Thursday, September 25, 2008

UCAPAN RAYA 1429H/2008

SALAM AIDIL FITRI
27 RAMADHAN 1429H - 27 SEPT 2008


Assalamualaikum wahai sobat semua. Pada tahun ni gua nak bagi rakaman video ucapan hari raya gua yang belum disunting untuk korang. Rakaman dibuat kat studio kitorang di Karangkraf. Saja gua tampal kat sini rakaman yang belum disunting. Nampak huru hara sket. HEH! Kira uncut version la ni. Ontah la. Harap korang enjoy!




Gua mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

pada semua. Mintak ampun dan maaf atas segala salah dan silap. Moga bebahagia dan selamat di aidil fitri.

senyum sentiasa

wasalam

gayour
syawal 1429 hijrah

Sunday, September 21, 2008

2nd ANNIVERSARY

BARU CERAI SUSU
22 RAMADHAN 1429 HIJRAH – 22 SEPT 2008

OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT
dengan rasminya telah berusia DUA TAHUN pada hari ini semenjak penubuhannya pada tahun 2006 yang lalu. Dah dua tahun gua melayan bende yang sangat leceh ni rupenye. Memang leceh tak ingat! Macam-macam bende yang gua sumbat dalam blog gua ni. Kebanyakan benda yang dah basi beminggu-minggu baru la gua bekesempatan nak masukkan. Entah la. Semenjak tertubuhnya, gua dapat ramai kenalan lelaki dan awek-awek cun walau hanya di alam maya yang keje lain tak ada, asyik mengomen jer kejenye ( HEH! ) dan tak penah jumpepun. Sepanjang dua tahun, blog ni gak menemukan semula peminat-peminat kartun oldskool gua dan sobat-sobat yang sekian lama terpisah. Oh, syahdunye! Terima kasih wahai encik blog!

Hari tu encik Niezam ( sobat sedepartment ) seperti juga encik Faizal Mukhtar yang memaksa gua buka/buat OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT ni telah memaksa gua membuka satu lagi cawangan blog. Adoi la! “ Buat la lagi satu blog Gayour. Lu bleh buat komik, sketching atau apa-apa yang lu lukis dah sumbat kat situ!. OFFICIAL GAYOUR BLOGSPORT tu lu khaskan untuk aktiviti atau apa-apa yang bekaitan. Tapi blog yang satu lagi ni plak khas untuk artwork lu jer. Kartun-kartun lama atau komik rare yang lu buat tapi tak penah diterbitkan. Senang la orang nak tengok. Tak la campur-campur”, tegas encik Niezam pada gua. Gua tekedu dan tak tau nak cakap apa….

Nak bukak sampai seribu blogpun tak jadi masalah, tapi nak maintain yang jadi masalah! ARGHHH! Tapi akhirnya gua ikut gak cadangan encik Niezam. Gua bukak gak blog baru yang dinamakan GALERI GAYOUR. Dah sebulan lebih gua bukak tapi tak satupun entri yang gua masukkan. Harharhar! Rasakan!
Nanti la ada kelapangan gua masukkan ya. HEH!

Apapun OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT dah berusia DUA TAHUN. Kalo seorang baby yang menyusu ibu, kira baru cerai susu ibu la. Banding dengan blog sobat yang lain, blog sobat-sobat lebih baik, hebat dan menarik lagi dari blog yang baru cerai susu ni. Terima kasih pada semua yang sudi singgah menjenguk dan komen macam-macam. Moga semua sobat bloggers sihat sejahtera, bahagia, betambah rezeki lagi berkat, panjang umur dalam iman, berjaya dalam kerjaya, diberkati dan dirahmati Allah. Mintak maaf banyak-banyak sekiranya ada yang tersinggung, sakit hati, benci, marah, menyesal, kesal dan entah apa rasa lagi masa singgah ke blog gua ni. Terima kasih.

