Tuesday, August 07, 2007

MERDEKA!


MALAYSIAKU GEMILANG - 50 TAHUN
26 REJAB 1428 HIJRAH - 10 OGOS 2007

Tahun ini dan bulan ini adalah sambutan ulangtahun kemerdekaan negara tercinta yang ke 50. Banyak yang telah berlaku sepanjang 50 tahun kemerdekaan ini dan masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk kesejahteraan semua terutama kemuliaan ugama Islam yang begitu teruk dikritik, diserang, dihina, dikeji, dicaci, dimaki, dikutuk, dipelekeh, dilebel dan segala macam lagi kata-kata yang tak sepatutnya dan sedap didengar di negara kita sendiri! Begitu juga dengan al-quran, hadis yang dipertikaikan dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. juga tak lepas dari dihina dengan teruk! Sedih dan sakit hati melihat dan mendengarnya! Bersamalah kita berusaha dan berdoa moga kesejahteraan yang sebenar akan dapat kita nikmati. Insyallah. Hari tu ada sorang wartawan dari Bernama paksa gua buat ucapan sempena kemerdekaan yang ke 50 ni, guapun buat la. Kalo korang nak baca ucapan merdeka gua tu bleh la ke http://web5.bernama.com/events/merdeka50/ucapan2.php
Pas tu klik kat Prayers & Hopes
Cakap banyak tak guna... MERDEKA!


JALUR GEMILANG
Dulu beliau dikenali sebagai BENDERA jer, tapi sekarang beliau dikenali senagai BENDERA JALUR GEMILANG. Bila tiba bulan kemerdekaan ni banyak la bangunan, rumah, sekolah termasuk kenderaan mengantung dan memasang Jalur Gemilang sebagai tanda sokongan dan semangat bulan kemerdekaan. Tapi dalam keghairahan ni ada gak yang tak ada akal gua tengok, terutama pada kereta dan lori yang mengantung/memasang Jalur Gemilang besar-besar yang membahayakan pengguna yang lain. Tak ada akal betul tuan punyer kenderaan tu! Apa yang beliau pikir tak tau la. Ingat best la tu! Dari pasang bendera besar-besar bekibaran kat kereta, gantung jer bendera tu kat bumbung rumah! Alamak! Apa hal la plak gua emo ni?

CERITA ANAK MERDEKA
Kat atas ni adalah satu dari kartun-kartun oldskool yang gua buat sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 31 dulu. Yang ni kuar dalam majalah
Geli Hati pada 15 September 1988 nombor 139, hampir dua puluh tahun yang lalu! Isu penjajahan ekonomi, pendidikan, kepala otak, minda, idelogi, pemikiran dan segala macam lagi penjajahan telah berlaku sebelum merdeka hingga la merdeka dan hingga kini ia merupakan isu yang masih releven untuk dibincangkan! Kartun gua ni bercakap pasal bende ni. Maaf... ada perbuatan tak bermoral yang gua buat dalam karya ni. Perhatikan perbuatan menghisap rokok tu. Kelihatan cool, sebenarnye TIDAK! Ini merupakan kesilapan besar yang gua buat dalam karya-karya awal gua. Sekarang ni gua tak buat lagi dah kerana menjadi tanggungjawap sosial seorang kartunis untuk TIDAK menggambarkan perlakuan perokok dalam karya-karyanya atas apapun tujuan. Semua orang dah tau akan keburukan, kesan, akibat dan bagaimana cara/perlakuan untuk merokok! Jadi tak payah la buat kalo semata nak kelihatan cool. Ingatlah tanggungjawap korang sebagai seorang kartunis. Ada lagi beberapa kartun oldskool pasal merdeka ni yang gua buat, cari-cari tak jumpe la plak. Kalo ada bleh la gua kuarkan kat sini dan share dengan semua yang berminat nak tengok kartun-kartun oldskool gua pasal merdeka. Sayangnye tak ade.... leceh tul! Tak kisah la... enjoy!


11 comments:

Anonymous said...

sempena hari merdeka yang mulia ini pakcik telah bertindak drastik dengan mengecat lembu pakcik dengan warna jalur gemilang. sekian

Salfiza said...

cayalah encik Gayour!! tak sangka ada rockers sepatriotik en Gayour...

Mulai hari ini, saya juga berazam untuk mengecat umah saya dengan warna jalur gemilang....heh=o

gayour said...

pakcik kordi
elok la tu pakcik, raye pun dah dekat. tentu beliau kelihatan hebat di hari raye nanti. jangan lupe cat sekali reban beliau. baru matching!

asnor filza
raye pun dah dekat, elok la cat umah encik tu bejalur-jalur. bio bejalur mata siape yang melihat. heh!

Haryani Kamilan said...

Ah! benci lah abang gayour ni... nak cat umah pulak, piiirah!

Sekurang-kurangnya gua dah letak bendera kat keta kancil gua, lu dah letak bendera ke kat skuter kuning lu tu?

gayour said...

syabas kerana encik berani memacak bendera kat kete encik seperti mat rempit tunjuk lagak memacak motor masa merempit. nanti kalo gua pacak bendera kat moto gua, nakot encik gagak yang langgar gua hari tu langgar plak bendera tu. bukan bleh kira encik gagak tu!

wan said...

helo bro,merdeka kpd en gayour.tetapi kita blum merdeka d dlm khidupan.klau kita dpt kredhaan NYA tentu kita tahu erti kmerdekaan sbenar.satu lg jgn slalu pakai baju hitam spt kump gagak hitam,sbb tu en gagak anggap en gayour ahli yg belot.tukarlah pulak pd warna bendera kita.

gayour said...

bersama la kita berusaha ke arah keredaanNya, bro. leceh la encik gagak tu. emo tak memasal. bukankah warna hitam milik semua untuk memikmatinya? heh!

Anonymous said...

Dok mikir, mcm na wa nak merdeka dari rokok nih! hehehe

gayour said...

yeah! tupun satu masalah gak tu. tak merdeka gak kalo tak bleh nak bebaskan diri dari cengkaman beliau yang kononnye sumber inspirasi untuk berkarya dan gaya hidup moden skang ni. entah la...

Anonymous said...

apo bondo nak tulis ni.merdeka,apooo bondo merdeka tu?dah merdeka ko negara kito?den baru bangun dari pengsan ni.dah 80 tahun den pengsan.

gayour said...

humang haiii lamo eh lak ekau pengsan jang! elok la ekau sambung pengsan 100 taun laie! tak payah nak kojo, bayar tol, minyak kereto, boli bogheh, baya sewo/pinjaman ghumah... lantak kau la jang!