Thursday, October 04, 2007

BUKA PUASA SATU

BUKA PUASA 1
23 RAMADHAN 1428 HIJRAH
05 OKTOBER 2007

Sabtu minggu lepas, iaitu pada hari NUZUL QURAN ( disepakati oleh semua ulama’ hari turunnya Al-Quran ) bersamaan 17 Ramadhan 1428 Hijrah - 29 Sept 2007, sekali lagi surau tempat gua, Surau Nurul Islah menganjurkan satu lagi program di bulan Ramadhan ni iaitu majlis berbuka puase dengan Anak-anak Yatim, Pelajar Tahfiz dan Saudara Baru dari Institut Taufik Islami, Jalan Kebun, Kelang, Selangor Darul Eshan. Apa lagi, gua tepikir ( tak lemah minda ) nak amik majalah dari syarikat dan bagi pada anak-anak yatim ni. Sahabat dan kariah menyumbangkan duit dan bende-bende lain, so gua rase diorang ni mesti suke baca majalah g3.


KURMA LA…
Acara masak-memasak dan persiapan untuk majlis ni dibuat pada sebelah petang dalam pukul tiga kat Surau Nurul Islah. Memang kebiasaan kalo ada majlis cam ni kitorang gotong-royong masak. Alaa... cam surau/masjid kat tempat korang gak. Tapi sekali sekali ada gak panggil catering yang buat kambing panggang dan masak kuzi. Kemas-kemas surau memang hari-hari buat, jadi tak ada masalah. Dah bersih dah. Petang ni kitorang masak! Yeahoooooo! Semangat gua datang nak potong bawang, halia, kentang… tapi sampai-sampai jer kena bungkus buah kurma la plak! Buah kurmapun buah kurma la.
Anak-anak yatim punye pasal, kalo chinta apa-apapun bleh aje!


MONGUL
Menu masakan utama kali ni tidak dibuat oleh chef kitorang iaitu encik Lamin, tapi oleh seorang sobat yang mengofer diri membawa sobat beliau seorang tukang masak berpengalaman dari Pakistan. Beliau mencadangkan menu masakan daging kambing/biri-biri dari Pakistan sebagai menu/lauk utama dalam majlis petang ni. Tak kisah. Gua belasah jer! Best gak dapat rase masakan daging kambing/biri-biri yang lain dari yang biase kita rasa. Menu ni dinamakan GULAI KAWAH MONGUL! Apa namapun tak kisah, janji lazat! Ni la rupe daging biri-biri yang baru dimasak. Nampak tak kepala biri-biri tu?


LEPAK
Sebahagian dari dari AJK sedang lepak sambil bergossip pasal tak ada kerje nak buat. Terutama encik chef utama kitorang, encik Lamin ( kiri ). Selalunye part masak-memasak ni beliau yang buat. Sibuk tak ingat! Arah sana arah sini. Tapi kali ni beliau duduk lepak pasal tugas beliau telah ' dirampas ' oleh tukang masak impot dari Pakistan! Betul. Chef kali ni ialah seorang chef yang berpengalaman lebih 15 tahun! Tu yang buat encik Lamin tetekan tak ingat tu! Sabo je la.


SIBUK
Keadaan mula sibuk masa nak dekat Asar bila makanan-makanan lain yang dioder mula sampai. Selain masak lauk dan nasi, makanan tambahan lain turut dioder. AJK mula buat-buat sibuk melihat dan menghidu makanan-makanan yang baru sampai.

KUIH
Yang ni plak segala macam kuih muih yang dioder sebagai juadah buke puase dengan anak-anak yatim petang ni. Sebelah gua tu ialah AJK dan Ketua Pemuda Surau Nurul Islah, encik Fendi. Kelihatan kat belakang Tuan Haji Raman sedang mengusyar Bendahari surau supaya merasa sket kuih yang baru sampai.


OTAI
Ni la Tuan Haji Abdul Rahman yang masih berjiwa remaja walaupun beliau dah tahap otai. Beliau memaksa gua begambo dengan beliau dan memberi pose liar ni.. Entah laa…


KACAU
Gulai Kawah Mongul dah masak dah. Dia punyer aroma bau memang tak bleh tahan! Guapun apa lagi, amik pengacau dan eksyen amik gambo la. Apa lagi yang boleh dibuat selain amik gambo? Heh!


LAZAT
Ni la rupe daging/gulai kawah Mongul yang dah masak. Dia punye aroma… pergh! Tak sabo nak makan. Tak sama langsung dengan aroma masakan kawah cara kita yang biasa. Memang Mongul habis wa cakap lu! Kalo bau dah lazat, rase mesti la lazat. Nanti masa buke pause baru tau lazat ke tak masakan dari chef Pakistan ni. Kali ni gua rasa betul-betul teruja nak makan lauk daging biri-biri Mongul ni! ARGHHHH!


TAZKIRAH
Gua sampai surau dalam pukul enam, rombongan Anak-anak Yatim dah selamat sampai. Sementara menunggu waktu berbuke dan bleh makan gulai kawah Mongul , Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki* sedang memberikan sedikit tazkirah/peringatan ringkas mengenai satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat terawal yang memeluk Islam iaitu peristiwa PERANG BADAR yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Gua betul-betul lupa, lemah minda tak ingat langsung bila berlakunye! Lupa sesungguh-sungguhnye. Yang gua ingat ialah Bazar Ramadhan, solat sunat Tarawikh, buka puasa, niat puasa, tahu sumbat... Peristiwa besar dalam sejarah perkembangan Islam ni gua tak ingat! Teruk tul perangai!

* Tuan Guru memberi kuliah pengajian setiap minggu kat surau Nurul Islah.


BERSILA
Semua jamaah/kariah kelihatan sungguh girang gumbira menadah tangan
mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Guru sebelum bebuke puase dengan
khyusuk dan semangatnye. Kami semua makan bersila atas tikar. Best betul bebuke puase ramai-ramai cam ni. Walau sempit dan berasak-asak. Tu yang best tu!


SELESA
Tetamu kehormat kami bebuka puase di tempat yang khas untuk mereka. Yang ni adalah Anak-anak Yatim lelaki. Sepatutnye kitorang join sekali dengan Anak-anak Yatim, Mualaf dan Tahfiz ni masa bebuke, baru bebuke puase bersama Anak-anak Yatim namanye. Boleh bertanye khabar. Tapi tak pe la, biar mereka selesa. Makan adik, makan!


