Sunday, April 27, 2008

LUKIS KARTUN

PESTA BUKU 3
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR

BAHAGIAN TIGA DARI TIGA

21 RABIUL AKHIR 1429 HIJRAH - 28 APRIL 2008

Sibuk tak ingat cam sobat semua membuatkan gua tak sempat dan tetangguh nak masukkan cerita basi ni. ARGHHHH! Ni la antara sebab kenapa gua tak nak buat blog. Nak menghadap dan melayan bende ni. Tapi tak apa la... dengan adanya blog yang leceh ni gua dapat buat promosi buku gua pada semua sobat dan pengunjung blog gua ni. Bende ni memang banyak kebaikan sekiranya bijak memenafaatkanya. Terima kasih wahai encik blog! Hari terakhir gua turun buat promosi buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR kat Pesta Buku 2008. Kali ni gua datang pada belah petang. Pada hari terakhir ni juga gua dapat bertemu dengan beberapa orang sobat lama yang dah sekian lama tidak berjumpa dan syukur alhamdulillah, di hari terakhir ni masih ramai yang sudi membeli buku gua. Ayuh, mari saksikan beberapa pembeli buku gua yang sudi dirakamkan gambo mereka.

Pembeli pertama yang membeli dari gua pada hari terakhir ni. Tak tau la belah pagi dan tengahari tadi berapa orang yang beli. Saudara ni membeli untuk diri beliau sendiri kerana ingin belajar cara yang betul melukis kartun. Terima kasih encik.

Gua tak fakir adik ini akan menjadi seorang kartunis walaupun ibubapa beliau membelikan buku gua ni untuknya. Tak apa, tak jadi seorang kartunis sepenuh masapun tak apa wahai adik. Yang penting adik boleh belajar melukis kartun dengan cara yang betul dan boleh melukis kartun dengan baik. Tapi sekiranya adik memilih untuk menjadi seorang kartunis, itu adalah keputusan adik sendiri dan selamat menjadi seorang kartunis yang beriman dan berjaya.

Awek ni sangat ‘ gila ‘ melukis kartun menurut si ibu yang datang ke Pesta Buku ini bersama anak-anaknya dan membelikan buku gua ini untuk si anak yang rakus melukis. “ Sejak kecil dia suka sangat melukis. Beratus helai kertas dan puluh buah buku telah dilukisnya. Hari-hari dai lukis kartun!” Menurut si ibu lagi. Biarkan dia terus melukis kakak. Moga buku saya ini akan memberi kefahaman padanya mengenai kartun dan memberi sedikit panduan atau hala tuju mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis. Pilihan adalah di tangannya. Selamat belajar wahai adik manis. Seperti awek-awek remaja lain yang membeli buku gua, selamat datang ke dunia kartun dan marilah memeriahkan lagi industri kartun tanahair dengan ILMU. Terima kasih.

Besarlah harapan agar sumbangan kecil yang gua beri melalui buku ini memberi kesan yang ‘besar’ pada generasi muda yang ingin atau minat melukis kartun dan mungkin bercita-cita untuk menjadi seorang kartunis di masa akan datang. Moga mereka menjadi seorang kartunis yang berILMU seperti adik yang membeli buku gua ni. Inilah harapan gua. Terima kasih. Berusahalah! Tiada yang mustahil untuk dilakukan sekarang ni dengan izin Allah.

Makin lama makin ramai pengunjung yang datang ke Pesta Buku ni. Pening gak melihat orang lalu lalang kat tempat gua duduk. Ramai yang singgah melihat dan bertanya. “ Ini buku terbaru saya. Sila tengok!”. Remaja ini membelek-belek dan kemudian trus membeli tanpa rasa menyesal. Adik telah membuat pilihan yang tepat dan bijak sekiranya untuk lebih memahami dan ingin menjadi seorang kartunis yang berILMU! Terima kasih adik. Selamat belajar dengan sabar dan selamat berjaya diucapkann.

Sekiranya adik ini belajar dengan bersungguh dan memahami segala yang gua nyatakan dalam buku gua ni, tidak mustahil dia akan jadi seorang pelukis kartun amatur yang paling terer kar sekolahnya! Dia pasti dikenali oleh semua guru, kengkawan dan pastinya awek-awek. HEH! Dia telah popular mendahului zaman yang sepatutnya! Tidak mustahil untuk berlaku pada adik ini. Gua betul-betul rasa cemburu dengan adik ni pasal masa gua sebaya umur dengannya dulu, gua tak dapat memiliki buku seperti ini. Bersyukurlah wahai adik. Selamat belajar. Jadilah seorang anak yang baik, soleh dan beriman.

