Thursday, May 10, 2007

BERMULANYA...

BERMULANYA...
23 Rabiulakhir 1428 Hijrah - 11 Mei 2007 Masehi
( Jumaat )


Hari tu hari Rabu ( 16 Syawal 1427 hijrah - 08 November 2006 )
lepas abis deathline, gua pegi lepak kat library syarikat sambil belek-belek koleksi majalah GELIHATI pada tahun 80an dulu. Memang sejak kebelakangan ni hati gua jadi gundah gulana. Jadi tak keruan. Resah, gelisah tak menentu. Jantung sentiasa bedebar-debar. Apa semua ni? Sakit jantung ke gua ni? Rupenye itulah kesan dari keRINDUan yang sekian lama menyeksa jiwa raga gua. KeRINDUan dan ingatan yang mendalam pada karya PERTAMA gua yang tersiar dalam majalah GELIHATI, DUA PULUH DUA TAHUN yang lalu! Gua benar-benar ingin melihat, menantap, menghayati dan menikmati semula karya agung gua tu. Karya yang menjadi perintis, pembuka jalan dan PERMULAAN kerjaya gua sebagai seorang KARTUNIS!

Gua trus membelek koleksi tahun 1983 ke tahun 1984 hingga ke koleksi tahun 1985... Dengupan dan debaran jantung dan segala organ dalam gua jadi tak keruan bila makin hampir dengan apa yang gua cari selama ini. Alhamdulillah... hari, masa dan saat yang bahagia dan penuh sejarah itu menjelma juga akhirnya. Setelah 22 tahun akhirnya gua jumpa dan dapat melihat semula karya PERTAMA gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI Bilangan/Nombor 76, Bulan MEI 1985 dalam ruangan RILEK SEKEJAP, mukasurat 45! Ruangan yang memberi peluang pada pelukis-pelukis baru cam gua untuk berkarya.

Rasa nak menjerit bila dapat jumpa dan tengok balik kartun PERTAMA gua tu! Cam tak pecaya! Rasa nak nangis bila dapat melihatnya semula! Perasaan yang tak mampu untuk gua cerita dan gambarkan ini adalah sama seperti perasaan masa gua beli majalah GELIHATI dan melihat kartun gua tersiar 22 tahun yang lalu! Keadaan sekeliling bepusing-pusing, dengupan jantung selaju 380km sejam! Hidung jadi kembang sekembang-kembangnya ( HNSHH! HNSHH! HNSHH! ) Kepala rasa cam nak pecah! Apa yang boleh dikata... syukur alhamdulillah! TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU!

Pada semua yang pernah meminati karya-karya gua selama ni dan pada yang dah tak minat lagi, dah meluat dan menyampah tak ingat dengan karya-karya gua... korang bleh tengok karya PERTAMA gua yang bertajuk " PUNAH HARAPAN DEN ". Apa punye tajuk ntah. Cam no gua bleh tefikir nak bagi tajuk cam tu pun gua tak tau. HEH! Walaupun tajuknye buruk dan hampeh cam tu, bukan la bemakna gua tak ada harapan untuk menjadi seorang kartunis. Inilah karya PERTAMA yang menjadikan gua seperti diri gua pada hari ini - seorang KARTUNIS! Lantak korang la nak kata apapun. Inilah kebanggan gua. Inilah PERMULAAN gua sebagai seorang KARTUNIS yang mula mengganas dalam industri kartun tanahair pada pertengahan tahun 80an dulu.
Gua muncul dan mengganas pada zaman kehebatan, kebangkitan
dan kegemilangan muzik ROCK/METAL
yang juga mengganas di seluruh dunia masa tu!


