Monday, August 11, 2008

JALAN KAKI

JALAN KAKI
DATARAN MERDEKA

10 SYAABAN 1529H - 12 OGOS 2008

Rasa cam tak nak masukkan entri ni. Tapi masukkan jer la. Hari tu tugasan luar gua kat Dataran Merdeka pada 17 Rejab 1429H – 20 Julai 2008 ( Ahad ) yang lalu dalam program Jalan Kaki anjuran beberapa syarikat bank/insuran. Cara diorang menarik pelanggan baru. Bagi diorang jalan kaki dan pas tu pihak penganjur akan kata “ Kemalangan boleh belaku di mana-mana. Buatnya masa semua sedang jalan kaki tadi ada yang ditimpa kemalangan eksident belanggar, mati, pitam, pengsan, kena kejar dan digigit anjing. Sekiranya tak ada insuran, kan susah. Jadi elokla ambik pakej insuran yang kami tawarkan”. Entah la...

BEST KE
Pintu gerbang pasang siap yang dipasang khas untuk event ni kat tengah jalan di Dataran Merdeka sebagai tempat permulaan acara Jalan Kaki. Ingat nak masuk. Best gak jalan kaki ramai-ramai menghirup udara ‘tecemar’
Kuala Lumpur pagi-pagi. Tapi tak payah la susah-susah. Bijak sungguh strategi pihak penganjur. Bagi orang jalan ramai-ramai kat jalan Kuala Lumpur ni, bila ada yang semput, trus paksa ambik insuran diorang!

JANGAN BUAT LECEH!
Masa gua sampai ramai peserta Jalan Kaki yang dah sampai/tamatkan acara jalan kaki mereka. Tapi masih ada yang tehegeh-hegeh menghabiskan acara. Mesti mereka menyesal masuk acara ni tadi. Tu la gatal nak masuk sangat. Nak sihat la kononnye jalan kaki ramai-ramai ni. Harharhar! Rasakan! Tu nampak tak bangunan kat belakang tu? Tu la bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur untuk makluman semua sobat. Dataran Merdeka seluruh rakyat BolehLand tahu tapi Perpustakaan Kuala Lumpur tak tahu. Leceh tul! Kat mana ya. Tak penah dengarpun!

ARGHHHH!
Ada
beberapa acara yang telah disusun selain dari acara Jalan Kaki. Iaitu acara paling mudah untuk mengumpan orang ramai/ibu bapa datang ke program ni membawa anak-anak mereka iaitu acara mewarna. Dari dulu gua tak puas hati dengan mana-mana pihak penganjur yang membuat acara melukis atau mewarna. Memang tak ada tempat yang agak baik dan selesa disediakan untuk anak-anak melukis/mewarna. Kau menyiarap la kat lantai tu! Kalo panas, pandai-pandai la cari tempat teduh!

LANTAK LA
Gua datang ke Dataran Merdeka ni adalah sebagai pengadil pertandingan mewarna, bukan nak Jalan Kaki atau perkara-perkara lain. Tapi perkara yang lain dan tak diduga tu selalu datang jumpa gua seperti ditemuramah dalam satu program untuk Astro ni. Apa ntah nama program ni. Tanya Artis, Siapakah Artis Tegedik Tu, Tak Cukup Gedik, Gedik Telampau, Mari Mengedik, Seleberiti Paling Gedikz, Artis Malaysia… blablablaa… sori la gua tak ingat nama program tu. Kena tengok buku Astro balik. Gua ditanya pasal beberapa orang selebriti/artis tanahair dan guapun bagi la pendapat kepala hotak gua pasal mereka. Salah satu jawapan gua bebunyi “ Memang beliau tak boleh belakon. Hancus! Lakonan paling jahanam! Lakonan bukan bidang beliau!” Lagi satu jawapan gua cam ni
" Sapa la mandai-mandai bagi gelaran raja la, ratu la kat beliau. Beliau tak layak langsung dengan title tu. Beliau bukanye bestpun! " Tak tau la disiarkan atau tak untuk siaran musim baru siri ni pada tahun depan. Lantak la!

KETUK KETUK PINTU...
Lepas habis program gua tegerak hati nak pergi melawat Pasar Seni. Pasar Seni dengan Dataran Merdeka tak jauh. Gua jalan kaki jer. Sempat gak tengok pertemuan sungai Kelang dan Sungai Gombak kat tengah bandaraya Kuala Lumpur. Lama tul tak singgah melawat tempat ni. Banyak gak kenangan masa zaman lepak kat C.M. dulu. Banyak yang telah berubah. Aura zaman kehebatannya telah hilang. Itu yang gua rasa. Gua rasa begitu asing sekali bila berada di sini. Rasa cam baru sampai dari kampung ke Kuala Lumpur puluhan tahun yang lalu! Masuk tioletpun dah rasa pelik. ARGHH! Gua sempat meninjau tempat sobat lama Sherry. Adi Jagat dan Sidek basking petang-petang menghiburkan pengunjung yang lepak lepas habih kerje menimati petikan gitar tong irama rebel dan luahan perasaan mereka suatu masa dulu. Masa tu C.M. memang happening! Auranya begitu kuat dan hebat! Jika bekesempatan ( balik awal sket ) gua pasti akan singgah lepak kat C.M., jumpa kawan-kawan ( C.M.. memang jadi tempat pertemuan wajib pada kartunis, illustrator dan siapa saja termasuk la tempat pertemuan pasangan kekasih! ) dan menyaksikan seniman jalanan basking! Masa tengah basking, pengunjung akan menghulurkan beberapa yang ikhlas dan acara disambung semula. Habih basking, lepak dengan brader Sherry kat Lorong Katak pekena roti canai sambil sembang-sembang.

