Sunday, October 28, 2007

PAMERAN KARTUN

PAMERAN KARTUN ASIA KE SEBELAS
17 SYAWAL 1428HIJRAH 29 OKTOBER 2007

Gua dapat SMS dari brader Tazidi pada 10 Syawal 1428Hijrah ( 23 Okt 2007 ) yang lalu mengenai majlis Perasmian Pameran Kartun Asia Kali Ke 11 kat Perpustakaan Kuala Lumpur. Gua dijemput ke majlis yang diadakan pada setiap tahun ni. Tahun lepas kat Perpustakaan Negara, tahun ni diorang buat kat Perpustakaan Kuala Lumpur plak. Korang tahu kat mana libry ni, korang penah pergi, masuk dan pinjam buku kat sini? Gupun ni la kali pertama sampai ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak tau la plak Bandaraya Kuala Lumpur ada perpustakaan beliau sendri. Yang gua tau Perpustakaan Negara dan perpustakaan kat sekolah masa gua sekolah rendah/menengah dulu jer. Lagi satu perpustakaan bergerak. HEH! Sori la Perpustakaan Kuala Lumpur, tak sedar, tahu, perasan akan kewujudan encik di tengah bandaraya….hehehe...


BUKAN LA ENCIK!
Pagi tu pada 13 Syawal 1428H ( 25 Okt 2007 - Rabu ) encik Padi, Aguri dan gua berangkat pergi dengan menggunakan kenderaan syarikat yang dipandu laju oleh encik Padi ke tempat yang dituju dengan penuh keyakinan 100%! Sampai jer ke Perpustakaan Negara, dengan konfidentnya gua bertanya dengan senyuman manis di bibir pada pengawas perpustakaan. “ Assalamualaikum encik. Tumpang tanye sket. Majlis perasmian kartun asia tu kat mana ya? “ Bukan kat sini la encik, kat Perpustakaan Kuala Lumpur, kat Datarna Merdeka
sana, sini ialah Perpustakaan Negara! Tak reti baca ker? Kueng! Kueng! Kuengg! Kuenggg!


SEKALI SILAP DAA..
Gua dah cakap kat lu Padi, bukan kat sini! Bukan kat sini. Tapi lu liar! Lu percaya gak cakap gua. Ni la jadinye! EEEEEE… Camno la gua bleh silap tengok SMS yang dikirim. Aduuu laaa… Sekali silap tempat daa.. Nak cover malu punyer pasal, guapun menyamar la jadi pelancong asing kononnye. Buat-buat la amik gambo ni sebagai bukti dan tanda kenang-kenangan bila gua balik kampung gua nanti. Buleh la den belagak kek oghang kampung den kek Negori Semilan suna haa… Ontah la jang. Lantak kek kau la!

MANTAP!
Untuk memantapkan lagi lakonan cover malu ni, gua buat-buat eksyen jumpe kawan lama iaitu encik Padi kat tangga Perpustakaan Negara ni. " Eh, kalo tak silap, lu ni kartunis Oren kan? " tanya gua pada Padi. " Eh, u ni.. sampai hati kata i slim cam kartunis Oren! " Mula-mula malu-malu nak betegur sapa dan bertanyakan no hp dan email, tapi lepas tu trus mesra! Mantap sungguh lakonan kitorang ni.


MURNI
Lakonan ditruskan dengan adegan/scence yang kelihatan lebih manja dan mesra kat tangga perpustakaan antara gua dengan Padi. Tanpa skrip dan arahan, Padi menunjuk/menayangkan gelang yang baru dibeli untuk menambahkan keayuan beliau semasa beratur untuk mengambil agihan daging korban di Hari Raya Haji/Korban/Aidil Adha yang bakal menjelang tiba tak lama lagi pada gua. Jelas kemersraan yang telus dan murni antara kami! HEH!


