Wednesday, June 04, 2008

UBAH LA...


JANGKAKAN SUATU YANG DI LUAR JANGKAAN!
01 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 05 JUN 2008


Apa nak dikata? Satu Negara tejezut tak ingat dengan berita dan tindakan berhemah dan mesra rakyat kerajaan selepas pilihanraya dengan menaikkan harga minyak tanpa belas! Kita tak dimaklumkan sebagai persiapan awal mengenai kenaikan harga minyak ni dan bila akan dilaksanakan. Berita panas ni gua tahu petang semalam dari sorang sobat di saat-saat akhir sebelum pengumuman. Malam tadi tengok tv, pengumuman mengenai tindakan ‘ terpaksa ‘ kerajaan ni trus berkuat kuasa pada semua rakyat BolehLand! Hampir semua tekelu, tak tau nak cakap apa… walau ada beberapa janji manis diberi semata untuk menyedapkan hati rakyat Boleh Land atas tindakan ni. Menunjukkan kononnya kerajaan BolehLand sangat prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan rendah. Malam tadi masa balik, gua sempat merakamkan beberapa gambo kesesakan rakyat BolehLand mengisi minyak kenderaan memasing kat beberapa stesyen minyak dengan harga lama sebelum berkuat kuasanya harga minyak baru bermula pada 12.01 tengah malam! Kenaikan yang melampau sungguh! Ini la kenyataan dan kita sebagai rakyat BolehLand akan trus begelut meneruskan hidup…

Rakyat jelata BolehLand berpusu-pusu untuk mengisi tangki minyak kereta, lori, motorsikal memasing dengan pengumuman dan tindakan ' mesra rakyat ' kerajaan BolehLand menaikkan harga minyak!

Gua rasa nak isi minyak gak lepas buat itu dan ni. Tapi tengok rakyat BolehLand macam tak ingat dunia berebut-rebut nak isi tangki minyak kenderaan memasing, hilang selera gua nak beratur nunggu giliran...

"UBAH LA CARA HIDUP!" Itu la kata kerajaan BolehLand pada kita semua rakyat marhein. Dah berapa kali dah kita dengar kata-kata yang sangat menyakitkan hati ni bila setiap kali berlaku kenaikan barang keperluan itu dan ini.
"UBAH LA CARA HIDUP"
Sedangkan mereka semua menteri dan timbalan menteri tak tejejas apa-apapun kerana sara hidup mereka ditanggung oleh kita rakyat yang membayar cukai. Kita sebagai rakyat BolehLand yang terpaksa menanggung semua beban ini...

kita terpaksa membuat tindakan ini kerana kenaikan harga minyak dunia!
kita terpaksa kerana tidak mampu lagi memberi subsidi minyak walau kita adalah antara negara pengeluar minyak dunia!
kita terpaksa kerana negara lain menaikkan harga minyak mereka. kita ikut la!
kita terpaksa setelah semua jemaah menteri bersetuju!
kita terpaksa kerana kalau tak macam mana negara nak kayooo?
kita terpaksa kerana.... blablablablaaa....

kita terpaksa membayar sebagai rakyat negaraku BolehLand yang bertuah!

kita memasuki bulan JamadilAkhir dengan berita, cerita, kisah dan suasana yang sungguh tidak menyeronokkan. rasa macam nak mencarut!
moga kita semua bersabar dengan dugaan hidup ini...

36 comments:

paes said...

Inilah yang berlaku bila orang yang tak pandai menguruskan negara menjadi pemimpin.

Nak tak nak rakyat yang menjadi mangsa. Hape dah takde cara lain ke nak kaver kenaikan harga minyak dunia tu? Kenapa rakyat yang asik kena tanggung semua beban kenaikan sedangkan our "policy maker" bersenang lenang dengan gaji beribu-riban yang juga datang dari hasil titik peluh rakyat?

