NIEW
NAM INSTITUTE FOR THE
EMPOWERMENT OF WOMEN
22 RABIUL AKHIR 1429 HIJRAH - 29 APRIL 2008
Penah dengar tak adanya sebuah perpustakaan kat Tingkat 2 dalam bangunan Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur? Tak tahu. Tak pernah dengarpun! Hari tu pada 14 Rabiul Akhir 1429 Hijrah – 21 April 2008 ( Isnin ) Padi, Amang dan gua telah dijemput oleh pihak perpustakaan ni dalam program/aktiviti promosi yang diorang buat untuk mempekenal/memberitahu seluruh rakyat Malaysia terutama seluruh penduduk Lembah Kelang bahawa selain dari Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Kuala Lumpur, ibukota Kuala Lumpur menambah lagi bilangan perpustakaannya kat Wisma Sime Darby nak bagi kita semua rajin membaca dan berilmu. Jangan plak tak tau aaa… Penat gua pergi tau!
Kitorang sampai betul-betul tepat pukul 12 tengahari iaitu time makan! Blum makan lagi la Padi! Sabar! Sabar! Patutnye bleh sampai awal tapi jalan Dataran Merdeka tutup la plak. Aduu laa… Ada program apa ntah kat tengah padang tu. Banyak belon-belon. Rase nak singgah jab amik belon. Heh! Kena la berasak-asak masuk ke Jalan Pasar, masuk ke Jalan Lebuh Ampang. Encik polis trafik yang jaga kat simpang air tejun antara Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman tu bagi plak cilok ke Jalan Raja Laut. Alhamdulillah… tak la sangkut kat bulatan Bank Rakyat tu. Program kitorang mula pukul 12 tengahari kat sini! Sampai jer… lagi sekali tanpa den sangko, tanpa den dugo brader Imuda ada sekali sedang baiekkk lukis karikatur pengunjung libri. “Apa habaq nuuu…?
Cik Effa bukan saja sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam NIEW tapi juga sebagai tukang rakam gambo semua aktiviti yang dijalankan kat dalam NIEW ni. " Sebagai portfolio", tegas beliau. " Tak kire la gambo/rakaman ni hebat atau tak, janji bleh buat porfolio", ujar beliau lagi sambil trus merakam. Baguih la… Tengok gayapun dah tau tak pro punyer camera women. Heheee… Walau beliau tak pro ambik gambo, beliau la antara yang paling sibuk melayan kitorang. Time makan beliau yang bawak kitorang naik lif ke dewan makan tingkat lapan bersama sorang lagi PRO yang tak kurang sibuknye iaitu Che Wan Qatrunnada.
Kelihatan brader Imuda berhenti melukis karikatur jab kerana ingin mengurat cik Effa dan membuatkan encik yang sedang dikarikaturkan menepuk dan mengaru kepala beliau! Harharhar! Nasib encik la kena brader Imuda yang buat karikatur encik. Tunggu la sampai beliau habis ngurat untuk sambung lukis balik. Nakal sungguh brader Budin kite ni!
Tugas kitorang kat sini ialah melukis karikatur pengujung yang datang sebagai salah satu aktiviti yang disediakan buat pengunjung yang datang. Sedang syok lukis, Pengarah NIEW Puan Fadzilah Mohd Saaid datang menjenguk kitorang. Tu yang bebaju biru tu la pengarah kat sini. Perpustakaan ni tidak dinamakan perpustakaan tapi dinamakan NIEW singkatan dari NAM Institute for the Empowerment of Women. Bebelit lidah menyebutnya. Bukan lidah gua jer bebelit, para librarian dan PRO NIEW pun penat dan bebelit lidah memberitahu kitorang. Kesian… nasib korang la! Harharhar!
Melepasi pukul satu petang, pengunjung makin ramai terutama student dari Kolej Kosmopoint yang berhampiran. Menang NIEW menjemput kolej-kolej yang berhampiran datang ke program yang diorang buat ni termasuk orang ramai yang berkeliaran. Makin lama makin ramai. Makin ramai/banyak perlu dilukis. Selain dari student kolej yang datang, masa ni NIEW sedang menganjurkan kursus pada peserta-peserta terpilih dari Negara-negara NAM. Diorangpun datang ke program ni. Main congkak, karum dan lain-lain permainan yang disediakan selain dari melihat buku-buku yang ada. Gua sempat mengkarikaturkan beberapa wajah dari Timur Leste, Mesir dan Syria ( student ) yang datang ke libri NIEW tengahari ni.