Yang ni plak Anak-anak Yatim pompuan makan kat meja sebelah lelaki. Semua malu-malu.

BELASAH!
Lepas solat Maghrib, sambung makan lagi. Tadi masa buke puase gua belasah sket jer gulai kawah Mongul tu, tapi kali ni gua belasah betul-betul. Harharhar! Tak de bagi chance punyer! Memang lazat tak ingat! Gua banyak ratah jer gulai tu. Tak makan yang lain. Sedap tul! Lazat sungguh! Puas hati gua. Dari siang tadi bedendam dengan gulai ni. Heheehe…

BALIK
Selesai solat sunat Tarawikh lapan rakaat, rombongan Anak-anak Yatimpun nak balik. Kelihatan Tuan Haji Raman ( kiri ) dan Tuan Imam Abdul Mutalib sedang bersiap-siap untuk bagi sumbangan majalah yang gua bawak tu dan menghantar anak-anak yatim ke bas.

SENYUM LA SKET
Tuan Haji Zainal ( ex pengerusi pertama Surau Nurul Islah ) sedang menyerahkan sumbangan majalah dari Karangkraf pada Anak-anak Yatim dari Institut Taufik Islami Jalan Kebun seblum berangkat pulang. Tadi sebelum Isyak masa gua sedang baeikkkk membelasah gulai kawah Mongul, acara penyerahan sedikit sumbangan yang dikumpul dari ahli Kariah telah disampaikan pada Pengetua rumah/sekolah ni kat dalam surau. Gua tak dapat nak join amik gambo pasal sedang sibuk berebut lauk gulai kawah Mongul dengan kengkawan yang memang kaki daging kambing. Kena plak kali ni menu masakan yang lain, lazat plak tu! Memang tak bangun. Heh! Terima kasih pada pihak Institut Taufik Islami, Jalan Kebun kerana sudi menerima pelawaan kami berbuka puase bersama kat surau kami. Moga betambah kerahmatan Allah pada kami penduduk Putra Heights. Biasenye dalam bulan Ramadhan ni hampir semua rumah/sekolah anak yatim HABIS DITEMPAH dan dibawa berbuke oleh penaja kat hotel atau restoran yang mewah, panggil reporter/photographer dan penyanyi untuk menghiburkan ( kononnye ) anak-anak yatim yang sedang berbuke puase pada waktu solat Maghrib! Pas tu ada acara penyerahan duit raye dan hadiah pada anak-anak yatim, bebaris ramai-ramai, amik gambo dan kemuncaknya plak acara penyerahan raplika cek sebesar daun pintu. Besoknye masuk suratkabo. Persatuan ini, persatuan itu menyumbangkan sedikit derma/sumbangan pada sekolah/rumah Anak Yatim. Hebat! Majlis kitorang ni tak buat cam tu, buat kat surau jer. Tak ada raplik cek besar pintu! InsyAllah , Ramadhan akan datang atau mungkin tak perlu tunggu Ramadhan untuk menjemput, merai dan menjamu Anak-anak Yatim di surau kami yang seadanya ni lagi! Sabar la wahai semua yang kehilangan tempat untuk bermanja, mengadu dan berkasih sayang…sabar dan senyumlah...


Monday, September 24, 2007

SETAHUN TELAH BERLALU

SETAHUN TELAH BERLALU...
12 RAMADHAN 1428 HIJRAH
24 SEPTEMBER 2007

Rakus sangat sampai gua tak perasan dah SETAHUN rupenya gua melayan, menjaga dan menyumbat segala bahan entah apo-apo ntah dalam BLOG RASMI gua ni untuk dikongsi bersama semua sahabat. Ni semua idea dari seorang sobat yang bernama Faizal Mukhtar yang memaksa, mengugut, memujuk, mencadang, membentang, membodek dan memeluk peha gua hari-hari supaya membuat/membuka BLOG RASMI gua sendiri sebagai seorang kartunis yang agak lama dalam industri kartun tanahair. '' Abang Gayour patut ada BLOG RASMI sendiri " tegas beliau dengan kepekatan loghat Jawa beliau. Akhirnye gua temaqan gak pujuk rayu beliau dan lahir la BLOG RASMI gua ni dengan keringat dan usaha beliau membuatkan untuk gua pada HARI JUMAAT, 28 SYAABAN 1427 HIJRAH - 22 SEPTEMBER 2006. Mula-mula beliau yang menguruskan semua. Gua hanya bagi bahan dan beliau yang masukkan. Mana yang tak best, gua akan kutuk beliau tanpa belas kesian! Har! Har! Har! Pas tu bila gua dah terer sket, gua mula layan blues sendri sampai la ke hari ini dah setahun dah. " Leceh punye kerje! " Ini yang kerap gua ucapkan pada beliau setiap kali beliau membodek gua buat blog. Bila dah buat blog ni, memang leceh tak ingat sungguh! Ni semua Faizal punye pasal. Mana lu Faizal? Mana beliau... gua nak tumbuk perut beliau! ARGHHHHH! Apapun terima kasih banyak-banyak pada saudara Faizal kerana berjaya membuatkan gua terpaksa ' melayan ' segala kelecehan ni sorang-sorang skang. Awas lu! Jumpe lu, memang gua tumbuk perut lu! Sekiranye ada kebaikan dan diberi pahala apa yang gua buat dalam blog gua ni, moga saudara Faizal juga mendapat kebaikan. Mana yang tak baik, gua yang bertanggungjawap seorang! Terima kasih bebanyak pada semua yang sudi singgah menjenguk ke blog gua ni dan memberi segala macam pandangan, pendapat, sokongan, kritikan, komen, hinaan, kutukan, cacian, pujian, pandangan, nasihat, teguran dan segala macam lagi. Moga semuanya sihat sejahtera dan berbahagia. Tak tau sampai bila gua bleh layan bende ni. Entah laa...