Bro, lu buatkan satu komik untuk meluahkan perasaan rakyat kelas bawahan nih, tensen betul aaa gua...

gayour said...

paes
kita marah, kita benci, kita geram, sakit hati, protes, tensen tapi kita tetap kena bayar untuknya...

ubah la gaya/cara hidup encik paes tu. harharharhar!

Kurie said...

Iye kita kena berubah walau depa tak berubah, ingat pakai teori Darwin ker senang2 nak tramsform...

tapi sesungguhnya aku tak rela tengok pemimpim kita naik moto, kereta buruk....apa class kan?

nanti apa pemimpin luar fikir?

sama2 la kita berkorban untuk MEREKA yg kita sayangi...

adios....

angahcipoi said...

Dari aku bujang sampai lah dah sikit berumur ni (42 tahun) masih tengok kartun enta lagi.
Macam mana nak berubah brader kalau cara hidup dah macam tu.Yang berubah adalah tambah anak2 dan tambah bini lagi kalau mampu nak beri nafkah lahir dan batin.
Yang lain tu susah nak berubah. Sebagai contohnya kartun brader gayour tak berubah,rambut pun tak berubah.

The.Libyaman said...

kapchai wa telan RM16 untuk full tank sekarang. Kete wa isi RM50 pegi separuh pun x boleh. Kalau 3 kali full tank kete gua mungkin sama dengan harga seekor kambing biri-biri yang boleh dibuat korban, lamb chop, beriyani, panggang dan sebagainya. Perlukah gua mengayuh basikal pula? Atau mengeluarkan skateboard gua yang dah berabuk di bawah katil? Lahanat punya pemimpin!

blackpurple @ jowopinter said...

Nak kena naik kudalah kot lepas ini. Tapi kuda mahallah pulak. Dah tu bukan senang nak jaga. Isk! Tertekan sungguh! Boleh dapat penyakit batu karang kalau tertekan macam ini....

Anonymous said...

Tuh la pasal gayour.. jangan jadi orang yang baik sangat.. sebab baik sangat tak leh mencarut walaupun marah terlampau...

tgk macam gua, bengang2 tensen2.. selamba jer gua carut carutkan..

janji lepas tekanan.. wakakaka

gayour said...

kurie
apa plak tak ada class? lagi elok la kalo diorang dulu yang naik beskal kayuh sendri. peduli apa orang luar nak kata. baru diorang ada akai sket bila bepeluh2 kayuh beskal. kena plak hujan... rasain lu!

angahcipoi
ya! menambah isteri adalah salah satu perubahan gaya hidup gak! harharhar!

babazahra'
betul tu jang! memang hampeh! harap kenaikan ghogo minyak ni tak menyobab an ghogo daging kambing naik mencanak cam kambing lari mencanak kono baling dengan kayu api!

blackpurple
kalo wak ada kuda lebih jual la kat gue seko. kuda padipun kuda padi la . buleh buat bisnes ambik gambo dengan kuda padi. tapi jangan la jual mahal sangat wak, dah la harga minyak naik, daging kambing naik harga... takkan la kuda padipun naik harga gak? ini benar-benar menaikkan kemarahan wak!

mystic catborg
tu la pasal. nak gak rasa apa rasanye mancarut tapi tak boleh nak mencarut. entah la... tak cam lu, mencarut jer kerje lu! insaf la catborg, lu tu dah tua!

eddie dewanaga said...

perit.. sakit ati..
beku otak memikirkan budget gua bln ni.. baru je nak bernafas... dah masuk lumpur balik..

ini dah nama aniaya ni..
apa yg dpt menenangkan jiwa kusut gua saat ni...
check playlist..
who's to blame - sacred reich
refuse resist - sepultura
post mortem - slayer
gabrielle - cradle of filth
excalibur - blind guardian
painkiller - judas priest

huh.. bingit..!
tapi cukup relax.
member2 gua yang gila mawi dan sofaz kata gua gila, pekak..

sapa yang pekak sekarang..?
tak dengar keluhan rakyat macam gua...
sapa yang gila sekarang..?
aniaya org yang dah berpayah berkompang sana sini agar dia terus
berkuasa.

huh.. bro, patut ke gua tinggalkan parti yg dah lama gua support..

patutkah gua tinggalkan sepultura atau soulfly utk bersama cavalera conspiracy..?

hehehe.. lari tajuk ke?

