Tuesday, July 31, 2007

GAGAK OH GAGAK!

KEMALANGAN NGERI
17 REJAB 1428 HIJRAH - 01 OGOS 2007

Tak penah gua tepikir bende ni nak jadi kat gua! Tapi ni la yang
telah belaku. Ni baru gua berani nak becerita. Begini kisahnye....

Jumaat minggu lepas ( 12 Rejab 1428 Hijrah - 27 Julai 2004 ) masa gua
on the way and on the road balik ke rumah dari kerje, selepas melalui satu roundabout dengan kelajuan 280km sejam guapun memperlahankan motor gua ke 30km - 40 km sejam dan menikmati pemandangan sekeliling. Kenderaan tak banyak. Jalan agak lengang dan tenang. Kat depan, gua nampak dua ekor burung gagak lepak kat tepi jalan sedang makan sesuatu. Apa yang beliau bedua ekor makan gua tak tau. Makin gua hampir dengan beliau bedua, tetiba seekor dari beliau terbang dan entah cane... encik gagak yang baru
take off tu terbang tak tentu arah dan mengehala ke arah gua... Gua kata dalam hati " ah, sudah! biar betul encik gagak ni? Kang kena gua kang ni! Tak sempat nak buat apa-apa nak elak, gua pejam mata dan KELEKUK! encik gagak tu langgar tepat ke helmet yang gua pakai! Gua dah kata! Gua dah kata.... Begegar kepala otak gua akibat pelanggaran ngeri tu. Huru hara gua kontrol handle motor gua. Ngeri sungguh! Tapi syukur la gua selamat. Gua toleh tengok encik gagak tu tekelepap atas jalan! Kesian gak. Member encik gagak yang seko lagi tu datang ke arah encik gagak yang tekelepap tu. Tak tau apa yang beliau cakapkan kat member beliau, mungkin beliau kutuk atau gelakkan member beliau tu, encik gagak yang tekelepap tu trus bangun dan terbang dengan lemah sekali...
Tak tau la apa yang belaku setrusnye pada encik gagak tu. Harap beliau selamat. Tak belaku sebarang pendarahan dalam otak akibat pelanggaran tu. Yang gua confuse sampai sekarang ni ialah... apa masalah encik gagak tu sebenarnya hingga beliau sanggup melakukan aksi yang agresif melanggar helmet gua? Adakah beliau nak bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan, migrain atau banyak hutang kredit kad? Entah la! Sekiranye sahabat semua tahu atau dapat agak apa yang menyebabkan encik gagak tu bertindak giler cam tu, boleh la nyatakan kat sini untuk kita kongsi sesama....

gambaran di hari kejadian. motor tu bukan motor sebenar ya. HEH!

Sunday, July 15, 2007

JANGAN TINGGALKAN...

OI REJAB 1428 HIJRAH
16 JULAI 2007
REJAB merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab ini, berlakunya peristiwa penting iaitu ISRA'MIKRAJ di mana dalam peristiwa ini Rasulullah S.A.W telah menerima KEFARDUAN SOLAT LIMA WAKTU terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.
Peristiwa Isra'Mikraj dan kefarduan solat lima waktu sehari semalam yang berlaku dalam bulan Rejab merupakan peristiwa besar dan sangat penting
yang menjadi KEWAJIPAN kita sebagai orang Islam untuk melaksanakannya
selagi hayat dikandung badan!
Pada semua sahabat yang dikasihi, selamat menyambut bulan Rejab. Marilah
kita memuliakan bulan ini dengan sebanyaknya amalan ( fardu dan sunat )kerana sesungguhnya BULAN REJAB ADALAH BULAN ALLAH. Syaaban pula merupakan bulan Nabi Muhammad S.A.W. dan Ramadhan pula
bulan untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.
KALAU TAK MAMPU MELAKUKAN SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA!