Ada banyak buku kat sini untuk dilihat, dibaca dan diambil manafaat darinya. Gua tak sempat nak tengok semua termasuk nak lawan congkak dengan Padi! Kalo lawan, mesti kalah teruk Padi gua kerjakan! Sebelum pegi lunch gua nak begambo kat celah-celah rak buku ni. Tak tau nak begambo sambil eksyen dengan buku apa, gua rembat jer buku ni… tu dia terembat buku Encyclopedia of RAPE! Rupenye bukan saja encyclopedia pasal binatang dan lain-lain yang biasa kita tengok tapi encyclopedia mengenai jenayah rogol juga ada rupenye. Kalo korang nak tau lebih sila datang ke NIEW ni ya.
Lepas lunch dengan rakusnya dan kena raging lukis karikatur semua petugas, pustakawan dan Pegawai Perhubungan Awam NIEW, baru la boleh ambik gambo. Ni la antara petugas-petugas yang sungguh baiekk dan ramah tamah yang korang akan jumpe dan sedia melayan kerenah korang sekiranya korang datang ke NIEW ni. Jangan malu, jangan segan tak memasal untuk cuba try datang ke NIEW. Bukan saja pada srudent yang cari bahan nak siapkan assignment/tesis atau nak lulus exam tapi pada rakyat kebanyakan yang dah abih belajarpun boleh datang. Pada student yang sedang becinta, bleh la datang ke sini buat-buat cari bahan rujukan dan study bersama la kononnya. Gitu gak pada rakyat kebanyakan yang sedang bercinta dan tak tau kat mana nak pergi lagi kat Key Ell ni… selain dari boleh pegi ke Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Galeri FINAS, Perpustakaan Kuala Lumpur, Muzium Negara atau Zoo Negara, korang boleh menambah koleksi tempat terbaru untuk dating iaitu di NIEW. Sila la dating kat NIEW. Tempat terakhir yang bagus dan selesa untuk dikunjungi. Mungkin ada bahan bacaan yang menarik hati dan akan menambah ilmu walau sambil bedating. Terima kasih pada NIEW yang sudi menjemput kitorang dan semua staff NIEW yang baiekkk banget melayan kitorang hari tu.
Gua tegaru kepala mengenai NIEW ni. Jadi untuk menghilangkan gatal kat kepala, gua beranikan diri bertanya pada PRO NIEW, Che Wan Qatrunnada mengenai beberapa kemusykilan yang mungkin para sobat gak musykil tak ingat pasal NIEW ni. Sila lihat jawapan dari PRO NIEW.
Gayour : bila dibuka kat tingkat 2 wisma sime darby tu
PRO : Pusat Sumber Niew ni baru aja dibuka pada 10 September 2007 bersempena Majlis Perasmian Institut ni…
Gayour : apa buku yang ada kat situ. hari tu cakap banyak buku pasal pompuan. apa buku yang lain
PRO : buku mengenai wanita dan gender…selain tu ada social, ada politik, general, motivasi dan pelbagai bidang lain…novel pun ada. ada gak buku belajar melukis cara Gayour…hehehe
Gayour : apa lagi kemudahan yang ada/disediakan. seperti congkak…
PRO : ada wireless, opec iaitu pencarian buku dalam system, perkhidmatan fotokopi dan permainan-permainan untuk memenuhi masa lapang cth: congkak, catur, scrabble, monopoli dan carrom
Gayour : kena bayar berapa ringgit kalo nak jadi ahli. apa kelebihan jadi ahli. bepeluang jadi menteri contohnye. hee…
PRO : free of charge…tara payah bayar…orang luar hanya bole datang buat rujukan aja….kalau org dalam building leh pinjam seminggu
Gayour : apa hubungan dengan unesco
PRO : sebenarnya aritu kitaorag nak promote library, kebetulan tarikh yang kitaorg nak buat tu clash dengan World Book & Copyright Day ke 13 anjuran UNESCO. So apalagi…ambik kesempatan laaa…
Gayour : biasa dengar unesco tapi tak jelas maksud unesco tu. boleh bagi tau maksud dan fungsi unesco
PRO : ni rasa cam jawab soalan SPM laks..hehe…UNESCO tu dalam bahasa Melayunya adalah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu
Gayour : apa fungsi sebenar NIEW pada wanita Malaysia/asia/dunia
PRO : fungsi NIEW adalah berperanan sebagai sebuah institusi pengajian antarabangsa dan pusat rujukan yang menyumbang kepada pengupayaan wanita serta pembangunan modal insan dikalangan Negara-negara NAM
Gayour : kenapa dinamakan NIEW bukan perpustakaan.
