SUKA-SUKA TAPI TAK LUPA
08 JAMADILAKHIR 1429 HIJRAH - 12 JUN 2008
Kitorang sampai lewat petang dan trus ke kompleks Pusat Bandar untuk melihat tempat, suasana dan stage tempat kitorang akan menjalankan segala aktiviti yang telah dirancang esok. Pihak pengurusan kompleks dah hias stage dengan backdrop yang cantik walau ada beberapa kesilapan pada banner/backdrop tu. Tak kisah la. Kira okey dah tu. Melihat cover buku gua kat backdrop tu dah cukup mengharukan hati….
Lepas tu trus check in and check apa yang ada kat dalam bilik rumah tumpangan bermalam, mandi dan golek-golek jab atas katil sambil tengok tv channel Singapura yang telah merampas pulau Batu Putih. Lepas Maghrib kitorang ramai-ramai kuar maqan. Makan tak la hebat manapun, biase jer. Syukur alhamdulillah. Masa nak balik, gua lupe nak bayar otak-otak yang gua bedal. Sori la encik. Lupoooo!
Esoknye setelah tidur dengan lena seperti bayi kekenyangan susu ibu, setelah breakfast kitorang trus check out and get lost dari rumah tumpangan ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk tugasan dan program yang telah dirancang pada hari ini. Ini la barisan anggota kabinet kartunis/illustrator yang baru. Dari kanan ialah YB Niezam, diikuti oleh YB Padi. Yang berbaju biru dan paling tua sekali tu bukan yang berhormat, tapi hanya seorang rakyat kebanyakan saja iaitu encik Bella sedang bersedia untuk melayan siapa saja yang datang. Selain dari signature kat majalah atau produk lain yang dibeli, kitorang gak membuat karikatur untuk pengunjung yang berminat.
Gua tak tahu sampai bila acara MEWARNA atau MELUKIS yang biasa dan selalu dibuat kat mana-mana program akan beterusan. Mungkin hingga ke penghujung usia dunia selagi diadakan. Gitu gak dalam program kitorang ni. Salah satu dalam banyak-banyak acara yang diatur ialah pertandingan MEWARNA untuk kanak-kanak. Satu program/acara/aktiviti yang paling mudah untuk membuatkan acara menjadi happening dengan kehadiran kanak-kanak.
Buat pertandingan melukis atau mewarna, pasti ramai ibu bapa yang akan menghantar anak-anak mereka menyertainya. Tak kisah la sama ada untuk suka-suka, sebagai pendedahan pada anak-anak, memenuhi masa lapang sekeluarga atau memang nak menang! Kelihatan empat orang juri yang tidak perlu dipertikaikan akan keprofesionalan mereka sedang begaduh sesama sendiri masa proses memilih siapa yang kalah! Yeah! Begaduh masa memilih lukisan siapa yang patut dikalahkan! Entah la…
Setelah berhenti rehat acara disambung semula pada sebelah petang. Masa ni makin ramai pengunjung yang datang temasuk mak bapak yang membawa anak-anak mereka dalam pertandingan mewarna tadi. Diorang memang tak balik lagi pasal nak tunggu keputusan pertandingan mewarna. Petang ni acara untuk pelancaran buku gua la plak. Gua memilih
Nampaknye juri telah diauta bulat-bulat oleh adik yang berkata “ saya ada kakak cun bang “. Tengok la sengeh adik tu. Tau dah beliau mengauta juri berambut panjang sebakul tu hidup-hidup! Uuuu..uuu… Entah la budak-budak zaman sekarang. Tapi tak kisah la! Pencarian wakil kanak-kanak seterusnya diteruskan walau makin ramai anak-anak yang menggunakan trick yang sama cam adik tadi tu. “ Saya ada kakak paling cun kat Pasir Gudang ni bang! Beliau blum kawen lagi. Elok la pilih saya bang!” Juri hampir tepengaruh sebenarnye dengan kata-kata manis tu…
Akhirnya
Sebagai penghormatan pada golongan kanak-kanak, gua menjemput dan meraikan mereka sebagai tetamu paling dihormati dan dikasihi untuk melancarkan buku gua. Generasi ini la yang akan menyambung segala kerjaya yang telah sedia ada pada hari atau kerjaya baru termasuk sebagai seorang kartunis. Segala ILMU pengetahuan mengenai setiap kerjaya itu perlu diperturunkan pada mereka agar berILMU, berdisplin, amanah, bertanggungjawap dan yang lebih penting beriman terhadap kerjaya pilihan mereka nanti. Apa yang perlu mereka lakukan seorang demi seorang ialah mengoyakkan sedikit demi sedikit kertas overlay yang menutup cover mock up buku gua tu sehingga habis dan semua pengunjung akan dapat melihat cover buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Kelihatan adik yang mengauta gua dengan ayat power beliau tadi sedang menjalankan tugas beliau mengoyak kertas overlay tu walau terpaksa bejengkit kaki! Tu la nak sangat dipilih naik ke pentas!