That long black cloud is comin’ down
I feel like I’m knockin’ on heaven’s door

Knock, knock, knocking’ on heaven’s door
Knock, knock, knocking’ on heaven’s door
Knock, knock, knocking’ on heaven’s door
Knock, knock, knocking’ on heaven’s door

Knockin’ On Heaven’s Door dari Bob Dylan adalah lagu wajib yang dinyanyikan oleh Sherry temasuk lagu Takin’ Bout a Revolution ( Tracy Chapman ) dan Luca
( Suzzane Vega ) dalam setiap sesi baskingnya kat C.M. ni.

Ketuk ketuk pintu syurga
Hey hey hey hey heyyy…
Ketuk ketuk pintu syurga…
Ketuk ketuk pintu syurga…
Ketuk ketuk pintu syurga…

Ini plak adalah lagu wajib brader Sidek dalam versi Melayu selain dari memainkan lagu-lagu rebel Bob Marley. Ada satu lagu selingan yang menjadi feveret semua nyanyian brader Sidek yang bertajuk Susu Cap Gantung yang sentiasa mendapat jeritan hebat dari semua penonton! Cam ni lebih kurang liriknya…

Lekaslah besar si manjaku sayang
Minumlah susu cap gantung

Har! Har! Har! Lagu asalnya adalah dari iklan susu Cap Junjung!

Aku jumpa Jenap
Di Dataran Merdeka
Aku sayang Jebab
Sebab Jebab ada kereta!

Ini antara lirik ( yang gua ingat ) lagu ciptaan Adi Jagat yang sangat menghiburkan. Sungguh dalam maknanye. HEH! Mana nak cari album pertama Adi Jagat aa… sapa ada? Bagi kat gua. Lagu-lagunya adalah lagu rakyat bersifat mesra pendengar, telus, jujur, berani dan menghiburkan. Apa, tak penah dengarpun nama Adi Jagat? Hmmmm! Tak pe la… lupakan saja!

Semuanya tinggal kenangan indah yang seronok bila dikenang. Gua melangkah lemah meninggalkan Pasar Seni...


8 comments:

Denanz ... said...

ya. kenangan lalu sangat indah utk di kenang. pastinya kenangan itu akan sentiasa dalam ingatan. skang ni CM dah tak cam dulu lagi. semuanya hanya tinggal kenangan.

Unknown said...

aih apalah kau tulis nih.buek penat aku pegi kat blog lu nih

gayour said...

denanz
hanya kenangan terukir di dada bersemadi dalam sanubari kuuuuu...

lagu lefthanded ni brader nan. heh!

isyam
orang lain okey jer. tak penatpun!

eddie dewanaga said...

''..kepesatan pembangunan menghapus jejak kenangan silam..''


dulu ada satu kedai buku sheikh bakar gua slalu pegi zaman2 skola, remaja... situ la gua kenal majalah gelihati, kartun2 scorpyan, brader YO, adiputera, kartun2 lu, kat pasar besar jb, sekarang dah jadi city square..

sekarang, bila gua layan lagu search ''musafir'' & ''balada pemuzik jalanan'' original version... boleh terkenang kisah lampau tu...

menghapus jejak, tak sama dengan menjejak & menghapus (seek & destroy)
hehehe...

gayour said...

eddie dewanaga
you don't remember
i'll never forget

faizalmukhtar said...

jangan panggil gua seniman rakyat kalau takde lagu AdiJagat dalam simpanan gua! Apa gua dapat kalau gua hulur lagu tu kat lu???

gayour said...

faizalmukhtar
lu akan dapat
1-kasih sayang
2-kasih sayang
3-kasih sayang
4-doa kesejahteraan dari gua
5-yang paling penting lu dapat tahu bahawa Adi Jagat lebih hebat dan berjiwa rakyat dari M.Nasir! harharhar!
cepat bagi gua album hebat tu boy scout!

Ahmad Juanda said...

Aduhhhh... ada ka lagu Adi Jagat tuh... tolonglah.... aku dah lama carik lagu tu... hulur-hulurle... Dia ni 2 tahun lepas menyanyi kat Merang Resort, T'ganu.