Wednesday, July 04, 2007

SUPERCHICKS

DARI BUKU SKETCH GUA
SUPERCHICKS
19 JAMADILAKHIR 1428 HIJRAH
04 JULAI 2007


Sebelum ni gua kuarkan lakaran karakter superhero lelaki saja. Kali ni gua kuarkan lakaran-lakaran superhero awek plak. Lama dah sebenarnya buat sketch superchicks ni, saja lambat kuarkan. Rasa cam tak best jer... ahhh, ak kisah la! Korang tengok la kelemahan-kelemahan yang gua buat. Inilah cara gua belajar untuk memahirkan diri dalam memahami anatomi tubuh badan manusia lelaki dan perempuan, melakar dalam buku lakaran tanpa jemu! Selamat menikmati dan enjoyyy!

BATGIRL
Tak ada apa yang menarik sangat pasal karakter ni. Walau sehebat mana beliau boleh atau cuba lakukan, beliau tetap tak akan dapat mengatasi mentor beliau iaitu encik BATMAN! Beliau tetap dianggap sebagai side kick! Apa yang best.... kerana ia karakter awek. HEH! Ni gua buat keadaan BATGIRL dalam keadaan tensen tak ingat dan teruk kena belasah! Bila tengok cam ni, nampak la kelemahan yang gua buat. Bukan senang belajar anatomi dan menjadi mahir. ARGHHH!

MEOWWWW!
Karekter yang nakal dan menarik. Ia umpama ' lalat pengacau ' dalam siri komik BATMAN, inilah karakter CAT WOMAN yang tak kurang licik dan hebat! Berlaku beberapa perubahan pada costume CAT WOMAN ni. Yang original lebih seksi dan menggoda, membuatkan BATMAN sentiasa menelan air liur dan hilang akal! HEH! Yang baru lebih moden dan bergaya. Lakaran gua ni berpandukan pakaian/sut yang baru dan gua tambah/ubah mana yang patut. Cuma gua tak faham kenapa beliau memakai kasut bertumit tinggi. Ikut logik cane beliau nak melompat, belari dan melakukan segala macam lagi aksi akrobatik dan liar. Hey, wake up! Dalam komik segala yang mustahil boleh jadi. Aduuu... nampak tak kelemahan gua tu? ARGHHH!


DAWN
Gak tak penah baca komik DAWN dan tak minat langsung nak baca! Sorry pada peminat komik/karakter DAWN. Walau tak minat, gua minat dan suka untuk melakar karakter ni mengikut cita rasa dan penuh kegairahan. HEH! Kan gua dah kata dulu, melukis la dengan penuh kegairahan! Walau gua tak minat/suka nak baca komik ni, sebagai kartunis/illustartor, gua tidak menolak apa yang dibuat oleh pencipta/pelukis lain sebagai rujukan dan menjadi bahan lakaran gua seperti karakter DAWN yang seksi tak ingat ni!


ELEKTRA
Seorang pembunuh kejam dan tidak ada perasaan terhadap mangsa/sasarannya! Perasaan itu la yang membuatkan beliau berjaya dan menjadi seorang pembunuh yang dinakoti. Gua amik pensil dan trus melakar. Tidak ada perancangan dan rujukan masa melakar karakter ini. Belasah mengikut rasa hati dan gua ubah semahunya pakaian ELEKTRA ni dari versi asal dalam komik yang seksi tak ingat! Kalo gua melukis komik ELEKTRA, sepatutnya ELEKTRA berpakaian begini! Mungkin rambutnya perlu diikat untuk memudahkan pergerakan dan tidak jadi penghalang semasa merodok senjata SAInya dari ubun-ubun hingga tembus ke bawah dagu! Tapi dengan rambutnya yang terurai lepas, kelihatan lebih seksi! Aww!



LARA oh LARA!
Dari permaian video game menjadi satu ikon dan kegilaan peminat filem aksi. Setiap kali melihat watak LARA CROFT lakonan Angelina Jolie, hati pasti jadi tak keruan, debaran jantung selaju 380km, peluh menitik dan hidung berdarah! Aduh! Tak banyak yang gua ubah semasa melakar karakter LARA CROFT versi gua ni dari yang asal. Apa yang pasti, sungguh seronok melakar karakter ini walaupun gua tak pernah main permainan video game TOMB RIDER!


