Thursday, March 08, 2007

MPH - SACC

MPH - SACC SHAH ALAM
22 MUHARAM 1428 - 10 FEBRUARY 2007
Kali ni promosi kat Shah Alam City Centre plak. Kali petama gua sampai ke SACC ni. Tempat baru memang la cantek, bersih dan aman damai. Masa gua sampai, dengar ada show kat stage. Kumpulan apa tah namanye main lagu-lagu tradisional/instrumental menggunakan alat muzik kuno peribumi Australia - DIDJERIDOO. Sekali tengok cam buluh, sebenarnye bukan. Beliau dibuat dari kayu jenis ' Eukalipus ' yang belubang kat tengah kerana dimakan oleh anai-anai yang besarang. Okey gak. Layannn...


AWAL
Kali ni gua sampai awal pasal SACC ni tak la jauh dari rumah gua. Tapi Kobih Bungo sampai lebih awal lagi. Patutnye Padi ada sama tapi beliau masih sibuk buat caricature kat Seksyen 20. Sampai ke sudah beliau tak datang. Penat nak mampus tak ingat atau pengsan kat mana-mana! Nasib lu la Padi.

GULA-GULA

Cam biasa... amik gambo. Ni begambo dengan petugas/pekerja kat MPH sebelum balik. Selain dari menyediakan minuman, diorang gak menyediakan banyak gula-gula untuk gua makan dan diberi pada pengunjung/peminat yang datang mendapatkan signature. Tq. Ada masa nanti gua datang lagi.

2 comments:

faizalmukhtar said...

pada hemat akulah, pekerja MPH itu sendiri adalah 'gula' sebenar dalam gula-gula yang ada dalah MPH SACC.

...manis!

HIHI.

gayour said...

boy scout

haaa! tau tak pe!pasal tu la gua tak ajak lu. har fragin har!