Thursday, July 10, 2008

PERPUSTAKAAN NEGARA

BENGKEL ILLUSTRASI KREATIF
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

08 REJAB 1429H - 11 JULAI 2008

Jemputan untuk membuat bangkel kartun bukan saja dari IPT atau sekolah, hari tu pada zaman purba yang lalu ( 14 Jamadilakhir 1429 – 16 Jun 2008- Rabu ), kitaorang telah dijemput ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk berkongsi sedilit ILMU pasal ILLUSTRASI dan KARTUN dengan staff PNM. Diorangpun tensen gak hari-hari susun buku, kira buku, angkat buku... nak gak buat bende lain cam lukis kartun! Student kitorang kali ni bukan pelajar tapi orang yang dah kerja. Bagus gak! Pagi tu Padi, Aguri dan gua sampai lewat sket ke PNM kerana telah ditakdirkan kami sampai lewat. HEH! Entah la… nak salahkan siapa ya? Aha! Ni semua Padi punyer pasal. Tapi selalu sangat Padi yang salah. Oh, ya! Kali ni Aguri yang salah!

Sampai je kat tingkat empat di mana bengkel diadakan, walau tak sempat nak makan dan minum pagi, gua trus memulakan bengkel kerana rasa tak best sungguh buat peserta bengkel lama ternanti-nanti. Mintak maaf banyak-banyak ye. Gua rasa pelik sket dengan bengkel kali ni kerana pesertanya terdiri dari pegawai dan pekerja kerajaan. Rasa cam tak percaya gak bila gua dijemput untuk memberi sedikit panduan pasal kartun pada mereka. Apa khabar murid-murid semua?

Walau cacing kerawit dalam perut gua dah mula komplin laparrrr seperti gua, acara tetap diteruskan. Oh, ya…kitorang dimaklumkan bengkel ni ialah bekenaan dengan ILLUSTRASI. Kitorang diminta memberi apa saja penerangan atau maklumat mengenai illustrasi pada peserta bengkel. Tapi mungkin agak membosankan kalo hanya cerita pasal illustrasi saja. Kena study anatomi/figure, kena lukis betul-betul… Kena study anatomi? Mesti melemahkan semangat peserta kalo kena lukis anatomi! Supaya tak boring, habih modal nak cakap apa pasal illustrasi, kitorang turut becakap pasal kartun, pengunaan digital dalam menghasilkan kartun/illustrasi dan sedikit penerangan mengenai animasi pada semua.

Seperti biasa VVVIP jemputan khas untuk membantu gua ialah kartunis Padi. Dalam penerangan, demonstrasi melukis kartun pada yang merasa sangat janggal, nakot, tak tahu dan segala macam lagi perasaan dan tanggapan melukis kartun adalah sangat penting untuk dibuat. Jangan nakotkan peserta dengan ancaman kena lukis itu dan ini yang mereka tak tahu. Beri ketenangan, keselesaan dan sedikit keseronokan pada mereka dengan membuat demonstrasi melukis kartun. Biar mereka kata “ Eh! Senangnye dia lukis, conteng-conteng jer jadi! “ Mood ini la yang perlu dibangkitkan dulu biar semua bersedia untuk sama-sama melukis. Jangan nakot untuk melukis ( apa saja ) dan berseronok la!

Ya, semua dah tengokkan cane kartunis Padi melukis karakter kartun ciptaan beliau? Jangan kagum sangat kerana lukisan beliau tak la cantik mana. Buruk! Kalo dah tengok Padi lukis buruk, semua boleh lukis kartun buruk gak kan? Nak malu apa. Padipun lukis buruk. HARHARHAR! So, mari kita melukis kartun bersama ya murid-murid semua. Lawan Padi punyer lukisan. Walaupun buruk tapi lebih baik dan cantik dari Padi. HEH!

