TERTEKAN
27 RAMADHAN 1428HIJRAH - 09 OKTOBER 2007
Wahai sahabat semua... bersedialah untuk merasa TERTEKAN tak ingat bila/semasa jalan raye ke rumah saudara mara, jiran atau member sekampung di Hari Raya Aidil Fitri ni nanti. TERTEKAN apa hal plak. Pasal kena bagi duit raya ker? Bukannnn… Tapi nak ikutkan itupun tetekan gak! Heee...
Yang gua maksudkan ialah TERTEKAN dengan SOALAN-SOALAN yang tiap tahun itu la soalan wajib yang kita dengar dan terpaksa dijawap dengan senyuman tak ikhlas. Ada banyak lagi soalan sebenarnya, tapi inilah antara soalan TERTEKAN paling popular tahap maut nak mampuih yang membuatkan kita cemuih tak ingat dan rasa nak lari sambil menjerit ARGHHHHHHHHHHH!!
Soalan TERTEKAN dan cemuih tersebut adalah
Pada yang dah berkeluarga;
- Ini anak kau ya? Eh! Eh! Besar dah budak ni yee… dulu kecik jer! ( ya la, kalo kecik tak besar-besar, korang komplin gak )
- Ni siapa nama ni?
- Berapa umur. Dah sekolah ke blum. Sekolah kat mane. Darjah berape?
- Peksa hari tu dapat nombor berape?
- Alaaa! Comelnye dia pakai baju kurung/kebarung/kebaya/gaun. Beli kat mana baju ni? Cantiknyeee…
- Whoa! Hensemnye dia pakai Baju Melayu. Siap samping, songkok lagi! Ikut bapak dia la nikan?
- Ni pakai cantik-cantik ni nak pergi mana ni?
- Nak duit raya tak? Kalo nak, mari salam dengan Mak Ngah dulu…
- Banyak dapat duit raye? Mari Mak Su tolong kirakan.
- Ni duit banyak-banyak ni nak buat apa nanti ni?
- Tinggal sini dengan atuk/nenek/Pak Long/Mak Long/Mak Uda/Pak Usu la ye… Bleh sekolah dengan Ani tu. Ada gak kawan si Ani tu.
- Berapa anak dah?
- Bila sampai?
- Pukul berapa betolak tadi?
- Jalan okey ke?
- Berapa hari cuti?
- Balik naik apa?
- Banyak buat kuih?
- Kau tak raya kat Kedah/Pahang/Sarawak/Melaka/Kelantan/Sabah/Negeri Sembilan/Penang/Perak/Terenggangu/Perlis/Selangor/Johor/Singapura/Brunei rumah mertua kau ker tahun ni?
- Hiuh! Jalan jam giler kat highway aa… kat T.V. ada tunjuk.
- Ada eksiden ker?
- Kau tinggal kat mana kat Key Ell sana?
- Kek sano cam no, hujan ko paneh?
- Kerje kat mana. Tak jauh ker berulang hari-hari?
- Jem teruk aa hari-hari. Gua tengok T.V. Huihhh! Giler punyer jem kat Jalan Tengku Abdul Rahman, Chow Kit, kat Masjid India…
- Bila nak balik Key Ell?
- Bila start kerje?
Pada yang bujang plak;
- Uikz! Kau dah gemuk sekarang ya. Apa kau makan aa?
- Humang hai perut ekau. Ni perut ke tempayan ni?
- Waa… cantik kereta, bila beli?
- Waa..! Betambah cantik la kau sekarang ya. Apa rahsia? Mesti ada apa-apa ni… hehehe…
- Aku dengar kau dah betunang. Betul ke. Orang mana. Hensem/cun ker?
- Berapa lama betunang. Bila nak langsungnye?
- Kau ni bila lagi nak kawen ni Mat/Siti? Kawan-kawan kau semua dah beranak pinak dah!
- Oi! Lu bila nak kawen daa? Awek punye la besepah kat Key Ell tu, sorangpun lu tak dapat nak ngorat. Apa la lu?
So cam no, korang penah tak ditanye soalan-soalan cam ni? Mesti penahkan. HEH! So ini la SOALAN BOCOR - ANTARA SOALAN-SOALAN MAUT sebagai persediaan raya nanti. Selamat menjawap dan meresa TERTEKAN tak ingat di hari raya! Nasib korang la! HARHARHARHAR!
4 comments:
gua blom pernah disoal dgn soalan mencabar tahap ketujuh jurus mentibang terbang nih...
arrggghhhh..!!!
gua taknak kena soal...
ooo... tak nak kena tanye ye. skang gak gua tanye lu... berapa pasang buat baju raye tahun ni. kaler ape. berapa hari cuti raye, raye ni balik mana, bila nak kawen , awek okey ker?
rasain lu! harharhar!
Bro Gayour ada lagi soalan2 maut. Contoh macam ni dan aku sertakan sekali jawapan:
1. S : Ko ni dari dulu dua orang aje anak.....bila nak tambah lagi?
J : Uih...nanti le dulu...ko ingat aku ni kilang buat orang ape?!!
2. S : Berapa hari ko stay kat kampung?
J : Kalau boleh pagi raya lepas solat raya aku nak cabut.
3. S : Cuti lama2 ni,banyak betul cuti ko?
J : Aku apply sehari aje, yang lebih aku amik MC
4. S : Ni raya sakan bukan main, puasa cukup tak?
J : Insyallah cukup....tapi rasa2 cuma puasa lapar dan dahaga aje le, puasa mata ngan telinga tu aku tak pasti plak.
5. S : Wah!!! bagus ko ek...bagi duit raya kat budak2 yang datang kat rumah pon sorang RM5. Berapa gaji ko Mat/Siti?
J : Banyak tu tak banyak le pakcik, cukup le sampai hujung bulan ni ikat perut. Apa nak buat...makan roti lor!
6. S : Ko ni tiap tahun balik mesti pakai kereta ni...bila nak tukar kereta baru?
J : Kereta baru?...ko byk soal apahal?...ko bayar ke installment aku bulan2?
Sekian
ewah ewah! lu lebih-lebih la plak. siap jawapan sekali. tapi betul la tu. harharhar!
Post a Comment