Karya pertama ni sebenarnya bukan la semudah yang gua sangka untuk diterima dan diterbitkan. Susah tak ingat! ARGHHH! Guru gua masa tu brader KUTILYOYO ( kartunis GELIHATI ) mengajar sket-sket pasal peralatan, teknik melukis, mengambil ukuran dan yang paling penting memberitahu mengenai STROKE dan KARAKTER. Dari beliau la gua tau mengenai pentingnye seseorang kartunis itu mempunyai STROKE, KARAKTER dan IDENTITY sendiri. Gua berusaha gigih membina, mencipta dan menghasilkan stroke, karakter dan identiti sendiri. Kartun ni gua lukis gunakan teknikal pen jenama Faber Castell ( point 0.3 ). Walau masih sekolah, gua dah pulun giler tak ingat kumpul duit nak beli teknikal pen ni. Mahal gile masa tu! Kena beli dakwat beliau lagi. ARGGHHH! Gua beli dan gunakan kertas saiz A4 yang dijual dalam bungkusan plastik. Ada la dalam 20 helai dalam satu plastik kalo tak silap. Kertas murah jer! Semua panel, balon dialog dan dialog gua belasah tulis dan buat sendri. Masa tu gua tak ada lagi pembaris set square dan sarang lakaran ( nak buat belon dialog tu ). Gunakan pembaris yang biase tu. Tengok la balon dialog, dialog dan garisan panel tu... huru hara bengkok! Heh! Seingat gua lebih dari tiga kali gua buat/lukis balik kartun ni pasal semuanye brader Kutilyoyo REJECT tanpa belas kasihan! ARGHHH!

Alam persekolah merupakan masa yang paling seronok dan best giler tak ingat
untuk dikenang ( uuu.. uuuu.... ) darah muda panas menggelegak, agresif, liar,
masa untuk
show off dan tema CINTA MONYET merupakan tema yang sangat
popular sebelum zaman Tyranosaurus Rex hingga ke hari kiamat untuk dilukis,
diucap, dinyanyi, didendang terutama pada pelajar sekolah cam gua! Pasal tu
la gua buat dan lukis mengenai tema CINTA untuk karya PERTAMA gua ni. HEH!

Cam yang gua kata, gua mengganas pada zaman kegemilangan, keganasan dan kerakusan muzik ROCK dan METAL. Kerana itu dengan rakus, tegas dan beraninya
gua menggunakan nama yang belum pernah digunakan oleh mana-mana kartunis tanahair masa tu. Gua ingin memberi impak yang kuat/besar pada industri dan peminat kartun melalui nama yang gua gunakan. Biar sekali orang dengar nama gua, akan
trus ingat, lekat di hati dan menggigil kenakotan! HARHARHAR! Nama gabungan
antara nama panggilan gua dan zaman kerakusan muzik ROCK.... maka lahir la
GAYOUROCK!


Dua puluh dua tahun telah berlalu... kat mana korang masa kartun PERTAMA gua ni disiarkan? Masih main pasir kat bawah rumah, belum cerai susu, hingus masih meleleh, bediri atas kerusi sekolah tadika atau blum lahir lagi? Tak kisah la kat manapun korang masa ni. Apapun yang korang buat tapi gua dah memulakan langkah gua dalam usaha mencapai impian/cita-cita untuk menjadi seorang KARTUNIS! Gua sengaja tunggu bulan Mei 2007 untuk kuarkan kartun PERTAMA gua ni pasal pada bulan ni la genap 22 tahun usia beliau! Lagi sekali ucapan syukur alhamdulillah kerana setelah 22 tahun karya PERTAMA gua disiarkan, gua masih diberi kekuatan oleh Allah untuk trus melukis....

enjoy!

39 comments:

aMeir said...

Aku ingat pertama kali aku jumpa kau, masa aku pertama kali ke Plaza Pengkalan untuk hadir temuduga nak jadi animator Usop Sontorian. Berrtemu di tempat buangan sisa.......... masa tu engkau sedang membasuh berus lukisan...kita bertegur sapa, lalu kau bawak aku bertemu en Ujang. Bestnye dapat jumpa ngan Gayour. Lepas tu kita jadi kawan dan bekerja satu bumbung di tingkat 15 tu, sebelum terpisah ke tingkat yang lain kerana Majalah Ujang makin maju.. lebih terpisah lagi bila kami animator berpindah lagi ke tingkat paling bawah kerana kami pun makin maju jugak. Kemudiannya, lebih-lebih la terpisahnya... kini bertemu dalam laman maya la pulak..

Zid said...

Uuu... kenangan silau... Masa sekolah2 dulu...

Huhuhu sayalah peminat setia Bersama Selamanya dengan satu citer Superheroes brader Gayour buat masa kat Ujang dulu. Mmg syok lah study line drawing brader guna brush.