Remaja ini datang bersama dengan abangnya dan trus membeli buku gua. Terima kasih diucapkan. Ingat, buku ini hanya ‘memberi ‘ apa yang perlu sahaja, selainnya adalah usaha dari adik sendiri untuk berjaya!

Setiap kali melihat anak-anak kecil seperti adik ni dapat hadiah buku yang gua buat ni dari mak bapak mereka, gua betul-betul cemburu. Tapi tu la… apa yang nak dicemburukan. Masa dah berubah. Ini adalah kemudahan untuk anak-anak zaman sekarang belajar dan mendapat ilmu. Ini adalah bahagian mereka. Gua kena akur dengan kebenaran ni. Sedar atau tidak, buku yang gua buat ni adalah sebahagian dari kemudahan pada semua anak-anak atau siapa saja yang berminat mengenai kartun untuk mendapat manafaat darinya. Moga adik ini berjaya dalam apapun yang dilakukannya. Terima kasih.

Siapa sangka, siapa duga… brader Budin kita ( Imuda ) datang merayau ke gerai Krangkraf dan sudi singgah menjenguk gua. "Hey! Apa habaq nuu…?" Siapa sangka, siapa duga, adik yang membeli buku gua ni diabadikan gambonya bersama gua dan brader Imuda oleh kamera gua dan kamera bapanya. Terima kasih brader Imuda dan terima kasih pada bapa adik ini yang sudi membeli buku gua. Nanti bila adik ni dah cukup besar dan melihat gambo dia dengan brader Imuda, salah sorang kartunis otai tanahair akan membuatkan dia betambah semangat untuk belajar dan menjadi seorang pelukis kartun yang berILMU!

Sorang lagi adik perempuan yang bertuah pada petang hari terakhir Pesta Buku ni selain dari dibelikan buku gua ni oleh ibubapanya, beliau gak berpeluang bertemu dan begambo dengan brader Imuda. Selamat belajar dan melukis kartun wahai adik manis. Terima kasih.

Ramai plak mak bapak yang membelikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua ni untuk anak-anak mereka petang ni. Cam no gua tak rasa cemburu? Mereka dengan mudah mendapat kemudahan untuk mendapatkan ilmu mengenai kartun. Patutnya dengan kemudahan yang melambak-lambak sekarang ni akan menjadi/melahirkan ramai bakat-bakat baru yang bukan saja berkakat tapi berILMU mengenai kartun atau komik. Belajar betul-betul ya adik. Terima kasih.

Sebelum balik di hari terakhir ni, gua singgah kejab menjenguk aktiviti yang dibuat olek peKomik. Sempat memperkotak-katikkan pertubuhan yang tidak berdaftar iaitu Manteraworks! Harharhar! Pagi tadi ramai kartunis otai datang ke majlis yang telah diatur oleh peKomik. Dato’ Lat dan encik Jaafar Taibpun ada! ARGHHHH! Rugi tak dapat jumpe Dato’ Lat. Lebih menarik, pelukis komik perempuan pertama tanahair atau mungkin yang pertama di Rantau Asia, iaitu Puan Nora sudi datang bertemu dengan pelukis-pelukis muda dan bercerita mengenai pengalaman getir beliau melukis pada awal tahun 40 an dulu. Zaman gelap, tanah Melayu belum merdeka, masih dijajah British! Kebanyakan karya-karya ibu Nora telah dibawa lari oleh British dan sekarang ni ada kat England sana. Sayangnya gua tak berkesempatan untuk bertemu dengan wanita semangat besi ni. Moga ibu Nora sihat dan betambah iman. Jasa ibu sangat besar pada pekembangan industri kartun dan komik tanahair.

Tak dapat jumpa Dato’ Lat dan Ibu Nora, tapi petang ni gua jumpa dengan sorang sobat lama iaitu saudara Pyan. Saudara Pyan atau kartunis Scorpian pernah bersama dengan gua di zaman Jurassic dulu sebagai kartunis kat majalah GELIHATI. Mungkin ramai yang tak tahu, tak kenal, tak pernah tengok kartun beliau atau tak pernah dengarpun nama beliau seperti juga karya atau nama Ibu Nora. Tak kisah la...itu bukan sebab untuk korang hilang selera makan!

Salah satu aktiviti anjuran peKomik yang berlangsung sepanjang Pesta Buku ni ialah cabaran lukisan komik terpanjang untuk dimasukkan dalam The Malaysia Book of Records – 400 meter! Kalo belari sejauh 400 meter ni, kalo tak pitam, sah muntah hijau! Semua pelukis komik ( amatur dan pro ) dijemput untuk melukis. Macam-macam gaya hasil karya ada kat kain ni. Sebagai sokongan pada peKomik, gua singgah jab untuk melakar.

