AKHIRNYA AKU BERJAYA GAK…
BENGKEL SEHARI BERSAMA KARTUNIS
27 SYAABAN 1429 H - 29 OGOS 2008
Assalamualaikum. Apa khabar murid-murrid semua? Maaf pasal lambat sampai. Bukan salah gua. Tapi salah Aguri. Beliau kata beliau terer pasal semua jalan dan kat mana fakulti itu dan ini kat UITM ni. Lagi satu salah AJK program. Hari tu diorang datang jumpe gua kat Karangkraf tapi tak bagipun peta cane nak ke fakulti korang ni. Mana la gua tahu UITM ni dan makin membiak bangunannya. Lagipun gua tak penah belajar kat sini. Maklum la kena reject! Uuuuu…. Jadi bukan salah gua! Harharhar!
Mulanya gua elok ikat rambut. Ya la kena la hormat peraturan kat fakulti ni. Takkan la nak lepaskan rambut gua yang cantik ni. Uhuk! Bila gua buka soalan pada semua dalam sesi suai kenal, ada yang nakal tanya “ cane brader jaga rambut?”. Huih! Mencabar soalan ni! Untuk menjawap soalan tu terpaksa la gua buka ikatan rambut gua untuk tatapan semua. Lihat rambut kuuuu… rampingkan? HEH! Gua tak berapa kisah sangat pasal penjagaan rambut. Gua tak pegi saloon, hapa ker. Jaga cam tu jer. Rambut kalo dah cantik, buat cane pun cantik. HEH! Jangan mare aaa…
Untuk pengetahuan semua, selian dari impian gua nak jadi seorang kartunis, menyimpan rambut panjang lepas habis sekolah adalah satu matlamat utama yang perlu gua dilaksanakan. Bukan gua sorang yang menyimpan impian ni. Hampir semua kawan-kawan kampung gua mempunyai kepala hotak bejambul yang sama. Semua nak simpan rambut panjang bila habis sekolah. Gua lebih ke arah fesyen rambut Heavy Metal. Kengkawan gua plak kebanyakannya lebih tepengaruh dengan fesyen hippies. Rambut panjang cakar belah tengah, baju kurta dan jeans butcut menyapu tanah. Love, peace. NO WAR! Band Uriah Heep adalah rujukan diorang. Kengkawan gua ramai dari aliran hippies. Sebagai tribute pada mereka, gua cipta karakter BLACK dalam kisah/siri SLASH yang gua buat. Begitulah kisahnya. “Oi! Sapa yang berani tanye tadi tu hah?” Dia brader! Dia ni hah! Oo0... encik yang bertanya tadi ya"
Ayuh kita mulakan pekongsian ilmu hitam kita! HEH! Seperti biasa gua bekongsi maklumat bermula dari perkara asas untuk melukis kartun. Gua adalah kartunis tegar yang masih setia dengan cara manual. Gua bekongsi maklumat mengenai melukis kartun cara manual dengan semua dalam bengkel ni. Bukan cara digital. Jangan ingat perkara asas ni tak penting untuk diketahui, difahami dan dilakukan. Kerana sikap tak ambil tak kisah la ramai yang gagal, kena reject! Jadi sila ambil perhatian dan ingat betul-betul ya murid-murid semua.
Kali ni pihak penganjur menyediakan hadiah berupa dua hamper setinggi hampir satu meter untuk dibagi pada peserta dalam bengkel ni. Ni dah kira bagus. Gua diminta buat apa-apa peraduan, acara sarkas atau apa saja deraan untuk melayakkan dua orang peserta mendapat hamper yang disediakan. Setelah penat memberi penerangan dan cerita itu ini, tiba la masanya untuk diorang melukis. Namanya bengkel bersama kartunis. Kena lukis kartun la ya. Asyik dengan gua membebel je. Mesti boring. Ayuh, murid-murid semua. Mulakan mencipta dan melukis. Tengok hamper tu sebagai penaik semangat!
Masa ni la ramai yang menyesal, kesal, silap dan segala macam rasa lagi bila mendapat tugasan untuk mencipta dan melukis karakter kartun sendiri seperti awek ni. Tak tau apa nak buat, apa nak lukis walaupun telah dibincang, didedah dan dibongkar perkara-perkara yang boleh dijadi/digunakan untuk karakter kartun. Tapi masih ramai yang masih konfius, hilang akal dan tak tahu apa nak buat. Alasannya mudah jer… tak tahu nak lukis! Menung lagi baik.