AKHIRNYE
Ini la bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang kita cari-cari tu Padi. Apa la lu pegi ke Perpustakaan Negara plak! Tak ada akal tul! Akhirnye bejaya gak kita sampai ke sini! Perpustakaan ni betul-betul bersebelahan dengan Dataran Merdeka, kat belakang skren TV besar yang gagal berfungsi masa pelancaran roket Soyuz yang membawa Cosmonut negara kita ke ISS sari dua nak raye hari tu. Memalukan sungguh! Panggil orang ramai datang tengok countdown pelancaran roket kat dataran biar happening la kononnye, tapi HAMPEH! Itu la teknologi canggih yang kita ada kat dataran!

TAK BOLEH NAK CILOK
Sebenarnye melilau gak mencari bangunan perpustakaan ni, lagi kalut masa cari jalan masuk. Kalo dari Jalan Tunku Abdul Rahman dan lalu kat depan bangunan Sultan Abdul Samad, korang tak bleh masuk/belok/cilok ke kanan kat trafic light berhampiran tiang bendera tetinggi yang dibangga-banggakan tu. Korang kena buat satu round about kat depan Masjid Negara, baru bleh cilok masuk ke bangunan yang menempatkan perpustakaan, arkib dan ape ntah lagi namanye. Sampai jer acara dah berlangsung lama. Mungkin nak abis dah. Gua trus ambik gambo kat bawah banner ni seblum masuk ke dalam bangunan dan ke tempat majlis.


SYABAS DAN TAHNIAH!
Memang benar apa yang gua syak wasangka, majlis memang dah nak abis. Masa masuk, Datuk Bandar telahpun berkata “ cakap banyak tak guna, gua rasmikan pameran ni!” Ni lu punyer pasal la ni Padi. Yang lu dengar dan ikut dengan setia segala arahan gua pegi ker Perpustakaan Negara tadi buat apa? Kan dah abis majlis baru kita sampai! Tapi dengan cool as ice, encik Padi membidas gua balik “ memang gua sengaja buat kita sampai ngam-ngam majlis abis ni, pasal bukannye best nak dengar segala macam ucapan blablablaa tu. Kan bagus cam ni, sampai-sampai jer majlis dah abis, tinggal majlis MAKAN-MAKAN jer yang blum start lagi!” Tegas beliau sambil menjeling beehun yang terhidang. Syabas encik Padi! Syabas! Gua benar-benar bangga dengan tindakan lu ni. Syabas! Masa Datuk Bandar, kartunis Tazidi dan mereka-mereka yang lain melawat pameran, gua diugut oleh staff perpustakaan untuk bergambar dengan diorang!

JANGAN INGAT
Tak sempurna rasanye kunjungan ni kalo tak begambo kat pentas perasmian. Gua dan Padi merampas tempat duduk Datuk Bandar dan amik gambo dengan seronoknye rasa dihati pasal lepas ni bleh makan! HEH! Padi memang sengaja tak sarapan pagi ni pasal nak belasah abis-abisan tanpa memperdulikan orang lain! Bagus tu Padi. Jangan ingat kat orang lain!


MESEJ
Ni plak dengan bunting Pameran Kartun Negara-Negara Asia kali ke 11 ni. Tengok tu, pameran ni akan bergerak dan dipamerkan di banyak tempat untuk memberi peluang pada orang ramai sama ada peminat kartun atau tidak untuk melihat gaya lukisan, pemikiran, kekuatan mesej dan cara penyampaian kartunis-kartunis Asia dari China, India, Indonesia, Jepun, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Bangladesh dan termasuk dari negara kita. Bleh la pegi tengok. Tupun kalo korang nak. Kalo tak nak sudah!


JANGAN DITANGGUHKAN LAGI
Ni la acara sebenar yang ditunggu oleh Padi dan gua sekali. Lihat kemanisan senyuman dan keikhlasan yang terpancar di wajah kami.HEH! Ahhh! Cakap banyak pun tak guna. Ayuh Padi! Biar gua baca doa makan. Lu aminkan jer. Bismillahiramanirahim. Allahumabariklana…


