Sunday, August 17, 2008

TERIMA KASIH CIKGU

CIKGU DAN BUKU MELUKIS
KARTUN CARA GAYOUR

16 SYAABAN 1429H - 18 OGOS 2008

Sekumpulan guru dari negeri Kedah Darul Aman telah datang melawat ke Karangkraf pada 22 Rejab 1429H – 25 Julai 2008 yang lalu. Sama hari dengan berlangsungnya show World Drums Festival kat Karangkraf. Rombongan ni adalah dari Guru-Guru Sains Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kota Kuala Muda/Yan Kedah Darul Aman seramai 37 orang. Masa mereka singgah melawat ke department Illustrasi, gua bagi sedikit penerangan mengenai peranan dept kami dan promosi sket buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang gua buat pada mereka. Sebagai guru mereka menyedari mengenai keperluan/kepentingan buku gua ni sebagai bahan bantuan untuk mengajar dan mungkin dapat memberi kefahaman mengenai kerjaya sebagai seorang kartunis pada murid-murid di sekolah mereka. Ramai guru yang berminat dan membeli buku gua. Ni sebahagian dari cikgu-cikgu yang membeli buku gua. Terima kasih cikgu!

"Cikgu beli ni sebagai hadiah pada diri cikgu sendiri. Nak belajar lukis kartun. Dulu masa kecik-kecik, mak cikgu tak bagi cikgu lukis kartun. Ni nak balas dendam la ni". Syabas cikgu! Syabas!

"Cikgu tengok ramai kengkawan yang beli, cikgupun beli la!" Hehehe...

" Ni untuk anak lelaki cikgu tu. Beliau memang suka lukis kartun. Harap buku ni dapat membantu anak cikgu menjadi seorang kartunis yang lebih hebat mengalahkan Dato' Lat dan saudara Gayour sendiri", tegas cikgu ni. Syabas cikgu! Syabas!

"Harap buku ni boleh membantu cikgu menjadi teter melukis kartun dengan baik, cantik dan berkualiti! Cikgu nak lawan sorang kawan cikgu tu. Belagak nak mampus! Mentang-mentang la beliau terer lukis kartun dari kitorang. Belagak tak ingat. Kali ni biar beliau tau siapa cikgu!" Syabas cikgu! Syabass! Lawan jangan tak lawan. Biar beliau tahu siapa cikgu sebenarnya. Muahmuahmuahhhhh!

" Kalo cikgu boring merait buku murid-murid, boleh la cikgu lepaskan tensen lukis kartun. Tengok murid-murid conteng buku dengan kartun entah apa-apa ntah, tetekan gak! Kalo cantik tak apa. Ni hancur! Harap buku ni boleh menjadikan cikgu terer sket. Tak terer banyakpun tak apa, janji lepas ni selain dari periksa dan komen latihan yang diorang buat, cikgu gak bleh komen lukisan-lukisan kartun yang diorang conteng kat buku latihan diorang. Biar diorang plak rasa tensen!" Syabas dan syabas cikgu!

"Sama cam cikgu kat atas. Cikgu beli buku ni pasal nak belajar cara yang betul lukis kartun. Selain untuk diri sendiri bleh gak komen dan kutuk kartun-kartun yang murid-murid lukis kat buku latihan mereka. Memang tensen tengok kartun yang mereka lukis. Kalo cantik tak apa la jugak. Sedap gak tengok. Ni buruk ya amat!" Harharhar!

"Cikgu tensen tul dengan anak-anak cikgu yang suke menconteng dinding rumah dengan kartun Naruto, Shin Chan, Doremon. Eeeee....! Tak tau nak buat came dah. Bebuih mulut bagi last warning yang petama kat diorang. Hmphh... diorang buat gak! Buku ni cikgu nak bagi kat anak-anak cikgu. Harap diorang boleh belajar dan melukis kartun dengan betul. Lepas ni kalo mereka melukis karakter-karakter dalam cerita Naruto kat dinding rumah, mereka boleh melukis dengan cantik!" Gua caya lu!

"Lama dah cikgu cari buku cam ni. Terima kasih banyak-banyak la pada encik Gayour kerana buat buku ni. Bukan apa, cikgu ada sorang kawan masa kat kampung dulu. Dia pandai melukis kartun. Buku ni cikgu nak hadiahkan pada beliau pasal cita-cita beliau nak jadi kartunis. Tak tau la beliau masih nak jadi kartunis atau tidak. Tak kisah la tu".

"Cikgu beli buku ni pasal nak jual balik. Beli kat sini dapat harga murah. Ada diskaun. Boleh la dapat untung sket kalo jual kat luar!" Bijak! Bijakkk! Syabas cikgu!

