Tuesday, August 26, 2008

BUDAK SEKOLAH

BUDAK SEKOLAH DAN BUKU MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR

25 SYAABAN 1429 H -27 OGOS 2008

Hari tu sekumpulan pelajar sekolah rendah dari Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor Darul Takzim datang melawat Karangkraf. Seperti biasa diorang dibawak oleh pemandu pelancung Karangkraf ke department kitorang. Gua sebagai tukang cakap tak promotpun buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR pada diorang masa memberi penerangnan mengenai tugas dan peranan department kitorang. Setelah diorang blah untuk melawat kebahagian lain, encik pemandu pelancung Karangkraf ( dari dept Brad Marketing ) datang jumpa gua dan berkata “ oi Gayour! Sila ke receptions sekarang. Budak-budak sekolah tadi beli buku lu,nak tandatangan!” Ni la sebahagian dari murid-murid sekolah yang membeli buku gua. Terima kasih murid-murid semua.

Walau tanpa diprovoke, murid-murid ini membeli buku gua kerana menyedari akan kepentingan untuk belajar, berILMU dan menjadi terer melukis kartun. Syabas murid-murid semua! Syabas! Murid-murid ni adalah dari Program J'Qaf kat sekolah diorang yang datang melawat pada 17 Syaaban 1429H- 19 Ogos 2008 yang lalu.

Membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR bukan bermakna akan menjadi seorang kartunis! Tapi yang pasti akan menjadi seorang yang berILMU serba sedikit pasal kartun. Itu yang paling penting. Gua tak salahkan murid-murid sekolah yang membeli buku gua ni sekiranya mereka tidak memilih kerjaya sebagai seorang kartunis sepenuh masa. Itu adalah pilihan. Antara gadis-gadis manis yang membeli buku gua. Mana tahu suatu masa nanti, ada antara mereka yang memilih untuk menjadi seorang kartunis dan menjadi seorang kartunis wanita hebat di rantau asia dan mungkin si seluruh dunia! Hanya tuhan yang tahu.

Mereka inilah masa depan dunia kartun tanahair. Sekiranya segala panduan dan ilmu serba sedikit yang diperolehi dari buku gua ni membuatkan murid-murid lelaki ini menjadi seorang kartunis sepuluh atau lima belas tahun lagi, itu bukan kerana gua atau buku gua ni tapi kerana diri mereka sendiri! Itu adalah usaha mereka sendiri. Murid-murid tidak perlu datang berjumpa dengan gua dan berkata " Kerana pak cik dan buku yang pak cik buat la saya jadi seorang kartunis yang berjaya pada hari ini ". Tahniah!

Selamat datang ke dunia kartun wahai murid-murid semua. Siapkanlah diri dengan sebanyaknya ILMU untuk menghadapi segala cabaran. Berusaha la dengan bersungguh-sungguh. Bukan saja dalam usaha untuk menjadi mahir melukis kartun tapi dalam setiap apa yang dilakukan! Bersabar, berusaha dan bertawakal. Jadilah seorang anak dan kartunis yang berILMU, bertanggungjawab, bersemangat kuat dan berIMAN! Terima kasih murid-murid semua!

Mungkin cukup dengan kata-kata " terima kasih pak cik Gayour "
Itu dah cukup membahagiakan.

9 comments:

eddie dewanaga said...

macam ni kena jamming 'School's out' dengan 'Lost in America' dari Alice Cooper la...


''...i can't go to school coz i ain't got a gun...!!''

hehehe...

gayour said...

eddie dewanaga
We don't need no education
We dont need no thought control
No dark sarcasm in the classroom
Teachers leave them kids alone
Hey! Teachers! Leave them kids alone!

another brick... pink floyd

I LOVE SCHOOL WHEN IT'S CLOSED

heh!

Anonymous said...

eddie,gwar nyanyi cover alice cooper tuh. slalu aku main everytime semester architecture aku abeh.i will sing aloud this lyrics:

Well we got no choice
All the girls and boys
Makin' all that noise
'Cause they found new toys
Well we can't salute ya

Can't find a flag
If that don't suit ya
That's a drag

School's out for summer
School's out forever
School's been blown to pieces

No more pencils
No more books
No more teacher's dirty looks

dalam situasi aku school refers to 'school of architecture' university aku!:P

heheheh

gayour said...

lutfie
apo-apo yo la jang oii! yang ponting DEN SUKO BILO SEKOLAH TUTUP! YEAHOOOOOO!

azizscorpio said...

Nasihat budak2 tu, rajin2 gi sekolah nanti boleh jadi macan `uncle' Gayour.

Brother Yo ada kat situ lagi ke?

Jorji said...

rock school the dvd.
umur baru 8 tahun main black sabbath.

gayour said...

azizicorpio
dengar ni gua nak nasihat budak2 tu;
"jangan jadi cam pakcik budak-budak semua, jadilah diri sendiri!"

tuan haji YO ada kat sebelah meja gua ni hah. janggut beliau makin panjang dan memutih!

j or ji
tu la budak2 sekarang. ontah la...

faizalmukhtar said...

pakcik... hehe.

gayour said...

faizalmukhtar
yeah! pakcik...
you got problem with that boy scout?