SILA! SILA!
Ingatkan gua dengan Padi termasuk Aguri saja yang akan menghabiskan beehun tu. Rupanya kena share dengan beberapa orang sahabat iaitu saudara Ridzwan dari NST ( kiri ), saudara Zuan dari Art Square ( dua dari kiri ) dan saudara Anwar dari Galeri Shah Alam. Kat majlis-majlis cam ni la biasanya dapat berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan dari syarikat penerbitan lain. Betambah kawan, betambah network! Sila.. sila.. tambah lagi jangan malu-malu. Ni bukan rumah orang lainnn…. Memang penganjur menyediakan makanan ni untuk dimakan. Lagipun pihak penganjur/tuan rumah akan merasa gumbira dan seronok bila makanan yang sediakan habis licin dimakan oleh tetamu seperti yang kita buat ni Padi! Hehehe…

YANG MANA SATU?
Baiekk punyer makan, kena serbu plak oleh pelajar-pelajar sekolah yang nakal dan liar. Tepaksa behenti makan ( akan bersambung kemudian… ) melayan diorang. Yang ni pelajar dari Sekolah Kebangsaan Menengah Sri Putri kat PWTC tu. Err... mana satu ni. Sekolah Menengah Kebangsaan ker atau Kebangsaan Menengah Sekolah atau Menengah Sekolah Kebangsaan? Entah la… bila dah nama die Sri Putri, maknanye sekolah pelajar pompuan la. Pasal tu la hanya gua dan Padi jer lelaki kacak kat dalam gambo ni. HEH!


TERBUKA MINDA
Yang bediri kiri sekali tu ialah sorang lagi lelaki iaitu encik Anwar dari Japan Foundation yang merupakan penaja dan penganjur utama acara tahunan Pemerana Kartun Negara-Negara Asia ni. Banyak sungguh jasa berliau terhadap perkembangan industri kartun tanahair walaupun beliau hanya terer lukis kartun lidi! Kelihatan encik Anwar teruja dan merasa sangat kagum melihat keprofesionalan gua melayan adik-adik manisss ni. Bagus gak pihak penganjur dan pihak perpustakaan menjemput pelajar-pelajar sekolah yang berhampiran untuk datang ke majlis/acara cam ni. Biar terbuka minda yang lemah terhadap kerjaya sebagai seorang kartunis atau pelukis!

SAMBUNG BALIK
Setelah habis melayan pelajar-pelajar skolah tadi tu, kitorang sambung balik layan makan ( yang tertangguh tadi ). HEH! Setelah Padi menambah lebih dari tiga kali dan gua terpaksa mengikut untuk menemankan beliau makan, masa untuk melawat kartun/karya yang dipamerankan plak. Ni gua ambik gambo dengan salah satu dari kartun/karya saudara Tazidi yang mewakili Malaysia pada tahun ini. Korang bleh datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur ni kalo nak tengok karya-karya beliau yang lain.


Sebagai bukti gua pernah datang ke Perpustakaan Kuala Lumpur dan ke pameran ni, gua tidak membiarkan buku pelawat ni tebiar kosong tanpa diconteng! HI! I’M GAYOUR, U’RE NOT! 13 SYAWAL 1428HIJRAH – 25 OKT 2006. Ini yang gua tulis. Jangan hanya tandatangan, belasah buat apa yang patut kat buku pelawat yang disediakan. Orang pasti akan behenti, tersengih dan mungkin merasa teruja bila melihat kreativiti kita. Pihak yang menyediakan buku ni tak akan kata apa atau menghalang! Gua sebagai seorang kartunis tidak hanya menandatangan saja, pasti nak melukis kartun sekali. Pegi ke perpustakaan ni kalo nak tengok apa yang gua lukis!


MERAYAU
Salah satu sudut yang menarik perhatian gua untuk bergambar kat dewan/ruang pameran kartun ni. Terus ambik gambar. Kononnye sedang menunggu monorail la tu. Boleh blah! Teringat masa gua kat kampung dulu. Masa Hari Raya. Gua and the gang memang suka merayau ke bandar masa hari raya. Kalo ingat balik memang mengong dan tak ada akal tul perbuatan gua/kitorang merayau kat bandar masa hari raya. Patutnye pegi jalan raya ke rumah saudara mara. Nak enjoy punyer pasal! Yang gua nak cerita ialah kisah masa tunggu bas dari kampung gua nak ke bandar dengan bas. Bukan naik keretapi aa… Masa tu bas yang lalu semua penuh sendat cam ikan sadin! Ramai tul orang pergi ke Bandar! Aduu… la! Tensen tul! Tahan bas mesti tak berhenti!


