FESTIVAL MEMBACA
ARKILIK DAN KANVAS
25 REJAB 1429H - 28 JULAI 2008
Gua mendapat tugasan untuk melukis dan menjadi pembimbing pada pengunjung yang datang dan sudi melukis bersama. Tak la mencabar sangat. Yang mencabar ialah dapat jemputan last minute. Huru hara dibuatnye! Gua boleh lukis ikut rasa asalkan menepati tema yang diberi. Hari tu gua tak puas hati dengan lukisan banner kat Balai Seni Lukis, kali ni gua nak pastikan semua mengikut tema iaitu MEMBACA. Tanpa buang masa gua trus lakar dan warna sambil dikerumuni oleh kebanyakan staff PNM pada pagi hari pertama. Gua tau diorang tegedik nak join lukis/warna sama. Tapi pasal pagi hari pertama ni diorang kena betugas, jeling-jeling jer la. Selain dari staff dan pustakawan PNM, pustakawan dari negeri lain turut dijemput dalam festival ni seperti pustakawan dari Negori Semilan yang sudi join sama mewarna bersama gua. Ekau kaler boto-boto jang. Den ghembat an kalo salah kang!
Petang ni belangsungnya majlis perasmian oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung. Makin tengahari, makin ramai jemputan, tetamu dan pengunjung yang datang ke festival ni. Pelajar sekolah yang paling remai kerana ada banyak aktiviti yang disediakan untuk mereka. Masa yang sesuai untuk gua menjalankan tugasan gua sebagai pembimbing pengunjung yang ingin melukis/mewarna. Gua lakar besar-besar dan bagi diorang warnakan ramai-ramai. Adik warnakan bahagian ni, adik plak warna kat belah sini. Baik-baik kena baju!
Peluang baik pada sesiapa nak merasa mewarna gunakan arkilik atas kanvas. Ramai yang singgah tengok gua melukis/mewarna bertanya “ Ni lukis atas apa ni. Ni gunakan warna apa ni?” Ramai yang tak tahu pasal peralatan dan kesesuaian untuk melukis atas kertas atau kanvas dengan arkilik. Selain menjadi pembimbing gua gak menyampaikan maklumat mengenai peralatan lukisan dan yang berkaitan yang gua tahu le… Jaga-jaga kena baju sekolah tu adik. Kalo kena baju tak hilang warna tu dah! Arkilik ni warna yang degil ya amat! Mengamuk mak adik nanti!
Artwork yang gua buat pada hari Rabu masih blum siap. Memang gua nak sambung habiskan pada hari Jumaat. Datang jer pada hari Jumaat, gua rasa nak pengsan bila lihat lukisan yang gua tinggalkan telah ‘dijahanamkan’ oleh staff PNM yang datang betugas semalam ( Khamis ). ARGHHHHHHHH! Habih lukisan guaaaa! Gua tau diorang nak melukis/mewarna, tapi cam ni la jadinye bila dibiarkan tanpa bimbingan. Hancus! Tak apa, semua kesilapan masih boleh dibaiki. Touch up jer! Pasal kerja touch up la tebengkalai lukisan yang lain. ARGHH! Macam-macam yang gua nak lukis tapi tak sempat nak buat pasal sibuk touch up. Ni la lukisan yang tepaksa gua touch up.
Ni adalah karya pertama yang gua buat pada hari pertama dan karya pertama yang siap.
Lukisan ni adalah usahasama dengan staff PNM. Gua buat 50% dan PNM buat 50%. Lukisan ni la yang paling banyak sekali gua terpaksa touch up itu dan ini. Sebagai seorang kartunis/illustrator, memang menjadi satu yang tidak menyeronokkan bila melihat lukisan/karya kita yang belum siap
Karya ni gua buat pada hari terakhir dan diwarnakan bersama dengan staff PNM. Seperti yang gua kata pada awal tadi, gua nak pastikan karya yang gua buat menepati tema. Tak nak mengarut entah apa-apa cam lukisan banner olimpik kat Balai Seni Lukis hari tu ( secara jujur, gua masih tak puas hati dengan hasil banner tu. ARGHHHHH! ) Kalo temanya membaca, gambarannya pasal membaca la. Apa hal plak nak buat orang sedang menyepak itik, mengkerate kerusi sekolah, menumbuk perut Super Man, naik kuda, abstrak krisis makanan global dan itu ini yang tak menepati tema? Tetiba gua rasa emo dan cam nak mencarut!
Karya-karya yang gua buat bersama staff PNM, pelajar sekolah dan beberapa pengujung yang sudi melukis/mewarna bersama selama dua hari gua di majlis Pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan dan Festival Membaca 2008. Memang gua tak berapa puas hati dengan hasilnya kerana selama ini semua karya-karya gua, gua buat dan sudahkan sendiri tanpa bantuan. Tapi kali ini gua buat bersama dengan orang lain. Inila hasilnya. Gua kena terima perkara ini kerana gua ditugaskan untuk melukis dan menjadi pembimbing pada siapa saja yang nak melukis/mewarna. Mereka yang membantu memang bersungguh melakukannya. Tak la teruk sangat. Boleh dipuji. Terima kasih pada semua. Lain kali kita lukis bersama lagi ya!