OH, LARA
Melakar karakter awek dalam bebagai angle merupakan suatu yang mencabar dan seronok untuk dicuba! Kebolehan untuk melakar/melukis dalam segala keadaan merupakan satu kelebihan yang diperlukan untuk menjadi seorang pelukis komik/illustrator hebat! Menggunakan imaginasi dan segala memori yang gua download dalam kepala otak, gua melakar dengan rakus angle LARA CROFT sedang sesat dalam hutan ni. Ada banyak yang tak betul, tapi tak kisah la kerana inilah lakaran. Memang seronok dan mencabar belajar melukis anatomi awek ni. Go babeh! GOOOO!


DON'T MESS WITH HER!

Tak tau nak buat cane dengan karakter ni. Tengok costume asal dah seksi giler dah. Emmm... nak ubah cane ye? Sekali lagi gua gunakan imaginasi yang terikat dan terbatas dan melakar ikut kehendak hati karakter WONDER WOMAN ni dengan costume ikut suke hati gua. Tak siap lagi sebenarnye lakaran ni. Ada banyak lagi nak ditambah. Tapi lakaran memang la cam ni, tak siap, tak kemas, cincai, serabut.. apa-apa ntah! Yang pasti jangan main-main atau cari pasal dengan si seksi ni kalau nak kena tumbuk perut kerana beliau adalah seorang Pahlawan Amazon yang selambe jer mematahkan leher! Boy Scout yang selalu menangis teresak-esak akan menyembamkan muka atas dada atau bahu beliau. Sengaja amik kesempatan. Memang dasar jantan tak tau malu nak kena tumbuk perut!

LOOK!
Sepupu boy scout yang kononnye pegi melancong masa planet Kreepton meletup hancur bekecai dan pupus selamanya. Tak kisah la, asalkan awek, gua lukis jer! HEH! Best gak melakar SUPER GIRL sedang melayang di udara cam ni. Tapi nampak cam tak best jer, kurus sangat. Leceh tul melukis tangan kiri tu. Salah tu! Bukan cam tu la! ARGHHHH! Cuba lagi! Cuba lagiii!


IT'S CLOBBERIN TIME BABEH!

THE THING salah sorang anggota Fantastic Four yang kuat tak ingat kononnye sedang mengamuk tak memasal! Saja gua masukkan lakaran ni pasal sekual filem F4, Rise of The Silver Surfer. Posisi yang tak menarik langsung! Korang tau apasal? Tegok la kedudukan tangan kiri yang seperti tak kelihatan. Macam tak ada tangan kiri. Sepatutnye tangan tu kena jelas nampak menonjol ke depan. Yang gua buat ni tenggelam hampir tak kelihatan. Masalah ini boleh diatasi dengan mengeluar, menjauh atau menjarakkan kedudukan tangan kiri itu dari badan. Baru betul dan tak tenggelam. Faham tak apa yang gua maksudkan? Ini la antara kelebihan yang kita dapat bila rajin melakar atau belatih melukis. Masa untuk membelasah! GRAHHHHH!

SUFFER AND DIE SLOWLY!

Sungguh seronok memperkotak-katikkan superhero termasuk karakter SILVER SURFER ni. Beliau sedang menderita tak ingat pasal nak tekucil sangat dah. Tandas ada satu jer, Galactus plak ada kat dalam, nak lawan tak berani! Nasib lu la! HAR FRAGIN HAR! Jangan kata pose Silver Surfer sedang menderita ni gua tiru dari poster sekual F4. Bila poster F4 kuar baru gua perasan ada sket2 persamaan dengan lakaran yang gua buat. Ah, lantak la! Apapun berseronok la semasa melakar. Buat la apapun yang menyeronokkan seperti memperkotak-katikkan superhero! HAR FRAGIN HAR! Lagipun gua tau sebenarnye ramai yang tak kenal, tahu apatah lagi nak suka kat karakter ni sebelum beliau muncul dalam sekual F4. Baca komik beliaupun tak penahkan? Jangan nak tipu la. Ini peluang baik untuk memperkotak-katikkan beliau. HEH! Nantikan kemunculan lakaran superchicks yang lain plak kat blog gua ni... Yeah! Come on babeh!