Ayuh! Kita mulakan untuk menjadi seorang illustrator atau kartunis yang hebat iaitu MELUKIS. Baik illustrator atau kartunis, pada gua dua-dua kerjaya ni memerlukan kemahiran tinggi dan penguasaan penuh melukis anantomi manusia tanpa kompromi! Ramai yang nak jadi illustrator, pelukis komik atau kartunis tapi kepala hotak bejambul memasing masih tak berubah dan menganggap tak perlu belajar melukis anantomi! Kepala lutut sungguh! Siapa saja yang rasa dia suka/minat melukis kartun atau komik, trus melukis ikut rasa tanpa ingat atau ingin belajar dulu. Apa benda la diorang ni. Dah la tak nak belajar, tak menghormati deadline dan displin teruk nak mampus! Gua kecewa melihat keadaan ni. I frust u know. I frusttttt! Ayuh semua murid-murid! Mari mencipta dan melukis karakter kartun sendiri walaupun buruk!

Ada yang tanya “ apakah illustrasi?” Ramai yang tak tahu, keliru, confius, tak faham, salah anggap dan entah apa benda tanggapan lagi mengenai illustrasi. Dari apa yang gua tahu dan faham, segala maklumat mengenai illustrasi gua sampaikan pada semua murid-murid dalam bengkel ni dengan bantuan kecanggihan IT dan beberapa jenis illustrasi yang gua pinjam dari rakan-rakan illustrator ( Karangkraf ) sebagai bahan penerangan dan maklumat. Harap tak konfius lagi lepas ni. Waktu makan tengahari memang dinanti-nanti pasal cacing kerawit dalam perut gua dah bekali-kali antar SMS dan email komplin kat gua. Iyo la! Iyo la! Tak saba saba la ekau ni encik cacing. Apo ekau ingat ekau seko yo lapar? Den ni dah tahap gigil cam kono domam denggi bedarah dah tau tak! Kat dewan makan gua ternampak banner perasmian/pelancaran buku Antologi Cerpen ni yang masih tegantung. Gua dan Padi pun melupakan kejap pasal makan jab pasal nak tengok illustrasi cover buku ni. Sapa yang lukis? Illustrasi warna manual yang cantik, bukan warna digital. Lukisan cover buku inilah yang dinamakan, disebut, digelar atau dipanggil ILLUSTRASI. Lapar punyer pasal, tak sempat nak amik gambo santapan tengahari kitorang nak tunjuk kat korang. HEH!

Banyak lukisan karakter kartun yang dicipta dan dilukis oleh staff PNM yang bagus-bagus dan kreatif walau yeah… buruk! Buruk bukan bermakna tak kreatif. Lukisan karakter kartun yang dibuat/direka/dicipta/dilukis oleh murid-murid sebelum rehat makan tengahari tadi dibentangkan di parlimen pada sebelah petang. Kita mesti bangga dan bertanggungjawap terhadap hasil karya kita walaupun buruk! Lagi sekali gua tegaskan kat sini… biar buruk asal asli! Sekiranya rajin berlatih melukis, dari buruk akan bertukar jadi cantik dan berkualiti! Lukisan gua masa mula melukis dulupun buruk tak ingat gak. Apa nak malu? Latihan yang beterusan dan berdisplin pasti mendatangkan kejayaan! Ya encik abang… apa buruk sangat abang lukis ni? Melampau buruknye. Cuba abang terangkan pada yang berhormat-yang berhormat dalam dewan yang mulia ni kenapa jadi cam ni. HARHARHAR!

