Sunday, April 13, 2008

MELUKIS KARTUN 1

PESTA BUKU 2008
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
BAHAGIAN SATU DARI TIGA BAHAGIAN
07 RABIULAKHIR 1429HIJRAH - 14 APRIL 2008


Ahad lepas (29 Rabiulawal 1429H - 06 April 2008 ) gua pergi ke Pesta Buku 2008 kat PWTC untuk promosi dan jual buku
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
gua. Kali pertama melalui/merasai pengalaman buat promosi dan jual buku sendiri. Tak ada beza sangat, cuma gua kena kata “ ini buku terbaru saya, sila tengok “, sebagai promosi dan kata lagi “ sesuai untuk semua peringkat usia terutama pada yang berminat untuk belajar melukis kartun “, sebagai kata-kata manis supaya membeli. Alhamdulillah, kali pertama buat promo ramai gak yang sudi membeli terutama ibubapa yang membeli untuk anak-anak mereka. Ayuh saksikan antara gambo-gambo yang sempat gua rakamkan dengan pembeli-pembeli buku gua kat Pesta Buku 2008. Terima kasih.


Seorang remaja pompuan yang berminat untuk melukis kartun. Kerana itu beliau membeli buku gua ni. Terima kasih. Selamat melukis kartun. Kalo tak jadi seorang kartunispun tak apa asalkan cik adik manis faham, tahu dan berilmu mengenai kartun. Nanti bila adik berkawen dan mempunyai anak yang berminat melukis kartun, adik manis adalah guru pertama yang sedia memberi tunjuk ajar pada dia. Nanti bila kawan-kawan dia bertanya “ kau belajar melukis kartun dari mana/siapa aa?” Si anak akan berkata “ ibu aku adalah guru kartunku yang paling hebat dalam dunia!”


Kakak ini begitu bersemangat semasa bertanyakan mengenai kandungan buku gua ini. “ Anak kakak minat betuk melukis kartun “. Berikan dia buku ini dan biarlah dia belajar mengikut apa yang saya sampaikan dan kemudian setelah faham dan mahir, melukislah mengikut kehendak hati! Terima kasih kakak.

Seorang bapa membawa anak kecil ini bertemu gua dan terus membelikan buku ini untuk si anak. “ Inilah kartunis Gayour “, kata si bapa ( yang mungkin suatu masa dulu peminat tegar majalah humor tanahair ) kepada anaknya yang terpinga-pinga. “ Gayour? Tak pernah dengarpun, tak kenalpun “. Terima kasih abang. Moga anak abang berjaya dalam hidup dan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman.

Seorang lagi generasi baru yang suka melukis kartun. Memang gua buat buku ini untuk semua orang mendapat ilmu dan manafaat darinya. Tidak semestinya kena jadi kartunis kerana membeli buku gua ni. Apa yang pasti mendapat ILMU dan kefahaman darinya. Jangan kita jadi jahil dan menjadi penentang tegar terhadap minat atau sesuatu kerjaya yang kita rasa tidak menjamin masa depan seperti seorang kartunis. Terima kasih adik.

Kakak ini seorang peminat/pembeli/penyokong tegar majalah humor tanahair kerana itu beliau membelikan buku gua ni untuk anak beliau yang suka melukis kartun. Terima kasih. Selamat bersungguh belajar melukis kartun dan berjaya walau tidak menjadi seorang kartunis sepenuh masa.

Si bapa dan si ibu membawa anak-anak mereka bertemu gua dan terus berminat untuk membeli buku gua ni setelah membelek dan mendengar penerangan dari gua mengenai isi kandungan buku ni. Terima kasih abang. Biarlah mereka berkongsi belajar melukis kartun dengan cara yang betul melalui buku ni.

Cam yang gua kata tadi, ramai ibubapa membelikan buku gua ni untuk anak-anak mereka belajar cara yang betul melukis kartun kerana adanya buku melukis kartun dan bermacam-macam lagi buku yang gua tak dapat miliki masa zaman gua dulu. Sungguh beruntung anak-anak zaman sekarang. Gua benar-benar rasa cemburu! Sungguh mudah mereka mendapat ilmu terutama dengan adanya kemudahan internet. Apa nak dikata, zaman berubah dan mereka berhak untuk menikmati segala kemudahan ni. Terima kasih. Moga adik berjaya di dunia akhirat.