Ini merupakan projek last minute yang benar-benar memenatkan. Memenatkan tapi enjoy! Apa yang penting adalah pengalaman. Pengalaman yang sangat berguna untuk tugasan yang lain sekiranya dijemput oleh makhluk asing dari planet Marikh atau Pluto. Gua bersedia untuk melakukannya kerana ia menyeronokkan bermain dengan arkilik dan kanvas. Dua orang staff PNM yang setia menemani dan membantu gua di sepanjang aktiviti hingga tamat acara. Belah kiri ialah saudara Ramzy. Yang tengah ialah saudara Khairul. Mereka menunggu lukisan yang masih basah untuk dibawa ke bangunan Perpustakaan Negara. Karya-karya ini akan dipamerkan kat Perpustakaan Negara. Boleh la sobat semua pergi PNM kalo nak tengok. Jangan lupa bawak awek korang. Baru semangat nak pegikan. HEH! Pada
37 comments:
satu lagi pengetahuan pasal arkilik & kanvas... penah dgr, tapi no idea whatsoever...
catatan lu ni kira ilmiah jugak bro,
gua mmg kagum dgn benda2 mcm ni,
ari tu sempat tgk hasil bro imuda tentang 'the beatles' nya...
dulu penah bertumbuk dgn member tepi longkang asrama, sebab abiskan kaler putih
(water color cap panda)
minggu ni punya playlist tak susah,
semuanya dlm satu album...
''roadrunner allstar''
the dagger..
the end..
enemy of the state..
no mas control..
army of the sun..
i dont wanna (be a superhero)..
blood & flames..
dan mcm2 lagi la...
tapi yg dani filth, king diamond dan peter steele punya lagu memang
super...!
type O negative rules!!
hehehe...
zAMAN KITA DULU-DULU
budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingat
mase skola rendah dulu:
- kat skola ade salesman jual buku
cerita
ari ni bg list, esok mintak duit
beli walaupun cerita buku tu dah taU
salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je.
bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....
- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam.
padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning pjg.
Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.
- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh
tp bile time kaler sume hampeh.
ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...
- main game 2D.
super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak.
Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die
kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles, dragon ball,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent.
huhu~
pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehehehe...
eddie dewanaga
lu betumbuk pasal kaler putih? vulgar display of power sungguh! harharhar!
doom metal from type o. tak ramai yang suka doom metal ni. gua layan 'penunggu' dari sweet charity kalo nak dengo genre doom version melayu. haha!
playlist gua minggu ni becampur-campur. huru hara! anarchy! chaos! riot! naga mengamuk!
isyam
humang hai panjang menjela ekau mengarut. lantak kat lu la.
Salam,
Hidup Mesti Terus...
Irwan
gayour, gua rasa mcm nak belajo mewarna ngan lu la beb. leh ka? Erkzzz...
anonymous
yeah! kalo nak truskan hidup kena makan. nak makan kena kerja, dapat upah/gaji baru bleh beli beras dan masak nasi untuk dimakan. baru ikhtiar meneruskan hidup namanya. heh!
garb_ina
bolehhhhhhhh! apa kata kalo pelajaran pertama kita belajar lukis dan warnakan LAUT. baru ke laut! harhar!
suke benar si Gayour dengan perkataan KELAUT tu... kalo bole sume mende nak KELAUT...tak takut mabuks ke Gayour??? perkataan ni kalau kuar kat blog kena bayar royalti tau...satu duo posen...1...2..3...4......huh!..
kayo...kayo...he..he...
incek gayour.. biasa la, org yg keje kat laiberi ni asek nengok buku je, sesekali dt pegang berus masing2 naek sawan la. maapkan dorang ye... btw, betui ka kat laiberi boleh berasmara dana? nak psg cctv la, bleh skodeng... :)
saracocohoney
gua memang suka laut walau panas tak ingat kat laut! heh!
royalti! gua memang suka royalti ni. bila la agaknye bleh dapat royalti buku yang gua buat tu? heee..
anonymous
tak apa. biasa le tu. tak semua terer melukis/warna. tapi ramai yang terer melukis kat dinding tandas. heh!
tak payah pasang cctv pun bleh skodeng!
aiyak.... brader camner gambar gua ader lak dalam tuh....anyway lepak ngalu ari tu memang enjoy....
aku rasa.. gayour mandi laut.. rambut tak basah.. hehe..
kalau tak.. konpom la.. letih patah2 sikat.. wakakaka
g
apo tak enjoy eh. ekau bukan nolongpun, nyibuk yo! orang amik gamba ekau enterframe gak. ontah la jang!
nizam catborg
ah, blah la lu catborg! lu dengki kat rambut gua tu kan? harhar!
lukis dinding tandas...??
hahaha...
dulu penah kena tangkap tgh conteng bro, yg kawan2 tulis mcm2 hasil carutan dgn illustrasi skali...
gua tulis...
