LUKIS ORANG RAMAI
''APA YANG AKU CARI''
12 REJAB 1429H - 15 JULAI 2008
Lama tak masukkan entri sketch kartun gua kat sini.. Kali ni gua masukkan satu entri pasal lakaran siri drama APA YANG AKU CARI yang gua buat dalam majalah g3. Siri ni dahpun disiarkan dalam g3 bilangan 53 kuaran bulan Julai 2008. Entri ni gua masukkan kerana ‘keazaban’ yang gua hadapi dan rasa masa membuatnya. AZAB? Yeah! AZAB. Walaupun azab tapi seronok! Ia satu cabaran pada gua sebagai seorang kartunis – melukis orang ramai atau banyak karakter dalam cerita/siri drama yang dibuat. Kebolehan melukis suasana/keadaan orang ramai seperti di Pasar Malam, perhentian bas, lapangan terbang, stadium, pasar, konset dan segala macam tempat lagi adalah perlu dikuasai sebagai seorang kartunis. ILMU mengenainya perlu dipelajari. Bahan rujukan perlu ada dan kesungguhan untuk melakukannya adalah di tahap tinggi kerana ia memang mencabar dan memenatkan! Lakaran ini adalah gambaran orang ramai yang gua buat untuk tatapan semua. Enjoy!
Melukis orang ramai dalam cerita atau kartun yang dibuat merupakan satu yang cuba dielak oleh kebanyakan kartunis. Kalo perlupun hanya dalam beberapa panel untuk mengambarkan suasana/keadaan orang ramai. Pas tu tak akan diulang lagi. Gambaran orang ramai tidak akan diulang lagi walau karakter utama masih dikerumun atau berada di tempat orang ramai. Dalam siri APA YANG AKU CARI ( g3#53 ) kali ni gua melukis suasana di gelanggang silat yang penuh dengan pesilat dan orang ramai seperti dalam lakaran ni. Bukan saja karakter/orang ramai perlu dilukis tapi juga perspektif, latarbelakang, mimik muka dan pergerakan turut dilukis untuk menggambarkan keadaan dan apa yang berlaku.
Seperti yang gua kata tadi, ramai kartunis akan mengelak sedayanya untuk melukis orang ramai dalam karyanya dengan bemacam alasan. Alasan yang paling popular sekali ialah kerana susah dan malas! Memang susah, leceh dan mencabar lukis orang ramai-ramai. Memang tak gua nafikan. Tapi kerana kesukaran itu la yang mencabar gua untuk melukisnya dalam drama yang gua buat pada keluaran kali ni. Gua dah melukis lebih dua puluh tahun dan memang dari mula gua melukis memang gua seorang yang sangat mementingkan ketelitian, ditil dan kesungguhan hingga la ke hari ini. Ini antara cabaran beterusan yang sengaja gua cipta untuk keseronokan diri sendiri semasa melukis! Selagi daya gua akan trus menghasilkan karya dengan kudrat gua sendiri.
Sebagai kartunis, gua sentiasa berseronok masa melukis walau dalam masa yang sama turut merasa kepayahan dan kesakitan dalam menghasilkan karya. Sakit jari-jari dan lenguh bahu! ARGHH! Beberapa orang sobat berkata “ apa susah-susah lukis orang ramai-ramai cam ni, copy and paste jer kan senang !" bila melihat gua melukis daun sehelai sehelai atau karakter yang banyak/ramai seperti dalam karya gua yang ni. "Tak payah lukis banyak-banyak cam ni!” Yeah! Memang mudah dan senang kalo mengamalkan teknik copy and paste dalam karya. Lukis jer daun sehelai dua atau orang sorang dua, scan dan akan membiak la dia dalam setiap panel lukisan! Sebagai kartunis yang bertanggungjawab terhadap karya gua, gua tak gamak nak buat cam tu! Biar la orang nak kata apa kat gua. Primitive, purba, jurassic park, pendalaman, old fesion, ketinggalan, purba, kuno, lemah IT, buta IT, lemah minda....
Teknik copy and paste yang menjadi amalan dan pilihan tercanggih teknologi terkini kebanyakan/ramai kartunis sekarang ni bukan teknik pilihan gua walau apapun keadaan. Gua tetap bertahan dengan cara yang gua amalkan sekarang ni. Gua tetap percaya dengan kebolehan, keupayaan, displin dan kesungguhan yang gua ada untuk menghasilkan karya yang berkualiti dengan kudrat gua! Biarlah sakit jari-jari dan lenguh bahu kerana membuatnya asalkan puas dengan hasilnya! Copy and paste pada gua adalah teknik menipu dalam berkarya! Gua tak setuju kalau hampir 95% karya seseorang kartunis menggunakan teknik copy and paste. Sungguh tak adil!