Hampir habis dikoyak semua kertas overlay dan makin jelas kelihatan cover buku gua untuk dimuaturun ke dalam memori semua ibu bapa dan pengunjung yang ada dalam acara pelancaran tak rasmi, kecik-kecilan, ringkas, bajet ciput dan di tempat yang tak la grand mana ni. Gua tak kisah kat tempat manapun asalkan buku gua ni diketahui oleh semua rakyat BolehLand dan mereka pergi mencari dan membelinya.
Akhirnya majlis pelancaran buku gua bejaya dirasmikan oleh
Setelah abis acara perasmian buku gua, persembahana dari band BLIZ dan pesembahan sarkas oleh A’an, Soya dan Din Belon kat pentas, sampai la ke acara pengumuman pertandingan mewarna dan penyampaian hadiah pada pemenang yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang mengambil bahagian lebih-lebih lagi mak bapak diorang. Memilih pemenang tak la susah mana, tapi nak pilih sapa yang kalah paling mencabar sekali. Kitorang para juri begaduh kerananya! Entah la… pelik sungguh dunia ni! HEH! Apapun tahniah pada semua yang menang. Pada yang tak menang tu… rasakan! Har! Har! Har! Kalah dalam pertandingan mewarna bukan bererti berakhir atau musnahnya hidup.
Ini la team ( illustrasi/g3 ) kitorang yang turun ke Pasir Gudang hari tu begambo dengan mock up cover buku gua kat atas pentas setelah berakhirnya acara.
Nama jer acara dah abis tapi kat gerai kitorang acara jual, beli dan lukis blum berakhir lagi. Sebahagian dari pengunjung yang tak puas hati kerana tadi kitorang sibuk kat atas pentas memaksa kitorang melukis walau pasaraya dah nak tutup dah! Kitorang nak balik ni encik! Penat giler ni! Uuuuu..uuuu… Ah, tak kira! Lukis gak karikatur gua!
Lagi sekali sebelum balik, begambar dengan beberapa orang kakitangan pengurusan pasaraya yang sangat membantu, menyokong dan melayan kitorang dengan begitu baik sekali. Sebelum balik, kitorang dipaksa makan malam dulu oleh pihak pengurusan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih orang Pasir Gudang. Jangan lupa dapatkan majalah g3 dan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Jumpe lagi.
17 comments:
Dekat Pasir Gudang dah buat. Dekat Puchong bila lagi bro'?
Hehehe!
blackpurple
memandangkan kenaikan harga minyak, kitorang akan pergi ke tempat yang lagi jauh. mungkin masuk trus ke laut selat tebrau atau lajak ke selatan thai. heh!
promo baek punya, bro Gayour.
semoga generasi baru akan meminati produk sendiri dan bakal mengganti tempat kartunis yang sedia ada...
tabik spring kepada gayour yang telah berkartun selama 20 tahun lebih...wacaaaaaaaaaaaaa!
kalamtimur
pengganti yang berILMU dan beriman hendaknye.
tabik gak pada cikgu yang lebih 20 tahun jadi cikgu. HEH!
salam,
ai,monjak dah kayo ni kemain hensem plak,gambut selak topi plak dah tak bolah tongah. ekau ado apo-apo ko jang? bunyik cerito macam nak nambah yo.
south side of slayer,but slayer never slayer. huh!
Sobat..
semalam gue nlepon loe....ngak bisa sambung ... pompuan yang angkat...
" u have reach mail box no..XXXXXXXXX "
tak pe nanti gue nlepon loe lagi...
the maint
nambah apo plak ni jang? ekau jangan main-main. den ghembat an kang!
sajo tukar fesyen rambut bolah topi. ekau dongki la tu kan? hehee..
