Thursday, June 14, 2007

DARAH KU DISEDUT!

REIGN IN BLOOD
28 JAMADILAWWAL 1428 HIJAU
14 JUN 2007,
Pagi tu ( 14 Jun 2007 ) gua dengan penuh energetiknya bersiap untuk pergi melaksanakan satu misi mulia iaitu menderma darah kat SJMC, Subang Jaya. Duluuuu.... lama dah, antara tahun 1999 - 2001 gua derma darah buat kali pertama dalam hidup kat Hospital Universiti. Itupun untuk keperluan menyelamatkan nyawa. Kali ni seorang sahabat meminta bantuan darah untuk bapanya yang akan menjalani pembedahan dan memerlukan darah segar! Gua dengan rela, senang hati dan telus sudi memberikan sedikit darah gua yang diperlukan! Ambillah! Apa sangat la. Ini adalah sedikit sumbangan yang mampu gua lakukan selagi hidup. Moga ada manafat dan kebaikan. Tapi halangan nak buat kebaikan datang tanpa diduga, tanpa disangka-sangka! Skuter gua tak bleh start la plak pagi ni. Dia buat hal la plak! ARGHHH! Tak apa, itu bukan halangan. Guapun tipon Kareno mintak beliau datang amik gua kat rumah dan trus pegi ke SJMC.

Ni dia Tabung Darah kat Subang Jaya Medical Centre tempat gua memberikan darah untuk keperluan bapa sahabat yang memerlukan. Nakot gak sket2 bila sampai kat sini.


Ahh! Persetan dengan perasaan yang tak boleh dilayan tu! Gua dengan penuh yakin, berani dan semangat menarik pintu dan masuk dengan bergaya! Heh!


HARI INI
Selamat masuk dan lapor diri. Pagi ni/hari ni temu janji gua derma darah. Hari tu ( 30 Mei 2007 ) gua dan Kareno datang bagi sample darah dan tetapkan hari untuk menderma. Gua trus ke tempat darah diambil. Perasaan nakot datang balik la plak! Leceh tul! Ahh! Kan gua dah berniat nak derma darah, dah sampai dah baringpun... takkan nak lari plak? Jangan buat leceh! Ni persiapan awal sebelum pembuluh darah tangan kiri gua dicucuk dan darah disedut!

BOLA GETAH
Masa persiapan untuk dicucuk pembuluh lengan kiri gua, encik nurse tu bagi gua bole getah ni. Apa hal plak ni? Gua bukan nak main bola. Gua nak derma darah la oi!

LECEH
Ni la dia saudara Kareno yang turut datang menderma darah dengan gua pagi ni pasal bapak beliau yang memerlukan darah tu! Kelihatan beliau sedang cuba menelefon berapa orang kawan beliau untuk menggantikan tempat beliau di saat-saat akhir kerana beliau dah bepeluh kenakotan! Leceh la lu Kareno.

ADOIII!
Adoiiii! Sakitnye masa kena cucuk! Besar plak jarumnye. Darah sedang memancut laju kuar dari pembuluh darah gua. Bola getah tadi tu gua kena genggam dan ramas pelahan-lahan untuk melancarkan proses pengeluaran darah... ooo... patut la diberinya gua bola getah tu. Lalala...

PUCAT
Kareno kelihatan dah pucat dan cam nak pitam masa darah memancut kuar! Sebenarnya hari tu dia tak layak untuk derma darah pasal darah yang ada cukup2 untuk keperluan diri dia sendiri saja. Tapi entah apa kebende ubat yang dia makan/telan... boleh plak menderma. Apa la lu Kareno! Tupun nak pucat cam gua. HEH!

TAK SAKIT
Antara barisan penderma darah yang datang menderma pagi tu. Sapa2 yang berjiwa kental, berani, kuat, tak nakot, sihat dan cukup darah untuk didermakan boleh datang menderma darah kata mana-mana hopsitalpun. Tak sakit dan memudaratkanpun. Darah yang hilang dalam badan kite itu akan diganti dengan yang baru. Suatu hari mungkin kita atau sesiapa yang kita sayangi, kenali memerlukan bantuan...