Sunday, September 23, 2007

PROGRAM ZIARAH

PROGRAM ZIARAH
12 RAMADHAN 1428 HIJRAH
24 SEPT 2007 MASEHI

Sabtu minggu lepas ( 10 RAMADHAN 1428 HIJRAH bersamaan 22 SEPT 2007 )sempena ulangtahun PERTAMA pelancaran BLOG RASMI gua ni pada 22 SEPT 2006 tahun lepas, buat julung kalinya Surau Nurul Islah tempat gua mengadakan PROGRAM ZIARAH sempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor Darul Ehsan ( HTAR ) untuk menziarah dan memberi sedikit sumbangan pada pesakit-pesakit kat HTAR ni. Kerahmatan Allah yang dijanjikan pada sepuluh awal bulan Ramadhan ni kitorang manafaatkan untuk mendapatkannya dengan menganjurkan Program Ziarah ni. Moga kerahmatan itu kami perolehi begitu juga dengan yang kami ziarahi. Program seumpamanya ini telah dirancang sebelum bulan puasa lagi. Sumbangan/tajaan yang diperolehi tak la berapa banyak tapi alhamdulillah la, sebanyak 300 hadiah sumbangan bejaya disediakan untuk diberi pada persakit-pesakit tak kira sama ada bangsa Melayu, Cina atau India. Semua diberi kerana itu adalah tujuan dan hajat program ini diadakan. Menziarah dan memberi. Syukur alhamdulillah… program ini telah berjalan dengan jayanya.

NIAT DI HATI...
Seawal 9.00 pagi ahli kariah dan AJK Surau Nurul Islah yang terlibat dan join dalam program ni dah bekumpul kat surau dan loading hadiah sumbangan ke dalam bonet kereta memasing. Dalam kesibukan dan macam-macam urusan dunia yang perlu dibuat, sokongan yang diterima sangat la membanggakan. Ada yang datang membawa keluarga dan ada yang datang solo tanpa membawa keluarga sebagai sokongan pada program ini. Gua caya lu! Gua memang pernah berniat suatu masa dulu nak melakukan aktiviti/program cam ni sekiranya diizinkan untuk melakukannya setelah mendengar satu kuliah pengajian mengenai besarnya rahmat dan pahala yang Allah janjikan dengan menziarah orang sakit selain dari keluarga atau sahabat kita iaitu menziarah dan memberi pada orang yang TIDAK kita KENALI. Akhirnya niat di hati dengan izin Allah tertunai juga pada hari ini dalam bulan Ramadhan plak tu. Alhamdulillah.



MOGA SELAMAT
Bacaan doa moga selamat dalam perjalanan, kejayaan program dan selamat dalam perjalanan pulang oleh tuan imam Surau Nurul Islah ( kanan sekali ) sebelum bertolak ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.


OLD SKOOL
Tengok saja reka bantuk bangunan HTAR ni kita dah tau dah ini memang
confirm bangunan kerajaan. HEH! Inilah identiti tegar seni reka bentuk bangunan kerajaan sama ada hospital, bangunan rasmi sesuatu jabatan kerajaan atau bangunan sekolah yang tak dapat disangkal lagi ketegaran identiti bangunan kotak-kotak segi empat tepatnye. Tulah dia acuannye kat mane-mane pun. Tapi skang ni bangunan kerajaan dah tak pakai lagi reka bentuk yang berusia hampir 50 tahun ni, semua dah guna reka bentuk baru yang lebih canggih mengikut peredaran masa. Tengok saje kat Putra Jaya sana. Tapi bila tengok reka bentuk bangunan ni rase lain macam, rasa pelik yang sukar diucapkan. Tesekat kat kerongkong! Apa yang pasti, terasa tul kepekatan old skoolnye!


TERPILIH
Sebahagian hari sumbangan untuk pesakit-pesakit sebelum diagih-agihkan pada beberapa wad. Hanya ada 300 sumbangan, jadi hanya beberapa pesakit di wad-wad yang terpilih secara rambang oleh pihak pengurusan HTAR yang rombongan kitorang akan pergi ziarahi untuk menyerahkan sumbangan dan bertanya khabar.


HEBAT SUNGGUH!
Hadiah-hadiah yang telah diasingkan untuk wad-wad tertentu dibawa menggunakan stretcher yang old skool ni. Bangunan old skool, peralatanpun masih ada yang old skool. HEH! Inilah multy purpose stretcher yang digunakan oleh pesakit untuk dibawa pindah ke mana-mana wad/tingkat, ke bilik bedah, ke wad bersalin, membawa ubat-ubatan, pakaian, kain cadar dan segala macam lagi termasuk membawa mayatpun bleh! Skang ni beliau digunakan untuk membawa hadiah plak! Hebat dan besar tul jasa encik stretcher ni!


LEMAH MINDA
Inilah sumbangan ( tak la hebat manepun... ) yang sempat gua amik gambo beliau berupa sebungkus kecil kurma, sebiji buah epal, sebotol air mineral, sebotol minuman berperisa, sebungkus kecil biskut, sekuntum senyuman dan doa agar sabar dengan dugaan dan cepat sembuh dari kami. Ada beberapa bag yang terdapat majalah stok lama sumbangan Kumpulan Karangkraf ( masa program Produk Halal dan Hari Kesihatan kat surau dulu ) seperti majalah E-BACA dan Majalah I. Gua betul-betul lemah minda tak ingat langsung nak minta sumbangan majalah yang baru dari Karangkraf untuk dimasukkan sama dalam bag/hadiah sumbangan ni. Kan bagus bagi majalah pada pesakit, diorang banyakkkkkk masa, bleh la membaca… dah lemah minda nak buat cane! ARGHHHH!


BEPECAH!
Sedikit taklimat dari tuan pengerusi program, Tuan Haji Abdul Rahman ( tengah ) mengenai perjalanan Program Ziarah dan memberi sumbangan pada pesakit ni. Atas nasihat pihak HTAR, kitorang akan berpecah pada beberapa kumpulan kecil semasa menziarah dan menyampaikan sumbangan ni untuk mengelakkan kesesakan ( kat lif, tangga dan di wad ) dan supaya acara ni berjalan dengan cepat tanpa mengganggu pesakit. Ya la, kalo dah ramai sekali bekumpul kat sesuatu wad, kan bising. Kan ada pesakit yang benar-benar memerlukan rehat, ketenangan dan tanpa gangguan bising. Jadi untuk mengelakkan perkara itu, menghormati cadangan pihak HTAR dan pesakit-pesakit, kitorang bepecah pada beberapa kumpulan untuk setiap tingkat/wad yang ditetapkan.


PEMBEDAHAN
Kumpulan tuan imam, pengerusi program dan orang pompuan pergi ke tingkat lapan, enam dan tingkat lima. Kumpulan gua plak mula kat tingkat empat, wad 4A-Pembedahan untuk menziarah, bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan.