KeL@T said...

salam kenal brooo... kelat nyinggah kejap... hehehe... tgk tajok entri nih... rase tertarikkk... erm... mmg btoi tu bro... ingat lagik... balik keje... nengok jln jem... hengat ade roadblock... tup tup... bpusu2 keta moto bagaiii dok q... mau ngisik minyak daaa... ishhh... sengal tolll... x sanggop la mau q... kelat balik terus... pd hal... spedo tinggal 2 takuk je lagikkk... sok2 je la isi minyakkk... ampeh laaaa... sumer pong mau naekkk... :-(

myownmind said...

Pak lah sayang korang laa.. (ayat menyakitkan hati..) dia soh berkejar ke Pejabat Pos lak..amik peruntukan subisidi minyak- menunjukkan Kerajaan Pusat (seolah2) masih berhati perut dan menyayangi rakyat laa.. wakakaak

The Maint said...

salam,
satu karangan yang baguih.
gaso insap,kagum,sodeh,meleleh semuo ado.
macam makan masak lomak daging salai lah..mo nasik paneh.
* ekau maghah ko apo ni?

kolopey said...

sumo kono naik babi ar peh ni.. poie kojo.. tp kono dibolai2 babi tu aghi2, kang 'naik myk'plak kang..xnk plak dio anta kito poie kojo, ssh plak kan?

"Kita Memahami Penderitaan Rakyat - Pemimpin Prihatin"

ghaso mcm nak men batu soghemban yo bilo tebaco tajuk akhbar camtu!!

p/s: kpd artis2 yg bokempen tuk BN maghin..yg pakai baju "Kami Syg Pak Lah".. koghang syg laei x kek dio? jgn dicaghut2 an plak yo..gitu ar kaseh yg tak bobolah bagi..

carvedijan said...

sabar aje le bro gayour, apa yang kita boleh buat ialah cuba dapatkan hak kita balik sebagai rakyat yang telah direntap oleh pemimpin hadhari "agung" sekarang ni.

UBAH CARA/GAYA HIDUP KITA...hehehe dalam maksud tu bro...


Ubah pangkahan anda pada kertas undi nanti, ubahkan haluan wang anda dari menghala terus ke LHDN, ubah kepercayaan anda pada kepimpinan sekarang. hehehehe

p/s:jangan saman saya, saya takde wang

gayour said...

eddie dewanaga
trus kekal layan old sepultura! dan megadeth 'in my darkest hour'

through the darkest hour
grace did not shine on me
it feels so cold, very cold
no one cares for me

kerana skang kita semua sedang diselubugi kegelapan!

lama tak layan 'who's to blame'

kelat
yeah! memang kelat seperti tegigit bijik langsat!

myownmind
sayangggg.... sayang ada makna tu!

the maint
den maghah apo plak. bukan maghah tapi nasihat!

kolopey
naik babi? har fragin har! best gak idea gilo babi ekau ni jang! kalo la buleh, memang den poie kojo naik babi hutan 1500cc yang paling buruk dan paling panjang siung eh. baru brutal gilo babi!

bolo eh pun sonang. bagi selipar buleh, keroteh pasir buleh, kulit durianpun buleh... sonang la bolo eh! harharhar!
mano kau dapek namo tu jang?

carvedijan
kalo tak buleh nak ubah cara/gaya hidup kita yang dah cam ni, kita berusaha ubah jadi baik, sabar dan betambah beriman plak.

Jorji said...