Bila dapat Bersama Selamanya Trade Paperback dulu pergh, satu hari dok baca mcm tgk drama TV!

Masa dapat interbiu brader utk projek Tokoh Sejarah kat sekolah menengah dulu fuleimak sederet kelas nak baca kitorang punya report.

Pastu dah tua sket kita plak kenal kat Karangkraf. Dream come trueee..

faizalmukhtar said...

pujian semua ni. maka aku pu turutilah jua dengan arus pujian ini...

all the way soaring to the sky!

[ first encounter di kedai komik itu walaupun lukanya masih berdarah tetap aku kenang. ingat, buku library harus dipulang segera... gua tau mana lu dapat gambar tu! ]

Yatt said...

Peh! Classic beb kartun lu tu!! Haha.. kalau taun 1985 tu, gua baru darjah lima nak amik periksa Penilaian Darjah Lima (seblum diganti dgn UPSR). Masa tu jugak gua baru nak berjinak-jinak dgn muzik rock. Hahahaha!!

Brader, pada gua karya agung lu masa kt GH ialah 'Lumba Haram' & 'Terpedaya'. Sayang sekali collection GH gua yg ada kartun tu dah hilang tah ke mana!

Dan, karya lu yg paling gua nyampah ialah Bersama Selamanya... hahaha... jgn mareee aaa brader. Ni kritikan terbuka ni. Heheh

Breder, sound la kt tuan haji tu suruh dia kuarkan collection sume kartun2 lu yg pernah kuar kt GH dulu. Klasik & rare 2 beb! Gerenti melotup punyo!!

Anonymous said...

wa sokong idea yatt tu...apa kata karangkraf buat siri koleksi karya2 lu masa kat gelihati tu...

gayour said...

amir
ah, sudah la lu amir! ada ke patut lu bagi tau kat umum kita bejumpe kat tempat pelupusan sampah. lu memang nak kena belasah! cover line la sket. tapi lu pun makin bagus, maju dan bejaye dalam kerjaya lu sebagai seorang animator. jangan pandang belakang melainkan masa memandu untuk keselamatan!

zid
bile masa plak lu intebui gua ni. hilang ingatan gua. tak kisah la asalkan kerana intebiu gua tu lu bejaya/lulus dengan belagaknye. haha!

boy scout
hah! lu memang patut kenang petemuan lu dengan gua kat kedai komik tu pasal nanti lu boleh cerita kat anak cucu lu akan peristiwa bersejarah tu walau menguris hati! HAR FRAGIN HAR! jangan harap gua nak ingat. tak ade maknanye!

yatt
berita baik! gua baru jumpe cerita/drama LUMBA HARAM. nanti kalo rajin gua masukkan la dalamn blog dua ni. bleh la tu leleh air liur nengoknye balik. haha! cite TERPEDAYA blum jumpe lagi. sabo je la encik yatt.

p/s
gua dah baca cite pasal SYJ yang lu tulis tu..rase macam ade yang tetinggal. tak tau yang mane. entah la. apapun tq atas cite tu.


anonymous
entah la... kalo buat ade ker orang nak baca... nak beli tak tau la!

Yatt said...

Cantekkk!! Nnt jgn lupa lu persembahkannya dlm blog ni yek?

Ada byk lagi kartun2 rock lu yg gua lupa. Satu kt Ujang lu cite pasal muzik & dressing tu. Ape ke tajuknya tah.

Brader, cite SYJ tu lu baca yg kt mana? ROTTW ke dlm blog gua? Ape yg tertinggal yek? Sebenarnya byk info yg kami dapat, tp tak keluarkan semuanya sbb gua ada projek nk buat berkaitan muzik rock ni, brader.

Info yg lain tu kena simpan dulu... heheh

Haryani Kamilan said...

Walaupun dulu saya adalah peminat setia karakter Amar yang hensem, tapi saya tetap jugak nak tujukan kata-kata ni khas buat Abang Gayour:
Ah! sudahlah! :P

gayour said...

radenputri
gua plak nak ucapkan kata-kata ni kat encik ... moga sihat, bahagia, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa dan terima kasih...

Anonymous said...