Tuesday, September 16, 2008

PERANG BADAR

BADAR AL-KUBRA
17 RAMADHAN 1429H -17 SEPT 2008


Pada hari JUMAAT bersamaan 17 RAMADHAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah, berlakunya PERPERANGAN BADAR AL KUBRA. Peristiwa atau peperangan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ni. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus! Semuanya BERGANTUNG pada keputusan dari perperangan ini wahai semua sobat yang dikasihi. Gua kerut dahi mendengarnya. Tak kisah langsung selama ni pasal Perang Badar. Perang Badar? Emm... tentera Islam menang walaupun jumlahnye sket. Itu jer yang gua ingat. Tupun pasal nak amik dan lulus periksa! Kita memang tidak diberitahu lebih-lebih, tahu sikit-sikit jer pasal yang bekaitan dengan Islam.

Ini antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang perlu kita ingat, tahu dan mengambil pengajaran darinya. Gua tau semua sobat dah tahu, pakar dan arif mengenainya. Sekiranya ada yang nak tahu mengenai peristiwa Badar ni, boleh la tengok kat entri yang tak seberapa lengkap yang gua masukkan pada bulan September/Oktober 2007 yang lalu.

Hari ini dalam bulan Ramadhan 1428 tahun yang lalu, Rasulullah S.A.W. dan para pejuang Islam betempur dengan musuh-musuh Islam di Badar!

* bulan kembang penuh yang gua rakam malam tadi ( 16 Ramadhan 1429H ) sebelum belakunya Perang Badar. pucat dan tak beseri...

Monday, September 15, 2008

K.L. DALAM KARTUN

K.L. DALAM KARTUN
16 RAMADHAN 1429H - 16 SEPT 2008

Kali terakhir gua join dalam pameran kartun pada tahun 2005 kat Galeri Shah Alam. Kali ni peluang datang sekali lagi untuk gua menyertai pameran kartun. YEAHOOOOO! Brader Tazidi ( Presiden PEKARTUN ) tipun gua mengenai pameran kartun yang akan dibuat kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur. Mintak bagi tau kat sobat-sobat yang lain untuk menghantar karya memasing. Orait! Masa yang diberi tak la lama mana untuk menyiapkan artwork. Tapi kalo seorang tu bedisplin, lebih dari cukup nak buat/siapkan artwork baru untuk pameran K.L. DALAM KARTUN ni. Tapi malangnya ramai sobat-sobat kartunis yang gua hubungi, jemput dan bagi tau mengenai pemeran ni gagal segagal gagalnya menyiapkan artwork diorang. Entah la. Tapi lebih baik ada walau satu karya dari tak ada langsung! Cam gua yang bejaya menyiapkan beberapa karya terbaru untuk menyertai pameran. HEH! Sebelum puasa hari tu, majlis pelancaran pameran K.L. DALAM KARTUN telah dilangsungkan kat Galeri Kuala Lumpur pada 25 Syaaban 1429H – 27 Ogos 2008 ( Rabu ). Ayuh kita tengok apa yang best!

Pameran ni dah lama dirancang. Dari tahun lepas lagi masa pameran Kartun ASIA ke-11 kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak penah dengar dan tak tau kat mana Galeri Kuala Lumpur? Aduuu… lemah tul la korang ni! Dulu masa tak tau guapun lemah minda gak! Bangunan Galeri Kuala Lumpur dan Perpustakaan Kuala Lumpur berada kat belakang tiang bendera tertinggi kat Dataran Merdeka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak tau gak? Lantak korang la! Sampai-sampai jer trus amik gambo dengan bunting ni. PAMERAN K.L… DALAM KARTUN ’08.

Brader TAZIDI merupakan Presiden PEKARTUN yanag baru sekarang ni menggantikan Tuan Haji Zainal Buang Husasein beberapa bulan yang lalu. Pameran ni merupakan event pertama yang dibuat semenjak Brader Tazidi menjadi presiden. Gua sebagai ahli PEKARTUN memberi sokongan dengan membawa dan memaksa encik Padi turut sama datang ke majlis ni. Brader Tazidi sedang melakar kartun beliau kat kanvas perasmian pameran.

