CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP
Sekali lagi Kolej Komuniti Selayang menemput gua dalam program CREATIVE MULTIMEDIA ANIMATION SHOWCASE AND WORKSHOP” yang telah berlangsung pada 25 Mei 2010 yang lalu. Rasanya ni kali yang kekempat Kolej Komuniti Selayang menjemput gua dan team G3 dalam program diorang. Terima kasih atas jemputan.
Aguri, Faiz dan gua datang memenuhi jemputan pada pagi 25 Mei tu. Jemputan kali ni seperti jemputan yang lalu, buat bengkel ilustrasi.kartun. Bezanya kali ni bukan hanya dengan pelajar kolej tapi bersama dengan pelajar dari dua sekolah menengah sekitar Selayang yang dijemput khas. Baguih! Baguih dok ada! Kami sampai masa acara perasmian baru bermula. Biasa la jauh, dari Shah Alam ke Selayang. Giler jam! HEH!
Lepas perasmian semua tetamu dibawa melawat pameran hasil karya pelajar-pelajar tahun satu. Tak sangka jumpa dengan Encik Kamn Ismail yang gua kenal masa mula bekerja kat Kharisma Publications pada tahun 1994 dulu. Masa ni majalah UJANG baru diterbitkan. Encik Kamn adalah orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian. Sekian lama tak jumpa, hari ni jumpa balik. Encik Kamn merupakan Presiden Persatuan Animasi Malaysia ( ANIMAS ) dan Managing Director dalam syarikat Quest Animations (M) Sdn. Bhd.
Lepas gossip lebih kurang dengan encik Kamn, trus tengok karya-karya pelajar. Hancus! Apa la budak-budak ni buat. Kebanyakan tak berani , tak yakin, kaku, hilang ingatan, tak tau apa nak buat dan mungkin tak minat! Lukisan macam budak tadika! Kenapa ya diorang ni tak yakin dengan apa yang dibuat. Tak apa, masih banyak masa untuk belajar dan memperbaiki kelemahan. Teruskan melukis! Nanti kalo gua dijemput lagi, gua nak tengok karya encik dan semua pelajar betambah baik! Berusaha, insyAllah boleh berjaya!
Gua ada bawak sket buku Melukis Kartun Cara Gayour. Terima kasih pada yang membeli. Jadikan panduan dan berusaha sendiri!

Sesi bengkel gua bersama pelajar kolej dan budak sekolah pada sebelah petang. Pagi tadi bengkel persembahan Stop Motion dari TGVC Animation Sdn. Bhd. dan dialog Kepelbagaian dalam Animasi bersama panel dari Persatuan Animasi
Penyertaan pelajar dalam setiap bengkel gua adalah semestinya. Jangan malu, jangan segan, jangan mengelak. Kita melukis bersama! Ayuh pelajar kolej, mari kau ke sini. Nak tengok kau melukis! Adalah membosankan kalo hanya gua yang tunjuk terer melukis. Ini sesi bersama pelajar, jadi gua kena melukis bersama pelajar. Sini kau!
Macam ni la bila kena paksa ke depan. Telentuk-lentuk. Tadi kan main bising lagi. Ntah la budak-budak ni.
Bukan hanya wakil dari kolej tapi wakil dari dua sekolah gak gua paksa ke depan untuk melukis. Kat sini la tau macam mana teruknya pelajar kolej punya karya dengan pelajar sekolah menengah. Memang berbeza. Tapi tak apa, kita belajar. Memang macam ni la. Buruk, huduh, gigil tegetar-getar…
Sekali lagi terima kasih atas jemputan. Selamat belajar dan berjaya pada semua pelajar dan pensyarah. Ingat boleh makan roti yang dibuat oleh pelajar kulinari…. Tak ada rezeki kali ni. Uuuu...uuuu....




























