TOONZ DAY
12 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 16 JUN 2008
Entah la...
Ni salah satu ruang yang disedia dan dihias dengan lukisan, illustrasi, karikatur dan poster kartun manual kitorang yang dipinjam oleh pelajar-pelajar yang datang mengambilnya kat opis kitorang hari tu sebagai bahan pengisian dalam pameran yang mereka anjurkan ni. Tempat ni disediakn sebagai tempat untuk kitorang duduk besembang dengan pelajar dan pelawat sambil melukis. Tapi tak duduk langsung kat sini pasal sibuk merayau sana sini.
Selain dari pameran hasil karya pelajar-pelajar tahun satu dan dua, tayangan animasi hasil kerja pelajar-pelajar turut ditayangkan dalam program ni. Karya-karya yang dipamerkan adalah lukisan-lukisan karekter animasi, potret, model dan entah apa ke namanye lagi ntah. Tak ketinggalan buku lakaran pelajar-pelajar kursus animasi ni turut dipamerkan. Ni kitorang sedang menunggu tayangan animasi pendek yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar.
Selepas selesai menyaksikan beberapa animasi pendek, kitorang dijemput plak untuk menyaksikan pameran dan memberi komen dan segala macam lagi yang nak dikata terhadap hasil karya-karya mereka termasuk animasi tadi tu. Memang terlalu lemah apa yang mereka hasilkan. Baik animasi atau karya-karya yang dipamerkan. Banyak sangat kalo nak dikomen. Walau banyak kelemahan, mereka tidak merasa malu atau segan untuk bertanya dan besungguh mendengar komen dari kitorang. Bagus! Tapi jangan hanya dengar, kena bertindak dan lakukan perubahan sekali! Banyakkan buat latihan melukis dan bersungguh la belajar melukis anatomi manusia ( lelaki dan perempuan ) kerana kemahiran untuk menguasai melukis anatomi manusia dan binatang sangat penting untuk menjadi seorang animator yang baik dan hebat! Lagi satu… berseronok la semasa melukis. Setelah selesai komen, hina, kutuk itu dan ini, tiba la masa untuk makan tengahari la plak!
Kesempatan bercakap gua gunakan apa lagi kalo tak promo buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR pada pelajar dan pensyarah yang hadir. Kelemahan ketara pelajar adalah melukis anatomi manusia. Memang la lukis kartun, tapi untuk menghasilkan karekter kartun yang baik, cantik, hebat dan comel, mesti tahu dan mahir melukis anatomi! Buku gua ni memberi panduan mengenainya. Temasuk pegerakan dan mimik muka yang perlu dipelajari dan menjadi mahir dengannya. Buku gua hanya memberi panduan, untuk menjadi lebih mahir dan hebat tiada jalan mudah melainkan melalui latihan melukis yang beterusan! Bukan nak kata buku gua ni bagus sangat, tapi ini la pilihan yang gua beri untuk semua pelajar dan siapa saja rakyat BolehLand yang beminat pasal kartun. Orang tak boleh kata,
" tak ada ker buku cara melukis kartun buatan kartunis tanahair kita?"
Terima kasih atas jemputan. Selamat maju jaya dan berjaya pada semua pelajar.
8 comments:
hah! tak best, tak best, TAAKKK BESSTTT!!!
faizalmukhtar
memang tak best animasi yang budak2 tu buat. tapi makqan best! eh! ni siapa ni? oh! encik boy scout rupenye. har fragin har!
dammit. pantang betol orang cabar gua MAQAN ni!
faizalmukhtar
benda lain kalo tak best tak apa asalkan MAKQAN best! yeahooooo!
huh.. mcm kenallll je paper bag kat ujung meja tuh! mcm dr opis aku je... (T,T)
anonymous
paper bag sama?
alaa... tu mesti dibuat dari kilang yang sama. sedangkan kita manusia ada TUJUH wajar/rupa serupa si seluruh dunia, ni kan plak paper bag. tu mungkin kembar paper bag tu yang ketiga atau keempat. entah la...
mungkin gak la encik gayour yek...
'Budi bahasa budaya kita'
'bangsa membaca bangsa berjaye' tak semestinya dari opis aku je kan... mungkin gak dari sudan ke, amerika ke...
anonymous
bijak sungguh encik berpantun. susah la pantun tu... gua tak dapat nak jawap pantun budi bahasa tu. sungguh dalam maknanye. HEH!
Post a Comment