RUMAH EHSAN
YAYASAN SALAM MALAYSIA
14 REJAB 1429H - 17 JULAI 2008
Apa benda Yayasan SALAM Malaysia tu. Tak penah dengarpun. Apa bende tu?
Rumah Ehsan lagi satu. Rumah apa plak? Tak penah dengarpun. Sila ke www.salam.org.my kalo nak tahu apa bende Yayasan SALAM Malaysia. Terima kasih pada Yayasan SALAM Malaysia, saudara Arip, cik Zamliza dan semua sukarelawan SALAM yang happening biar ke laut!. Satu aktiviti kebajikan, kasih sayang, keperihatinan dan kemanusiaan yang hebat. You guys ROCK!
Gua sampai agak lewat ke pejabat Yayasan SALAM Malaysia dengan Aguri. Tapi tak la lewat sangat. Maaf banyak-banyak la yee… tak tau nak salahkan sapa kerana kelewatan ke laut ni. Sampai jer staff dan sukarelawan SALAM dah siap untuk betolak ke Rumah Ehsan kat Kuala Kubu Baru
Sepatutnye kitorang sampai mengikut jadual tapi kerana kesilapan teknikal sejak dari mula gerak dari pejabat SALAM hingga la dalam perjalanan pasal ada yang hilang pegi ke laut mana ntah! Oh, ya. Kitorang pergi konvoi ke Rumah Ehsan naik kereta. Bemacam kereta dan ragam pemandu. Lupa lak. Program anjuran SALAM ni disertai oleh staff SALAM dan paling ramai disertai oleh sukarelawan baru! Mereka bersama membuat persiapan, menggunakan kenderaan sendiri dan memandu sendiri. Tu yang ada ke laut! Semua gumbira kerana selamat sampai ke Rumah Ehsan walau over deadline! Tak ape asal selamat sampai.
Encik Arip yang kanan sekali tu ialah ketua rombongan dan ahli tetap SALAM ( driver gua dan Aguri. Heh ! ) dengan cik Zamliza yang betudung biru tu. Awek-awek lain tu kebanyakannya adalah sukarelawan yang baru mendaftar dan kali pertama join dalam program ni cam gua. Walau penat bukan kerana memandu tapi pasal menunggu kawan yang ke laut dalam perjalanan tadi, semua gumbira dan berebut-rebut nak jadi prop bila nampak kamera. Entah la…
* ke laut adalah istilah sesat dalam perjalanan yang digunakan oleh sukarelawan SALAM.
Sampai jer kitorang trus diberi sedikit taklimat ringkas oleh wakil penjaga Rumah Ehsan. Sapa nama beliau ek? Lupa lak. Menurut beliau ada dua buah Rumah Ehsan saja setakat ni di Semenanjung
Ni dia encik penjaga tu. Menurut beliau lagi, tiga buah asrama menempatkan penghuni yang bed ridden. Penghuni yang memerlukan bantuan sepenuhnya. Sebuah lagi untuk penghuni yang 50% boleh berdikari dan menguruskan diri termasuk boleh melakukan beberapa aktiviti. Mendengar maklumat ni membuatkan hati gua bedebar, menelan air liur dan membayangkan itu dan ini. Ini pengalaman pertama. Gua memang bedebar tapi teruja untuk merasai pengalaman hebat ini. Macam-macam dalam kepala hotak bejambul gua masa dengar taklimat ni.
Tugasan gua dijemput menyertai program/aktiviti anjuran SALAM ni ialah untuk melukis karikatur penghuni di Rumah Ehsan. Itu hajat mereka pada gua. Yeah! Melukis memang kerja dan tanggungjawab gua. Satu pengalaman yang menarik dan hebat walau gua bukan pelukis karikatur tegar. Gua seronok dan sanggup melakukannya! Ini adalah lakaran karikatur pertama gua atas pemintaan dua orang warga emas sahabat baik.
Yeah! Untuk makluman sobat semua. Gua sekarang berada di Rumah Ehsan iaitu sebuah rumah kebajikan yang menjaga dan melindungi warga-warga emas yang tidak berupaya. Mereka ditempatkan di sini dengan bebagai sebab. Masa taklimat tadi kami dimaklumkan antara sebab mereka berada di sini ialah kerana;
1- tak ada tempat tinggal
2- tak ada kerja tetap untuk menyara hidup
3- tak ada anak, waris atau saudara mara untuk menjaga mereka
4- masalah kesihatan
dan syarat terakhir sebagai kelayakan untuk menjadi penghuni Rumah Ehsan mestilah berumur 60 tahun ke atas.
Gambo gua bersama dua orang warga emas dengan sukarelawan SALAM.