CUBA TRY!
Terasa semacam bila tengok pesakit-pesakit yang telantar/tebaring kat katil hospital ni. Tambahan bila tengok pesakit yang dah tua. Kasihan sungguh. Inilah perasaan belas dan kasih sayang yang diberi oleh Allah pada semua makhluk ciptaanNya. Perasaannya adalah berbeza semasa kita melawat/menziarahi ahli keluarga atau sahabat ( mesti la kita kenalkan ) yang sakit di hospital dengan perasaan semasa menziarahi dan bertanya khabar pesakit yang TIDAK kita kenali. Ia suatu perasaan yang sangat ganjil dan pelik… Perasaan kasih sayang inilah yang membolehkan kita hidup dengan baik dan aman walau tidak mengenali tapi menghormati dan sedia untuk membantu. Inilah rahmat dari Allah. Gua merapatinya, memberi salam, memberi senyuman, menyerahkan sumbangan dan bertanya khabar. Ikhlaskan hati dan berlapang dada. Cuba try test buat kalo korang tak caye… tambahan dalam bulan Ramadhan plak. Alahaiii.... lagi la syahdu rasa di hati.


MULIAKAN MEREKA
Seperti warga emas dua sejoli ini. Gua nampak jer, trus dengan rakusnye gua pergi mendahuli sahabat yang lain menghampiri pasangan ini. Beri senyuman seikhlas dan semanisnye, serahkan sumbangan dan bertanyakan khabar. Pak cik ni menghidap sakit perut. Masuk ke HTAR semalam ( Jumaat ) Tak tau gestrik atau jenis apa. Gua tak tanye lebih-lebih kerana pak cik ni nampak sangat lemah. Tapi pakcik tetap ramah untuk berbual dan memberi senyuman. Memang pelik perasaan yang gua rasa masa melihat dan berbual dengan kedua warga emas ini. Melihat kedut di wajah mereka membuatkan gua rasa sungguh kasihan dan terharu. Memang kita perlu merasa kasih, sayang, kasihan, menghormati dan memuliakan orang-orang tua kerana itu yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Nak nangispun ada. Tak tau apa yang mereka rasa plak. Harap pakcik dan makcik merasa sedikit seronok/gembira dengan kunjungan dan sumbangan ini. Didoakan moga pakcik dan makcik sabar dengan dugaan dan cepat baik. Moga Allah memberi kemuliaan dan kerahmatan pada kedua pasangan warga emas ini. Sekiranye gua panjang umur, begini gak agaknye nasib gua... hanya Allah yang tahu.

HEY! KE MANA KAU?
Asyik ambik gambo jer, nak gak gambo gua diambik. Nah! Ni dia gua sedang eksyen menyerahkan sumbangan pada pesakit yang tak kelihatan kerana hilang entah ke mana. Yang ada hanya katil, bantal, cadar dan perabot yang pastinya Hak Kerajaan Malaysia! Mungkin beliau ke tandas pasal dah tujuh kali tekucil, beri darah untuk ujian darah, ke bilik x-ray atau nyorok kat bawah katil kerana nakot atau malu! Tak kisah la, walau beliau tak ada, sumbangan tetap diberi. Surprise untuk beliau bila datang balik ke katil nanti. Moga beliau suke tak ingat dan merasa supriseeee! Heheheee...



SENYUM LA SKET
Semua pesakit di wad 4A ni kami ziarahi ke katil memasing untuk menyerahkan sumbangan dari kami kariah dan AJK Surau Nurul Islah, Putra Heights Subang Jaya. Tidak la hebat dan besar manepun sumbangan kami ni. Sudi la menerimanye. Moga merasa sedikit seronok dan boleh tersenyum. Dengan senyuman itu, moga cepat sembuh dan bleh trus berpuasa semula.


NAKAL LA U NI!
Encik Faizul, jurubambar yang tak berapa profesional yang asyik amik gambo orang jer, gua ambik plak gambo beliau. Memang dalam setiap program anjuran Surau Nurul Islah, beliau la yang tukang amik gambo. Tak la berapa best sangat gambo-gambo yang beliau ambik tapi walau tak best beliau la satu-satunye jurugambar yang best kerana beliau tersangat la nakalnye… asyik ambik gambo nurse yang comel-comel jer. HEH!


MANA SATU NI?
Wad seterusnye kumpulan kitorang ziarah dan sampaikan sumbangan
ialah Unit Bedah, Wad 3B/C. Tadi Wad Pembedahan. Yang ni plak Wad Bedah. Mana satu yang betul ni. Wad Pembedahan atau Unit bedah? ARGHHHH...! Konfius! Konfius! Gua dah la lemah minda. Lantak la! Bedah punya pasal, gua tak siarkan gambo-gambo pesakit yang… yeah! Korang mesti penah tengok orang/pesakit kena bedahkan… Kesian betul bila tengok pesakit-pesakit yang bebalut-balut dan tegantung sana sini… Bersyukur la kerana kita diberi kesihatan yang baik dan sedikit rezeki untuk dikongsi. Korang bleh pegi sendri
ke mana-mana wad pembedahan/bedah kat mana-mana hospital untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat dan jelas. Baru rasa insaf sket!

HANCUS!
Wad terakhir ialah Wad G2 kat bawah sekali. Masa ni kumpulan yang lain dah selesai menziarahi dan menyerahkan sumbangan pada pesakit kat wad yang lain. Kat wad ni tak berapa ramai pesakit. Kejab jer kat sini. Gua sempat bertanye khabar pada seorang pesakit demam denggi dan bergambo. Tapi gambo tu kualitinye hancus! Sori la tak dapek den nak keluar an kek sini hah!

MERAH MENYALA
Sungguh menarik signboard yang terpencil ni. Menarik perhatian gua. Mula-mula gua baca tulisan Tamil tu. Tak faham la plak apa yang dikata. HEH! Kat mana korang dapat tengok signboard tahap rare cam ni kalo bukan kat Hospital Kerajaan. Hanya kat Hospital Kerajaan! Jadi bila korang pegi ke Hospital Kerajaan dan nampak signboard tahap rare ni, jangan la korang ngade-ngade nak makan sirih dan memancut air sirih kat dinding bangunan, dalam lif atau kat mana-mana kawasan hospital plak. Tak tau la apa denda yang dikenakan. Yang pastinye tolong respect dan mematuhi arahan signboard ni aaa… Dulu masa kecik, gua penah rasa makan sirih ni. Allahyarhamah uwan gua yang buatkan. Wekk! Macam-macam rase. Bebirat rase lidah! Tapi best gak. Habih merah menyala mulut. Nampak ganas cam Black Metal! HEH!

