PROTEST AND SURVIVE
16 JAMADIL AKHIR 1429 HIJRAH - 20 JUN 2008
Sebelum lukis atas kain banner yang disediakan, kena tengok dulu banner yang dipasang mengenai program yang dianjurkan oleh Art Expo Malaysia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara yang tutut disokong oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan. Kesenian dan Warisan. Antara lain, banner ni dibuat sebagai tanda sokongan dan ucapan tahniah Negara BolehLand terhadap Negara
Sepatutnye gua boleh join dalam acara ni tapi apakan daya, ada saja aral melintang. Gua tak dapat datang pada belah pagi bermulanya acara ni. Gua dapat datang pada belah petang. Hampir 95 peratus kain banner telah siap dilukis. Sikit jer lagi yang tinggal. Tak ada peluang gua nak berkarya kat kain banner ni. Sebahagian dari peserta sedang menyiap/menyudahkan lukisan memasing. Jangan keliru. Yang melukis atas kain banner adalah yang kat belah kanan tu, brader belah kiri tu melukis kat atas kertas majung alas meja pasal tak boleh lagi lukis atas kain banner.
Tak boleh lukis lagi punyer pasal gua jalan-jalan melihat lukisan-lukisan yang telah siap. Ini adalah salah satu darinya. Mula-mula gua teruja! Tapi bila banyakkkkkk sangat lukisan yang beridentitikan budaya masyarakat Cina atas banner ni, gua mula terperasan… mana identiti
Tulisan jawi atau seni khat jawi ini pada gua adalah penyelamat banner sepanjang 888 kaki ni. Ini boleh dikata sebagai pengimbang dengan karya-karya lain yang begitu kuat identiti budaya Cina. Memang masyarakat Cina Islam di China
Ini la antara lukisan-lukisan yang telah siap. Perhatikan lagi satu lukisan pokok buluh yang begitu kuat identiti masyarakat Cina kat belah kiri tu. Sama gak kat belah kanan tu. Siapa dengan tulisan Cina lagi. Hampir setiap bahagian banner ni ada karya yang beridentitikan budaya Cina. Entah la…
Salah seorang pelukis old skool yang turut menjayakan acara ni sedang tekun menyiapkan karyanya. Nak tegurpun rasa segan. Tengok tu, pakcik ni menggunakan tulisan jawi dan ada Jalur Gemilang kat bawah tu. Ini la identiti
Lagi seorang pelukis old skool yang masih blum siap karyanya sedang khusyuk berkarya. Rupanya pakcik ni dan pakcik kat sebelah dan semua yang berkarya dengan seni khat kaligrafi jawi adalah dari Persatuan Seni Khat. Kerana itu mereka berkarya dengan tulisan/seni khat atas banner ni. Gua kagum! Rasa nak belajar seni kaligrafi jawi. Lepas amik gambo ni gua sembang dengan brader baju biru gelap/hitam tu pasal seni khat. Beliau adalah salah seorang pengkarya muda yang turut join dalam Persatuan Seni Khat. “Ramai orang salah anggap mengenai seni khat jawi ni” ujar beliau. Kebanyakannya adalah menulis bukan membuat seni khat jawi! Banyak lagi yang kami bualkan. Antara lain mengenai nasib pengiat seni khat yang dipinggirkan oleh pemerintah dan kementerian itu dan ini…. Seronok dapat bekenalan dengan sobat dari cabang seni yang lain.
Bila semua dah selesai melukis, dah kering, banner tu digulung dan dihantar untuk dijahit, kendian baru dipos ke negara
Lama gak tak datang ke Balai Seni Lukis ni.
Sekarang ni gak sedang berlangsungnya Pameran Susur Masa kat Balai Seni Lukis Negara ni. Banyak kali gak gua tengok promosi pameran ni, dah sampai ni patut sangat la gua singgah tengok. Nak balikpun tak boleh, hujan. Tengok pameran la dulu. Sampai jer kat pintu masuk, ada beberapa ciptaan seni berupa batu tergantung menyambut para pelawat/pengunjung.
Pelawat/pengunjung tak ramai. Biasa la, pameran cam ni sapa yang berminat! Kalo buat pameran hantu setan pasti kena serbu balai Seni Lukis Negara ni! Orang kita lebih berminat pada hantu walau nakot pada hantu. Entah la... Suasana tenang dan sangat selesa untuk gua begerak dengan bebas dan liar tanpa gangguan melihat pameran sensorang ikut suka hati gua. Gua mulakan dari bilik pameran tingkat bawah.