PROTES TO SURVIVE!!

en.gayo.
apo2 yang menyebabkab den susah nak balik kampung sebulan sekali akan den bonci.

kalau maki,tak kemano..
kita kene berbuat sesuatu....

dah la naik kan harga minyak..disuruhnya pulak kita ubah 'gayour' hidup...tu yg gua hangin tu..apa punya badul la!

You suffer but why?
MULTINATIONAL CORPORATION GENOCIDE OF THE STARVING NATIONNNNN!!!!

Anonymous said...

smlm isi penuh tangki keta gua, dari RM80++ kini mencecah RM110++..huhu cekik darah betul keta gua tu lantas gua tlh mebeli sebuah EX5 kaler putih bg meneruskan perjuangan ke tmpat keja, walau hujan panas gua terpaksa..terpaksa demi sebuah negara yang gua cintai..gua dah berubah, dari kaya sikit2 kpd lebih miskin..gua berubah demi sebuah negara yg gua sayangi..

JC Printing said...

jika lu nak tahu sikit sebanyak sejarah kenaikan minyak ni lu boleh layari www.chezue.blogspot.com..

rasa mcm nak pindah duduk brunei pun ada rasanya..tp gua sayang negara ini..

DeeN said...

owh! Gua dah migrain, bro. WuarghhhHhhhhH!!!! Wuarghhhhhhh!!! *Lompat dlm kolam minyak*

KeL@T said...

ce torai taruk obat gegat... huhuhu... dengau citer, taruk obat gegat tu dpt slow kan keta telan minyakkk... ape pong.. of kos ler kena isi minyak, brooo... kalu x isi, guano mau keta tu mau jalan... ekekeke...

pssssst... tengkiu sbb sudi jenguk omah kelat... udoh sampe omah, ngape x nyain otogerap kelat tuh... hikhikhik... ti senang2 singgah le, jgn lupe bawok minyakkk keta utk kelat yek... hehehe

gayour said...

j or ji
mulo-mulo donga lagu 'protes and survive' pas tu donga plak lagu 'N.F.L.' dari anthrax

tak payah la nak mencarut-carut... tak ado paedah eh doh jang oi!

kooreen79
syabas kepada encik pasal menyahut seruan kerajan BolehLand dengan mengubah cara hidup dari kayo ke miskin sket. selamat beteduh bawah jembatan bila hujan dengan EX5 baru encik. jangan merempit dah!

moga encik akan jadi kayoooo balik nanti!

artslover
sapa tak sayang, sapa tak cinta kat negara BolehLand ni? kita bukan tak suka atau benci kat negara ni tapi cara dan tindakan yang dilakukan oleh orang yang diberi kuasa itu yang kita tak suka/setuju!

nur@ddeen
jangan lompat dalam minyak, minyak mahal skang ni. lompat jer dalam lombong, sungai, jeram, paya, parit atau longkang! jangan lemas dah. heh!

tu la nak pakai kete sangat. rasakan! temasuk dengan gua sekali. uuuu...uuuu...

kelat
orang singgah rumah dia tapi encik kelat tak ada kat rumah. pegi kedai beli obat gegat menurut emak encik!

Abang Long said...

Salam hormat Bro !

Rasa macam nak mencarut ? Jangan rasa sahaja, mencarut terus pun tak apa !

Ubah cara hidup ? Aku nak tengok pak menteri ubah dulu !

gayour said...

abang long
sabar abang long! sabaq nuuu... rase jer cam nak mencarut tapi tak gamak...
hey! pak menteri hari-hari berubah cara, gaya dan apa yang dikata. kejap kata kita memahami masalah rakyat, pas tu kata rakyat plak tak penah memahami masalah menteri yang tak penah cukup gaji dan alaun itu dan ini. heh!

Anonymous said...

PANGKAH LAGI PANGKAH PANGKAH PANGKAH!

Nasib baik aku duduk kat Singapore...RM2.38/SD1.00 heheheh

Orang Melayu
Orang Cina
Orang India
Orang Kadazan...

kita sama sama kasi UBAH INI KERAJAAN BOLEHLAND!