Lepas brader Tazidi habih melukis, giliran gua dengan Padi plak melakar. Ni la rupenye gambaran bila kitorang membelakangkan kameraman. Perhatikan perbezaan ketara antara rambut gua dengan rambut Padi. Jangan pandang yang lain aa… Bukan senang nak tengok belakang telinga dan tengkuk Padi. Tengkuk gua jangan harap la korang boleh tengok. HEH!

Tu dia lukisan kartun yang dah siap kitorang lukis. Nampak tak? Ada gak kartun “Wak Punk” Tuan Haji Zainal Buang Hussein ( ZBH ). Dulu masa zaman purba, masa gua blum berhijrah meninggalkan kampung untuk menjadi seorang kartunis, kartunis-kartunis oldskool seperti ZBH, Kerengge, Don, Tazidi, Kartekana, YO, Zoy, Kutil YoYo ( sifu gua ), Poe dan ramai lagi merupakan antara penyebab tegar untuk gua menjadi seorang kartunis. Melihat karya-karya mereka benar-benar menaikkan semangat nak lukis kartun! Dulu setiap kali tengok karya-karya mereka, GAAA…! Tengangga mulut. Cam no diorang lukis? Hari ini dapat jumpa dan bekerja sama plak. Semua kuasa Allah.

TADAAAA! Ni la antara karya yang sempat gua buat dan dipamerkan dalam pameran ni. Sekiranya korang bekelapangan, sesat kat Kuala Lumpur ni hingga sampai ke Dataran Merdeka dan Perpustakaan Kuala Lumpur, dating atau tak tau mana nak pegi, boleh la datang ke Galeri Kuala Lumpur dan menikmati karya gua ni dan karya-karya sobat kartunis yang lain kat pameran ni. Kalo tak nak datang sudah la!

Sebahagian dari pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur yang dibawa khas ke majlis perasmian pameran. Masing-masing dapat goodies yang berisi majalah g3, pamplet, browser dan leaflet mengenai pemeran dan sedikit sejarah/maklumat pasal pekembangan industri kartun tanahair yang ditulis oleh Tuan Haji ZBH. Maklumat yang menarik. Selain diorang, jemputan lain yang hadir ialah staff perpustakaan, wartawan dan beberapa VIP.

Pameran ni dirasmikan oleh isteri kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Y.Bhg Datin Nor Zan bt. Mohd Adnan. Lepas merasmikan dengan rasminya, diikuti dengan penyampaian cenderahati dan kendian ke acara melawat/melihat karya-karya yang dimaperkan. Kelihatan brader Tazidi sedang memberi penerangan mengenai hasil karya beliau pada Datin Nor Zan dan VIP yang lain. Gua ngikut jer

Belum habih datin dan VIP menengok/melawat karya-karya, acara lawatan diberhentikan seketika untuk acara karikatur la plak. Encik Padi mencuri tumpuan semua dengan acara melukis karikatur Datin Nor Zan. Untuk makluman semua, encik Padi merupakan salah seorang karikaturis tanahair yang hebat. Jangan main-main dengan beliau. Beliau boleh burukkan wajah dan tubuh badan korang sekiranya beliau mengkarikaturkan wajah korang! Syabas Padi! Syabas!

Tengok, tak payah lakar dengan pensil. Beliau trus gunakan pen/marker pen untuk melukis karikatur Datin Nor Zan.

Kendian beliau menggunakan marker tone untuk menaikkan seri karikatur tanpa rasa bersalah atau menyesal dengan tindakan beliau tu!

Siap! Nak amik kau! Tak sampai lapan jam, encik Padi telah menyiapkan karikatur Datin Nor Zan tanpa mempedulikan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Syabas Padi! Syabas! Tak sia-sia gua ajar lu buat karikatur. Memori dan minda lu rupanye tak la lemah sangat. Haha! Syabas Padi!