Yeah! Sangat memenatkan! Gua hanya sempat melawat empat bilik pameran. Dua kat bawah, dua kat aras dua. Bilik yang nombor empat tu tak habih tengok semua lukisan pasal kena halau oleh guard “ sori ya encik, masa lawatan dah tamat!”. Ini adalah sebahagian dari karya-karya yang sempat gua rakam secara curi-curi Ini adalah karya-karya dari tahun 1930an hingga tahun 2000. Ada banyak lagi lukisan-lukisan tahap dinosaur zaman purba yang dipamerkan kat sini untuk dinikmati oleh pelawat/pengunjung. Karya paling purba yang turut dipamerkan dalam pameran Susur Masa ni ialah karya pada tahun 1870/80… cam tu. Kalo nak tengok karya-karya hebat dari zaman purba ni sila la datang ke Seni Lukis Negara ya.
Selain dari mendapat jemputan untuk melukis banner 888 kaki, gua gak mendapat jemputan melalui SMS dari Balai Seni Lukis Negara untuk menyertai “Illustrated Talk on Contemporary Indian Art Scene” oleh pelukis illustrasi hebat dari
Dalam perjalan balik, gua masih tak puas hati dan protes dengan pengisian kat atas banner tu. Lagi satu gua perasan banyak gak karya-karya abstrak. Ni lagi satu hal! Pada gua tak payah la buat karya abstrak walaupun ia adalah salah satu dari cabang seni/lukisan. Gua tak tau sama ada penganjur membenarkan karya abstrak dibuat. Pada gua ia adalah satu ‘penipuan’ yang dilakukan oleh pengkarya yang tidak ahli sebagai seorang pengkarya abstrak yang sebenar dan faham mengenai apa yang dibuat. Palit-palitkan arkilik dan dapat la satu karya abstrak! Adakah sebegitu mudah? Gua bukan pakar abstrak. Tapi kebanyakan yang gua tengok dan lihat, ia memang penipuan dalam berkarya! Entah laa.. gua bukan tak boleh menerima abstrak tapi.. ARGHHHHHH!
Pada gua secara peribadi dan dari apa yang gua tengok, nampak dan perhatikan.... kebanyakan karya yang dihasilkan tidak menepati tema yang diberi. Tak jelas atau hampir tak ada semangat perpaduan apatah lagi semangat kesukanan seperti yang diharapkan. Lagi sekali gua nak jerit ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
21 comments:
Salam En. Gayour,
Agaknya mungkin En. Gayour sudah lupa siapa saya? Ha. Ha! Dulu semasa masih budak sekolah, sekitar belasan tahun dahulu saya suka menelefon ke pejabat En. Gayour dan En. Ujang.
Saya masih ingat kata-kata En. Gayour:
"Dah makan belum? Dah pergi mengaji belum?"
Sekarang sudah berbelas-belas tahun.
amiene rev
belasan tahun telah berlalu, moga encik berjaya dalam kerjaya dan hidup. moga sihat, betambah iman, diberkati dan dirahmati Allah dan trus 'mengaji' dan belajar...
belasan tahun telah berlalu... memang gua tak ingat pada encik dan apa yang telah gua kata...
terima kasih
Mana gambarrrrr??
:)
Martabatkan budaya kita di mata dunia. Macamana nak realisasikan agaknya bro? Ada idea tak? Cacamarba sungguhkan skang..? :|
nur@ddeen
selagi tak faham, tak kasih, tak sayang, tak kenal, tak cinta dan tak minat dengan budaya sendiri sampai bilapun cam ni la...
entah la...
sabar je la bro..nak buat mcmn dah diorang yg berkuasa..tak pun lu curi banner tu biar tak sampai kat china..kalau nk bg gambaran msyrkt malaysia skrg buat la aksi2 mat rempit ke, aweks pakai bj nmpk pusat baru la melambangkan msyrkt malaysia, melayu terutamanya..
artslover
penganjur patut menerangkan dan tegas dengan tema yang ditetapkan! halau, halang atau pukul sapa-sapa yang memandai buat yang mengarut tak ikut tema!
tak perlu la gua mencarut pasal bende ni.
gua rasa lu memang best!! Antara kartunis yang terawal bermula di malaysia dengan stail stroke dari jepun dan amerika.gua tau pasal kat bentong nih ada kedai yang emnyimpan berratus-ratus komik yang lama. kalau kau nak aku boleh hantar kat kau.okey .
isyam
gua nak! gua nakkkkkkk! bagi tau komik apa, tajuk apa.... bagi tau sekali berapa harga beliau. YEAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!
tq my fren!