Yang Berhormat Padi seperti biasa memberi malumat mengenai pengunaan computer masa melukis kartun pada sesi belah petang. Mula dari melakar, ink dan mewarna. Semua menggunakan computer. Maklumat terkini pada semua peserta mengenai pilihan yang ada dalam kerjaya sebagai seorang kartunis atau illustrator. Tak perlu lagi melukis atas kertas dan mewarna secara manual. Kendian diakhiri oleh Aguri yang memberi maklumat asas mengenai animasi. Best gak. Bukan saja peserta yang kagum,guapun buat-buat kagum. Oooo… cam tu rupenye! Oi, Aguri-san! Kenapa tak ada animasi pertama terbitan Filem Negara Malaysia, Sang Kancil dan Monyet tu? “ tetinggal “ tegas beliau. Cis, bedebah sungguh! Masih ingat dialog si monyet “ aku nak itu! Aku nak ituuu…! Jangan monyet! Jangannnn….” Di akhir bengkel kitorang melukis karikatur untuk semua peserta mana yang sempat.

Terima kasih banyak-banyak pada puan Sue ( tudung pink ) yang menjemput kitorang untuk mengadakan bengkel illustrasi dan kartun ni. Moga ada kebaikan dan manafaat. Gua tau kebanyakan yang hadir dalam bengkel ni tidak akan jadi illustrator atau kartunis. Itu tak penting. Tak jadi kartunispun tak apa, yang penting kefahaman mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis atau illustrator makin bekembang. Jadi la ejen penyampai maklumat yang betul mengenai kerjaya ini pada adik, abang, anak, cucu, anak buah, anak jiran atau siapa saja yang berminat. Jangan lupa katakan pada mereka “ Belajarlah dulu segala ilmu mengenainya. Jangan jadi jahil. Jadilah berILMU!” Masa sesi minum petang sebelum balik, sangkaan gua selama ini mengenai pasangan yang datang ke mana-mana perpustakaan adalah benar termasuk kat Perpustakaan Negara Malaysia ni. Yeah! Yeah! Tak semua begitu. Gua diberitahu kebanyakan pasangan Melayu beragama Islam yang datang ke perpustakaan ni bukan nak mengambil manafaat dari bahan bacaan atau rujukan yang ada tapi mengambil manafaat dari segala kemudahan dan keselesaan yang disediakan untuk bermadu kasih asmara dana! Entah laa….

Terima kasih PNM!

4 comments:

faizalmukhtar said...

sekarang lagi gua marah, atas 3 perkara:

1. lu dah lapar, lu tahan-tahan. Apa kes?? Kalau gua, gua dah baham dah apa yang patut!

2. lu sekali lagi pakai baju keramat gua tu tanpa izin pihak berwajib. ini sudah melanggar akta majalah-majalah yang dikensel syarikat. Nizam: sila ambik pot.

3. ni buku lu ni, bila nak sampai ni??! kebas dah aku tunggu ni! CHAIISSSS!!!! tetiba aku membara yang melampau-lampau!

gayour said...

faizalmukhtar
1- apa hal plak lu yang marah boy scout? gua la yang sepatutnya marah! ni semua Padi... eh! Aguri... eh! diorang bedua punyer pasal la membuatkan cacing dalam perut gua menderita?
2- heh! gua memang tak hingin nak pakai baju tu lagi tapi terpakai gak pasal nak bagi lu hangin. har fragin har!
3- dah sold out la tu! pasal kat toko buku karangkraf dah sold out! lu tunggu la cetakan kedua ya.

elok la lu pegi makqan kalo marah tak memasal boy scout.

NASRUL LAGENDASENI said...

salam abg gayour. sy berminat sgt nak join bengkel kartun atau apa2 yg berkaitan dgnnya,tapi bagaimana caranya... nnti kalau ada apa2 program terdekat ni bagtau la sy..plzzzzzzzzzzzzzzz mnghrp sgt2 ni.ok.abg emelkan kdp sy... lagendaseni@yahoo.com

gayour said...

lagendaseni
encik dah tahap legend dah, nak belajar lukis kartun apa lagi? heh!

gua biasa mengadakan bengkel kartun/kerjaya atas jemputan seperti minggu lepas (sabtu )kat UITM atas jemputan fakulti komunikasi dan pengajian media. untuk sorang2 ni gua blum dah tak penah buat lagi.

harap maklum and thank you!