POSING
Selain penderma lelaki, ada dua orang penderma pompuan pagi tu. Diorang berdua ni adalah staff kat SJMC ni. Datang menderma untuk memenuhkan Tabung Darah hospital. Ni boleh posing ni pasal baru abis disedut darah!

DARAH
Ni la rupe darah yang disedut dari badan gua sebentar tadi. Bukan semua, satu bekas/pek jer! Mampos la gua kalo banyak ni gua derma! Niat di hati untuk keperluan bapa Kareno yang sedang menjalani pembedahan. Tapi kalo digunakan untuk orang lain yang memerlukanpun tak apa. Gua tak kisah asalkan ada manafaat.


LEMAH
Ni la minuman yang disediakan selepas abis menderma darah! Untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang disedut bersama darah tadi! Memang lemah seluruh badan, kepala lutut dan bedegung kepala otak lepas derma darah. Kena minum yang manis-manis. Tengahari tu balik dari SJMC gua kena tolak skuter gua lebih kurang 1 kilometer ke bengkel motor. Betambah bedengung kepala dan begegar kepala lutut! Tapi tak apa la, semua tu ada hikmahnya. Ada kesempatan, gua nak menderma lagi di masa akan datang. Insyallah. Moga ada kebaikan. Moga bapak Kareno selamat dan kembali sihat. Amin!

21 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Teringat zaman di kampus dulu-dulu. Siap berlumba-lumba siapa paling banyak menderma. Buku kecik rekod menderma itu ada lagi tersimpan.

Yang seronok masa itu sebab sebelum dan selepas menderma dapat makan free. Siap tapau bawak balik lagi tu air kotak dan kek ke asrama...ha ha ha..

Tahniah bro' kerana menderma ....! Teringin juga sesekali nak menderma lagi :D

Anonymous said...

HAKU TAK BERANI WEHHH TAK BERANIII...

gayour said...

blackpurple
best la dapat makan itu ini. bleh tapau lagi! patut la korang berebut2 nak menderma. ada kepentingan tersembunyi... hehe. tak kisah la... yang penting darah itu ada manafaatnya pada sesiapapun dan itulah sedikit kebaikan yang boleh kita sumbangkan. gua caya lu!

darahkula
jangan buat leceh! nama dah menakotkan dah tapi nakot nak derma darah! apa la lu. harharhar!

Anonymous said...

Sib baik dia sedot darah aje..kalau sedot ngan isi isi sekali camno tu...Your?


Gandum

azhar said...

lama gak tak drma darah..

dulu ada gak 3 kali derma..

cayalah abg Gayour,,

btw..Jaafar Taib dah announce nak publish balik Fantasi..

org2 Karangkraf tak buat balik KOMIK ke?...

Zid said...

WARGH! GANAZNYER NAK MENDERMA DARAH!

Gua rasa jarum tu pun menggigil nak tebuk lubang kat lengan brader Gayour ngahahaha.

Anyway tahniahhh!

gayour said...

gandum
jadi kurus cekeding la gua kalo semua isi kena sedut. kalo takpun jadi ZOMBIE la apa lagi! zombie yang ganas, liar, jahat, rakus, zalim, kejam dan mencekik orang tanpa belas!
rippin flesh drawing blood
i live to eat your flesh and bones!

azhar
baguih la kalo majalah fantasi nak kuar balik. berita baik pada semua pengkomik dan peminat komik tanahair. buat masa skang tak ada apa2 pekembangan pasal komik kat sini... senyap dan sunyi. dengar tak bunyi cengkrik kat luar tu?
krik krik krikkk krikkkk...

zid
sebelum kita nakot lebih baik kite menakotkan dulu nurse, misi, jururawat, doktor, jarum, tilam, jaga, cleaner dan semua yang ada. penting tu! baru kelihatan jahat, ganas, kejam, zalim, tak ada perasaan dan menakotkan. HEH!

Haryani Kamilan said...

20Agak-gaknya apa perasaan orang yang dah lebih 300 kali derma darah tu ek? Gilos!
Saya pernah derma sekali. Terasa gak nak menderma lagi eheh...

azhar said...

senyap dan sunyi..

krikk krikkk krikkk..

ala kasi havoc la brader gayour..

kasi reboot balik JOM...
tukar format kasi aprroach 100% malaysian look..bukan manga/HK look!