Kena 888 kaki? Kenapa tidak 777 kaki misalnya. Itu yang buat saya sangat musykil.
Terima kasih.
blackpurple
kenapa 888 kaki?
pasal sukan olimpik bermula pada 08 ogos 2008. jadi la 080808.
sekian untuk pengetahuan am wak.
encik gayour cepat2 la mengapdet blog ni... bosen baca benda yg sama ni...
Yg. bener...
BungeRosKering
bravo bro gayour. mmg benarlah org kata kebanyakkan rupa kartun adalah sama dgn pelukisnya. Tman dah tgok rupa nud,cabai,aloy pun mmg lebih kureng dgn kartun2 depa. Cam tu gak bro. Tman amat minat dgn pelukis2 kartun dari GG seperti KULAT dan ROY, kemana la agaknya depa ni la ni. Kartun bro. mmg dasat dan cantik, jeles tman.
smoga maju jaya.
anonymous
harharhar! rasa an kau!
yo la! yo laaa! nanti den masuk an entri yang baru. banyak kojo nak buek sekarang. tak sompek nak ngadap blog gua ni. tambahan ghogo minyak dah naik ni. saba yo la
yeop
lebih senang, mudah, selesa, seronok bila lukis karikatur diri sendiri. itu la identiti setiap kartunis Melayu/Malaysia yang punya jati diri. tidak meniru biar buruk! sobat2 lama kartunis yang lain meneruskan hidup dengan pelbagai kerjaya... moga mereka semua sihat2 hendaknya.
assalamualaikum...
cane gua nk beli buku koleksi bersama selamanya..ada ke koleksi?heheh..tolong bgtau gua cane nak dptkan koleksi tu..lg skali, ada ke koleksi?
leh kontek gua 0192277500 or email gua heigen_katsumoto@yahoo.com
salam encik kirk 'gayour' hammet,
bila nak buat album solo macam satail-stail 'siapa yang harus disalahkan' tu? sapo namo watak tu? bidin eh? den lupo..nostalgia tu brader hehehe
takdo bondo baghu ko
king of the hell
ada dua koleksi 'bersama selamanya' yang telah diterbitkan.cube encik ( alamak.. nak sebut nama encikpun nakotttt! )hubungi moy publications untuk mendapatkannya.
burn in hell
twisted sister
rahimi idris
BIDIN adalah mangsa keadaan. 'siapa yang harus disalahkan' adalah antara cerita terbaik dan paling gua suka! buat album solo? no way! tapi gua dah buat sebuah BUKU SOLO bertajuk 'MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR'. chekitdaut bro!
cikgooden
ado! memang ado banyak bondo baghu nak dimasuk an. tak sompek nak masuk an yo cikgooden oi! ARGHHHH!
tengkiu...tengkiu...
gua mesti kontek moy...gua mesti dapatkan koleksi tu...tunang gua soh wat antaran...pedih..pedih...
cane nk contek lu?nk soh lu lukis gmbr gua kawin nnt..metal nye stail..sebab gua nk wat serba itam termasuk hantaran..backdrop..baju..plamain pun itam..tp "bini" gau xnk..cane ni????
king of the hell
tunang lu memang cool mintak koleksi gua sebagai hantaran! moga lu bejaya untuk mendapatkannye. kalo tak bejaya , gua akan cuba usahakan mana yang boleh.
pasal tunang lu tak setuju warna hitam, gua tak campur. heh!
hubungi gua memalui email
gayour@karangkraf.com.my
burn in hell
dimmu borgir
yo la...cool la sangat...dh kat sbulan gua melilau duk cari koleksi tu..nasib baik gua jmpa lu nye website..
king of the hell
nasib lu la! truskan mencari demi cintaku pada muuu... wahai tunangku.
har fragin har!
hell awaits
slayer
Post a Comment