Monday, September 15, 2008

K.L. DALAM KARTUN

K.L. DALAM KARTUN
16 RAMADHAN 1429H - 16 SEPT 2008

Kali terakhir gua join dalam pameran kartun pada tahun 2005 kat Galeri Shah Alam. Kali ni peluang datang sekali lagi untuk gua menyertai pameran kartun. YEAHOOOOO! Brader Tazidi ( Presiden PEKARTUN ) tipun gua mengenai pameran kartun yang akan dibuat kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur. Mintak bagi tau kat sobat-sobat yang lain untuk menghantar karya memasing. Orait! Masa yang diberi tak la lama mana untuk menyiapkan artwork. Tapi kalo seorang tu bedisplin, lebih dari cukup nak buat/siapkan artwork baru untuk pameran K.L. DALAM KARTUN ni. Tapi malangnya ramai sobat-sobat kartunis yang gua hubungi, jemput dan bagi tau mengenai pemeran ni gagal segagal gagalnya menyiapkan artwork diorang. Entah la. Tapi lebih baik ada walau satu karya dari tak ada langsung! Cam gua yang bejaya menyiapkan beberapa karya terbaru untuk menyertai pameran. HEH! Sebelum puasa hari tu, majlis pelancaran pameran K.L. DALAM KARTUN telah dilangsungkan kat Galeri Kuala Lumpur pada 25 Syaaban 1429H – 27 Ogos 2008 ( Rabu ). Ayuh kita tengok apa yang best!

Pameran ni dah lama dirancang. Dari tahun lepas lagi masa pameran Kartun ASIA ke-11 kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur ni. Tak penah dengar dan tak tau kat mana Galeri Kuala Lumpur? Aduuu… lemah tul la korang ni! Dulu masa tak tau guapun lemah minda gak! Bangunan Galeri Kuala Lumpur dan Perpustakaan Kuala Lumpur berada kat belakang tiang bendera tertinggi kat Dataran Merdeka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak tau gak? Lantak korang la! Sampai-sampai jer trus amik gambo dengan bunting ni. PAMERAN K.L… DALAM KARTUN ’08.

Brader TAZIDI merupakan Presiden PEKARTUN yanag baru sekarang ni menggantikan Tuan Haji Zainal Buang Husasein beberapa bulan yang lalu. Pameran ni merupakan event pertama yang dibuat semenjak Brader Tazidi menjadi presiden. Gua sebagai ahli PEKARTUN memberi sokongan dengan membawa dan memaksa encik Padi turut sama datang ke majlis ni. Brader Tazidi sedang melakar kartun beliau kat kanvas perasmian pameran.

Lepas brader Tazidi habih melukis, giliran gua dengan Padi plak melakar. Ni la rupenye gambaran bila kitorang membelakangkan kameraman. Perhatikan perbezaan ketara antara rambut gua dengan rambut Padi. Jangan pandang yang lain aa… Bukan senang nak tengok belakang telinga dan tengkuk Padi. Tengkuk gua jangan harap la korang boleh tengok. HEH!

Tu dia lukisan kartun yang dah siap kitorang lukis. Nampak tak? Ada gak kartun “Wak Punk” Tuan Haji Zainal Buang Hussein ( ZBH ). Dulu masa zaman purba, masa gua blum berhijrah meninggalkan kampung untuk menjadi seorang kartunis, kartunis-kartunis oldskool seperti ZBH, Kerengge, Don, Tazidi, Kartekana, YO, Zoy, Kutil YoYo ( sifu gua ), Poe dan ramai lagi merupakan antara penyebab tegar untuk gua menjadi seorang kartunis. Melihat karya-karya mereka benar-benar menaikkan semangat nak lukis kartun! Dulu setiap kali tengok karya-karya mereka, GAAA…! Tengangga mulut. Cam no diorang lukis? Hari ini dapat jumpa dan bekerja sama plak. Semua kuasa Allah.

TADAAAA! Ni la antara karya yang sempat gua buat dan dipamerkan dalam pameran ni. Sekiranya korang bekelapangan, sesat kat Kuala Lumpur ni hingga sampai ke Dataran Merdeka dan Perpustakaan Kuala Lumpur, dating atau tak tau mana nak pegi, boleh la datang ke Galeri Kuala Lumpur dan menikmati karya gua ni dan karya-karya sobat kartunis yang lain kat pameran ni. Kalo tak nak datang sudah la!

Sebahagian dari pelajar sekolah sekitar Kuala Lumpur yang dibawa khas ke majlis perasmian pameran. Masing-masing dapat goodies yang berisi majalah g3, pamplet, browser dan leaflet mengenai pemeran dan sedikit sejarah/maklumat pasal pekembangan industri kartun tanahair yang ditulis oleh Tuan Haji ZBH. Maklumat yang menarik. Selain diorang, jemputan lain yang hadir ialah staff perpustakaan, wartawan dan beberapa VIP.