"some say the pen is mightier that the sword... but *@!$ the pen cause u can DIE BY THE SWORD!"
die by the sword-slayer
gandum
nasib lu la tipon gua tak dapat. jangan putus asa, cuba try test tipon lagi sampai dapat ya...hehee
Salam brother Gayour!! saya pun suka mewarna, bila nak jemput2 mak2 orang yang dah otai ni?
mak su
kalo mak su nak mewarna, mak su kena buat apa-apa program seperti acara menyepak itik beramai-ramai. bleh panggil gua sebagi hakim yang tak terima rasuah walau sekandang anak itik sereti! seblum berlangsungnya acara menyepak itik, kita buat dulu pertandingan mewarna untuk makcik-makcik. pengumuman dan penyampaian hadiah lepas habih semua itik mati disepak!
amacam, boleh? heee...
hello bro..
it's me again..
(huh.. mcm 'sweating bullet' abg dave mustaine laa..)
huh.. sampai gak kat PG,Johor ye..
gua je yg busy memanjang,
anyway.. satu jasa yg besar tu bila kita bisa berkongsi ilmu terutamanya dalam memupuk minat golongan2 muda dalam senilukis..
so, gua ada playlist utk menaikkan semangat lu bro..
manowar - heart of steel
pantera - mouth for war
sepultura - we who arenot as others
sodom - capture the flag
hammerfalls - heeding the call
slayer - killing field
a. ramlie - kasih tak sudah
gua nak selit gak satu dua lagi tapi nantilah...
esok2 pulak...
teruskan perjuangan bro..
bila lu bertanding jadik wakil rakyat DUN Pilah nanti,
gua satu bas datang dari JB jadik pengundi hantu..
jgn lupa tolong org susah plak nanti..!
huh... lari tajuk lagi...!!
salam bro..ni kooreen lagi.hehe..saja je menyibuk lgpun takde keja nak buat mlm2 begini..selain menganggu anak dara lalu lalang bolehlah isi ms dgn mengomen di blog kesayangan gua ni..gua sokong cdgn eddie, kalau lu ambik calaon, gua akan turun mengundi bersama hantu2 kuburan..
abg gayour, kat PD takde pun buku panduan melukis ni...kesian saya..
eddie dewanaga
"duhai sayang cintaku sejati
kenangan mesra lalu mengusik hati
indah nian mesra yang tercipta
kenangan mesra lalu
mengusik jiwa..."
mula2 layan "kenangan" dari a.ramlie yang mendayu2, pas tu banging dengan "five masters" plak!
gua jadi ahli politik?
memandangkan sokongan dari pengundi hantu yang ramai, tak ada sebab untuk gua kalah kalo betanding ya tak? HEH!
dulu gua benci politik pasal tak faham akan kepentingan/kewajipan berpolitik sebagai orang Islam.
artslover
yeah! gua perlukan lebih banyak lagi sokongan dari pengundi2 hantu seluruh dunia sebagai jaminan untuk memang dengan cara paling hina, jahanam dan tidak bermaruah! untuk berkuasa,untuk menang... apa carapun HALAL!MUARGHMUARGHMUARGHHH!
blum apa2 hal dah gile kuasa. HEH!
maxsiz
kesian la plak!
susah-susah ekau oder yo jang. amik yo borang pesanan kek blog den ni kek bawah iklan buku den tu.
takpun ekau tengok kek website alaf atau email tanyo kek mano kodai yang ado jual buku den tu kek pokdeksen.
www.alaf21.com.my
email - alaf@alaf21.com.
agak2..xpandai meluklis leh melukis ke?hehehe
luvbiznez
pertanyaan ini boleh mendatangkan marah! BUARGHHHHHH! HULK SMASH!
insyAllah boleh terer sekiranya rajin berusaha. mana ada jalan/cara mudah untuk berjaya?
ble gi nk tour kat kuching swk ni bro? 1 gi, lu punya buku jenuh dh gua cari kat bookstore kat area kuching ni tp msh lom jmpe2 la...
karo
encik bleh dapatkan buku gua secara online. amik jer borang oder kat bawah iklan buku gua tu.
kalo encik rajin bleh cari kat
-academy book centre, sibu ( 084 313789 )
-my bookstore
1st floor, wisma anza, kuching ( 082 416606 )
- lim chen siu enterprise
lot 819. jln sg. apong, sarawak ( 082 480623 )
-nonel hut, choice super mall ( 082 373549 )
-sinar suci sdn.bhd ( 082 428766 )
ni antara kedai2 buku yang boleh encik cuba try cari. ada banyak lagi kat kuching tu. encik bleh tengok kat website alaf 21
www.alaf21.com.my
insyAllah, ada kesempatan gua pasti sampai ke sarawak
tq
Post a Comment