PRO : sebab ate kecik sgt nak dipanggil perpustakaan…pusat sumber pun come sket nak panggil…
Gayour : buka pukul berapa, tutup pukul berapa
PRO : 9.00pg – 5.30 ptg…macam waktu orang gomen
Gayour : hari apa buka, hari apa tutup
PRO : isnin sampai jumaat - buka
cuti umum, sabtu dan ahad - tutup
Gayour : di bawah kementerian apa
PRO : sebuah agensi baru yang terletak dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Gayour : NAM – apa maksud NAM
PRO : NAM tu short form untuk Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali.
Gayour : apa maksud NAM Institute for the Empowerment of Women yang tepat dalam bahasa Melayu
PRO : NIEW sekiranya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu lebih kurang betul maksudnya adalah Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Gayour : apa-apa lagi maklumat mengenai NIEW
PRO : staff-staff kat sini semua come2…hehehe
Yeah! Itu la antara beberapa maklumat yang boleh kita kongsi bersama mengenai NIEW. Sekiranya semua jawapan atau maklumat yang diberi tidak memberangsangkan atau memuaskan hati sobat semua, sila jadikan maklumat yang terakhir tu sebagai penyebab yang paling power giler untuk sobat semua mencari dan datang ke NIEW. HEH!
23 comments:
aku pernah baca dan layan komik 'NAM' Micheal Golden dulu. Sambil tu dengar soundtrack 'Paint It Black' untuk feel yang lebih. sekian saja komen saya.
faizal
gua plak penah makan apam balik kat stall bapak member gua sambil dengar lagu mentera semerah padi dari stall jual air bandung kat sebelah!
hilang selera gua!
Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. Minta laluan...
'PARTI MELAYU SEMANGAT 46' (Penghormatan buat UMNO LAMA)
Masih ingat lagi pada Parti Melayu Semangat 46? Ia telah terkubur tanpa nisan. Telah mati dibunuh pada Mei 1996. Dibunuh oleh tangan pengasasnya sendiri demi 'Perpaduan Orang Melayu'. Ku Li dengan sikap merendah diri telah mengisytiharkan sanggup untuk menjadi 'Gurkha' UMNO.
Kebanyakkan generasi muda yang dilahirkan ditahun-tahun 80'an dan 90'an memang tidak berapa tahu tentang asal usul dan sejarah perjuangan parti nasionalis tulen ini. Besar kemungkinan hanya ingat-ingat lupa.
Parti Melayu Semangat 46 ditubuhkan oleh Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah bersama-sama bantuan dan pengorbanan besar juak-juak politik disekelilingnya; akibat daripada tewasnya beliau ditangan Tun Dr. Mahathir semasa perebutan jawatan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1987. Ku Li sebenarnya menang moral walaupun hanya tewas tipis dengan 43 undi.
Pertembungan bersejarah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada 2 kem.
Team A yang diterajui oleh Dr. Mahathir Mohammad, Ghaffar Baba, Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Sanusi Joned, Mohammad Rahmat dan lain-lain.
Sementara Team B dikepalai oleh Musa Hitam dan Tengku Razaleigh, serta mandapat dokongan kuat dari Shahrir Samad, Abdullah Badawi, Ajib Ahmad, Rais Yatim, Harun Idris, Marina Yusuf, Othman Saat, Radzi Sheikh Ahmad dan banyak lagi.
Selepas pertandingan sengit tahun 87, hanya Abdullah Haji Ahmad Badawi (Pak Lah) sahaja satu-satunya calon dari Team B yang dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden UMNO.
Sila baca artikel seterusnya di:
theindiestory.blogspot.com
patut lah wa tak tahu library nie, baru bukak tahun lepas. ahak ahak ahak. buku Mona Gersang ada ke lu jumpa dalam tu?
satu soklan gua..
kenapa Library kebanyakannya tutup waktu cuti umum?
