BENGKEL ASAS KEWARTAWANAN
DAN MELUKIS KARTUN
08 REJAB 1429H - 11 JULAI 2008
Sebahagian dari pelajar yang dapat masuk dalam frame kamera gua sedang sibuk memilih tempat memasing sebelum gua memulakan bengkel. Mereka memang agresif, bising, tak sabar, tak boleh duduk lama dan berbau!
Gua memulakan bengkel dengan bertanya “ Sapa suka lukis kartun? “ Serentak semua angkat tangan dan berkata " SAYA SUKAAAAAA! ", tanpa menyesal dengan tindakan agresif mereka tu.
Keputusan telah gua buat seorang diri tanpa merujuk atau meminta pandangan dari sesiapa kerana gua yakin dengan keputusan yang gua buat. Demi kebaikan semua pelajar agar berILMU, bermaklumat dan terbuka minda mengenai kerjaya ini, gua dengan senang hati menyampaikan semua maklumat yang advance dan terkini pada mereka. Mereka berhak untuk tahu kerana mereka adalah masa depan! Merekalah yang akan menyambung dan mengembangkan kerjaya sebagai seorang kartunis yang bermaklumat, bertanggungjawap, berILMU dan beriman!. Apa nak bekira atau kedekut sedikit ilmu yang gua ada. Gua percaya, ia pasti bertambah. Seronok bila melihat mereka begitu kagum, telopong mulut dan tak percaya bila gua bagi tau pasal harga sebatang brush yang gua gunakan untuk melukis. Bukan saja pelajar yang tenganga, guru-guru pengiring juga telopong lebih besar dari mulut pelajar. HEH! Ingat, kerjaya ini adalah professional dan bayaranya juga adalah standard pro. Kerana itu peralatannya mahal! Ingat maklumat ini ya!
Seperti selalu yang gua kata, menyertai bengkel gua ni bukan bermakna seseorang itu perlu jadi seorang kartunis pada masa akan datang! Ini adalah maklumat atau ILMU yang perlu diketahui supaya mudah dan yakin dalam membuat pilihan atau keputusan. Itu saja. Tapi sekiranya benar ingin menjadi seorang kartunis, gua terharu. Moga apa yang gua sampaikan ada kebaikan, manafaat dan menjadi panduan. Cari dan belajar la lagi dari kartunis atau illustrator lain yang lebih baik dan hebat dari gua. Berusahalah! Masa untuk melukis. YEAHOOOO! Setelah membebel itu dan ini yang membuatkan pelajar-pelajar mula pening, resah dan tak senang duduk, masa untuk mereka meluahkan segala yang terbuku di hati kata atas kertas. Berseronok la. Masa untuk menipta dan melukis karakter kartun sendiri!
Lama gak gua tak becuti/jalan-jalan ke Melaka Bandaraya Bersejarah ni. Tahun bila ya gua datang melancong ke Melaka ni? Lepas selesai tugasan kat Jasin, gua tepaksa ikut editor Libur saudara Azli dan Pengurus Perkhidmatan Koprat Kumpulan Karangkraf, encik Hashim Anang ke Hotel Equatorial nak bincang pasal tajaan. Ingat nak tengok jalan dan pemandangan rumah tangga batu Melaka tapi gua tak berupaya untuk menahanye setelah pekena ikan siakap masak asam pedas kat hotel Sri Impian tadi... ZZZZ..kroih! ZZZZ...kroihhh! Sedar-sedar dah sampai ke hotel tu dan sedar-sedar gua dihidangkan plak dengan sup ekor masa diorang bebincang! Alhamdulillah. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam, gua memang tak mampu untuk menahanye dari melenakan mata gua hingga sampai ke rumah!
13 comments:
Hashim Anang dengan lu sekarang, sahabat akrab ke?
faizalmukhtar
'terpaksa' demi untuk mencapai matlamat. tapi kerakusan jeneral zod ada kalanya sangat membantu. jangan lepaskan peluang. heh!
regards from hell...
brader, pekata lu berkarya dlm blog ni...best skit nk baca..
jdkan blog ni cyber comics of gayour..
salam...
bro, gua sokong king of hell tu,
tapi tu laa.. benda free..
hehehe... boleh jugak kan,
bukan utk sapa2, your die hard fans jugak...
huh... satu malaya jugak lu round eh... demi utk memperjuangkan industri yg lu ceburi ni..
dah mcm osman jailani,
gua kagum bro...
satu malaya round,
playlist mesti best...
metallica - turn the page
acdc - highway to hell
megadeth - washington is next
machine head - aesthetics of hate
lamb of god - redneck
iron maiden - aces high
dan satu lagu baru dari testament bro, chuck billy kembali mengganas,
'more than meets the eye'
memang taste lu tu...
hua hua hua...!!
naga bertemu naga...
king of the hell
blog ni bukan tempat yang 'selesa ' untuk gua berkarya.
hell awaits
cradle of filth
eddie dewanaga
gua tak berapa kisah kalo bagi free tapi ini bukan tempat pilihan gua untuk berkarya. mungkin gua akan banyak masukkan entri lakaran dan karya-karya gua kat sini.
gua blum dengar lagi testement yang baru.
wow! ada aces high kat playlist tu.
playlist gua skang ni ialah old skool thrash metal dari big four,
overkill, exodus, testament, kreator, sodom, annihilator, coroner, destruction, nuclear assault, rigor mortis, athiest, sadus, tankard, metal church, whiplash, dark angel, pantera
baru tadi tambah plak big four of death metal dan possessed! ARGHHHHHHH! ARGHHHHH!
jasin?
kampung halamanku....
x singgah umah nenek saya..
makan mangga epal??.heeee
http://yuzz9071.blogspot.com/
anonymous
kalo encik bagi tahu awal-awal pasti gua singgah pow mangga epal nenek encik. pekara cam ni memang selalu belaku.
"tu kampung gua tu. apasal tak bagi tau nak datang?"
kenapa jadi cam ni ye?
tak pe la, walau tak dapat makan mangga epal... terima kasih.
aku tak berkenan dengan kerakusan Jeneral Zod! aku ingat dia dah insaf lepas pilihanraya umum tempoh hari!! CHAISS!!
faizalmukhtar
memang ramai yang tak setuju dengan kerakusan jeneral zod. tapi sebagai jeneral, beliau akan melakukan apa saja asal tujuan dan matlamat tercapai!
itu la jeneral zod yang lu kenal boy scout! he never change! harharhar!
hah ye aku dah tanya kat tokey kadai tuh.huih banyak koleksi macam cerita combat(american war),archie the jung man,spiderman(stan lee),dan herganya uih tak boleh beli cuma untuk sewa sahaja.
isyam
ekau sewa dan baca la sesorang kalo cam tu.
ha!ha!jangan lah terasa pulak.Nantilah gua hantar kat alamat G3 bulan depan.Gua sesaja melawaklah.alah bucuk bucuk.To Mr mazli Ibrahim all good luck to you and mr lobo
isyam
hantar jangan tak hantar. gua tungguuuuuuu!
Post a Comment