SALAM EID UL-FITR
SYAWAL 1435H-OGOS 2014
As salam
Selamat menyambut dan meraikan Hari raya Eid ul-Fitr gua ucapkan pada semua kenalan dan sahabat yang dikasihi.
Moga bahagia dan gumbira meraikan Eid ul-Fitr pada tahun ini bersama keluarga, saudara mara dan sahabat.
Pandu dan bawak la kenderaan memasing dengan berakhlak mulia dan laju-laju asalkan selamat dan tak menyusahkan orang lain.
Ingat tu, laju tapi selamat! HEH!
Ramadan telah berlalu, moga bertambah baik akhlak, amalan dan iman. InsyAllah.
Maaf zahir dan batin atas segala dosa dan kesilapan sesama manusia.
Jangan lupa doa untuk saudara kita di Gaza dan di mana yang dizalimi.
senyum sentiasa
gayour
1 syawal 1435H.
gua dilahirkan pada pagi hari raya eid ul fitr puluhan tahun yang lalu.
gua dipanggil 'GAYOUR' sempena hari kelahiran gua pada hari raya dalam loghat Nismilan yang menyebut raya berbunyi 'ghayo'.
tiap kali hari raya, semua rakyat akan bersusah payah ( jait baju, buat kuih, tukar langsir, tukar perabot, amik cuti, balik kampung biar jam gilo! blablablaa... )untuk
menyambut Hari raya Eid ul-Fitr dan ulangtahun kelahiran gua dalam kalendar hijrah/Islam.
terimo kasih yo la. buek susah-susah yo. HEH!