Saper nak pergi library hari-hari biasa kalo kebanyakan orang kerja ikut Normal Hours? Hari cuti umum la orang nak melepak sambil membaca (bagi orang yg suka membaca la)..
Baru la boleh bawak satu family, anak, cucu, atuk, nenek, semua ke library, baru la dinamakan masyarakat membaca..
Skang punya trend yang bukak di ujung minggu semua Entertainment Center dan Shopping Complex.. Pastu bising yang rakyat Malaysia baca 2 buku je setahun..
Beginikah perkhidmatan yang cekap?
Sekian Protes Gua...
moderator
yeah! kejap lupa dan banyak kali tak ingat. arghhhh!
babazahra'
ekau memang tak senonoh jang. memang nak kono ghembat an kek pangka tiang pagar!
paes
nanti kita usulkan perkara ni ke parlimen!
NIEW_boss skang ngah uruskan pasal ni..saye..uruskan filing jek..eheh.
alamak, tak tahu pun, termiss ler. selalu mcm ni tau.
cik pa
selamat memfiling sambil senyum sentiasa wahai encik pa
mak su
ramai yang tak tau temasuk gua kalo tak diberi tau
aku sayang gayour. tapi sayangkah gayour kepada diriku?
moderator
kita mesti saling sayang menyayangi kerana Allah itu maha pengasih dan penyayang dan Rasulullah S.A.W. sangat sayang, kasih, cinta, belas pada semua umatnya
Isk, sepanjang beberapa tahun gua melepak di KL neh. Inilah kali wahid gua mendengo pasal NIEW. Mula2 ingatkan boy band mana plak sesat hehehe....!
Trima kasih sobat sobab bagi info yg sgt berguna ini. Sebagai upah, nnt brader dtg tempat gua, gua blanje brader ais kacang baek punya...hak hak hak!!
haha..kesian kat jab..
nur@ddeen
kaki lepak tidak memasukkan perpustakaan sebagai tempat lepak dalam senarai tempat lepak.heh!
ni dah tau ni bleh la pegi kalo ada kelapangan ye
tempat yang ada jual aih kacang biasanya menjadi tempat lepak yang best! heee...
neeziee
kesian? kesian kat sapa?
oh! tak baiek gelakkan jabatan perpustakaan negara. patut ucapkan terima kasih atas sumbangan mereka!
hohohoho..akhirnya gua jumpa juga kartunis yang gua sayangi dari dulu hingga la kelmarin..eheh silap..hinggalah akhir hayat gua..lu memang best..karya lu juga mmg best..Amar hensem je, tapi knp lu tak...opppsss hehehe..lu hensem brader, rambut ala2 awang BPR..majalah ujang yang first2 dulu best..skrg ni pun best..gua tak prnh miss..Blues pun ok..
semoga lu saksess selamanya
reen
terima kasih kerana meminati karya-karya gua. moga encik reen sihat, selamat, bahagia, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa
cambest ye itu library. ;-)
anyway, kitorang maybe turun kl next month. insya-allah. jom lepak nak?..heheh...cehh..acah je tu. segan la nak jumpe living legend. heheh
nadia
jangan la kata gua legend. malu sungguh rasenye!
selamat datang ke kuala lumpur. jangan sesat dah! heh!
abang bro,
bila mau update blog?
takde aktiviti baru ke?
paes
ada banyak aktiviti liar luar biasa hebat yang gua buat tapi malu la nak dedahkan kat sini. heh! nanti la gua masukkan entri yang baru. tq
aku ada komik NAM tu wahai Faizal Mokhtar..ahahha..
tahniah atas kelahiran melukis kartun cara Gayour,,,
AGHHHH!!! aku je tak beli lagi...
sibuk sangat ngan PeKOMIK kat pesta buku arituh..
sampai tak sempat nak ronda2 shopping buku/komik...
AGHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!
azhar
tahniah atas kejayaan pekomik minicon hari tu.
jangan lu ingat lu jer tak sempat nak round2 tengok/carik buku masa pesta buku hari tu, gua pun sama. satu buku hikayat sang kancilpun tak dapat nak beli! ARGHHHHHHHHHHHHHHH!
harap lepas ni lu ingat nak beli buku gua. heh!
Post a Comment