TAHAN
Hampir semua bas yang ditahan tak berhenti sejak dari pukul 11 pagi tadi. Ni dah pukul satu petang dah ni! Aduu laa… Tak bleh jadi ni! Kitorang mencari akal cam no nak menipu dreber bas tu supaya berhenti bila ditahan walaupun bas dah sendat! Emmm… cam no yo? Maka dapat la satu idea yang hebat iaitu dengan menyorok. Yeah, MENYOROK dalam semak! Cam no plak tu jang oii? Masa tu gua and the gang memang ramai nak ke bandar. Kata la 13 orang. Sebelas orang lagi akan menyorok kat semak yang berhampiran dengan tempat tunggu bas tu. Tak kira la kat belakang pokok getah ker, pokok mempelas ker, balik busut jantan ker, belakang lembu ker… apa jer asalkan bleh menyorok. Hanya dua orang jer yang duduk/bediri tunggu kat bus stop dan tahan bas bila bas sampai. Memang berkesan dan berjaya menipu dreber bas yang menyangka hanya dua orang jer nak naik. Biak beliau berhenti jer, semua yang menyorok serbu keluar! Yeahoooo! Aksi berani luar biasa hebat dan liar gua menahan monorail ni sebagai mengenang kisah lama. Kalo la gua bleh tahan bas cam Superman masa tu… Eh, silap! Bukan cam Boy Scout tapi macam LOBO The Main Man. Gua tumbuk depan bas tu bagi melambung, mesti berhenti punyer! HAR FRAGIN HARR!


SEHELAI
Dengan sorang sobat yang juga seorang kartunis, karikaturis dan pensyarah kat MMU iaitu saudara Sireh yang sampai lagi la lambat dari kitorang! Punyer la lambat beliau sampai, sampai habis beehun dimakan oleh Padi! Beliau tak dapat merasa walau sehelai beehun. Tak ada akal punyer Padi! Beliau hanya sempat makan beberapa hirisan buah belimbing jer. Nasib lu la Sireh! Harharhar!


AGRESIF!
Inilah dia encik Padi yang tak berapa larat nak jalan melihat pameran yang tak la banyak mana. Tu la, kalo makan tu tak ingat dunia. Gua lain… agresif! HEH! Ni kitorang begambo kat ruang legar pameran dengan sebahagian dari karya yang dipamerkan. Korang datang sendri kalo nak tengok. Kat belakang Dataran Merdeka jer. Dataran Merdeka bleh pegi dengan awek atau tengok konset, takkan la Perpustakaan Kuala Lumpur tak bleh pegi? Bleh blah la!

NYIBUK
Saudara Tazidi sedang ditemuramah oleh Aguri ( wartawan G3 ) untuk dimasukkan dalam ruanagan JEJAK KARTUNIS dalam majalah G3. Gua menyibuk dan menyampuk mana yang patut. Nak tau apa yang diborakkan, dapatkan G3 kuaran bulan Disember nanti ya.

TERIMA KASIH
Sebagai rasa/tanda hormat dan menghargai beliau sebagai antara kartunis terawal tanahair, gua tak melepaskan peluang untuk mendapatkan lukisan kartun dan tandatangan beliau. Terima kasih pada semua kartunis awal yang begitu gigih berkarya dan meneruskan usaha kartunis-kartunis yang terdahulu.

TAK KENALPUN!
Ni dia kartunis Tazidi kalau korang nak tau. Pada peminat kartun dan majalah humor tanahair di awal 80an dahulu mesti tahu dan penah membaca karya-karya beliau dalam majalah Gila-Gila bersama dengan kartunis hebat yang lain seperti Zainal Buang Hussein, Jaafar Taib, Don, Kerengge, Nan, Allahyarham Rejabhad dan ramai lagi termasuk Kartekana, Yuzal, POE,YO dan KutilYoYo di majalah Gelihati. Pada generasi alaf baru… siapa tu hah? Tak penah dengarpun nama kartunis ni, tak kenal pun!