YEARGHHHHHHHHHHHHHHHHhh

gayour said...

radenputri
syabas la atas niat encik tu. tapi tak payah la encik susah2 nak derma darah lagi... nurse tu tgok je encik mesti beliau rase kesian dan kata " tak payah la encik. encik pegi je minum air coklet tu dan boleh blah! " harharhar!

azhar
mungkin suatu masa nanti cengkrik yang berbunyi tidak kedengaran lagi kerana 'kebisingan' dan kemeriahan komik! ouchh!

Yatt said...

Brader... gua dah cakap ari tu. Lu sound la kat Tuan Haji ka, Sri Diah ka, suruh kuarkan koleksyen kartun2 lu kt GH dulu.

Insya Allah, bole jual punya!!

gayour said...

huihhh! beria tul lu suruh gua kuarkan koleksi kartun2 old skool gua tu ya. kalo la menjadi kenyataan alangkah bestnye!

azhar said...

alamak..kasi update la bro..

post more of the fabulous sketches of gayour

gayour said...

HEH! nanti la gua masukkan yang baru! ada banyak ni...

Zool Blogger said...

nie first time view blog gayour..
good job...
harap selalu update untuk peminat2 semua..
dulu2 memang minat ngan katun2 gayour tapi dah lupa sket2 yang ingat bersama selamanya je..

Nunn said...

Gayour, bleh ke wa link lu kat wa punya site ek? beh arr site lu nih, bleh layan arr... tatau plak lu ada site camni bro..

huhu..pepehal, wa link dulu ar ek!

gayour said...

liga kampung
tq sudi singgah kat blog gua. tq gak pasal penah meminati karya2 gua. ada kelapangan, gua pasti rajin-rajinkan diri updatekan blog gua ni.

nunn
welcome to my nightmare! heh!

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]cheap academic software, [url=http://firgonbares.net/]i buy oem software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] coreldraw old version download Mac Box
free autocad [url=http://firgonbares.net/]best windows vista theme for s60 v3[/url] educational software resellers
[url=http://firgonbares.net/]software utilities downloads[/url] software purchase request
[url=http://firgonbares.net/]adobe photoshop cs4 academic discount[/url] hacked adobe acrobat 9 pro
windows vista desktop themes [url=http://firgonbares.net/]nik software discount[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]software with academic discount, [url=http://sunkomutors.net/]accounting software for sale[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] shop 2 software buying oem software
free adobe editing software [url=http://sunkomutors.net/]free kaspersky license key[/url] free nero 9 upgrade
[url=http://sunkomutors.net/]cheap microsoft office software[/url] buy dreamweaver 2004
[url=http://sunkomutors.net/]software store glenwood[/url] free recording software downloads
where to buy photoshop in [url=http://sunkomutors.net/]buy cheap coreldraw graphics suite x4 at low price[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]macromedia software, [url=http://murudobaros.net/]buy photoshop 5[/url]
[url=http://murudobaros.net/]discount language software[/url] cheap software to speed up windows xp
buy microsoft xp software [url=http://murudobaros.net/]software usa canada[/url] software super store
[url=http://murudobaros.net/]coreldraw x4 serial[/url] software purchase canada
[url=http://murudobaros.net/]software discount price[/url] cheapest software anywhere reviews
sell trade software [url=http://murudobaros.net/]software downloads games[/b]

Anonymous said...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]pixelmator or photoshop elements for mac, [url=http://bariossetos.net/]which software to buy[/url]
[url=http://bariossetos.net/][/url] adobe photoshop cs4 torrent website shop software
adobe slideshow software [url=http://hopresovees.net/]service shop software[/url] adobe photoshop cs3 for beginners cd dvd
[url=http://vonmertoes.net/]adobe trial software[/url] microsoft office 2003 license
[url=http://vonmertoes.net/]buy downloadable software[/url] adobe acrobat 9 pro serial numbers
cheap microsoft office home [url=http://bariossetos.net/]software resellers canada[/b]