Gayour elok kurang kan sikit sifat-sifat riak tu..ramai lagi kartunis yang lebih terer.Merendah diri kan lebih mulia..sekadar nasihat dari hamba kambing yang hina.

Haryani Kamilan said...

Oh! hamba terkesima kerana tuan hamba tetiba berkata mulia terhadap hamba, sebab selama ni tuan hamba selalu saja mengutuk hamba huhu! pasti tuan hamba sudah insaf...terima kasih juga...semoga hidup tuan hamba diberkati Allah jua hendaknya!
Hidup Big Foot!!! Hidup Johorean!!! Apapun gua suka cerita lu Abang Gayour , ikhlas gua cakap ni...

blackpurple @ jowopinter said...

Aku pernah jumpa kau secara 'live' tapi mesti kau tak ingat aku punya.

Apapun aku suka dan kagum dengan kartun ala-ala imej Slash kau tu. Ha ha ha.

Anonymous said...

Aku benci ko gayour.
Aku tobat malas tolong ko dah gayour. :D

Kot ye pun hepi jumpe artwork lama.. tak di mentionnya nama aku yang baik hati menye-can artwork2 ko yer..

dah la tuh, ucapan terimakasih pun tak bagi..

apatah lagi belajar teo o ben kat cafe..

malas dah aku tolong ko.. pasnih nak pertolongan aku.. sila bayor.. Hahhahahaha

Lepat_Pisang said...

aku pun benci kau gauour..pasal kau tak pernah sekali pun belanja aku..padahal aku minat kau dah lama.

gayour said...

encik kambing
maaf sekiranye gua terover. inilah perasaan teruja dan ' liar ' yang sangat susah nak dikawal! arghh! yeah... memang ramai lagi yang lebih bagus, baik, hebat, bebakat, beriman, berhati mulia dan lebih berjaya dari gua. apapun tq.


radenputri
bile masa plak gua kutuk encik? mintak maaf bebanyak la kerana bila ada peluanag nak kutuk tu, gua biasenye takkan lepaskan peluang! hahaha! moga encik akan trus bebahagia dan berjaya. amin!

blackpurple
memang gua tak ingat akan pertemuan itu. maaf. tq kerana meminati salah satu dari karya gua. moga encik akan trus bebahagia dan berjaya. amin!

catborg
alamak! siapa encik ni? hahaha! ooo.. encik catborg. eh! kan ke gua dah ucap terima kasih dan tq? kalo blum, nanti gua jumpe lu gua ucap la. jangan la mare encik catborg.

lepat pisang
walaupun encik dah menyampah kat karya2 gua,itu bukan bemakna gua tak bleh belanje encik. amacam kalo gua belanje encik makan lepat pisang. best gak! har fragin harrr!

irondanwine said...

en gayo,

bahawa kartun kau akan sentiasa terpahat dalam ingatan karat generasi 90-an.

Belas-belas tahun yang lepas, aku tiru kartun slash dan lukis di buku teks sekolah.

Cikgu piat telinga.

Aku kata (dalam hati) 'heh, cikgu tak rock.'

hello, btw.

gayour said...

jangan salahkan gua pasal telinga lu kena piat! tu la, tiru lagi kartun gua. rasain lu! harharhar! tq pasal encik iron penah mengikuti dan meminati karya2 gua...
all the best to ya!

awangpurba said...

Salam...
brader.. gaye brader mcm slash.. oleh itu aku hadiahkan brader "guns n' roses" version arab...claim hadiah kt blog aku... aku suke katon brader!! cheers!!

gayour said...

tq pasal encik suke kat kartun gua. alamak! ape punyer leceh la nak claim hadiah. tak payah la kalo cam tu... encik simpan je la!

Anonymous said...

best..itu ungkapan aku bila baca karya bro. gayour...lu maintain segar dengan idea rock..yehaaa...
muga terus sukses!

gayour said...

terima kasih daun keladi wahai encik jonjenin. moga encik pun bejaya di dunia dan akhirat. amin

Anonymous said...

aminnnn jugak kek ekau...

Anonymous said...

bro. takde nak plan ke nak buat poll teknik melukis kartun...teringin nak belajau nih...

gayour said...

teknik melukis kartun?
ade ke orang nak belajo. kan skang ni semua gunakan komputer. selambe jer melukis dengan photoshop! cara manual ni orang dah tak pandang. dah ketinggalan zaman jurasic park!