AKHIRNYE
Peluang sampai ke sini bukan senang kalo tak ada event cam ni. Kesempatan yang ada gua gunakan untuk bergambo kat tiang bendera tertinggi di asia. Betul aa.. tertinggi kat asia. Lama sangat dah gua pendam rasa nak begambo kat Dataran Merdeka, dengan bunga-bunga yang cantik dan tiang tertinggi ni! Tiap kali lalu kat sini tengok pelancung jer posing maut amik gambo. Mana bleh jadi. Guapun nak gak! Alhamdulillah akhirnya dengan ikhtiar tegar encik Padi yang menyarap seperti sedang skodeng ayam betelur, beliau mengambil gambo gua yang kononnye sedang layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku kat bawah tiang tertinggi ni. Yehaa! Jangan jeles aa... hehee...

SELAMAT DATANG
Ini adalah antara jalan masuk ke perpustakaan. Korang mesti tak penah ambik gambo kat jalan ni
kan. Kalo adapun mesti kat tangga pokok bunga, kat bawah tiang tetinggi dan belatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samadkan. Gua dah ambik dah. jangan jeles aa… HEH! So kalo korang sampai ke Dataran Merdeka, sila la ke Perpustakaan Kuala Lumpur yang betul-betul kat belakang skren besar yang tak berfungsi hari tu. Bleh tengok buku, baca atau pinjam buku. Tempat yang menarik. Selain perpustakaan, ada gak Pustaka Peringatan Kuala Lumpur, dan entah apa lagi ntah. Korang pergi la sendri!

33 comments:

Anonymous said...

ya allah. guntinglah rambut tuh...

Anonymous said...

Uhuk! Uhuk! Mmuahahaha!

Unknown said...

la... wujud pustakaan kl rupanya.

gayour said...

anonymous
hey you longhair! you're under arrest!

azzam supardi
lu mesti pergi ke dataran merdeka jer kan azzam supardi!

cik kema
yeah! kewujudan beliau tidak diketahui, disedari dan diambik tahu. apa hal plak nak pegi perpustakaan? tapi dataran merdeka semua manusia kat key ell dan malaysia tau!

Nunn said...

gua pon dulu kompius gak

Unknown said...

salam abg gayour, idola yang dikagumi dan dihormati.

saya meminati karya brader sejak zaman sekolah lagi.

baru terjumpa blog ini dan berasa sgt excited. jadi boleh kah saya link kan ke blog saya. insyaAllah.

:)

DeeN said...

Gua tahu, gua memang dah tau library KL, gua kan terer hak hak hak .. Er.. tp gua tak penah pi pun huk huk. Kalo library sekolah hari2 lepak kat situ ;)

Alamak, apsal brader Padi dah semakin tembammm? Aisey, encik Sireh pun join gak ker? Cayalah. Encik, silalah kirimkan salam gua pada Padi dan Sireh. satu lagi encik jgn lupa kirim salam raya kat encik Gayour tau hak hak hak ..!

Unknown said...

bro, den kojo key ell. tapi dataran merdeka tu pun den tak ponah poie... he he ;)

Anonymous said...

Bro....

Caya lah..tabik spring!!!

Ahaks....

gayour said...

nunn
baguih la tak kompius lagi skang

aizattarmizi
terima kasih kerana encik meminati karya-karya gua sejak lu bediri atas meja sekolah pasal tak hafal sifir 2x2 dulu. moga encik sihat sejahtera, berbahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. welcome to my nightmare!

nur@ddeen
ooo... tau kat mane libri tu tapi hanya tengok dari jauh. bagus!baguss! puas dah i nasihatkan padi tu agar berhati2 dalam mengawal pembesaran beliau, tapi beliau LIAR!biasanye i pun tejebak sama u. hehe...

cik kema
elok la tak payah poie.ekau poie yo la kek tompek lain aro oi!

gandum
kat singapura banyak libri tak. ekau pergi tak?

Anonymous said...