"Dulu cikgu ada sorang awek. Beliau suka lukis kartun. Tapi kasih sayang kami tak panjang. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kartun beliau disiarkan dalam buku tahunan sekolah, beliau trus berubah dan lupa daratan! Cikgu telah beliau singkirkan hanya kerana cikgu tak terer lukis kartun. Hampeh tul! Ni beli buku ni pasal nak belajar lukis kartun. Harap boleh ngorat balik awek lama cikgu tu". Moga berjaya wahai cikgu!

" Ni kawan cikgu yang kirim ni. Bukan untuk diri sendiri. Kawan cikgu tu tak dapat ikut sama pasal mak beliau tak benarkan". Aik! Dah jadi cikgupun mak tak bagi ikut rombongan? " Tu la pasal. Tak faham dengan emak beliau. Tak pe la, boleh jual mahal sket kat beliau nanti!" Hehee... peace!

"Cikgu beli ni pasal nak buat promosi kat kawan-kawan kat sekolah dan orang kampung. Ingat bulan puasa ni cikgu nak jual kad raya dan buku ni kat pasar Ramadhan". Syabas cikgu. Moga untung banyak dan beraya sakan di hari raya nanti nuu...

" Tak lama lagi nak raya. Cikgu ingat nak bisnes jual kad ucapan hari raya dalam bulan puasa nanti. Cikgu nak buat kad gambo kartun. Cikgu nak lukis sendiri. Ni yang beli buku lukis kartun ni. Sempat lagi nak belajar kot. Sapa-sapa nak tempah kad raya gambo kartun boleh la tempah kat cikgu nanti ya. Harga boleh runding". Heheheee...

" Sebagai persediaan untuk mengkritik kartun murid-murid cikgu. Diorang tu belagak nak mampus! Kalo lukis kartun sendiri tak apa la jugak, tapi tiru karkater kartun dari Jepun, Hong Kong dan Amerika. Tak ada jati diri langsung! Pas tu belagak tak memasal. Tu yang cikgu hangin musing satu badan. Pas ni siap la diorang cikgu kritik tanpa belas!" Bagi diorang cukup-cukup cikgu. Biar diorang rasa! Harharhar!

Mereka membeli buku gua bukan saja sebagai bantuan mengajar tapi juga sebagai hadiah pada anak-anak mereka. Ini sedikit sumbangan gua pada siapa yang berminat untuk belajar, berilmu dan mungkin menjadi seorang kartunis…
Selamat trus mengajar dan terima kasih cikgu!

9 comments:

eddie dewanaga said...

betul la bro,
macam muzik indon yg melanda bumi sang naga ini... aarrggghhh....!!!

kartun kita pun dijajah idea2 jepun dan dari bumi luar, majalah diorang pun dah macam majalah jepun..
dah takde identiti kita lagi...!!

ENGAGED IN CRIME I GRASP MY THROAT
ENRAGED MY MIND STARTS TO SMOKE
ENFORCE A MENTAL OVERLOAD
ANGRY AGAIN, ANGRY AGAIN, ANGRY..
AARGGGHHHH.....!!!

-ANGRY AGAIN, MEGADETH...

faizalmukhtar said...

cikgu pelatih yang manis-manis, comel-comel, genit-genit tu... apsal kau tak bubuh gambornye??

atau adakah kau sengaja menyembunyikannya daripadaku?

Artozy said...

wo! ni la kartunis pujaan gua zaman ngorat awek kain biru muda dulu (sambil hulur tangan nak bersalam)!

saracocohoney said...

Gayour,
Baju kuning tu mmg uniform yek? hu...hu...jngan mara..nanti kena jual...har..har..har..

en_me said...

wah, bestnyerr dapat gambar dan beli buku dengan pelukis negara yg terkenal.. kannnns

blackpurple @ jowopinter said...

Kagum. Kagum. Wak sungguh kagum.

gayour said...

eddie dewanaga
...Walking these dirty streets
With hate in my mind
Feeling the scorn of the world
I won't follow your rules
Nonconformity in my inner self
Only I guide my inner self

inner self

faizalmukhtar
yeah! begitu la yang gua maksudkan. biar la gua saja yang menikmati kegenitan dan kemanisan wajah2 mereka. harharahar!

artozy
apasal masa lu ngorat awek tu tak ajak gua aa.. apasal?
salam diterima.

saracocohoney
bukan uniform. tak tau hari tu ramai plak yang berbaju oren/kuning. mkacam-macam dirancang-rancang plak. heh!

en_me
tak la tekenal mana. pasal tu la gua biasa dengar " ni siapa aa? tak kenalpun!"

blackpurple
biase je wak. tq

isyam said...

baguslah itu aku melihat buku nukilan santiarawara gayour mendapat sambutan walaupun daripada guru-guru sekalian.bak kata pujangga ilmu kembara hidup.adios!!

gayour said...

isyam
tq