Nenek berdua ni adalah member kamceng. “ Mari sini Ayoon! Lukis gambar!” jerit nenek Rokiah pada kawannye masa gua nak mula lukis.” Lukis baby sekali ya”, minta nenek Rokiah. Baby adalah kucing kesayangan mereka. Mereka mengejutkan Baby yang sedang lena tidur masa tu untuk dilukis.
Lepas melukis karikatur nenek berdua tu, sukarelawan SALAM bagi tau nenek Rokiah nak lukis gak. Yang nipun nama Rokiah gak.
Gua melukis sepantas yang boleh. Tak nak bagi nenek Rokiah rasa tak selesa, sakit atau lenguh duduk di katil. Asrama yang gua lawat ni menempatkan warga emas wanita yang 100% memerlukan bantuan. Kebanyakan terlantar tak upaya di katil sepanjang masa.
Gua tak boleh duduk lama kat asrama wanita tu. Tak tahan sebak di hati melihat mereka tebaring lemah. Kendian gua melawat ke asrama lelaki plak. Asrama yang menempatkan warga emas lelaki yang boleh berdikari walau menggunakan kerusi roda untuk begerak. Mereka sihat, aktif dan boleh besembang dengan baik. Mereka suka becerita. Lama gak gua bediri rupanya masa melawat dan melayan mereka. Patut la lenguh kepala lutut. Gua tak sempat nak melawat semua asrama dan warga emas kat Rumah Ehsan ni pasal lama sangat kat asrama nenek dan atuk tadi. Masa lawatan kami tak lama.
Masa kat pejabat Yayasan SALAM pagi tadi gua telah diberi sehelai t-shirt SALAM. Gua tak ingat nak pakai. Dah habis melawat baru teringat nak bakai. Leceh tul! Tak kisah la. Dah abih melawatapun tak apa. Gua tukar baju pakai t-shirt SALAM sebagai tanda menghargai. Sebagai bukti ingat nak posing sesorang dengan t-shirt free ni… emmm… ada gak yang nak interframe. Ni la cik Garbina yang tesengih sepanjang masa sama ada posing amik gambo atau tak. HEH!
Pas tu lagi ramai yang interframe dengan t-shirt memasing. Tak apa, tak apa! Mari! Mari! Memang fungsi gua sebagai kartunis bukan hanya lukis kartun tapi juga digunakan untuk amik gambo cam meriam, tugu, tunggul kayu, tembok dan lain-lain benda yang digunakan sebagai latarbelakang oleh orang untuk amik gambo. Diorang memang pantang nampak kamera. Nak interframe jer. Jadi prop pun sanggup!
Sebelum kami pulang, pakcik Hashim iaitu sorang warga emas yang kami lawat tadi ingin berkaroke menghiburkan kami. Dia sihat, agresif, energytic walau menggunakan kerusi roda untuk begerak. Petang ni untuk kami, atuk Hashim berkaroke dengan lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee. Sekali-sekali gua interframe dalam nyanyian beliau. Heheheee….
Lagu yang dinyanyikan jelas memberitahu akan perasaan, kesedihan dan kedukaan hati mereka di Rumah Ehsan ini. Mereka pasti merindui isteri, suami, anak-anak, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan , masa-masa indah bersama keluarga dan mungkin juga ibubapa kandung mereka yang telah tiada. Mereka pasti tidak pernah terfikir akan berada dan mungkin akan berakhir di sini. Masa pakcik/atuk Hashim berkaroke, gua lukis karikatur beliau dengan
Yang nipun sama. Dah macam lalang ditiup angin yang berhembus di pinggir sawah di waktu senja. Janji interframe.
Begambar bersama sebelum mengakhiri lawatan ke Rumah Ehsan ni. Satu pengalaman luar biasa hebat. Guapun tak tahu apa nasib gua sekiranya panjang umur dan menjadi warga emas nanti. Tak mustahil akan berakhir di Rumah Ehsan atau tebiar di mana-mana. Melihat nenek-nenek dan atuk-atuk tadi benar-benar menginsafkan. Kita memang tidak berupaya untuk mengelak sekiranya sudah ditentukan Allah.
Masa gua sampai ke katil nenek tu adalah masa untuk nenek dan penghuni Rumah Ehsan makan tengahari. Peluang dan pengalaman untuk gua menyuapkan nenek makan tengahari. " Nak saya suapkan?" Tanya gua pada nenek. Pada uwan, atuk, emak dan abah guapun gua tak buat cam ni. Ia benar-benar mengujakan! Melihat nenek di depan mata tebaring lemah tak berupaya kerana penyakit lumpuh sebelah badan sungguh mengharukan hati. Sebak dan rasa nak nangis. Berat mata memandang, berat lagi bahu nenek yang menanggungnya. Setiap suapan diikuti dengan cerita itu dan ini oleh nenek. Tak ketinggalan nenek turut komplin itu ini. Gua dengar jer dan kata “sabar la nenek”. Nenek yang banyak cakap. Memang nenek menunggu peluang untuk meluahkan perasaan di hati pada siapa yang datang melawat termasuk sket kisah hidupnye. Tragis sungguh kisah nenek! Nenek bertanya pada gua “ anak masih ada mak bapa?”