N a d i a said...

fuhh..nostalgia habissss..mase zaman kegemilangan brader kat GH tu, saya still sekolah rendah. mmg tak penah miss beli GH oii..kipas-susah-mati!!

Anonymous said...

tapi tak semua orang ada peluang dapat belajau cara tu...mungkin yang miskin dan kurang mampu mcm kat kampung nu bleh belajau..try la...
kalau dah macam tu buat la teknik belajau cara digital plak ke??? haaa...
layannnn...

gayour said...

nadia
kartun tu gua lukis masa gua skolah lagi. kuar dalam majalah GELIHATI pun masa gua masih skolah! bukan nadia jer tapi encik yatt dan ramai lagi masih skolah.DUA PULUH DUA tahun telah berlalu....


jonjenin
bukan tak nak ngajar. gua memang suka dan seronok nak mengajar melukis kartun cara manual pada semua orang. biar ramai yang tahu dan berilmu pasal kartun. biar orang tahu bahawa kemahiran dan ilmu melukis secara manual adalah asas yang paling penting sekali perlu dikuasai untuk menjadi seorang kartunis yang hebat!

Anonymous said...

jawapan itu yang gua nak dengar...
kalaulah takde teknik melukis secara manual ni jangan kan nak lukis kat komputer kat kertas pun berpeluh beb..hahahahaa
ramai budak2 nak jadi kartunis tapi takde panduan tu yang tiru kanrtun hong kong ngan jepun tu..sapa yang nak disalahkan tu haa...

gayour said...

PERTAMA - kena salahkan diri sendiri kerana merasakan itu jalan mudah untuk melukis kartun, untuk dikenali/glamer dengan cepat. tiru jer!
KEDUA - kena salahkan diri sendiri kerana memberi ruang, peluang dan membiarkan dipengaruhi oleh gaya/stroke kartun/komik dari luar. walaupun melambak komik/kartun luar kat market, itu adalah cabaran untuk pelukis/kartunis tempatan menghasilkan karya yang bermutu dan asli seperti diorang. bukan meniru!
kalo nak ikut gua boleh ikut/tiru stroke diorang tu lama dah. tapi kemana jati diri, mana keaslian...

kena malu dan salahkan diri sendiri! gua tak bertanggungjawab dalam perkara ni... berusaha la!

Anonymous said...

jadi pada yang dah tertiru kartun dari sana tu ingatlah pesanan bro. gayour ni...MALULAH PADA DIRI SENDIRI DAN BELAJARLAH SALAHKAN DIRI SENDIRI....

|izziannixx| said...

Gayour atau aku lebih kenali sebagai GAYOUROCK sejak majalah Gelihati dlm tahun 80-an ini melalui siri seperti Pernahkan Anda Melakukan, Lumba Haram, Anda Memang Seorang Peminat Rock Yang Setia, Satu Peristiwa Di Malam Raya (last-last Brader Slash dan kanak-kanak riang nak tembak Rigor Mortis Phantom dgn meriam buluh) dan siri pendek spt SLASH dgn uwan dia (lukisan beliau masih aku simpan walaupun dan kuning kertas dia....lepas itu muncul pula dgn Bersama Selamanya d Ujang dan kini Apa Yang Aku Cari di G3 ..lukisan Gayour mmg menjadi koleksi aku dahulu, kini dan selamanya...harapan aku agar Gayour sudi membuat satu koleksi penuh lukisan dr zaman Gelihati hingga Ujang (Bersama Selamanya)..

gayour said...

terharunya gua.
terima kasih kerana meminati dan mengikuti karya2 gua dari dulu hingga sekarang. kira dah dua puluh tahun tu! gua caya lu. boleh ker gua dapatkan salinan cerita SATU PERISTIWA DI MALAM RAYA, GENERASIKU dan semua drama dan kartun semuka yang disiarkan dalam majalah gelihati sepanjang tahun 1987 kalo masih ada dalam simpanan encik. gua tak ada salinan cerita2 tu. boleh gua luarkan kat sini dan share dengan semua yang berminat nak tengok. guapun teringin dan rindu nak tengok balik cerita2 lama tu. heh! terima kasih banyak2 sekiranya sudi membantu. moga encik izziannixx sihat, berjaya, diberkati/dirahmati Allah dan berbahagian dalam hidup.amin...