Tapi siapa peduli pasal tanggungjawap, adil atau tak! Gua biasa dengar orang kata “ work smart “ dan dengan melakukan copy and paste dah boleh dikira work smart? Gua tak faham dan tak boleh terima sekiranya dengan mengamalkan copy and paste dah boleh dikira work smart! Sekiranya teknik copy and paste yang diamalkan dalam menghasilkan karya dianggap work smart, biar la gua dianggap tidak work smart kerana tidak mengamalkan teknik ini dalam berkarya kerana masih percaya dan tegar melukis secara manual seperti melukis berulang-ulang orang ramai dalam siri drama APA YANG AKU CARI ni.
Melukis banyak karakter dalam karya gua kali ni merupakan satu yang mencabar, penat dan menyakitkan! Tapi sebagai seorang kartunis yang bertanggungjawap terhadap karya-karya yang gua hasilkan walau tak work smart, itulah kepuasan yang gua cari dan rasa bila melihat hasilnya! Betul gua tak tipu. Memang ada teknik copy and paste. Senang jer. Memang penuh dan ditil habih setiap panel kartun gua sekiranya gua mengamalkannya. Tapi sebagai kartunis tegar, gua tak dapat kepuasan dari teknik itu. Seperti seorang pemancing tegar yang sedang begelut dengan bapak kelah bagak 30 kilo! Penat tak ingat masa melayannye tapi puas tak ingat bila melihat bapak kelah menjadi kelah bakar! Itulah kepuasan yang sukar digambarkan kerana kelah itu dipancing dan dinaikkan dengan susah payah, kesakitan dan usaha tegar sendiri.
Kat bawah ialah karya yang telah siap gua inked dan telah disiarkan dalam majalah g3#53 ( Julai 2008 - chekitdaut! ). Tengok apa yang telah gua ubah dan tambah dalam lukisan ni. Lakaran hanya la panduan, tidak semestinya diikut 100% masa proses inking. Gua akan ubah itu dan ini untuk lebih menarik. Selamat menikmati karya orang ramaiiiiiii yang gua buat ni.
Pada semua sobat kartunis lama dan baru, jangan terlalu percaya dan bergantung pada teknik copy and paste dalam menghasilkan karya. Percaya la pada kebolehan, bakat dan keupayaan yang diberi pinjam ini. Berkarya la dengannya sebaiknya kerana peminat-peminat kartun tanahair nak lihat karya dari hasil tangan kita sendiri! Melihat karya-karya 95% copy and paste membuatkan gua rasa kecewa dan tidak ada feel masa melihat/baca .Gua tau dia boleh melukis dengan baik tapi teknik copy and paste telah menjahanamkan karya dan displinnya sebagai seorang kartunis. Yeah! Yeah! Work smart! Work smart! Memang gua tak nafikan itu adalah teknologi yang tidak boleh ditolak. Tapi sayangnya ramai kartunis telah ‘ menolak ‘ bakat dan kebolehan sebenarnya yang lebih hebat dari copy and paste.
Kerja cepat siap dan boleh siap walau dah over deadline, padat, ditil, tak payah lukis banyak-banyak, tak buang masa, tak buta IT, tak ketinggalan dalam pekembangan teknologi IT, tak kuno, tak purba, tak primitive, kuantiti bertambah dan yang paling penting sekali boleh claim banyak-banyak! Inilah antara punca kenapa ramai yang mengamalkan teknik copy and paste dalam menghasilkan karya mereka.
Selamat berkarya pada semua. Cabar la diri korang untuk melakukan suatu yang luarbiasa. Berseronoklah!
17 comments:
betul apa yang encik rumuskan .memang saya berasa kurang setuju untuk menggunakan perisian perkomputeran dalam penulisan karya.Betul bak ibarat kata pujangga biar hidup itu ada kesusahan kerana is tidak bisa melalaikan.Wasalam.
isyam
"biar susah asalkan senang ker?"
madah dari gua. heh!
cara tok guru gayour melukis orang ramai dalam satu panel, daun pokok sehelai-sehelai, buah durian durinya sebiji-biji dll, itu yang saya suspek tu..hehehe respek hehe. apa lagi nak copy paste pun saya belum lagi khatam, inikan pula nak lukis satu persatu..anyway tutorial yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
kalamtimur
jangan la panggil saya tok guru, cikgu. malu i uuu.. heee!
selagi daya saya tidak akan membenarkan teknologi 'merampas' tugas saya cikgu. saya nak buat, rasa , nikmati dan berseronok dengannya!