20 comments:
hu..hu...sungguh panjang lebar...bleh ker saya mencilok entry ni lalu edit2 sedikit sebanyak lalu menjadikannya sebagai entry saya? sebab lebih kurang aje ceritanya...he..he...
Gayour, tima kacih le sebab sudi sertai program kami tuh. Nati ada program lain kami ajak lagi yer. Janji tau....hehehe...
p/s:- istilah 'ke laut' tue bukan utk sesat jer tetapi bole digunakan semasa tidak sesat jugak. Ahakzzz...
hai bang .. salam kenal ..
kita datang dari blog garbina
:D
hehehe ...
rambut bang gayour rawk !!
teruskan melukis yerr ...
Kedatangan hulubalang Gayour untuk melawat semua rakyat jelata sama ada muda tua kaya miskin semunya memberi hormat padamu wahai lelaki budiman.
saracocohoney
amik jangan tak amik. jangan malu apa tah lagi segan silu masuk ke laut!
speed metal symphony
cacophony
garb_ina
oh! ingatkan untuk sesat jer. boleh jadi macam-macam rupenye ek!
boleh ker gua buat ayat cam ni
" hobi garbina adalah sesat ke laut !"
lily.lulu
tak berapa best blog garbina tu. harharhar! tq kerana sudi menjengok blog yang best ni. heee...
isyam
sapa-sapa yang sudi boleh pegi melawat mereka.
pjgnye cite. leh wat filem. aku nye setakat drama brsiri jer... ehe...
ijan baik
itu baru intro tu. kalo tulis lagi panjang memang ke laut la jadinye. heh!
gadis je semua? takleh jadi..kene join salam ni
:P
j or ji
humang hai, kan main laie ekau yo jang. donga ghamai awekz, trus nak join SALAM. iyo la... pokok dek kek kau la jang. silo la mendaftar yo!
bro...
nasib baik atuk Hasyim tu mintak lagu arwah P.Ramlee utk karaoke..
dibuatnya dia mintak..
scorpions - fly people fly
judas priest - diamond & rust
deep purple - child in time
black 'sarbat' - electric funeral
hahaha...
tak ke naya aweks2 yg ramai2 tu
tak tido mlm nanti...!
utk yg nama lily.lulu tu...
abg eddie pun teringin nak kenal awak juga... hehehee...
pegi la layan blog abg sama..
tak salah kan..??
naga berteemu naga...
.
eddie dewanaga
gua rasa atuk tu layan lagu tahap dinosaur old skool punyer cam:
voodo child - jimi hendrix
paint in black - rolling stone
bad moon rising - creedance clearwater revival
light my fire - the doors
you really got me - the kinks
my generation - the who's
sunshine of your love - cream
jail house rock- elvis presley
dan tak ketinggalan
kenangan - a. ramlie
heh
Hiba sungguh membaca kata-kata bro' yang di bawah sekali itu.
Semoga usaha dan kebaikan bro' dirahmati Allah. Ameen.
blackpurple
"yang muda menghormati yang tua
yang tua mengasihi yang muda"
betul ker falsafah ni?
but i feel i'm going OLDer
and the songs that i have sung...
soldier of fortune - deep'black'purple
don't be afraid of getting OLD
life's still full of joy
and the beauty of the past is rejoicing your mind
life's like a river - scoprions
tuan...gue sedang nulis surat buat lho nich....
anonymous
tulis jangan tak tulis!
heheheh bagus zamliza, bernas tak idea aku suh gi jemput gayour...
jejejeje... err
good job bro...
mineral
memang bagus kepala hotak bejambul encik bagi cadangan jemput gua tu!
tq
alhamdulillah..
berbakti sesama insan...
idzaris
yeah! mana yang boleh/mampu kita buat, buat la dengan ikhlas...
salam...
hai abang...
maaf, mungkin baru sekarang sy perasan blog abang nie..
skrg nie abg kje kat bahagian komik G3 kat Karangkraf, betulkan..coz sy penah jumpa abang kat sne..
berkaitan rumah Ehsan, sy penah melawat Rumah Ehsan, setiap kali sy pi sne, sy tertanya2 siapa yg dok melukis pic kartun yg di lekat kat dinding atas kepala katil salah seorang penghuni di sana... rupa2nya abang yang melukisnya..hehe..
pe2 pun, kehadiran abang ke sana sedikit sebanyak dapat merasai dan memahami perasaan yang dihadapi oleh penghuni disana....
Post a Comment