Petang tu gua dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam salah satu acara anjuran peKomik yang juga menjemput karyawan-karyawan seni grafik, animasi dan komik untuk bercakap/bercerita mengenai kerjaya memasing . Selain bercakap mengenai majalah G3, kesempatan ni gua gunakan untuk mempromosikan buku gua pada tetamu yang hadir. " Oi! Oii! Yang kat depan dan kat belakang tu! Jangan main-main! Tengok ni! Tengok cover dan buku gua ni betul-betul! Nanti boleh beli! Temasuk dengan lu encik Faizal Mukhtar! " HEH! Ramai yang tak tau dan sekarang ramai yang dah tau mengenai buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua ni setelah gua promosikan. Jangan lupa untuk melihat dulu isi kandungannya dan membeli! HEH!

Petang ni gak tanpa disangka gua bertemu dengan saudara UJANG dan saudara Tembakau dalam majlis forum ni.

13 comments:

N a d i a said...

huwaaaaa...tahun ni tak dpt pegi!

Anonymous said...

Gua cari lu hari tu, lu mana pigi aaa? hehehe

gayour said...

nadia
yeah! untuk kedua kalinye nadia and famili tak dapat pegi ke pesta buku. harharhar!

serunai faqir
apa lagi, gua nyuruk la!
bukan salah lu dan bukan salah gua kita tak dapat betemu. ini semua dah takdir... uuu...uuuu...

faizalmukhtar said...

tapi jelas berlaku penyelewengan pada majlis itu. Dan pihak Manteraworks berasa terkilan atas perkara ini. Minta beri penjelasan

Sekian,
Gerakan Bersepadu Manteraworks.

Unknown said...

dulu ada mak bapak yang siap nak pelangkong anak kalau si anak kata nak jadi pelukis...

tapi sekarang ni makin ramai yang berani menggalakkan anak-anak untuk cuba melukis... walaupun bukan secara profesional macam kau at least dia orang tahu melukis... tak macam aku yang hanya tahu lukis orang lidi ajek... haha

bro..all the best!

Anonymous said...

Sobat...

June gua turun KL...kat mano ada jual buku ko tu eh...nenek gua pesan satu la bro.....

support! support! support!

gayour said...

faizal mukhtar
guapun rasa tak puas hati kerana banyak lagi persoalan dan kemusykilan mengenai manteraworks iaitu sebuah pertubuhan yang jelas tak berdaftar! bagaimana sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar diberi ruang dalam persidangan ini?
ini boleh mencetuskan perang saudara!

help!

geneticthylon
mak bapak sekarang makin terbuka minda dan menghargai bakat anak-anak mereka.
jangan salahkan makbapak kita dulu kerana itu adalah tanda kasih sayang, keperihatinan dan kerisauan mereka pada masa depan kita.

terima kasih banyak-banyak pada mereka...

gandum
apa susah, kat danga bay pun lu boleh cari dan dapatkan buku gua. lu bleh cari kat kedai buku yang menjual buku2 terbitan alaf 21 kat;
plaza angsana, KOMTAR JB, JB city square, larkin transport terminal.

kalo kat perlis plak lu bleh cari kat;
wijaya maju jalan penjara, kangaq dan wimaju kat belakang kayangan square.
tq very very much!

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT! tq

carvedijan said...

bro gayour....sori le tak dapat nak berjumpa masa kat pesta buku yang lepas....

insyallah next year kita jumpa ye....nak minta sign bosar bosar hehehe.....

gayour said...

moderetor
moh kito tengok weh!

carvedijan
tiada siapa yang harus disalahkan. ini semua kuasa tuhan.

Nas-Aguri said...

Pendapat peribadi aku la...

Buku yg padat... ketat... informatif... supreme... berpatutan... propaganda... berkarisma... err... brader, brape komisen aku dapat promote lu punya buku... err... berwibawa... seksi... memberangsangkan... mendebarkan... interaktif... superb... bla... bla... bla... and so on....

Serius... rugi kalo tak beli. Gua cadang nak beli 5... tapi blom lagi jual kat kedai buku ofis kita. Adeh...!!

gayour said...

nas-aguri
puji lebih-lebih tak guna bah! cepat pegi beliiiiii!

Fiza said...

Salam Bro,...

Sori ler soalan out of service sikit nak tanya ni bro x buat ke koleksi Bersama Selamanya, kalau ada kat mana nak beli ye? TQ