|izziannixx| said...

bro, sorry lambat reply..aku dah send cerita Satu Peristiwa Di Malam Raya dan Pernahkah Anda Melakukan kat e-mail ...@karangkraf.com ..sorry sempat scan 2 cerita je ..yg lain blm sempat scan lagi... ni aku scan original dr kertas asal..so nampak la kuning..saja je malas nak fotostat utk dapatkan kaler putih...tp yg sayang aku x lengkap siri Lumba Haram..mungkin ada geng lain yg sudi kongsi..thanks

gayour said...

yeah! gua dah dapat. terima kasih. yeahooooo! nanti gua bagi lu cerita LUMBA HARAM yang lengkap!

|izziannixx| said...

yearghhhhh....cantekkkk...dan terima kaseh utk siri LUMBA HARAM...yg siri pendek aku cuba send kalau ada masa nak scan...

gayour said...

terima kasih atas usaha gigih dan susah payah encik. gua benar2 menghargai. tq bro!

kem said...

As'kum..Brader Gayour (dulu Gayourock..mistaken Identity).

aku sebenarnya dah terpisah dari melihat hasil lakaran Gayour apabila saya berhijrah ke KL (89)...di KL sahaja hanya melihat cover depan Gelihati dikedai buku sahaja..sekarang hampir 18 tahun barulah hari saya teringat pada brader Gayour setelah membaca kisah brader Ujang di Kosmo...tentu brader ingat pada Persatuan Kartunis negeri sembilan yg ditubuhkan di sekolah menengah batu Kikir NS (87)..saya adalah salah seorang dari ahlinya..Ujang adalah presiden & brader adalah timb.presiden....saya sekarang dah lama tinggalkan kartunis saya..semenjak berhijrah ke KL...(bekerja di badan berkanun)saya suka pada kartun Awexs brader..dan saya dah lama tak beli gelihati..(sibuk) sekarang dah rilek sikit (rumah sendiri & kenderaan sendiri) hasil dari Aku Budak Minang...mungin brader x ingat ..tapi kenangan di SMBK tetap kenangan terindah....dr (kem_azhar@yahoo.com.my)Aku Budak Serting Ulu...

gayour said...

kem
waalaukumsalam
yo la... lamo dah tu. cerito zaman purba, mano den nak ingat kek kau jang oi! harharhar! apopun tanhiah la pasal kau dah bejayo sekarang. best la. mugo kau trus bejayo dan bahagio dalam hidup dunio akhirat.

semua indah dalam kenangan...

Unknown said...

Hellow...bro sudah lama saya nak taip ni..tapi tak tahu bagaimana.Baru sekarang saya jumpa lu punya blog..buat pengatahuan bro...saya ni peminat setia bro dari dulu sampai sekarang...sekarang ni dah tua da umur pun dah masuk 37 tahun,tetapi minat dengan kartun/komik hasil karya bro masih sebati dengan saya..dan sebelum itu saya mohon maaf dengan bro kerana selama ini saya meniru cara dan gaya lukisan bro...begitu juga nama bro dalam setiap lukisan kartun ciplak saya iaitu gayourock sehingga lah saya dapat jodoh..har..har..har..har..!!!Sekarang ni saya tak guna lagi nama tu..sekarang ni saya guna wajarock...tapi nama gayourock sudah sebati dengan saya...kawan-kawan pun masih panggil nama itu.Dan kartun saya pun dah ada identiti tersendiri tapi nama gayourock tak lari walaupun saya guna nama wajarock.Nama wajarock ini pun lahir dari nama gayourock,tu pasal ROCK nya tak lari....har..har..har..har..!!!!mungkin dari pengaruh rock 80 an kot.....Peace bro terima kasih kerana nama lu saya dapat jodoh dan terima kasih juga kerana kartun lu banyak teman-teman saya yang tamat zaman bujang mereka...saya harap suatu hari nanti saya dapat autograph lu bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak saya.......Thanks for everythings......Chao!!!!!