Tamat lukis karikatur, acara lawatan ditruskan. Skang sampai ke karya-karya gua la plak. “ Ha, tu adalah gambaran kesesakan kat sempadan tanahair kita. Kesesakan bukan jer belaku kat tengah bandar tapi gak kat dalam hutan. Ramai pendatang besesak-sesak nak masuk ke negara kita, datin” Tegas gua semasa memberi penerangan dengan tegasnya.

Tak puas hati dengan kualiti gambo masa penyerahan karikatur tadi tu, wartawan dari beberapa akhbar yang datang buat liputan meminta acara penyerahan karikatur dilakunkan semula untuk amik gambo. Gua join sama. Heh!

Mantan PEKARTUN, Tuan Haji ZBH turut hadir dalam majlis ni. Beberapa karya beliau turut dipamerkan. Boleh la datang kalo nak tengok. Walau dah berumur Tuan Haji ZBH masih aktif melukis. Bukan saja lukis kartun tapi gak membuat painting, illustrasi dan segala macam lagi. Dulu hanya kenal/tahu nama beliau kat majalah GILA-GILA. Hanya impian bleh betemu dengan beliau. Tapi sekarang menjadi kenalan yang dihormati. Begambo dengan Tuan Haji ZBH dan Tuan Padi ( masih blum haji lagi ) sebagai kenangan setelah berakhirnya acara temasuk acara makqan-makqan! Moga sihat sejahtera Tuan Haji ZBH.

Bersama sobat-sobat kartunis yang dapat datang. Kiri sekali encik Sireh,Tazidi, ZBH, Padi dan saudara Mali ( bendahari PEKARTUN ). Seronok dapat jumpe sobat-sobat kartunis ni. Lagi seronok kalo ramai yang datang. Bejumpa, becerita, betanya khabar, begambo kenangan dan segala macam lagi boleh digossipkan. HEH! Kadang-kadang gua tak faham dengan kerenah sobat-sobat kartunis ni. Ramai yang jenis underground, pemalu ya amat dan tak nak campur sangat degan aktiviti cam ni walau telah dimaklumkan, dijemput. Tak apa la. Masing-masing dah besar, ada urusan itu ini dan kepentingan itu dan ini. Moga semua sobat sihat, bahagia, selamat, bejaya, betambah rezeki dan betambah iman dan bertanggungjawap dalam menjalankan tugasan sebagai seorang kartunis/illustrator.

Seblum bleh balik, beberapa orang watrawan dari macam-macam surat khabar menemuramah gua mengenai pameran ni dan lain-lain perkara. Terima kasih.

Alangkah seronoknye kalo ramai sobat-sobat kartunis oldskool dan baru yang datang dalam majlis ni. Boleh jumpe. Boleh amik gambo. Boleh la gua tampal kat blog gua ni untuk tatapan semua. Boleh la korang kenal siapa Kerengge, siapa Juragan, Zoy dan lain-lain kartunis oldskool tanahair. Dato’ Lat juga dijemput tapi tak dapat datang gak. Lama tak jumpa Dato Lat. Tak ada rezeki. Pameran ni dibuat sempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke 51. Ia adalah kerjasama antara Perpustakaan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan PEKARTUN. Tema kartun adalah segala yang bekaitan dengan Kuala Lumpur seperti kesesakan, banjir kilat, pendatang, sampah sarap, sampah masyarakat, pembangunan blablablaa…
Sekiranya korang nak pegi tengok;
- bemula dari 27 Ogos yang lalu hingga 27 September 2008 ni.
- korang boleh datang melawat dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang
- kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur.
Masuk PERCUMA!

Selamat melawat kalo sudi. Kalo tak sudi, tak ada masa, tak selera, tak minat… korang bleh pegi tengok-tengok buku kat perpustakan . Tak baca bukupun tak apa. Tengok-tengok dan sengeh-sengeh jer la. Tempat yang hebat dengan kecanggihan kemudahan yang disediakan. Sama cam perpustakaan NIEW. Dah tak macam perpustakaan gua tengok. Semua untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung. Kalo tak selera gak, tak payah la datang! Korang pegi jer la amik gambo kat Dataran Merdeka!