Tuesday, August 12, 2008

METAL DRUMS FESTIVAL!

WORLD DRUMS FESTIVAL
PUKULLAH GENDANG KULIT KEREBAU...
11 SYABAN 1429H - 13 OGOS 2008

Acara tahunan memukul drum peringkat dunia berlangsung lagi kat negara kita. Ini adalah acara tahunan anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. Biasa la nak tarik pelancung dan mempromosikan lagi Negara BolahLand pada dunia. Hey, dunia! Lihatlah…inilah Negara BolehLand yang serba boleh! Hari tu pada 22 Jamadilakhir 1429H – 25 Julai 2008 ( Jumaat ) telah belangsung acara warm up peserta-peserta WORLD DRUMS FESTIVAL 2008 membelasah gendang memasing kat pekarangan Kumpulan Karangkraf sebelum diorang buat pesembahan pada rakyat marhien BolehLand. Kat tempat kerja gua la ni. Diorang buat warm up kat tempat kitorang ni sebagai penghargaan kerana majalah LIBUR salah sebuah majalah terbitan Karangkraf menjadi majalah rasni acara ni. Tu la pasal…
BANG A DRUM!

Pukulan drum/gendang adalah satu alat muzik yang menarik minat gua. Album band thrash Kreator yang bertajuk RENEWAL adalah antara album yang paling gua enjoy sekali pukulan drumnya! Belasahan drum yang hebat. Banging tak ingat dan bedarah lubang telinga dan hidung setiap kali mendengar belasahan drumnya! OUCH! Kali ni bepeluang untuk menyaksikan skill kehebatan jaguh-jaguh yang mewakili negara memasing bersaksi. Jangan lepaskan peluang untuk banging! YEAHOOO!

Antara tetamu yang hadir. Ini semua adalah puak-puak pemain drum gak. Kitorang staff karangkraf tengok bediri dari luar kemah. Tak kisah la janji bleh tengok dan banging!

Ada lebih kurang tujuh atau lapan negara yang menyertai acara pada tahun ni. Untuk persembahan kat karangkraf pagi ni hanya tiga negara saja yang membuat pesembahan. Ni adalah persembahan pertama dari kumpulan Suaraning Pring dari Indonesia. Vocal penyanyi perempuan yang hebat walau sket membosankan persembahan mereka. Waduh! Ngak bisa diatur pak!

Pesembahan kedua dari negara tomoi tom yam gong Thailand. Tidak banyak alat gendang yang digunakan dalam persembahan mereka. Kalau dari Indonesia tadi, penuh satu stage, yang ni sket jer. Hanya tiga orang saja yang membuat pesembahan. Tapi bermula dari intro, pemain drum utama telah menunjukkan gerak seni bela diri Thai yang akrobatik! Ia satu persembahan yang agresif dan penuh begerakan. Hebat! Dimaklumkan bahawa irama/rentak pukulan drum yang dimainkan adalah pukulan drum yang dimainkan masa perang untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Siam pada zaman purba dulu. Patrazadi Theatre adalah nama kumpulan dari Thailand ni. Walau hanya satu lagu yang dipersembahkan tapi superb!

Mula nampak peserta tua-tua cam Saddiq Sigaraga Saudagar Barang-barang Purba, gua tak jangkakan suatu persembahan yang hebat atau menarik dari negara Mesir ni. Tambah bila tengok diorang tesengeh-sengeh tiun alat muzik masing-masing kata atas pentas mini yang disediakan. Semua tua-tua plak tu. Ada yang dah tahap atuk! Tengok plak pengurus diorang yang kalut dan cerewet tak ingat. Entah la. Tapi bila atuk-atuk ni mula main, tu dia baru tebeliak bijik mata hitamku melihatnya. Hebat sungguh pakcik dan atuk Arab ni rupanya.

Pesembahan betambah hebat bila sang penari lelaki berskirt seberat dua puluh kilo mempersembahkan tarian pusing-pusing beliau! Yeah! DUA PULUH KILO! Guapun tak pecaya tapi percaya la. Beliau menari bepusing ligat sambil membuka lapisan skirt dan membentuk bebagai aksi! Jangan heran kerana beliau adalah penari professional dan kerana itu la skirt yang berat tu selamba jer beliau pekotak katikkan ikut suke hati beliau. UFO! UFO! Yeah! Beliau mampu menjadikan skirt tu seperti piring terbang dalam satu aksi. Hebat! Memang hebat. Bukan saja ada skirt bepusing-pusing dengan kelajuan 350km tapi juga ada drum solo! Superb! Tu la, tak baik pesangka tak baik pada orang. Hebat giler rupenye. Heee…. Kumpulan atuk-atuk dan pakcik-pakcik dari negara Mesir ni menggelarkan diri mereka sebagai Nubians Drum Group. Pesembahan paling happening sekali!