''peace sells, but who's buying...!''
diorang kena denda cat balik..
gua kena bebel je...
jgn campur aduk kan keja dgn politik...
dulu la.. mudo2 kojo kilang!
eddie dewanaga
ramai orang kata "saya tak tau lukis kartun" tapi sebenarnya semua bebakat dan tau lukis kartun. buktinya luahan perasaan kat dinding tandas yang membuatkan hilang selera nak kencing. sama ada melalui tulisan, lukisan kartun/orang lidi atau bentuk visual yang lain.
terutama kartun/visual lucah kat dinding tandas! yang ni paling ramaiiii sekali yang bebakat dan kreatif tak ingat ke laut!
rock
metal
lambang anarchy
punk not dead
mencarut
maki hamun
i luv u
jangan conteng la oii!
bodoh
stupid
i miss u
nama band
blablablaaa...
ere wuz gayour
31/07/08
gua kaler la brader (sikit)...
cuba tgk post gua 'there and back again'.... tapi gua admit la enter frame skit...ala skit jer!!!!
g
iyo la. ekau memang ado nolong kaler sket. timo kasih yo la!
SAMO-SAMO...DEN GURAU YO....
_q
tak marah tapi nasihat!
ni bilo perpustakaan negori semilan nak boli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR den ni? ekau jangan main-main jang. den ghembat an kang!
wui... jangan... nanti den bawak perkaro nie kotongah....
_q
kalo takut kono tumbuk porut elok la kau ghunding an pekaro no baik-baik. timo kasih yo la.
best tul kalau dpt join2 kaler nih..bulih la gua kaler habis ngan bangunan2 PNM sekali..orang lalu lalang pun gua kasi kaler sekali.best2..
artslover
nasib baik lu tak join sama kalo perangai cam ni. habih jahanam!
Lepas ini aku cadangkan conteng-conteng di Zoo Negara pulak, apa macam bro'? Baru ceria haiwan2 tu. Sesuai tak?
:D
blackpurple
baguih gak tu. rimau belang kita kalerkan pink, jadi pink panther. burung kakak tua yang berawna warni kita kalerkan hitam plak. biar beliau rasa hina jadi gagak. gagak plak kita warna-warnikan biar happening dan rasa mulia hidup beliau! kuda belang kita buat petak2 plak coraknye. bleh main dam aji! blum sempat warnakan beruk, memang sah kena pelangkung dengan encik guard kat zoo! ni apa punyer idea ni wak? ARGHHHHHH!
peh bro, lu memang nak kena aaa ... gua ada tu masa tuu ...
sf
fssf
lu ada masa tu. abih tu lu join kaler sama atau jadi pemerhati PBB jer?
apa cerita nie? entry pertama yang takde sessi mentekedaghah? ini boleh mendatangkan marah kepada para pelukis dan pewarna. kurang2 bihun dengan air teh o cap masjid.
babazahra'
betul la... cam no den buleh lupo pasal mengketedaghah? ARGHHHHHH! ni dah menyalahi undang-undang yang den buek selamo ni.
tapi biaso la jang... undang-undang buleh diubah ikut kepentingan cam Menteri Nikah Kawen dalam cito Musang Bejanggut. haha!
baru makan briani kambing.
Salam,
Hidup Mesti Terus... saudara adalah pelukis ilustrasinya dulu dan saya adalah penulisnya...
Irwan
irwan
yeah! gua masih ingat pada encik kerana Hidup Mesti Terus dengan makan nasi lauk kambing.
moga encik irwan sihat dan bebahagia dengan kenaikan harga miyak, beras, parking dan segala macam lagi. heh!
gua ada program daaa masa tu ... tapi gua ada kat situ aaaa ... Yalah takda rezeki nk jumpa lu lagi aaa ... ada hikmah, mungkin kalo gua jumpa lu hari tu gua kena belanja lu teh tarekkk, jumpa lain kali ni kot lu kena blanja gua kfc gaknya ... hahaha
Pergh! Gua memang suspek orang yg pandai melukis. Kalo gua yg lukis, musti orang yg gua lukis tuh jadik kangkung. Tak sanggup, tak sanggup!
serunia faqir
patut la jantung, hati, limpa, buah pinggang, ginjal, mempedal, usus besar dan usus kecil gua bedebar-debar jer masa tu.heh!
deen
tak pandai/tahu melukispun tak apa. jadi la peminat dan penyokong industri kartun, komik, potret, karikatur blablablaaa tanahair. kalo semua terer melukis, sapa plak nak jadi tak terer? heh!
Salam.
Enche' Gayour mmg 'haibattt'
Tabik 884 kali!!!
:P
s.yanaz
hebat? apa yang hebat. apa yang telah gua lakukan sehingga encik berani berkata begitu?
ramai lagi orang lain lebih baik dan hebat dari gua.
salam gayour.
link dari blog s.yanaz.
ni abang nan. jiran sebelah masa kat bandar baru selayang dulu. ingat lagi kot?
denanz
yeah! apa khabar? moga abang nan sihat sejahtera dan bebahagia dengan kenaikan harga beras dam minyak dunia! haha!
Post a Comment