Kan beh kalau ako leh melukis mcm ko Gayour. Huhuhuhu....jari jejari yg keras. Ahakzzz...
garb_ina
elok la encik ina tak tahu lukis. kalo tahu mesti ke laut mana ntah encik pegi! ahakz!
copy and paste..
teknologi, memudahkan...
tapi tak real,
tak asli, tak jiwa..
nanti org jadik malas!
gua ingat lagi,
dulu, kalau lu draw motor
chopper, detail..!
gitar, dgn set-up dia,
speaker, amp.
kalau landscapes pun..
ada kolam, siap katak lagi.
kalau lukis awek...
peh.. cute giler,
rambut selai-selai lu lakar.
hehehe...
asik puji je...
playlist baru masuk semlm,
king diamond - give me your soul... please!
exodus - feeding time at a zoo
black sabbath - war pigs
danzig - thirteen
motorhead - too late, too late!
sodom - turn your head around
metal church - badlands
dan utk tidak menghampakan lu bro,
ahmad jais - kucupan azimat.
hehehe...
madah gua pulak...
''biar putus tali Fender,
hidup jgn surrender..''
naga bertemu naga..
eddie dewanaga
motor chooper adalah penyebab gua ghairah melukis dengan ditil dan besungguh. ia satu ciptaan yang hebat!
playlist baru untuk banging
sepultura-beneath
obituary- slowly
death-bloody gore
morbid angel-altars
six feet under- haunted
entombed-left hand
at the gates- slaughter
deicide- legion
napalm death- from enslavement
megadeth-anarchy!
dan
a. ramlie - kenangan
lagu warm up layan pagi-pagi sebelum start melukis.
lemak sungguh riff fender dalam lagu ni.
Dalam penulisan karya pastinya ada muslihatnya.Aku dah tengok macam mana Neil Buchanan melukis kartun yang tersangat simple contoh bola.Mula mula dia lukis bulat dan di tengah dan tepi adanya jaluran lurus yang memberi pandangan 3 dimensi.Jadi kalau mengikut zaman melukis ini tidak benyak berubah sejak dari zaman batu sampai sekarang semuanya menggunakan pensil dan tangan(bab orang cacat guna kaki dan mulut itu citer lainlah)oklah panjang sesangat aku berceramah almaklumlah selalu tengok citer art attack kat astro disney channel tuh.Wei gayour kau boleh laan ker ngan NEIL BUCHANAN hah.Jadi jangan angkuh dan riak jika anda punya sedikit ilmu berbanding ilmu yang seluas laut dan hanya sejengkal jari sahaja yang kau baru tahu.Bukan aku cakap tetapi pujangga .
isyam
memang gua tak banyak ilmu dan tahu semua benda. ramai lagi yang lebih baik, hebat dan berilmu pasal kartun dari gua.
tq
assalamualaikum
saya teramat amat laa meminati abg gayour dari time saya sekolah lagi sampai laa sekarang nih.
dari buku ujang tak salah saya dulu, bukan ujang yang baru tapi yang lama dulu saya follow lukisan abg.
mana buku yang abg lukis mmg sure saya beli, sampai sekarang nih buku G3 mmg saya beli dari no 1 sampai yang terbaru.
taniah...
afid
waalaikumsalam
terima kasih kerana mengikuti, menyokong dan meminati karya-karya yang gua hasilkan. gua caya lu!
moga encik sihat sejahtera hendaknya.
abg bile melukis mmg detail,sy sjk dulu lg.sy rock pun sb abglah.haha.
ha abg inked pakai ape ek??
mshahfaizsal
gua ink gunakan pen celup dan brush ( series 7. finest sable. winsor & newton point 0.2 ). tapi kalo nak senang gunakan saja drawing pen pakai buang yang biasa ( uni pen atau pilot drawing pen )
rock n' roll creazeee nignt!
iye btol ckp En.Mazli Ibrahim tu.xkan ku ulangi kesilapan lame lg.lg nk tanye knp blog En.Shaari sulong xleh dibuka iye encik.heh
suxx
encik shaari sulong memang seorang yang tak rajin nak layan blog/website beliau. kira beliau ni pemalas la orangnye. rasanye bandaraya dah tarik lesen blog beliau. tu la pasal tak bleh nak bukak. heh!
cikgu shaari suka main bola, hari-hari cikgu shaari main bola!
abg gayour....
saya nie kire beginer r dlm pnciptaan komik....
sy nk tnye tntang pdngn abd gayour tentng komik sy....
nie link die.....
http://www.wiratunggallegacy.com/wira-tunggal-pendekar-laut-f1/komik-wtpl-versi-ultimate-ji-tenwu-no-comment-t1047.htm
nie link utk komen
http://www.wiratunggallegacy.com/wira-tunggal-pendekar-laut-f1/komencadangankritikanidea-untuk-komik-versi-ultimate-ji-tenwu-t1048.htm
1 lg mcm mana sy nk msk dlm industri komik nie?
Post a Comment