KELEMAHAN
Alhamdulillah… semua rasa seronok setelah selesai menjayakan Program Ziarah ni walau bepeluh-peluh gak. Program Ziarah ini telah berjaya dibuat di dalam bulan Ramadhan al Mubarak yang penuh kemulian, keberkatan dan keistimewaan yang perlu kita rebut dan manafaatkan sebaiknya mengikut kemampuan. Inilah yang kami buat dalam bulan Ramadhan ini. Moga ada kebaikan. Walaupun ada beberapa kelemahan semasa menjayakan Program Ziarah ini, kami tetap berpuas hati dan bersyukur kerana tujuan kami tercapai. Semua kelemaham ini akan diperbaiki untuk program kebajikan
akan datang. InsyAllah.

PENGAMPUNAN
Program Ziarah di bulan Ramadhan ini akan diteruskan pada masa akan datang dan tidak semestinya kitorang akan pergi ke hospital. Mungkin akan ke rumah anak yatim, rumah orang tua atau tempat yang lain mengikut keputusan AJK Surau Nurul Islah. Tengok gak bajet dan sumbangan yang diperolehi. Harap lebih banyak sumbangan dan lebih banyak yang boleh diberi. Moga sumbangan yang sedikit ini ada kebaikan dan lawatan kitorang ni mengembirakan hati pesakit-pesakit yang mendapat sumbangan. Cam yang gua kata tadi, terasa suatu perasaan yang pelik bila menziarahi orang yang tidak kita kenali, bertanya khabar dan memberi sumbangan. Bagaimanakah agaknye perasaan orang itu bila entah sapa-sapa ntah datang menziarahinya. Memberi salam, memberi senyuman dan dengan penuh ramah bertanya khabar dan memberi sesuatu? Pastinya dia merasa teruja, seronok dan bersyukur kerana masih ada yang ingat padanya. Pastinya akan tergerak di hatinya untuk mendoakan kebahagian kita yang menziarahi. Maka turunlah rahmat dari Allah. Terjalinlah silaturahim dan kasih sayang. Inilah yang boleh kita buat iaitu menghiburkan hati mereka yang sedang menghadapi dugaan sakit dari Allah. Mungkin pada yang ada keluarga tidak merasa apa-apa yang hebat tapi bagaimana dengan warga emas yang tidak punya sesiapa? Terbiar sendiri tiada siapa yang peduli, datang menziarah dan bertanya khabar. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku pada gua sekiranya dipanjangkan umur… Gua sakit dan terbiar sendirian tiada siapa yang peduli dan mengingati... menangis la sendiri mengenangkan nasib... Melihat mereka yang sakit terutama warga emas itu membuat gua menginsafi diri. Moga pakcik dan makcik selamat, moga semuanya selamat, berbahagia dan cepat sembuh. Moga kesabaran mereka menghadapi dugaan akan mendapat kerahmatan dan keampunan dari Allah sempena bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkataan ini. Kita dah masuk ke pertengahan Ramadhan yang dijanjikan PENGAMPUNAN wahai semua sahabat yang dikasihi…

Tuesday, September 11, 2007

DIA DATANG LAGI


SELAMAT DATANG YA RAMADHAN
30 SYAABAN 1428 HIJRAH
12 SEPT 2007

Pada semua sahabat yang dikasihi, selamat mennyambut dan meraikan kedatangan RAMADHAN AL-MUBARAK yang dinanti-nanti.
Bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Pada PERMULAANNYA adalah RAHMAT. Pada PERTENGAHANNYA adalah PENGAMPUNAN dan pada PENGHUJUNGNYA adalah PEMBEBASAN DARI SEKSAAN API NERAKA JAHANAM!
Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dari Ramadhan yang lalu kerana kejahilan kita selama ini semasa menjalani ibadah puasa.
Moga semua diberi kesihatan yang baik, bertambah keimanan dan ketakwaan.
Moga mendapat kelapangan, ketenangan hati dan perasaan semasa menjalani ibadah puasa dan seterusnya.
Moga diberi kekuatan oleh Allah dan merasa seronok untuk melakukan segala ibadah fardu dan sunat dengan baik.
Yang paling penting, moga ibadah puasa dan semua amal ibadah kita diterima Allah, bertambah iman dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin


SEBELUM DIA DATANG

Pagi Ahad minggu lepas, surau Nurul Islah kat tempat gua mengadakan gotong royong persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Segala ceruk surau dibersihkan. Kolam/kolah tempat muslimin berwuduk dibersihkan, kipas/aircond dibersihkan, syiling yang betompok-tompok ditouch- up, speker kat menara dipastikan semua berbunyi, carpet dan lantai disapu/divakum dan segala macam lagi termasuk banner mengalu-alukan kedatangan Ramadhan digantung. Kita gak kena bersiap dan membersihkan diri/hati untuk menyambut dan menjalani ibadah puasa. Moga gembira dan seronok dengan kehadiran Ramadhan dan selamat beramal!

Ampun dan maaf saya pohon pada semua sahabat atas segala salah dan silap saya. Maafkan saya yang banyak salah dan silap ini...

Selamat datang ya Ramadhan!

Sunday, September 02, 2007

KURSUS KAWEN

COVER PERTAMA
22 SYAABAN 1428 HIJRAH
04 SEPTEMBER 2007

Memang menjadi impian gua untuk melukis cover majalah GELI HATI setelah berapa lama karya2 gua disiarkan dalam majalah ni. Biasa la sikap '' dah dapat betis nak peha ''. Heh! Tapi hajat, keinginan dan kehendak hati gua yang membuak-buak tu tak pernah gua luah/nyatakan pada sesiapa terutama pada encik editor GELI HATI masa tu. Memang menjadi rutin gua setiap bulan akan berulang naik bas lompat-lompat pagi-pagi lagi dari kampung gua kat Bahau, Negeri Sembilan ke Karangkraf ( masa tu kat Taman Tun Dr. Ismail ) ke studio GELI HATI untuk menghantar kartun dan mengambil payment! ( ini la sumber pendapatan gua - lukis kartun! ) Humang hai jauh eh lak opis Karangkraf! Walau jauh tak ingat studio GELI HATI, den totap bersemangat tegar untuk poie setiap bulan! Kadang2 den tido kek studio GELI HATI dengan beberapo orang kartunis yang sentiaso over deathline! Best gak bleh tido bawah mejo kartunis. Harharhar! Untuk semua, silo la tengok , tenung, renung, hayati dan nikmati COVER PERTAMA yang den buek dalam penglibatan sebagai seorang KARTUNIS.

