Tuesday, July 15, 2014

KEAMPUNAN - RAMADAN 1435H


KEAMPUNAN
17 RAMADAN 1435H – 15 JULAI 2014



As salam
Selamat terus kuat dan handal mengerjakan ibadah puasa  pada semua sobat.
Kita dah melepasi fasa KERAHMATAN  di awal Ramadan.  Sekarang kita berada di fasa pertengahan iaitu KEAMPUNAN sebelum ke fasa terakhir iaitu PELEPASAN DARI AZAB NERAKA.

Ayuh! Gunakan masa yang ada untuk melakukan sebanyak, sempurna dan sebolehnya ibadah di dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ni. Masa untuk memohon kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari azab api neraka dariNya. Dengan niat, usaha dan kesungguhan, insyAllah,  kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan.

Selamat terus handal mengerjakan ibadah puasa dan handal juga mendirikan solat kerana solat lima waktu sehari semalam dan puasa adalah antara dua perkara dalam Rukun Islam. Jaga juga pandangan mata, pendengaran dan mulut dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia semasa berpuasa.

see NO evil
hear NO evil
speak NO evil

Sila ke entri September dan Oktober 2007 untuk kisah Perang Badar Al Qubra yang berlaku pada hari ini 17 Ramadan, tahun 2 Hijrah. 

gayour
17 Ramadan 1435H

9 comments:

Rafi said...

Selamat berpuasa bro gayour.moga sama2 kita memperoleh manfaatnya..aminnn....

gayour said...

rafi
kena berusaha untuk mendapatkan manfaat, kebaikan, pahala,
kerahmatan, keampunan...

deaf-angel said...

Selamat menempuhi Bulan Ramadhan ngan cemerlang untuk Gayour dan love ones Gayour jugak.

Gayour puasa ada tertinggal tak? haha.

gayour said...

deaf-angel
tinggal puasa? masa zaman purba dulu memang ada monteng puasa makan buah manggis atas pokok. harharhar!

moga lu dan love one,two or three
(heh!) diberkati dan dirahmatiNya.

Sicher said...

selamat berpuasa bro Gayour, tak lama lagi nak Ghayo pulak

hehehe

gayour said...

sicher
ya, boleh la main bunga api dengan gumbiranya. YEAHOOO!

Ifila Saila said...

Salam tuan gayour..

Kok ado balik ko kampung nanti jgn lupo singgah umah den di Kg Polangai lopeh pokan pilah jalan nak ko bahau tu yo..
Bolih nyinggah boli lomang dan itik salai topi jalan tu skli.. Selamat Berposo dan Selamat Berhari Ghayo..!
- Alifi Yadim

AHMAD FADLY -FadlyMJ- said...

Salam.

Saya Event Manager Mydin area Melaka dan Negeri Sembilan. Kalau nak jemput abg Gayour lukis potret kat mydin Melaka, boleh saya dapatkan contact person? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi/wasap saya ditalian 017-356 2205.

gayour said...

ifila saila
kg. pelangai? tak best la kampung tu. harharhar!
yo la, kalo teringin nak makan itik salai, den singgah la boli seko atau ompek eko.
tuan ghayo kek nismilan taun ni yo. elok la.


fadlyMj
setelah gua fikir, gua tolak jemputan ni. tapi setelah gua tenung balik, ya... gua tolak!
tapi tetiba gua rasa cam nak terima plak jemputan ni. ontah la, poning palo den! ARGHHHHHHHH!