Tuesday, July 03, 2007

LAKARAN

LAKARAN
APA YANG AKU CARI
BAHAGIAN 12 - g3#41 - JULAI 2007
19 Jamadilakhir 1428 Hijrah
04 Julai 2007
Melakar merupakan proses awal cerita APA YANG AKU CARI yang gua buat setelah gua habis menulis skrip cerita ni. Berpandukan pada skrip gua mula membuat panel/layout lukisan menggunakan kertas saiz A3 dari jenis Regal Bond yang nipis umpama kulit bawang! ( apa kertas pun bleh gunakan asalkan baik/berkualiti ) Dulu pada penghujung tahun 80an gua pernah menggunakan kertas jenis Radio Bond. Sungguh best dan seronok melukis atas kertas tu. Tebal dan bleh warna trus atasnye menggunakan Dr. Ph. Martin's. Kertas yang bermutu tinggi untuk lukisan! Tapi dah tak ada lagi skang ni. Ni gua kuarkan lakaran awal cerita APA YANG AKU CARI untuk korang tengok. Kalo nak tengok artwork yang siap sepenuhnya dapatkan kuaran terbaru majalah g3 bulan ni. Enjoy!

PILIHAN
Gua melakar menggunakan pensil mekanikal mata biru point 0.5. Dulu pakai mata pensil hitam yang biasa ( 2B atau HB ). Tapi tak larat nak memadam. Lenguh tangan! Arghhh! Ada pilihan yang memudahkan kerja, gua tukar guna mata biru. Tak payah padam. Tapi pensil mata hitam tepat gua gunakan untuk melakar dalam buku lakaran gua. Keseluruhan lakaran/cerita ini gua ink menggunakan brush jenama Winsor & Newton Series 7. Finest Sable point 2.


HUKUM
Bepandukan skrip, gua membuka seluas-luasnya fikiran dan kepala otak untuk melakar apa yang dihajati. Pada gua, sebagai manusia kita tetap terikat dengan hukum, had atau sempadan. Kita tak boleh atau berupaya untuk melepasi had atau sempadan yang ditetapkan. Gua adalah manusia yang lemah, yang terikat pada hukum dan sempadan. Hanya ini gambaran yang mampu gua fikir, rancang dan buat. Adakah lagi yang lebih hebat, yang tak mampu dibuat oleh manusia?


AKU BENCI!
Dulu masa gua buat cerita BERSAMA SELAMANYA, melakar merupakan proses yang paling gua tak suka! Tensen betul rasanya! Bila difikir, rupanya itu la masa/proses gua belajar untuk memahami apa yang gua buat. Memahami kemampuan diri. Memang banyak sekali rasa tak best, tak puas hati, sakit hati, kecewa, marah, benci masa melakar. Gua hanya rasa teruja tak ingat bila dah abis melakar, tiba masa nak inking! Yeahoooo! Tededik-gedik tak ingat nak inking!

IKAT KUAT-KUAT

Sebenarnya masa melakar la yang paling seronok sekali! Boleh belasah buat apapun yang gua suka tapi masih terikat dengan kehendak skrip. Sebenarnya gua masih tak bebas walaupun gua yang buat skrip dan lukis sendiri! Gua mengikat dan menghalang diri gua sendiri! Inilah hakikat dalam kehidupan. Kita boleh buat itu dan ini ikut suke kita, tapi sebagai orang yang beragama Islam yang percaya pada dosa pahala, syurga neraka, kita ada panduan atau hukum yang menghalang itu dan ini. Tak bleh la tak ikut arahan, hukum atau larangan. Sapa kata kita boleh buat apa saja, berfikir tanpa had, tanpa sempadan...




TIPU AHH!
Dari pengalaman, kemahiran, kelajuan, kekuatan minda ( biasanye lemahhhh... ) gua boleh melakar enam muka surat ( mungkin lebih ) dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang kalo tak ada gangguan. Gua langsung tak percaya pada mood masa melukis! Dulu masa mula-mula melukis tepengaruh gak dengan kata-kata ni. Jahanam sungguh! Banyak masa tebuang dan sia-sia kerana tak ada mood kononnye! Jangan pecaya kalo ada yang kata cam tu. Alasan, kelentong dan penipu semua tu. Tak jadi apa la kalo sepanjang masa mood tak baik...