Hari tu maso den datang anta kartun, encik editor brader Kartekana kato kek den
'' ekau boleh buek cover tak jang?'' Impian jadi kenyataan. Seghonok eh lak aih! YEAHOOOO! Maso ni ( tahun 1988 ) arahan dan syarat terbaru dari Jabatan Agama Islam mewajibkan setiap pasangan Islam yang ingin berkahwen kena melalui/mengikuti KURSUS/TEMUDUGA KAWEN seblum bleh kawen! Perkara/isu inilah yang dijadikan cover untuk keluaran 01 OGOS 1988 majalah GELI HATI # 136, SEMBILAN BELAS TAHUN YANG LALU! Ado yang bertanyo pado den '' apakah sumbangan kartunis pada negara...?'' Cover yang den buek nilah ANTARA jawapan eh! Isu yang hangat diperkata, diperdebat, diulas, dikritik dan segalo macam laie den lukis dan menjadi cover majalah GELI HATI yang TERAKAM sebagai salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara! Limo puluh atau seratus taun laie bilo orang tengok cover yang den buek ni,orang boleh tau bilo kursus dan temuduga kawen ni mulo dilaksano an! HEH! Dari mulo dilaksano an hampir duo puluh taun lalu sampai sekarang arahan ni trus menjadi antagho syarat wajib yang tidak diubah pado semua bakal pengantin baru. Pelaksanaannyo betambah baik dan teratur. Cumo belaku bebeghapo penambahan dalam syarat kursus ini selain mendengar syarahan iaitu ujian darah untuk mengosan sapo-sapo yang ado AIDS. Sesuai dengan keadaan semaso dan untuk menjamin/menjago keturunan/zuriat yang baik. Sebagai kartunis, den meraso banggo kerana ini adalah sumbangan kocik den pado negaro. Walau kocik, ia tetap telah merakam satu sejarah negaro! Inilah sumbangan den sebagai seorang kartunis! Hey! Semuo kengkawan kartunis ... ingat sumbangan yang boleh kito beri dan tanggungjawap kito pado agamo, bangso dan negaro. Kito adalah perakam sejarah! Jadi bersungguhlah melukis dan berkarya! Cover ni den sketch dan ink mengguno an brush. Best eh lak lukis guno brush pinjam Winsor & Newton mahal Labuair. Jelas kelomahan, kesilapan kek lukisan cover ni. ARGHHH! Kartunis Labuair yang warno an secaro manual dongan Dr. Ph. Martn's Radiant Concentrated Water Color. Blum guno digital laie yo! Maso ni den masih baru belaja mengguno an water color Ph. Martin yang mahal. Kalo dah terer memang den tak bagi chance kek Labuair warno an! Den warno an sendiri! Maso buek cover ni den overnight kek studo GELI HATI dan tido bawah mejo! Heehee... best eh lak aih! Tapi laie best bilo impian den nak buek COVER jadi kenyataan! IMPIAN JADI KENYATAAN. Syukur alhamdulillah.
Enjoy!
sori la kali ni den guno an loghat kampung den. jangan marah yo. heh!

'' don't ask what u can do for ya country
ask what ur country can do for ya! ''
. take no prisoners.
MEGADETH
HAR!FRAGIN HAR!

Tuesday, August 14, 2007

SUPERCHICKS II

SUPERCHICKS II
29 REJAB 1428 HIJRAH - 13 OGOS 2007

Masa-masa yang terluang pasti gua gunakan untuk melakar. Untuk semangat membuak-buak dan hilangkan ngantuk, gua lakar SUPERCHICKS la apa lagi. Beberapa lagi lakaran SUPERCHICKS yang gua buat untuk tatapan semua kat sini. Belasah buat tanpa rujukan. Maksud gua dari segi gaya, aksi, mimik muka dan pergerakan. Masa ni la kita bleh berimaginasi semahunya untuk menggambarkan aksi yang dikehendaki tanpa rujukan. Masa untuk mencabar kekuatan memori dan kreativiti. Masa untuk jadi Action or Fight Choreographer seperti dalam filem walau hanya melakar! Tapi bukan tak kena rujuk semua bende. Kena rujuk gak cane rupa, fesyen dan warna costume yang dipakai oleh SUPERCHICKS ni sebagai identiti atau personaliti. Gua ubah sket-sket. Tapi tak bleh la main belasah semua bende! Harap korang suke dengan lakaran SUPERCHICKS ni dan enjoyyyyy!

SUPER WARRIOR!
Dalam SUPERCHICKS yang pertama dulu gua buat WONDER WOMAN dalam keadaan tidak beraksi. Kali ni gua buat dia sedang berperang dengan ganasnya. Sebagai seorang kartunis/illustrator kita kena bersedia dan boleh melukis apapun keadaan atau gambaran kerana inilah antara tugas sebagai seorang kartunis/illustrator. Melukis dan menggambar dengan betul, tepat dan pelbagai. Ini semua memerlukan ilmu. Jadi kena cari, belajar bersungguh-sungguh dan praktikkan untuk menjadi lebih mahir. Rajin melakar merupakan cara yang mudah untuk menjadi cepat mahir. Gua perasan WONDER WOMAN gua ni seperti tak ada leher. Nampak jangal! Kenal tak loser yang terbang kat belakang tu? Harharhar! Sebenarnye beliau menunggu peluang untuk kena belasah pasal bleh menyandarkan kepala beliau atas bahu dan dada Wonder Woman sambil nangis teresak-esak macam yang selalu beliau buat. HEH!


MEOW! MEOWWWW!
Melukis si licik dengan gaya dan aksi begini memang seronok. Dalam filem BATMAN RETURNS, CAT WOMAN ada buat aksi begini, jadi guapun trus melakar aksi yang ngade-ngade manje ni. Tak ada masalah langsung menggambarkannya kerana gua rasa ia satu aksi yang menarik untuk dilukis. Cam yang gua selalu kata, berseronoklah dengan apa yang korang lukis. Jangan buat/lukis apa yang korang tak suka. Lukis apa yang korang suka untuk merasa seronok dan apa yang dilukis itu jadi!