Libri baru...Singapore kat ngan City Hall(town)...besaw dari yg lama...

lalu saja tak pernah masuk...seram...

gayour said...

gandum
sama cam orang key ell la. perpustakaan negarapun tak pegi, apa hal plak la nak pegi perpustakaan kuala lumpur yang tak diketahui kewujudtannye. pegi dataran merdeka tengok konset lagi best. hujan ker, banjir ker, berasak-asakpun tak ape!

The.Libyaman said...

kenapa gua lebih kenal Gayour daripada Tazidi? tapi the rest yang lu sebut tu memang gua tahu seperti kerengge, don Rejabhad dan sebagainya. Apa contoh kartun Tazidi? Gua x tahu plak bro.

gayour said...

babazahra'
alamak! camno ekau boleh tak perasan plak kartunis Tazidi yang seangkatan dengan Kerengge, Don dll... ni kena cari balik majalah gila-gila tahun 80an dulu kalo nak tunjuk kat lu karya2 beliau. arghh!

blackpurple @ jowopinter said...

Masjid Negara dengan Masjid KL jangan pulak keliru jugak bro'.

Ha ha ha.

Kacak dan bergaya sungguh!

gayour said...

blackpurple
betul tu. err... masjid key ell tu dipanggil masjid key ell atau masjid wilayah persekutuan. yang mana satu ni? entah la. dua kali gua pegi solat sunat tarawikh kat masjid key ell/wilayah tu. sekali tahun 2006, sekali lagi puasa tahun ni. sejuk tegedik-gedik! heh!

Anonymous said...

Akum bro,

Hehehe... kalu ko xkantoi lokasi tue dan post kat blog nie.. heheh aku pom xtau dalam KL nie ada library yg satu lagi tue hehehe

-
Hj Karim & Bini baru

gayour said...

haji karim & isteri baru
ni dah tau ni bleh la bawak isteri baru dating kat libri dan ambik gambo kat tiang bendera tetinggi tu tuan haji. heh!

Yatt said...

Bro, ari tu gua jumpa kartunis Ambo buat sketch kt Central Square, Sg Petani.

gayour said...

yatt
beliau memang merayau seluruh semenanjung untuk mengkartunkan wajah rakyat malaysia biar semua tersengih/tersenyum dalam meghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup!

MJ said...

gila babas! gua jumpa blog kartunis legendary!! tabik spring!!!!

gayour said...

mohd jayzuan
welcome to my NIGHTMARE!

MJ said...

panggil jay je bang. nightmare pun nightmare la... janji saya membesar ngan kartun kartun abang tu....

hihihi.

gayour said...

jay
whatever la jay oii! moga lu makin sihat membesar... terima kasih.

MJ said...

bang, mana bole kalau nak dapatkan 'bersama selamanya' the whole episod eh? in one book. ada tak?

Anonymous said...

Got something interesting at ma site (latest entry) Hope u enjoy da song bro ... hehehe eh, eh terspeaking ober lak aku ... hehehe - terlebih makan MC D le semalam ni hehehe

gayour said...

jay
sori dude! gua tak ada lebih nak bagi kat lu... sad but true!

serunai faqir
yeah, sure. whatever. tapi kalo tak best, gua tumbuk perut lu biar temuntah balik segala mcd yang lu telan tu! heh!

MJ said...

waduhhhhhh

gayour said...

jay
nasib lu la. har fragin har!

lidah said...

gayour. dari kecik aku suka kau punya details dalam drawing. oh pakcik

gayour said...

lidah
gua memang bersungguh semasa melukis kerana melukis kartun bukan kerja yang saje SUKA_SUKA atau saje MAIN-MAIN! semua kartunis/pelukis patut bersungguh dan bertanggungjawap dalam berkarya! terima kasih

N a d i a said...

gambo brader & tiang bendera tu sempoi laa..nampak macho je tiang bendera tuuu..hehehhe..;-)

p/s: haritu saya & yatt ke chowrasta lagi. beil GH, tapi isu otai2 gile..years before brader punye time.

gayour said...

nadia
huih, old skool tul tu! mesti ada karya kartunis yuzal, sal, dinie, aselan, wahidi, raz, pyan, poe, kartekana, yo, fuzan, kutilyoyo, allahyarham mojo dan 'mike mignola ' malaysia iaitu mohas!