Sebagai penutup pesembahan dalam sesi warm up WORLD DRUMS FESTIVAL pada pagi ni, kumpulan Enggar & Dekase dari Indonesia membuat pesembahan terakhir. Ada dua kumpulan dari Indonesia. Yang nipun tak kurang hebat dan menarik kerana adanya penari-penari genit. Tarian tradisi Indonesia yang hebat. Apa ya nama tarian ni. Aduuu… tanya kat orang ni tak tau, tanya kat orang tu yang nampak bijak sketpun tak tau! Alaa… korang mesti biasa tengok tarian ni. Ada ciri-ciri tarian orang India sket. Korang cari sendiri la nama tarian ni ya. Kalo dah tau nanti bagi tau gua. TQ.

Mereka turut menyampaikan persembahan medley irama atau gerak tari dan muzik tradisi Indonesia, Melayu dan entah apa ke namanya lagi.

Biasa kalo tengok acara keagamaan kat Bali, tarian ni memang wajib dipesembahkan. Walau teruja melihatnya, gua rasa tak patut melebih-lebihkan sangat kehebatan gerak tari tarian ni kerana ia bekait rapat dengan upacara ritual keagamaan di sana.Tengok jer la!

Dah habih acara, dah penat membelasah gendang… apa lagi yang ditunggu. Makan time laaa…

Korea Selatan turut serta dalam acara warm up ni. Tapi kumpulan mereka tak buat persembahan. Seperti kami staff Karangkraf, jadi penonton jer. Mereka datang dengan penari-penari genit yang bepakaian tradisi mereka. Cantik sungguh. Jangan lepaskan peluang untuk begambo dengan salah sorang dari mereka. Tadi sebelum persembahan bermula, semua peserta dibawa melawat ke seluruh ceruk Karangkraf. Masa singgah kat dept kitorang, awek-awek Korea ni nampak sangat teruja melihat hasil karya manual gua. Baru korang tau aa... Heh!Heh! Tak tau la sama ada awek-awek Korea ni teruja sungguh atau saja-saja buat teruja… uuuuuu..uuuu…

Tak puas hati begambo dengan sorang awek Korea. Masa diorang beratur tunggu giliran nak amik sate, gua sengeh-sengeh menghampiri diorang dan “ Oi, awek Korea semua, ayuh amik gambo dengan gua. Kalo datang ke Karangkraf jangan lepaskan peluang begambo dengan gua tau!” Heheheee… ingatkan gua lebih tinggi dari awek-awek ni pasal tadi masa begambo dengan awek petama tadi gua lebih tinggi dari beliau. Tapi yang ni pasal rakus sangat nak begambo, baru gua tahu ni la akibatnya kalo gua merendahkan badan sket! ARGHHH!

Selain dari negara-negara yang membuat persembahan kat Karangkraf pagi ni, negara Jepun, Venezuela dan Singapura turut serta dalam WORLD DRUMS FESTIVAL 2008 selain negara kita. Lupa lak, perembahan pertama pagi tadi ialah dari negara kita Malaysia. Tapi tak sempat nak tengok la plak.


Layan belasahan drum dari album RENEWAL masih trus mengalirkan darah pada lubang telinga dan hidung gua! OUCH!

Mungkin nanti boleh diadakan plak
METAL DRUMS FESTIVAL!
BEDENGKUNGBEDENGKANGBEDENGKUNGBEDENGKANG!