Terima kasih pada semua yang telah sudi membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Moga buku gua ini akan melahirkan lebih ramai kartunis lelaki dan perempuan generasi baru yang berILMU dan sedia menerima cabaran, sanggup bersaing dan melakukan kejutan hebat pada industri kartun tanahair dengan karya-karya yang berkualiti! Begitu juga pada pelukis-pelukis komik tahanair! moga ada kebaikan

demi Allah, gua tak pernah salahkan ibubapa gua kerana tidak 'mampu' membelikan gua buku itu... kerana 'kekurangan' itu gua berusaha dan belajar sendiri....

terima kasih

16 comments:

infogue said...

Artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersedia plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!

http://infogue.com
http://buku.infogue.com/buku_melukis_kartun_cara_gayour

blackpurple @ jowopinter said...

Besar jasa bro'.. Semoga ada manfaatnya...

Wak nak dapatkan 7 copy la, nak hadiahkan anak buah...

gayour said...

infogue
yeah! bisa diatur dong!

blackpurple
terima kasih wahai sobat yang budiman.
apa sangat la jasa gua...

Yatt said...

Tahniah bro atas kelahiran buku tu. Semoga dpt menyalurkan lebih banyak ilmu utk org baru dlm dunia komik dan kartun.

Hahaha... Kesian Pian lu kata dia kartunis zaman Jurassic. Mamat tu tak reti-reti nak lukih kartin balik ka!!

gayour said...

yatt
terima kasih wahai sobat. pyan sibuk dengan kerjaya lain. tak sempat nak lukih kartun lagi nuuu...

Anonymous said...

Gayour;
Itu hari gua nak ajak lu minum kejap, tp nampak lu bz jer... Gua pun sampai lupa nak mintak nombo tipon lu.

Gua skrg kat address baru - klik tang nama gua...

Salam.

gayour said...

pyan
ah, sudah la pyan! lu kalo nak belanje gua minum jer gua memang tak nak. belanje makan la sekali! heh!

tq my pren

Anonymous said...

gua nak dapatkan buku tu jugak walaubagaimana sekalipun..lautan api sanggup ku redah..tapi bgmn ye caranak dapatkannya..hehehe

gayour said...

reen
bleh datang beli kat toko buku karangkraf ( sek 15 ), kat alaf 21 ( sek 16 ) atau kat mana-mana kedai buku yang menjual produk alaf 21.

bleh gak tipun/email kat alaf 21 kalo nak tau kedai mana yang ada jual berhampiran dengan tempat encik
03 5511 8820/21
alaf@alaf21.com.my

terima kasih

Anonymous said...

tq brader..gua akan dapatkan juga..bakat gua yg terpendam ni mungkin akan bersinar ngan adanya panduan yg betul melalui buku ni..hehehe..gua kat Kota Bharu..nanti gua email alaf21..

gayour said...

reen
selamat kembali melukis dan bersinar!

eddie dewanaga said...

salam bro..

gua eddie.. budak jb yg dah sebaya dinaso jugak, itupun klu dinaso idup lagi...

gua follow lu sejak zaman gelihati lagi beb..
dan masterpiece lu yg gua ingat sampai sekarang ialah, ''siapa yg harus dipersalahkan''

huh.. mkn dlm tu...

lagi satu kes ''slash n black''
dan gadis idaman gua si melissa tu...

huh.. playlist utk kali ni(sebab layan blues)...
melissa - helter skelter
melissa - king diamond
dracula - iced earth
motorbreath - metallingkup
i dont mind the pain - danzig
summer breeze - type o negative

anyway.. lu mmg best..
keep on drawing,
hehehe..
bkn best je... dah tahap diva mcm anita serawak tu..
hehehe..

bak kata arwah paul baloff,
heavy metal must united,
others must die..!!
see u around!

Anonymous said...

Bro gayour...aku ni 'kipas susah mati' 'Bersama selamanya'aku minat kat pet and amar masuk ni dh tahun ke 6 aku cari komik tu,namun tak jumpa2 lagi..tolong k...

lee said...

akum bang gua minat gila ngan kartun abang.boleh kirim ke buku dan macam mana gua nak bayar buku tu.tolong bro gayour

Cinta Zakirah said...

Di mana boleh saya dapatkan buku Melukis Kartun Cara Gayour? saya cari kat MPH takde.

M.s.m artz said...

Ada lagi tak buku ni