Kalo tak ada karekter kartun sendiri cane nak jadi kartunis? Kalo hanya terer meniru karakter kartun/komik dari Jepun,
Gua selalu kata, cipta dan lukis la karakter kartun sendiri. Biar la buruk, huduh dan tak cantik tapi asli. Tak tiru atau ambik orang lain punyer. Ini lebih baik dan bermaruah. Sekiranya kita rajin membuat latihan dan kenal karakter yang kita cipta, karakter kartun huduh tu akan jadi cantik dan pastinya menarik! Tapi berapa ramai yang boleh besabar alam proses ‘mengenal’ karakter kartun ni? Semua nak cepat glamer! Gua tak la kata tak boleh langsung meniru. Pada mula gua nak melukis dulu, gua memang seorang peniru tegar tak ingat. Semua karakter superhero komik gua tiru tanpa rasa kesal! Meniru adalah cara paling mudah menaikkan semangat untuk melukis dan sebagai latihan. Rasa cam best, cam terer habih melukis! Tapi semua tu gua lakukan sebagai jalan mudah untuk belajar dan memahirkan diri melukis tubuh badan manusia. Selain dari mendapat sedikit ilmu dan kemahiran melukis tubuh badan, gua gak mencelok ilmu cane nak lukis/buat perspektif, latarbelakang dan segala macam lagi yang boleh dicelok. Tapi bila lukis kartun untuk dihantar ke majalah, gua menjadi diri gua yang sebenar!
Masa untuk semua student menyiapkan tugasan mencipta dan melukis karakter kartun memasing tak lama. Sengaja gua tak bagi lama. Hanya
Peserta belah petang. Tak beganjak atau kurang. Semua semangat untuk meneruskan bengkel. Syabas!
Sorang sobat gue saudara Karna ( baju coklat tu ) dari
Belah petang ni, bengkel diteruskan oleh saudara Aguri ( wartawan majalah G3 ) yang bekongsi maklumat mengenai asas ANIMASI. Paling best dapat tengok animasi tahap oldskool “Kerbau dengan Buaya “ dan beberapa teknik animasi yang jarang atau tak penah kita dengar seperti teknik rotoskoping. Penah dengar teknik ni dalam meghasilkan animasi? Yang belajar atau sebagai animator tahu la. Banyak lagi maklumat yang bekaitan dengan perkara asas animasi disampaikan. Maklumat yang superb. Ini semua memerlukan ilmu untuk menguasainya wahai murid-murid.
Melihat hasil karya diorang, ramai yang tidak bersedia dan ada yang bersedia untuk menunjuk kebolehan. Bagus! Memilih karya yang bagus bukanlah susah sangat. Sama dengan mereject! Dalam soal mereject, gua memang tidak ada belas kasihan dan rasa menyesal dengan apa yang telah gua lakukan! Gua adalah jenis tak ada hati perut pasal soal kualiti. Gua akan reject mana karya yang patut direject. Kerana itu gua dibenci oleh ramai pelukis baru masa gua jadi Ketua Kartunis yang menjaga, menerima dan menapis kartun-kartun yang dihantar ke majalah Ujang pada zaman kegemilangan dulu. Mereka memang silap besar kerana menghasilkan karya yang main-main, hancur dan tahap tong sampah dan dengan beraninya menghantar pada gua . Memang silap besar la! Kerana itu gua sangat dibenci! Tak kisah la gua dibenci asalkan setiap karya-karya yang diterima, dibeli dan disiarkan dalam majalah Ujang masa tu berkualiti. “ Ha, ni sapa punyer ni? Ya Allah buruknye!”
Seperti biasa gua akan memanggil siapa yang karyanya terpilih untuk menerang dan mempertahankan hasil ciptaannya seperti encik ni. Sapa ntah nama beliau. Ingat! Kita mesti bertanggungjawap dengan hasil karya kita. Tak kira la sama ada cantik atau buruk.
Sama seperti encik ni. Karyanya tak la bagus mana. Tapi ada kretiviti dalam karyanya. Itu yang dikehendaki. Jangan hilang atau tak ada langsung apa-apa yang boleh dibanggakan yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan. Sama gak dengan peralatan untuk melukis.
Yang ni la satu-satunya awek manis yang tepilih karyanya. Nak ragging lebih-lebihpun tak sampai hati. Uuuuu…uuuu. Bila gua tanya beliau asyik kata “Huduh! Huduhh!!” Yeah! Memang lukisan cik ni huduh, buruk! Tapi pasal yang lain lukis lagi huduh, lukisan cik la terpilih. Harharhar! Apapun beliau adalah pemenang hamper yang disediakan. Bleh la sarapan pagi esok dengan honey star yang ada dalam hamper tu ya. HEH! Tahniah!