SAYANGI
Berseronok dan senyum la masa melakar. Jangan rasa tetekan. Cari dan sediakan segala bahan rujukan yang diperlukan. Gua memang senyum masa melakar terutama bila kakakter itu sedang tersenyum atau ketawa. Begitu juga jika skrip memberitau ia sedang bersedih atau marah. Gua akan turut merasainya. Ia berlaku tanpa dipaksa, dihalang atau dibuat-buat. Semuanya dari hati, keikhlasan berkarya dan pengalaman selama ini... Kenali dan sayangi setiap karakter yang korang cipta, reka dan buat, baru perasaan itu akan hadir dalam hati. Cam ni la rupe lakaran awal cerita/drama APA YANG AKU CARI yang gua buat dengan pensil mata biru sebelum gua ink dan dicetak dalam majalah g3.

KEMPEN KESIHATAN

KEMPEN KESIHATAN DAN PRODUK HALAL
19 JAMADILAKHIR 1428 HIJRAH
04 JULAI 2007

Pada 08 Jamadilakhir 1428 hijrah - 23 Jun 2007 ( Sabtu ) bulan lepas, program Kempen Kesihatan dan Produk Halal diadakan kat surau tempat gua. Baru skang ni gua ada masa nak sumbatkan dalam blog gua ni. Arghh! Ini adalah salah satu dari beberapa program yang dirancang sepanjang tahun 2007 ni. Alhamdulillah, program setengah hari yang melibatkan kerjasama dari beberapa jabatan kesihatan, Persatuan Pengguna Islam dan peniaga produk halal ini telah berjaya diadakan walaupun telah ditangguh/ditunda beberapa kali. Matlamat utama program adalah untuk mengajak semua jemaah Islam rajin-rajin lee ke surau dan untuk memberi kefahaman/maklumat mengenai kepentingan penjagaan pemakanaan dan kesihatan.

EEEE... CANTIKNYE!
Gua dilantik sebagai salah seorang AJK program dan diberi tugas/tanggungjawab sebagai tukang buat banner dan promosi. Moga tugasan yang kecik ni ada kebaikan. Gua pun belasah sketch dan tunjukkan lakaran ni pada AJK program dan diorang trus setuju tanpa bantahan kerana nakot nak bantah, nakot kena buat plak! Harharhar! Guapun trus antar buat banner. Rancangan awal selain banner, nak buat bunting sekali. Tapi cancel last minute. Buat banner jer. Ni la rupe banner yang gua buat illustrasi tu. Semua secara manual, cuma gua warnakan dengan photoshop. Yang ni gantung kat tepi pagar surau. Cantikkannnn.... HEH!

HILANG
Ada tiga jer banner yang diprint. Malam tu ( malam sebelum darah gua disedut esoknye! ), gua dan beberapa orang AJK menggantung banner di sekitar Putra Heights. Satu kat surau, satu kat Putra Permai/ Putra Indah... apa ntah namanye, lupa lak. Lemah minda la katakan. Yang last kat trafic light simpang ke Putra Heights dari Alam Megah. Banner kat Putra Permai/Indah tu hilang plak kena rembat orang! Mungkin beliau tak pernah tengok banner cam ni punye cantik sepanjang hayat! Tu yang beliau rembat tu. HEH! Ni aksi liar gua begambo dengan banner yang cantik tu kat surau. Harap-harap Tuan Imam, encik bilal dan tok siak tak nampak aski rakus gua ni. Kalo Tuan Imam nampak mesti beliau beristiqfar, menggeleng kepala atau mungkin beliau tersengeh! HEH!

TAI CHI ROBIK
Seawal 7.30 pagi program bermula dengan acara TAI CHI ROBIK! Ramai yang dah tak sabo menunggu fasilitator dari Jabatan Kesihatan mengajo gerakan senaman ni. Bila muzik instrumental Jepun dimainkan, gerakanpun bermula. Gerakan yang perlahan, lemah, lembut, berseni dan memerlukan kesabaran masa membuatnye. Selain AJK program da AJK surau, ramai juga yang datang join bersenam pagi-pagi ni. Hey! Kan ni program kesihatan, kena la besenam.

