Thursday, July 24, 2014

SALAM EID UL-FITR 1435H/2014


SALAM EID UL-FITR
SYAWAL 1435H-OGOS 2014


As salam
Selamat menyambut dan meraikan Hari raya Eid ul-Fitr gua ucapkan pada semua kenalan dan sahabat yang dikasihi.
Moga bahagia dan gumbira meraikan Eid ul-Fitr pada tahun ini bersama keluarga, saudara mara dan sahabat.

Pandu dan bawak la kenderaan memasing dengan berakhlak mulia dan laju-laju asalkan selamat dan tak menyusahkan orang lain.
Ingat tu, laju tapi selamat! HEH!

Ramadan telah berlalu, moga bertambah baik akhlak, amalan dan iman. InsyAllah.

Maaf zahir dan batin atas segala dosa dan kesilapan sesama manusia.
Jangan lupa doa untuk saudara kita di Gaza dan di mana yang dizalimi.

senyum sentiasa

gayour
1 syawal 1435H.

gua dilahirkan pada pagi hari raya eid ul fitr puluhan tahun yang lalu. 
gua dipanggil 'GAYOUR' sempena hari kelahiran gua pada hari raya dalam loghat Nismilan yang menyebut raya berbunyi 'ghayo'.
tiap kali hari raya, semua rakyat akan bersusah payah ( jait baju, buat kuih, tukar langsir, tukar perabot, amik cuti, balik kampung biar jam gilo! blablablaa... )untuk
menyambut Hari raya Eid ul-Fitr dan ulangtahun kelahiran gua dalam kalendar hijrah/Islam. 
terimo kasih yo la. buek susah-susah yo. HEH!



7 comments:

Dr Ahmad Syahid said...
This comment has been removed by the author.
Dr Ahmad Syahid said...

Assalammualaikum bro Gayour.Maaf mengganggu. Salam Hari Raya.Saya peminat dari zaman dulu-dulu.td masa jem tgh jalan teringat pulak.Harap bro sihat sejahtera dan still a rawkafella.Nak tanya something la bro,tapi xde la urgent.Anytime bro email balik ya.Jangan risau bukan jual2 barang punya.Har har har.TQ bro.Salam Hari Raya.wassalam.

gayour said...

dr ahmad syahid
terima kasih kerana pernah jadi peminat karya2 gua.
dr. bleh trus tanya gua melalui emel - gayouriot@gmail.com

deaf-angel said...

Gayour aku dah minat ko berdozen tahun, baru aku tahu mana datang nama pena kamu ni.

Selamat Hari Raya untuk Gayour dan Love Ones Gayour.

Aku pening satu je la Gayour, raya ni nanti kena makan kan? kalau makan je kan...abis la makin super debab super tembam la kan?

Takpelah, naik tangga je, jangan naik lif. hahahaha.

berteromber said...

Selamat hari raya tuan. Moga yang terbaik untuk tuan sekeluarga.

gayour said...

deaf-angel
haha! telah terungkai misteri nama timangan/pena gua.

boroi lepas puasa? jangan lngat lu sorang saja akan kena penyakit kronik tu nanti bro. bejuta rakyat BolehLand akan mengidapnya nanti.

berteromber
terima kasih. gitu juga buat tuan, moga sihat, bahagia dan gumbira meraikan eid ul fitr bersama yang tersayang.

barney said...

Assalamualaikum En.Gayour...selamat hari ghayo..sy pun peminat lamo encik..rasonya bermulo tahun 1988 kut selalu baco majalah gelihati tp maso tu namo encik ado rock kat ujung..gayourock..paling sy ingat cito sapo yg harus disalahkan..tahun 1991..mmg follow abis..maso skolah dulu harap info dari kartun encik sahaja berkenaan band2 rock oversea mcm merycfull fate,wasp..masa tu tak de intenet..urtv pun cite psl band local je..smpai skang kesannya stil minat metal smpai skang.