PUSSY CAT MEOW MEOWW!
Gua tak tau nak buat yang macam mana, yang mana satu. Begini la jadinya bila gua tak dapat nak putuskan apa sebenarnya yang gua nak. Gua belasah jer lakar CAT WOMAN ni. Yang pasti gua nak buat si licik ni dalam aksi melompat sambil menghayunkan cemetinya. Sampai ke sudah gua tak tau mana satu aksi yang paling best. Gua kuarkan gak untuk tatapan semua kerana inilah perkara yang biasa terjadi masa melakar dalam mencari gambaran yang cantik, menarik, tepat dan memenuhi cita rasa! Jadi jangan malas melakar kerana di situlah korang akan dapat kesempurnaan yang dicari.

GIVE ME ALL YOUR POWER!
Gua memang tak minat dan mengikuti siri komik X-MEN! Sori kalo apa yang gua kata pasal X-MEN ni salah atau tak tepat. Tak tau apasal gua tak minat walau korang begitu giler meminatinya. Tapi gua buang perasaan tak minat tu untuk melakar gak beberapa karakter SUPERCHICKS dari team X-MEN. Ada banyak gak SUPERCHICKS yang seksi-seksi dalam siri X-MEN ni rupenye. Ini ROGUE, mutan yang mempunyai kebolehan menyedut kuasa mutan lain sampai kering tanpa belas kasihan! ( betul aa... ) Err... itu jer yang gua tau pasal awek mutan ni...

BIRD OF FIRE
Sorang lagi mutan SUPERCHICKS dari team X-MEN yang korang peminat X-MEN mesti kenal dan tau siapakah beliau dan origin beliau. Apa kuasa dia. Kalo ada Faizal bleh la gua tanye lebih-lebih pasal awek ni dan seluruh team X-MEN. PHOENIX ni bleh kuarkan api dari tangan dia. Ada kuasa psikik untuk mengawal minda. Betul aa... Tak tau beliau boleh terbang atau tak. Tak kisah la, yang penting gua melakar SUPERCHICKS ni sebagai latihan untuk gua memahirkan diri melukis anatomi dan figura perempuan. Tengok lakaran asal tangan kanan tu menjulur ke bawah tapi gua ubah rapat ke badan. Inilah pentingnya melakar. Kita akan dapat posisi, aksi dan pergerakan yang paling baik, cantik dan sesuai. Gua rasa kain selendang kat pinggang dia tu cam tak best jer. Dengar PHOENIX dah mati dan hidup semula... entah la.

BEFORE THE STORM
Beliau dikatakan seorang permaisuri atau ratu dari Afrika yang telah berkahwin dengan BLACK PHANTER. Betul ker. Inilah STORM sorang lagi SUPERCHICKS dari X-MEN yang mempunyai kebolehan mengawal ribut topan, puting beliung dan kilat petir sebagai senjata menghadapi dan menewaskan musuh yang hilang akal seperti SABRETOOTH, JUGGERNAUT, RHINO dan seluruh team Sinister Six! STORM boleh terbang dan matanya akan jadi putih semasa meghatifkan kuasa pemusnahnya! Sori... gua tak berapa tau pasal X-MEN. Ni saja yang gua tau. Harap korang suka dengan lakaran SUPERCHICKS X-MEN ni.

DANGER GIRL!
Yeahooo! Satu team SUPERCHICKS yang gua teruja sangat-sangat nak melakarnya! Ni dia SYDNEY SAVAGE si seksi dari team spy DANGER GIRL yang happy go lucky, nakal dan agresif! Mungkin korang ada mengikuti siri komik DANGER GIRL ni atau tak pernah langsung. Tak kisah la, yang penting gua enjoy tak ingat melakar karakter SYDNEY SAVAGE ni walaupun gua menghadapi sket masalah melukis genggaman tangan kanan pada cemeti tu. Masih bleh dibaiki tapi sengaja gua kuarkan tanpa dibaiki. Biar gua dan korang sedar betapa pentingnya belajar dan tahu melukis anatomi figura manusia. Korang rasa okey ker tangan tu? Seperti CAT WOMAN, beliau juga menggunakan cemeti dan sangat mahir menggunakannya dalam petempuran. Jangan main-main dengan si seksi ni kalo tak nak kena libas dengan cemeti! WHIP! WHIP! WHIP!

DON'T MESS WITH HER!
NATALIA KASSEL berasal dari Russia dan merupakan salah seorang dari team asal DANGER GIRL yang pakar dalam seni tempur. Merupakan satu karakter yang anti sosial, tidak ada perasaan dan tidak senyum! Jarang ada karakter begini dalam komik dan team super spy. Lebih menarik dalam siri komik ni akhirnya beliau mengkhianati teamnya dan menjadi sekutu dengan musuh utama DANGER GIRL! What a gurl! Pakar menggunakan segala macam senjata tajam terutamanya pisau. Jadi jangan cari pasal dengan cik NATALIA KASSEL ni kalo tak nak kena hiris-hiris!

READY TO SLICE YOUR THROAT
Berpakaian seluar yang dililiti pisau dan boot askar, itulah NATALIA KASSEL dan beliau sedia untuk beraksi. Kebanyakan SUPERCHICKS memakai costume yang ketat dan sendat-sendat tapi lain dengan karakter ini. Sangat mudah melukis SUPERCHICKS berpakaian sendat tapi agak mencabar untuk melukis karakter yang berpakaian begini. Seperti gua kata tadi, kebolehan untuk melukis bukan hanya bergantung pada rujukan tapi juga pada kekuatan imaginasi, memori dan kepala otak! Terutama masa melakar cam ni. Belasah tapi biar la logik. Ini penting untuk meunjukkan kebijaksanaan dan ilmu yang kita ada. Ini yang gua buat pada karakter ni. Yang penting, kita berseronok masa melakar! Jangan la tetekan sangat!

DANGER! DANGER!
Ketua team DANGER GIRL yang pakar dalam menggunakan senjata api dan yeah... seksi! Semua team DANGER GIRL mempunyai kekuatan personaliti yang tersendiri seperti si ABBEY CHASE ni. Gua beli komik DANGER GIRL kerana sebab-sebab ini. Ceritanya tak la hebat manapun tapi lukisan dan segala yang digambarkan adalah hebat untuk dijadikan panduan dan rujukan semasa melukis terutama figura SUPERCHICKS! Jangan sia-siakan apapun komik yang korang beli. Belajar dan ambillah apapun kebaikan darinya. Mesti ada kalo diperhatikan betul-betul. Gua tengok figura ABBEY yang gua buat ni tak betul. Kaki kanannya nampak pendek. Entah la. Itu dari pandangan gua.