BIG HITS AND NASTY CUTS!
Ni salah satu gerakan yang dibuat dalam Tai Chi Robik pagi tu. Nama gerakan ini ialah ' mengangkat dan memotong buah tembikai tanpa belas '. Tangan kanan yang diangkat kononnya sedang memegang pisau dan sedia untuk membelah/memotong buah tembikai di tangan kiri. Potong jangan tak potong!


FIGHT FIRE WITH FIRE
Ni la akibatnye kalo hilang tumpuan, fikir entah apa-apa atau gua telebih bagi tumpuan! Fasilitator kata fire ke kiri... gua plak fire segala aura Ultraman Tiga ke belah kanan! Basib baik tak kuar api. Kalo tak pasti belaku rusuhan atau perang saudara. HEH!

SENYUM LA...

Setiap kali selesai melakukan sesuatu gerakan, tarik nafas, hembus perlahan-lahan, senyum dan rasai ketenangan/kelapangan kepala otak bila aura jahat dalam badan dihembus kuar! Masa ni segala peluh dah kuar membasahi badan gua. Best tul! Kena rajin senam lepas ni. Belasah jer gerakan taichirobik cam nopun. Kena plak dengan sinaran mentari pagi, badan sihat, kulitpun bleh cantik. HEH!


DESTROY WITHOUT MERCY!

HOOOOO....! Bersedia untuk terbang ke angksa kepas dan membelasah semua alien, predator, superman, martian manhunter, transformers! Lama sangat dah kita besabar dengan makhluk asing ni. Ikut suke diorang jer datang ke bumi kita, buat kecoh, jadi samseng, belagak hero konon! Pigi dah! Apa kata setelah besenam ni, rasa sihat, semangat dan kuat, kita plak jadi alien dan serang planet diorang tanpa belas kesian! Kita bom, bunuh, tembak, bakar, salai, tikam, hiris, cincang, potong, sembelih, lapah, kerat, jerut, ikat, gantung, tanam, smackdown dan tumbuk perut diorang plak. Bio diorang rasa! Astagfirullahalazim! Apa la yang gua emosi dan mengarut tak memasal ni. Islam tak mengajar/menyuruh kita buat cam tu... ayuh kita bertaichirobik lagi baik!

POWER!
Lepas abis besenam, breakfast time! Dua keping roti berkhasiat cecah segelas air coklat! Yummmy! Tenaga untuk acara seterusnya! Sebelah gua tu encik Izzudin salah seorang AJK program.

UMPAN
Tak sempat nak abiskan air coklet, gua dah diserbu oleh ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak diorang dalam acara Pertandingan Mewarna! Selain dari tukang buat banner dan promosi, gua gak betanggungjawab membuat illustrasi untuk Peraduan Mewarna dan mengendalikan acara ni! Ini adalah satu acara paling mudah untuk mengumpan dan menarik ibubapa dan anak-anak datang surau dan ke program ni. Sabo kak, sabo bang! Semua bleh masuk! Saboo! Tulis nama anak kakak kat sini...

SERBU
Gua tak bleh tunggu bila makin ramai ibubapa menyerbu untuk mendaftar.... sila tulis nama anak, umur, nombor rumah dan jalan kat kertas ni ya.... Umur lima hingga lapan tahun kat kertas ni. Umur sembilan hingga dua belas tahun kat kertas ni... lariiiiii!


Sebahagian dari anak-anak Putra Heights yang join dalam Peraduan Mewarna pada hari tu. Hampir seratus orang yang menyertai! Alhamdulillah. Tak sangka betul gitu punye ramai!

JANGAN LA...
Assalamualaikum adik-adik semua! Apa kabar? Semua dengar siniiiiii...! Semua dah dapat kertas lukisan? Sila tulis nama adik-adik kat belakang kertas lukisan. Tulis umur dan nama jalan rumah. Oii! Jangan bising la oii! dengar sini... Hanya warna pensil saja dibenarkan. Tak bleh guna warna air, cryon, arkilik atau warna minyak! Kita akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Ada dua jam untuk adik-adik menyiapkan lukisan. Oi! sana tu... diam sket bleh tak? Jangan begosip, jangan sibuk hal orang lain. Buat kerja sendiri! Ibubapa tidak dibenarkan membantu. Hanya bleh besorak memberi sokongan moral pada anak sendiri!