Setelah tamatnya sesi animasi, mengutuk karya-karya yang dihasilkan dan pemilihan pemenang. Bengkel ditruskan dengan pengkosian maklumat yang lain mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis.
Kali ni tugasan diorang ialah melukis karikatur gua. Yeah, kaikatur gua! Ni la masanya untuk diorang ‘membelasah’ gua ikut sukati. Setelah bejam-jam gua membelasah diorang, gua bagi peluang plak untuk diorang membelasah gua melalui lukisan karkatur. Lukis jangan tak lukis! Lagi buruk lagi bagus. Mereka memang beseronok buat karikatur gua. Memang kita kena berseronok masa melukis. Enjoy! Enjoyyy!
Memang betul diorang seronok sungguh dapat tugasan ni. Tengok la tu. Masing-masing bukannya melukis tapi posing kontrol ayu, inter frame dan jadi prop setiap kali nampak kamera. Entah la…
Memang diorang belasah gua habis-habisan dalam tugasan ni. Semua menunjukkan bakat luarbiasa memasing melukis karikatur gua. Dapat bola tanggung la katakan. Aduu la! Tak apa la. Ni yang gua nak. Beseronok masa bekarya. Kita kena cari, reka, cipta, buat atau adakan sebab/punca untuk kita merasa selesa dan seronok untuk/masa melukis. Memang gua sengaja bagi diorang lukis karikatur gua. Gua tau diorang seronok. Encik ni menghasilkan karikatur gua yang menarik. Bukan saja menarik tapi kreatif. Ini yang kita kena buat murid-murid semua.
Encik yang ni bejaya menewaskan kawan-kawan yang lain dalam menghasilkan karikatur gua. Bukan kerana cantik atau sama rupa karikatur tu dengan rupa gua tapi kerana teknik dan kreativiti beliau mengahsilkannya. Katikatur adalah salah satu cabang dari kartun yang sangat menyeronokkan untuk dicuba. Kita boleh beseronok semahunya masa melukis karikatur. Besarkan bahagian tu, kembangkan yang ini, panjangkan dagunya, lebarkan telinganya blablablaa….
Program dah abih oii! Boleh la blah! Ni la sebahagian dari AJK program yang manis-manisss. Semua pakai baju t hijau pucuk pisang kelihatan lega, tesengeh tak ingat dan senang hati kerana program bejalan dengan baik dan berjaya. Best la korang. Program dah abih!
Gua bukan saja digunakan untuk ambik gambo oleh awek-awek, tapi gak oleh si jantan gagah perkasa. “ Buat sign jari cam ni brader. Ni sign geng gelap kitorang kat UITM! Nakot punyer pasal, gua ikut jer la. " Brader kalo pindah nak angkat barang-barang/kotak, boleh la kontek kitorang. Geng bawah tanah kitorang menyediakan perkhidmatan mengangkat kotak, sapu sampah, potong rumput, cat tiang pagar, basuh pinggan, tampal tayar, urut patah tulang, teseliuh dan macam-macam perkhidmatan lagi temasuk khidmat menyiapkan kerja sekolah yang tak siap ". HEH! Macam-macam diorang ni. Layan jer la.
Gua ada bawak sket buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR dan ada yang sudi membeli. Terima kasih daun keladi. Selamat belajar, faham dan menjadi seorang yang berILMU pasal kartun. Tak jadi kartunispun tak apa asalkan jadi seseorang yang berILMU. Mungkin suatu masa nanti, ILMU yang ada itu dapat membantu orang lain. Sekiranya nak jadi kartunis… TAHNIAH! Selamat datang diucapkan!
Awek ni seingat gua adalah orang pertama yang meminta gua lukiskan karikatur beliau kat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang beliau beli ni. Tengok la sengeh beliau tu. Heehee… terima kasih.
Dua orang AJK yang ketinggalan masa begambo ramai-ramai tadi. Awek-awek ni datang interview gua pagi semalam ( Jumaat ) untuk dimasukkan dalam majalah projek akhir diorang. Apa ya nama majalah tu, PENGLIPUR LARA, MENU SKRIP…ntah la. Lemah minda sungguh! Diorang adalah dari unit editorial majalah merangkap wartawan yang ditugaskan mencari berita/bahan untuk disumbatkan dalam majalah diorang tu. Tu yang datang interview gua tu. Moga dapat markah lebih dan berjaya dengan majalah tu. Jangan lupa bagi gua senaskah nanti ya. Orait!
Kalo gua berjaya masuk ITM dulu, gua hanya dapat masuk ke INSTITUT jer.