22 comments:

saracocohoney said...

gayour dengan perempuan cantik...sampai tak bleh nak beza... nampak cam satu geng jer
...hik..hik..

gayour said...

saracocohoney
nampak cam sama tapi tak serupa. bukan ke hanya sorang jer jejaka kacak dengan gadis cantik kat situ? heh!

eddie dewanaga said...

ingatkan tetamu kehormat dia,

en.rahman sarbani,
en.azmi hashim,
en.ventor reil,
en. paul bostaph,
en.dave lombardo,
en.nico mcbrain,
en.lars ulrich..

hehehe, renewal mmg membunuh bro,
sebab tu ada gambar mentadak mentadu kat cover album tu, dia yg korek telinga kita sampai geli2 katak...

gayour said...

eddie dewanaga
ooo patut la ada mentadak mentadu. rupanya untuk korek dan tampal luka kat lobang telinga!
walau ia sebuah album experimental yang kuat pengaruh muzik industrial dan mengecewakan ramai peminat 'tua' kreator, belasahan drum en. ventor telah mengurangkan darah dalam badan gua. ARGHHH!

faizalmukhtar said...

kombinasi aweqs dan maqans!

chaiss. nampaknye gua tersingkir lagi. chaisss!!!

gayour said...

faizalmukhtar
yeah! awekz comel dari korea dan sate ayam/lembu. what a combo!
nasib lu la boy scout!

blackpurple @ jowopinter said...

Bro' nampak kacak sungguh. Itu baju raya ke? He he he!

Q said...

brader... usul tue den dah kotongahkan.... jadi untuk urusan lanjut buleh la tepon office den dan berhubung ngan pn. norhayati ismail.... apo x berkompang skali itu ari...

gayour said...

blackpurple
wak adalah orang kedua kata gua kacak ( orang petama adalah gua sendiri ) heh!

_g
ekau memang best! sesuai jadi calon ADUN atau mentori bosa negorhi semilan. kompang! kompang! timo kasih banyak2 yo la!

mano nombo tipun puan norhayati tu? cam no den nak tipun. ekau den tumbuk porut kang jang.
email an kek den nombo tipun beliau yo

gayour@karangkraf.com.my

Q said...

apo lak montoghi bosar...
kalau buleh den nak jadi setiousho agung PBB....

dah den dah email dah pakai email pro07_ppans.... caghik la... kok x jumpo bagitau jangan sonyap yo...

gayour said...

_g
humang haii! lobih-lobih la plak kau yo jang. mentoghi bosa tak nak. tapi buek apo jadi setiausoho PBB, jadi presiden trus la!
dah! dah dapek dah email dan nombo tipun tu. timo kasih banyak-banyak.

denanz said...

gendang melayu yang diiringi tiupan serunai sewaktu persembahan silat sungguh sedap didengar. itulah gabungan seni persembahan gendang melayu yang tidak dapat ditiru oleh orang asing.

gayour said...

denanz
itulah peranan dan kehebatan bunyi-bunyian. rasa nak besilat sekali!

Gemala Kasturi said...

Ruginya gua takda kat sana ...ishhh nampak dah iklan tu tapi tak sempatlah bro nak pergi .... besalah org kerja sendiri mcm ni ler ...

Serunai Faqir
Lu pegi tgk la plak band gendang gua tuhh ... hehehe

gayour said...

gemala kasturi
tak apa. lain kali boleh pegi tengok. boleh head banging puas-puas. heh!

eddie dewanaga said...

bro,
kat page gua ada 2 eko naga tgh mengamuk...
jgn lupa bro, raya nanti,
rumah orang lain bukak tv cerita p.ramlee, rumah kita kasik gegar 2 naga tu...
kuat lagi tak leher tu..??

gayour said...

eddie dewanaga
kali petama gua banging tak ingat membuatkan leher gua rasa nak tecabut bila bangun pagi esoknya. azab ya amat! tapi itu bukan alasan untuk berhenti dari trus menghangguk kepala degan kelajuan melebihi had laju kat hiway!.

headbanging merupakan satu senaman yang baik untuk menguatkan otot leher/tengkuk!

harharahar!

3:07 AM

Semut Si Jurulatih said...

bro,
memember ujang yg lain tak buat blog ker?

S.YanaZ said...

Salam.

perghhh!kaler oren lagiii...
:P

gayour said...

semut si jurulatih
yang gua tahu hanya encik bawang saja yang ada blog. yang lain mungkin tak berminat dengan benda2 cam ni. malas nak layan!

s.yanaz
gua suka buah oren kerana vitamin C nya. gua bukan penyokong si oren belanda!

rahimin idris said...

bro gayour, lain kali pegang gayung sekali. baru macam silat gayung betol2! harharhar

gayour said...

rahimin idris
gayung digunakan untuk mandi tapi boleh jadi senjata pembunuh kalo tedesak! jangan main-main dengan encik gayung aaa...