MOGA
Sebahagian lagi dari anak-anak yang manyertai acara mewarna. Kesian diorang kena menyiarap atas tikar berhimpit-himpit untuk mewarna. Cadangan awal nak buat kat meja tapi tak cukup meja la plak. Lama sangat dah gua tengok acara mewarna/melukis cam ni. Tak kira la peringkat apapun, kanak-kanak akan menyiarap atas simen, tikar atau kat mana-mana. Harap keadaan ni akan berakhir/berubah. Mana-mana penganjur pertandingan mewarna/melukis kena fikir dan sediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk melukis/mewarna. Jangan la atas simen/lantai lagi. Baru la anak-anak ni bleh menghasilkan karya yang baik dan bermutu!

PANASSSS!
Kalo kat luar surau belangsung acara mewarna, jualan produk halal, pemeriksaan kesihatan dan kekuatan otot/tulang, kat dalam dewan surau plak belangsung acara ceramah penerangan mengenai pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan. Ramai ibubapa yang mengikuti program ni. Gua singgah menjenguk kejap sementara nunggu peraduan mewarna tamat. Bukan nak dengo ceramah, tapi nak lega/sejukkan badan yang kepanasan dengan aircond dalam surau. Panas kat luar tu. HEH!


AMATUR
Pemilihan pemenang untuk peraduan mewarna. Gua jugak yang kena jadi Tuan Hakim Yang Arif. Gua ajak beberapa orang AJK membantu gua. Diorang memang tak tau langsung pasal lukisan, warna-warna ni. Hanya gua sorang jer yang proffessional. Tapi bila bersama dengan amatur, guapun banyak membuat keputusan yang betahap amatur gak! Diorang ramai, gua sorang, kalah la gua. HEH! Gua bagi la diorang keje sebagai tukang susun, tukang pegang, tukang tulis pemenang, tukang kira lukisan, tukang amik gambo dan sebagai tukang kritik tahap amatur!

TERIMA KASIH
Encik Amiruddin, pengerusi dan koordinator program Kempen Kesihatan dan Produk Halal ( kiri ) bersama Setia Usaha Surau Nurul Islah, saudara Azman sedang berebut2 menyampaikan hadiah pada salah seorang dari sepuluh pemenang utama dalam peraduan mewarna. Syabas adik Syabasss! Gua sempat gak buat pemeriksaan kesihatan. Amik tekanan darah, ketinggian dan berat badan. Encik pegawai kesihatan tu sound gua '' kalo bleh kurangkan sket berat badan ni... '' Arghh! Baik la encik. Terima kasih atas nasihat encik itu. Program berakhir pada pukul 12. 40 tengahari. Terima kasih pada semua yang menyertai dan membantu menjayakan program sulung seumpamanya ini kat surau/taman perumahan kita. Lain kali kita rancang, buat dan laksanakan dengan lebih baik, teratur, tersusun, lebih banyak penyertaan, program dan lebih happening! InsyAllah!

AQIQAH
Lepas solat Zohor, kirorang dijemput ke rumah Tuan Imam untuk kenduri aqiqah anak beliau. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, doa selamat, bezanji, salawat, qasidah dan marhaban.

YA NABI SALAM ALAIKA...
Tuan Imam ( kiri ) menjadi pemimpin dan lead vokal dalam setiap acara termasuk semasa bediri bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

NGAK BISA DONG AHH!
Lama dah gua ngidam nak botakkan kepala budak. Tak disangka, tak diduga... peluang datang la plak! Tanpa dipelawe, tanpa perlu dijemput, tanpa malu dan segan silu, gua amik gunting dan belasah gunting rambut anak Tuan Imam tanpa rasa bersalah sambil bersalawat! HEH!

Dapat bunga rampai lagi! Alaiiiiii.....

NGAK TAHAN DONG AHH!
Baru tadi encik pegawai tu cakap '' control sket makan tu.. '' Tapi ini la yang gua ceduk sebagai makanan tengahari gua! Mana bleh tahan dong ahh! Nasi briani, kambing masak kuzi ( nak ceduk isi tapi dapat plak hati ), daging rendang dan ABC! Sayur hijau tak de la plak... rezeki Allah encikkk... syukur alhamdulillah.... Terima kasih Tuan Imam.