Tapi hari ini gua dapat masuk ke UNIVERSITI.
Harharhar! Alhamdulillah…
AKHIRNYA GUA BERJAYA GAK MASUK UNIVERSITI!
YEAHOOOOOO!
19 comments:
awek yg lu draw karikatur dia tu mcm gua kenal laa... bila gua teliti drawing lu tu...
adakah itu NORMELISSA yg gua tunggu2?
''hembusan angin senja
membawa ku kesana,
disitu cinta bermula,
kau berikan senyuman,
padaku yg keseorangan...
ditepi pantai ini,
terukir satu memori
sungguh indah kurasakan..
ku mengkagumi mu
sinar matamu..
senyum dibibirmu,
dewiku,
oh melissa,
oh melissa...''
-melissa (helter skelter)
Selamat Merdeka dan Berterawikh dan berpuasa dan berkartun Bang. Bila ada bengkel lagi,? leh join tak? pasal saya ni tak pandai repair kartun, tu yang teringin nak masuk bengkel abang ...
eddie dewanaga
haha! lu dah angau tak memasal la beb. bukan la!
helter skelter - motley crue atau helter skelter - the beatles
ijoi
terima kasih. selamat menyambut kedatangan ramadhan dan menjalani ibadah puasa.
tak tau la bila ada bengkel kartun lagi. kebanyakan bengkel gua buat kat IPT. tidak terbuka pada semua. tak tau mungkin suatu masa nanti gua plak masuk dalam bengkel kartun encik ijoi.
Cam lecturer tuh! present siap projector bagai...mak aih!
saracocohoney
eksyen jer tu
salam, bro..
wah, besh gler men kutuk2 bebudak uitm ni..tak hinggat do0nia tuh! hu3..walau cane pun ttp besh! err..pekate kalu publish gmbr yg bebudak tu lukih? bru cam menarik jea blog bro ni..lagi besh tunjukkan gambou karikatur yg azab tak hinggat diorang lukih tu!
pis bro!
anonymous
tak baiek kutuk2 orang. diorang semua happening. hina sket2 jer. harharhar!
tak perlu la gua dedahkan hasil karya diorang tu kat sini. gua dulupun lukis hampeh gak!
bang, saye nurul 'aain from faculty of office management and technology uitm shah alam.
ktorg nak wat event on how to draw a cartoon pas raye ni 18 oct 2008 at galeri shah alam.
we would like to invite you as a speaker for that day.
we really2x hope that you can make it.
please100x rply my msg at norelle_ien@yahoo.com
really2x appreciate it.
anonyomous - nurul'aain
nak terima ker tak?
nak terima ker tak?
aa... uu.. err..
cilakak!
ni fakulti gua masa gua repeat paper dulu ni! chaisss!!! berani masuk territory gua, tak cukup dengan jugra! chaisssss!!!!
faizal
gua tak ceroboh teritori orang, tapi awek manis tu yang jemput gua masuk ke teritori beliau. ahh! gua tak berupaya menolak.
wait for me babeh!
don't blame me boy scout.
har fragin har!
Selamat Berposa brader Rock..
antara idola wa mase zaman skolah2 dulu ni...sape lg brader,lu la..hehhee..Akhirnyer wa dpt gak jumpe brader ni..walaupun dlm alam siber ni...Teruskan PERJUANGAN mu brader...Rock Terus...hehheee
penaung
terima kasih kerana encik pernah meminati karya2 gua pada zaman purba dulu. moga encik sihat, bahagia, berjaya di dunia akhirat. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat bukak puasa bila sampai waktunya.
last in line
brader...
lu buley bg alamat emel??
kerana ader benda wa maw bincang gan lu brader...biase la..salah 1 idola gua..x pun brader bley emel kat gua di sini...jika ader kelapangan..
dulu ader teserempak brader kat sek 28,s.alam...rockkk uuooo....hehee
rafizempayar@yahoo.com
penaung
alamak! suspen ni. lu nak tanye bekaitan apa. ni yang buat gua resah gelisah ni. soalan susah ke senang? objektif atau subjektif?
heh!
boleh. nanti gua emelkan kat lu.
tq
bro..lu mmg sempoi!
dari dulu sampai skrg mmg Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!... layan!
hidup kartunis & comic artis malaysia
amykamen555
terima kasih atas sokongan encik pada industri kartun dan komik tanahair.
KILL - cannibal corpse
DIE by the sword - slayer
walauapapun tahniah kerana dapat masuk U.. heheheh seribu tahun takkan mungkin!!!
team b.i.o.n.i.c
yeah! akhirnye gua bejaya gak masuk u. harharhar!
tq
Post a Comment