BANG! BANG! BANG!
Seperti yang gua kata, berimaginasilah semahunya semasa melakar. Ini
yang gua buat masa melakar aksi ABBEY CHASE ni. Gua silangkan tangan untuk mendapatkan gambaran yang gua nak dan inilah hasilnya.. ABBEY IN TROUBLE! Perhatikan pistol tu. Tak berapa
best, cantik dan kemas kerana gua buat tanpa rujukan. Kena ada rujukan pistol yang betul, baru cantik. Kemahiran melukis figura awek dalam bebagai gaya seperti yang gua buat pada ABBEY ni merupakan suatu yang mencabar sekiranya tidak tahu dan mahir melukis anatomi. Perubahan-perubahan aksi dan anatomi inilah yang membuatkan ramai gagal dan hampeh semasa melukis!

U'RE DEAD BABEH!
Team DANGER GIRL dan LARA CROFT mempunyai persamaan dalam misi mereka selain dari menghapuskan penyangak-penyangak antarabangsa iaitu memburu harta karun atau benda-benda yang berharga. Ni la jadinya kalo ABBEY CHASE dan LARA CROFT betembung dalam hutan kerana merebutkan harta karun yang sama dicari! Ini satu aksi menarik yang biasa kita tengok kat movie atau komik tapi tak pernah untuk cuba melukisnya. Cuba la. Nanti korang tau susah atau senang nak menggambarkan aksi ni tanpa menggunakan rujukan. Ada banyak lagi angle lain yang menarik untuk memggambarkan aksi yang dramatik ni. Lagi sekali... cuba la. Sama dengan yang ni, pistol tanpa rujukan. BANG! BANG! BANG! U're dead honey! Yeah! Whatever!

SHE'S HURT!
Selain aksi bediri, aksi mencangkung begini juga perlu diketahui untuk dilukis terutama pada figura SUPERCHICKS seperti LARA CROFT yang sedang mengerang kesakitan dalam usaha merebut dulang emas bertatah berlian dengan ABBEY CHASE. Selain itu, ketepatan melukis/menggambarkan mimik muka juga adalah penting untuk diketahui. Hey! LARA dalam kesakitan. Pastikan ia benar-benar kelihatan dalam kesakitan! Masa melakar ni la bleh buat memacam mimik muka dan aksi dari bebagai sudut pandangan. Lama-lama mesti mahir. Itu la lebihnya bila rajin melakar. Harap korang suke dengan lakaran-lakaran SUPERCHICKS kali ini. Akan datang.... THE REAL SUPERCHICKS! Enjoy!

Tuesday, August 07, 2007

MERDEKA!


MALAYSIAKU GEMILANG - 50 TAHUN
26 REJAB 1428 HIJRAH - 10 OGOS 2007

Tahun ini dan bulan ini adalah sambutan ulangtahun kemerdekaan negara tercinta yang ke 50. Banyak yang telah berlaku sepanjang 50 tahun kemerdekaan ini dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan semua terutama kemuliaan ugama Islam yang begitu teruk dikritik, diserang, dihina, dikeji, dicaci, dimaki, dikutuk, dipelekeh, dilebel dan segala macam lagi kata-kata yang tak sepatutnya dan sedap didengar di negara kita sendiri! Begitu juga dengan al-quran, hadis yang dipertikaikan dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. juga tak lepas dari dihina dengan teruk! Sedih dan sakit hati melihat dan mendengarnya! Bersamalah kita berusaha dan berdoa moga kesejahteraan yang sebenar akan dapat kita nikmati. Insyallah. Hari tu ada sorang wartawan dari Bernama paksa gua buat ucapan sempena kemerdekaan yang ke 50 ni, guapun buat la. Kalo korang nak baca ucapan merdeka gua tu bleh la ke http://web5.bernama.com/events/merdeka50/ucapan2.php
Pas tu klik kat Prayers & Hopes
Cakap banyak tak guna... MERDEKA!


JALUR GEMILANG
Dulu beliau dikenali sebagai BENDERA jer, tapi sekarang beliau dikenali senagai BENDERA JALUR GEMILANG. Bila tiba bulan kemerdekaan ni banyak la bangunan, rumah, sekolah termasuk kenderaan mengantung dan memasang Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan dan semangat bulan kemerdekaan. Tapi dalam keghairahan ni ada gak yang tak ada akal gua tengok, terutama pada kereta dan lori yang mengantung/memasang Jalur Gemilang besar-besar yang membahayakan pengguna yang lain. Tak ada akal betul tuan punyer kenderaan tu! Apa yang beliau pikir tak tau la. Ingat best la tu! Dari pasang bendera besar-besar bekibaran kat kereta, gantung jer bendera tu kat bumbung rumah! Alamak! Apa hal la plak gua emo ni?

CERITA ANAK MERDEKA
Kat atas ni adalah satu dari kartun-kartun oldskool yang gua buat sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 31 dulu. Yang ni kuar dalam majalah
Geli Hati pada 15 September 1988 nombor 139, hampir dua puluh tahun yang lalu! Isu penjajahan ekonomi, pendidikan, kepala otak, minda, idelogi, pemikiran dan segala macam lagi penjajahan telah berlaku sebelum merdeka hingga la merdeka dan hingga kini ia merupakan isu yang masih releven untuk dibincangkan! Kartun gua ni bercakap pasal bende ni. Maaf... ada perbuatan tak bermoral yang gua buat dalam karya ni. Perhatikan perbuatan menghisap rokok tu. Kelihatan cool, sebenarnye TIDAK! Ini merupakan kesilapan besar yang gua buat dalam karya-karya awal gua. Sekarang ni gua tak buat lagi dah kerana menjadi tanggungjawap sosial seorang kartunis untuk TIDAK menggambarkan perlakuan perokok dalam karya-karyanya atas apapun tujuan. Semua orang dah tau akan keburukan, kesan, akibat dan bagaimana cara/perlakuan untuk merokok! Jadi tak payah la buat kalo semata nak kelihatan cool. Ingatlah tanggungjawap korang sebagai seorang kartunis. Ada lagi beberapa kartun oldskool pasal merdeka ni yang gua buat, cari-cari tak jumpe la plak. Kalo ada bleh la gua kuarkan kat sini dan share dengan semua yang berminat nak tengok kartun-kartun oldskool gua pasal merdeka. Sayangnye tak ade.... leceh tul! Tak kisah la... enjoy!