangan indah pada ramai rakyat BolehLand dan lebih besar ertinya sebagai 'ikatan' antara gua dengan peminat. Gua terharu.
 
Terima kasih pada encik tuan direktor Mr. Jusmaidi ( peminat Bersama Selamanya, dua dari kiri ) pengacara cik  Lina dan crew PANORAMA yang sudi mengambil gua sebagai tetamu. Ini satu penghormatan pada gua sebagai seorang kartunis/ilustrator. Terima kasih. Siri ni telahpun ditayangkan di TV1 pada 03 April 2013 yang lalu. Jangan rasa kecewa atau gundah gulana kerana tidak menontonnya.


12 comments:

Adi Herman said...

aduh bro kenapa tak buat rakaman video masa tgh di interview tu? Syg la, boleh buat kenangan...

berteromber said...

betul la...memang tak tau pun keujudan dua2 rancangan tu...heheh...


apa2 pun...janji masuk tv kan...

Sicher said...

Tunggu Sekejap tu saya tengok, tapi kenapala sekejap sangat, hujung pulak tu

Janji masuk TV, takpe la kan

gayour said...

adi herman
hanya kenangan terukir di dada
bersemadi dalam sanubai ku...

berteromber
dah agak dah. heh!

sicher
ya, memang sekejab sangat. nama rancanganpun tunggu SEKEJAB.

deaf-angel said...

Derek riggs pun sama asyik kena tanya kenapa dari lukisan berus dia gatal gi ubah pakai digital?
Tapi sebenarnya dia ada sakit kronik yang dia dah tak boleh hidu atau kena ngan water colour dan cat. Tu la dia kena tikar digital.

gayour said...

deaf-angel
alasan yang sangat kuat untuk berubah!tapi karya2 beliau ( tradisional ) di tahun 80an yang paling terbaik!

Takilala said...

dua rancangan ni mmg tak berkesempatan nak tgk, tv kena conquer...huhuhu

Rafi said...

Seiring bersama dengan era thrash..lama tu..apa pun salute kat bro gayour tak jemu berkarya

myownmind said...

Awie nyer rancangan tue berlambak sangat tetamunya.. ramai.. sampai x trfokus ke mana2 topik melibatkan tetamu2 dia.. pas iklan, break.. semua tetamu dah blah.. ilang gitu jer..

gayour said...

takilala
siapa la yang konker tu ya? mesti menteri dalam negeri. HEH!

rafi
sebenarnya gua lebih awal berkarya tapi senang nak cerita zaman thrash mula mengganas la.

myownmind
ya, kelam kabut, huru hara, haru biru mata hitam ku dengan tetamu undangan. semua nak becakap cam rancangan primadona!

Khairul Anuar said...

salam bro..bole x bro kluarkan mangga bersama selamanya yg popular dlm mjalah ujang dlu..gua minat sgt,trutamanye pd ilustrasi yg bro bt..please kluarkn..pminat setia bersama selamanya nih..

Khairul Anuar said...

salam bro..bole x bro kluarkan mangga bersama selamanya yg popular dlm mjalah ujang dlu..gua minat sgt,trutamanye pd ilustrasi yg bro bt..please kluarkn..pminat setia bersama selamanya nih..