Pameran ni dirasmikan oleh isteri kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Y.Bhg Datin Nor Zan bt. Mohd Adnan. Lepas merasmikan dengan rasminya, diikuti dengan penyampaian cenderahati dan kendian ke acara melawat/melihat karya-karya yang dimaperkan. Kelihatan brader Tazidi sedang memberi penerangan mengenai hasil karya beliau pada Datin Nor Zan dan VIP yang lain. Gua ngikut jer

Belum habih datin dan VIP menengok/melawat karya-karya, acara lawatan diberhentikan seketika untuk acara karikatur la plak. Encik Padi mencuri tumpuan semua dengan acara melukis karikatur Datin Nor Zan. Untuk makluman semua, encik Padi merupakan salah seorang karikaturis tanahair yang hebat. Jangan main-main dengan beliau. Beliau boleh burukkan wajah dan tubuh badan korang sekiranya beliau mengkarikaturkan wajah korang! Syabas Padi! Syabas!

Tengok, tak payah lakar dengan pensil. Beliau trus gunakan pen/marker pen untuk melukis karikatur Datin Nor Zan.

Kendian beliau menggunakan marker tone untuk menaikkan seri karikatur tanpa rasa bersalah atau menyesal dengan tindakan beliau tu!

Siap! Nak amik kau! Tak sampai lapan jam, encik Padi telah menyiapkan karikatur Datin Nor Zan tanpa mempedulikan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Syabas Padi! Syabas! Tak sia-sia gua ajar lu buat karikatur. Memori dan minda lu rupanye tak la lemah sangat. Haha! Syabas Padi!

Tamat lukis karikatur, acara lawatan ditruskan. Skang sampai ke karya-karya gua la plak. “ Ha, tu adalah gambaran kesesakan kat sempadan tanahair kita. Kesesakan bukan jer belaku kat tengah bandar tapi gak kat dalam hutan. Ramai pendatang besesak-sesak nak masuk ke negara kita, datin” Tegas gua semasa memberi penerangan dengan tegasnya.

Tak puas hati dengan kualiti gambo masa penyerahan karikatur tadi tu, wartawan dari beberapa akhbar yang datang buat liputan meminta acara penyerahan karikatur dilakunkan semula untuk amik gambo. Gua join sama. Heh!

Mantan PEKARTUN, Tuan Haji ZBH turut hadir dalam majlis ni. Beberapa karya beliau turut dipamerkan. Boleh la datang kalo nak tengok. Walau dah berumur Tuan Haji ZBH masih aktif melukis. Bukan saja lukis kartun tapi gak membuat painting, illustrasi dan segala macam lagi. Dulu hanya kenal/tahu nama beliau kat majalah GILA-GILA. Hanya impian bleh betemu dengan beliau. Tapi sekarang menjadi kenalan yang dihormati. Begambo dengan Tuan Haji ZBH dan Tuan Padi ( masih blum haji lagi ) sebagai kenangan setelah berakhirnya acara temasuk acara makqan-makqan! Moga sihat sejahtera Tuan Haji ZBH.

Bersama sobat-sobat kartunis yang dapat datang. Kiri sekali encik Sireh,Tazidi, ZBH, Padi dan saudara Mali ( bendahari PEKARTUN ). Seronok dapat jumpe sobat-sobat kartunis ni. Lagi seronok kalo ramai yang datang. Bejumpa, becerita, betanya khabar, begambo kenangan dan segala macam lagi boleh digossipkan. HEH! Kadang-kadang gua tak faham dengan kerenah sobat-sobat kartunis ni. Ramai yang jenis underground, pemalu ya amat dan tak nak campur sangat degan aktiviti cam ni walau telah dimaklumkan, dijemput. Tak apa la. Masing-masing dah besar, ada urusan itu ini dan kepentingan itu dan ini. Moga semua sobat sihat, bahagia, selamat, bejaya, betambah rezeki dan betambah iman dan bertanggungjawap dalam menjalankan tugasan sebagai seorang kartunis/illustrator.

Seblum bleh balik, beberapa orang watrawan dari macam-macam surat khabar menemuramah gua mengenai pameran ni dan lain-lain perkara. Terima kasih.

Alangkah seronoknye kalo ramai sobat-sobat kartunis oldskool dan baru yang datang dalam majlis ni. Boleh jumpe. Boleh amik gambo. Boleh la gua tampal kat blog gua ni untuk tatapan semua. Boleh la korang kenal siapa Kerengge, siapa Juragan, Zoy dan lain-lain kartunis oldskool tanahair. Dato’ Lat juga dijemput tapi tak dapat datang gak. Lama tak jumpa Dato Lat. Tak ada rezeki. Pameran ni dibuat sempena sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke 51. Ia adalah kerjasama antara Perpustakaan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan PEKARTUN. Tema kartun adalah segala yang bekaitan dengan Kuala Lumpur seperti kesesakan, banjir kilat, pendatang, sampah sarap, sampah masyarakat, pembangunan blablablaa…
Sekiranya korang nak pegi tengok;
- bemula dari 27 Ogos yang lalu hingga 27 September 2008 ni.
- korang boleh datang melawat dari 9.30 pagi hingga 6.30 petang
- kat Galeri Perpustakaan Kuala Lumpur.
Masuk PERCUMA!