Nasib ko la Cik Mazli oooi...

gayour said...

gandum
ekau jangan buek den PANGKAH pintu jamban kau cam cerita ali baba bujang lapuk tu! susah kau nanti kalo tak ado bilik temenung tu!

entah la...

abdullahjones said...

:)

gayour said...

abdullahjones
apa yang cuba encik katakan?
apapun terima kasih kerana sudi singgah ke blog gua walau tanpa kata-kata.

kolopey said...

sey dapek namo ni daie lam mimpi, yahoo email sey yg lamo kono block.

ghogo myk naik ni elok aaa.. utk sumo.. motivation utk jd kayo.. hahaha! kalau ghogo tak naik kang, sampai bilo2 ar kito maleh carik duit kan?

Sey nk tgg yo Pak Lah ngan Najib ckp camtu lam bito tibi.. peh tu bulih la laghi pocut klileng kampong sambe tgn 2 2 bolah ko ateh

Anonymous said...

salam bro gayour.. lame x jumpe.. pekabo? nampak makin sehat ekkk.. wahh sume dah ade blog sendri. leh skodeng2 abg gayour kt sini... - NAZIRAH (x-kharisma)

gayour said...

kolopey
ekau dapek namo tu dalam mimpi jang? huih! hebat! hebat! kagum den!
maso ghogo minyak tak naik lagi dulupun kito kojo cam orang gilo dah. ni minyak naik ni bukan setakat kojo gilo babi tapi buleh jadi gilo!

ekau jangan ingat nak mencarut yo jang. den ghambat an kek pangka tiang goban kambing kang!

saba yo la jang

anonymous
sihat alhamdulillah. moga encik nazirahpun sihat sejahtera dan berbahagia dengan kenaikan harga minyak, ayam, sayur, tambang bas, karipap, roti canai... uuu..uuu..
gua kena paksa buat blog ni! ARGHH!

Anonymous said...

Dari suruh rakyat ubah gaya hidup..

apo kato suruh PEMIMPIN yang kat atas tu pi cari ilham macam mana nak convert air kencing supaya jadi bio diesel...

kehkehkeh...

porit kereta den jang... dulu sepoloh hinggit dapat 5.7 liter gitu tapi sekarang sekarang sepoloh hinggit , 4 liter pun tak jejak...

gayour said...

geneticthylon
air koncing jadi minyak?
kalo semuo rakyat BolehLand makan ulam potai, joring, keghodeh hari-hari... bau pokung la minyak keto jang oi! nak isi minyak keto yo pengsan. tu bolum masuk dalam keto laie.

kereto tak azab tapi kito yang azab! saba yo la kerana saba itu sebahagian dari iman. uuu..uu..

Anonymous said...

huhu... tau le encik mazli tensen minyak naik.. tp jgn le pggil saye encik nazirah... wakakak... dah tak tau 'beza' ke? tetiba tringat tagline neh "KIL! KIL! DIE! DIE!" hehehhe... skg ni tiap2 jumaat encik mazli nyanyikan lagi x lagu kegemaran encik mazli dolu2 - 'sepohon kayu'? kim salam kt budak kg balun tuh!

Sukatikaulah said...

Gayour..ni kali keduo eden suko ngan artikel ekau.beghani dan jujur.Banggo den jadi oghang kampung kau.idup gayour!!!meh kito samo-samo membuek perubahan!!!

gayour said...

anonymous
skang ni dah tukar ke lagu lain yang lebih menginsafkan dan trus pegi solat jumaat tanpa bedolak-dalih!

yeah!
KILLKILLKILL!DIEDIEDIEEE!

sukatikaulah
sukotikaula nak suko atau tak jang oi! ontah la!

Anonymous said...

kenal tak egedek. designer majalah gila2. sy dah terputus hubungan dgn 10 tahun lalu

layarilah: kutupintartrg.blogspot.com