Selamat melawat kalo sudi. Kalo tak sudi, tak ada masa, tak selera, tak minat… korang bleh pegi tengok-tengok buku kat perpustakan . Tak baca bukupun tak apa. Tengok-tengok dan sengeh-sengeh jer la. Tempat yang hebat dengan kecanggihan kemudahan yang disediakan. Sama cam perpustakaan NIEW. Dah tak macam perpustakaan gua tengok. Semua untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung. Kalo tak selera gak, tak payah la datang! Korang pegi jer la amik gambo kat Dataran Merdeka!

17 comments:

Q said...

terbaik la bro....oghang macam lu la 20 tahun akan datang orhang akan panggil the jedi master of cartoon.... agak-agak lopeh nie buek somban dalam kartun plak ok x?

Denanz ... said...

gayour, hari apa ada kat tempat pameran. ingat nak gi tengok & nak jumpa skali. lama tak jumpa.

gayour said...

_q
boleh la cadang an kek sapo-sapo yang bekenaan ke seghomban kalo nak buek pameran SEGHOMBAN DALAM KARTUN. den buleh yo.

denanz
tak tau la bila ada masa nak ke sana.

Ungku Nor said...

kalau berkesempatan, nak pi amek gambar dengan abang nye lukisan tu.

nak amek gambar dengan abang..takkan dapek punyo laa!!

ehehehe

gayour said...

ungku nor
tak dapek amik gamba besama, amik gamba dengan lukisan yo la ungku oi. heh!

eddie dewanaga said...

''...nak amek gambar dengan abang..takkan dapek punyo laa!!''
-ungku nor

**hahaha...
abisla pc gua kena bakar dgn kak Ungku karang.



bro gayour,
encik tazidi tu punya misai dah mcm tony iommi dah...

''My life was empty forever on a down
Until you took me showed me around
My life is free now, my life is clear
I love you sweet leaf - though you can't hear''


-sweet leaf... Black Sabbath
(Master Of Reality 1971)

Come on now - try it out

Jorji said...

apo tak koba an marin? ni dah langsung!
eden nak poie waktu pembukaan baru best.den nak jumpo yo Tuan Haji Zainal tu..kartun Wak Punk dgn sport cars dan awek hot dia,,den ingat laie...den baco gilo2 marin..bilo abg gayor sobut namo2 tu semua..teringat balik majalah tu..

nway..eden raso,abg gayor pun dah masuk kategory legend jugak la.

nway..gua nak ambik gambar gak dgn lu dan semua kartunis hebat lain!

faizalmukhtar said...

apa cerita pakai tie leher? ...dah macam kumpulan modern talking gua tengok?!

saracocohoney said...

Gayour dan padi dari sudut pandangan belakang sungguh menyeramkan...har..har..har...

Bro, jom la join kitorg nye Majlis berbuke pose kat Rumah Solehah... tu pun kalo pose la...he..he... gurau yo! Anyway, kalo bro nak join bleh contact ina occay!

gayour said...

eddie dewanaga
bukan cam encik tommi iomi tapi ramai yang kata rupe beliau cam datuk K. haha!

j or ji
ada masa laie kalo lu nak poie tengok.

faizalmukhtar
modern talking mengingatkan gua pada kisah2 zaman purba masa lepak kat Bahau dulu. harharhar!

tie tu hadiah dari brader kartekana. amik hati punyer pasal, gua pakai la.

u're my heart u're my soul. aww!

saracocohoney
dah dapat jemputan tapi tak dapat nak join la plak. ARGHHH!

Q said...

nanti la den mintak budak-budak nie khitiar kan.... kok dapek.... x dapek lukih katun soghomban dah la...

Anonymous said...

Gua dah poie nengok pameran2 nih...secara solo lagik...ahak's...Gua suko tengok kartun

gayour said...

_q
ekau usaho an la mano yang buleh jang oi.

mr amin
terima kasih kerana encik berani pegi sorang-sorang. syabas!

Anonymous said...

your...

jumpe lepas raya la camne??
tengok macam bro pun takde masa sangat..sama gak macam gua nih?
ahaks..

gayour said...

shuji okishima
uikz! lu dah menyamar jadi orang jepun plak? lantak kek kau la jang!
yeah! memang sibuk tak ingat cam lu gak. InsyAllah, boleh la jumpe lepas raya shuji san.

thunder in the east

azhar said...

aduh!

camna leh miss nih!...

musti best lepak sama otai kartunis Malaysia nih!

gayour said...

azhar
tak apo, lain kali, lain maso buleh jumpo!