Tuesday, October 14, 2008

MOVE TO THE ....

PINDAH OI! PINDAHHHH!
15 SYAWAL 1429H - 15 OKT 2008

Hari tu beberapa hari seblum mula becuti untuk sambutan Aidil Fitri, kitorang semua di jabatan editoral kat Karangkraf ni mendapat memo arahan dari Admin. Dept untuk bepindah. ARGHHHH! Pindah? Ni yang lomah kepalo lutut den ni. Pindah tempat dan say gudbuy pada kubical. Pindah tu tak kisah, nak mengangkat barang-barang yang memerlukan lori treler 18 tayar tu yang jadi masalah! Barang-barang gua memang banyak tak ingat. Sentiasa membiak beranak pinak. Tak tau la mana datang segala macam ‘sampah ‘ tu. Penuh kat atas meja. Kat bawah meja jangan cakap la. Kalo tikus masuk, sesat. Tak jumpe jalan kuar atau mati kebulur atau mati kena tindih! Gitu la dahsyatnye keadaan harta benda yang bejaya gua kumpul.

Cakap banyak tak guna. Buat patisyen bantahanpun tak guna.Pindah tetap kena pindah! Buat-buat la sedih nak tinggalkan wilayah jajahan gua ni. Rasanya hampir dua tahun atau lebih gua mengganas kat sini. Hari ni kena pindah la plak. Tak apo la jang oi, pindahpun pindah la. Sejak gua masuk bekeja kat Karangkraf, ni kali ke enam kena pindah tepat! Bukan gua saja, temasuk semua dalam department ilustrasi. Pindah randah kat Karangkraf adalah perkara rutin. Pasal tu jangan simpan/kumpul 'sampah sarap' banyak-banyak! Nak pindah senang.

Ni la 'syurga sampah sarap' gua! ARGHHH! Ni la pasal gua maleh sangat nak pindah randah. Banyak sangat harta nak dipungah. " Menyesal konon. Yang lu kutip segala sampah mak nenek apa hal? Jangan cakap banyak! Cepat kemaskan harta pusaka lu ni Gayour! Orang lain nak masuk kat tempat ni plak oi!" tegas orang Admin. Uuuu..uuu...

Dah lama duduk kat sini. Dah selesa, seronok dan syok. Biasa la tu kan. Bila kena pindah macam-macam bende yang difikirkan. "Kat mana. Best ker tempat baru tu?'' dan segala macam lagi. Kalo boleh nak tempat yang best-best jer. Tu la dalam kepala hotak bejambul kebanyakan kita bila kena pindah. Tak kira la kena pindah apapun.

Dengan berat hati, rasa, perasaan... gua mula mengangkat satu-satu harta untuk bepindah temasuk harta benda tahap sampah! Angkut semua, jangan tinggalkan walau sehelai kertas tisu yang telah digunakan atau habuk getah pemadam! Masa gua nak mula start mengangkat ni, ada kengkawan lain dah siap pindahpun.

Kengkawan lain hanya mengambil masa kurang dua jam atau kurang lagi untuk siap pindah dan boleh start kerje! Tapi gua, seperti yang gua kata tadi memerlukan lori treller 18 tayar dalam proses pindah randah ni. Mula dari masuk pukul 8.15 ( bulan puasa kitaorang mula kerja pukul 8.15 pagi ) pagi sampai ke waktu rehat pukul 1.00 petang gua memunggah dengan bantuan buruh paksaanpun tak siap lagi. Hanya siap 98% . Adoi ponek eh lak haiii! Ghaso nak patah pinggang den tebongkok-bongkok susun barang bawah mejo! ARGHHH!

Ni la tempat baru kitorang department ilustrasi. Warna pink lagi gitu! HEH! Orang lain semua dah siap pindah, tapi gua masih memulas staring treller memunggah harta pusaka gua.

Tempat baru kitorang ni dulunya adalah tempat department photo dan IT. Diorang kena pindah mengikut angin yang berhembus ke mana ntah. Kitorang masuk ke sini.Tempat kitorang berada ditepi jalan utama ke Ultimate Print kat department editorial ni. Ia gak berhampiran dengan studio grafik, studio amik gambo Yusof Osman ( YO ) dan studio amik gambo Kartekana. Sekarang ini adalah wilayah jajahan kitorang!

Masa gua kemas-kemas, jumpa la segala macam mak nenek ontah apo-apo ntah! Patut la penuh, sesak, senak, sempit, betimbun, melambak segala macam harta kat atas dan bawah meja gua. Kebanyakan adalah hadiah/cenderahati dari kolej, universiti, sekolah, jabatan itu ini, blablablaa…. yang penah menjemput gua. Patut la semak samun! Ada yang masih tak bukak lagi balutan kertas hadiahnya. ARGHHHH! Gua jenis yang menerima dan menyimpan apa yang orang bagi. Kira menghargai la kononnye. Banyak sangat, tu yang tak sempat nak bukak/tengok. Tu tak temasuk harta pusaka gua sendiri seperti kertas, majalah, CD, kaset ( yeah! gua adalah pengumpul tegar kaset band2 old skool sejak sekian lamanya!), kertas, komik, kertas, majalah, sampah, buku lakaran, pen, pensil, brush, sampah, pemadam,majalah,botol warna, sampah, botol dakwat, botol air, cawan, sudu dan garpu yang telah digunakan, habuk pemadam, sampah sarap, sisa mekanikal pensil, pembalut gula-gula, tisu yang telah digunakan dan segala macam ‘sampah’ lagi… Kerja mengemas blum habih lagi ni. Saja menghiburkan hati buat-buat minam ( minum ) gaya brutal di bulan puasa.

Lupa nak cakap, kitorang diarahkan bepindah randah pada hari Khamis bersamaan 25 Ramadhan 1429 – 25 Sept 2008 yang lalu. Pindah dalam bulan puasa. Alaa… macam la teruk sangat kan? Orang lain lagi teruk. Yeah! Yeahh! Barang orang lain lagi banyak dari barang gua. Mula rasa cam tak best jer tempat ni, tapi bila ramai mula menyedari tempat kitorang ni adalah laluan utama awek-awek model yang tegedik-gedik on the way nak shooting kat studio YO atau Kartekana. Semangat sket. HEH! Ni la tempat baru gua sekarang. OK ker? Nampak bersih sangat. Rimas gua tengok! Nakot nak duduk. HEH!

Sebagai kartunis gua rasa kureng selesa dengan tempat baru ni pasal kureng selesa nak melukis. Pantang ada model cun lalu, kepala gua dengan automatik akan terangkat sendiri melihat siapa yang lalu. Itu la masalahnye! Bukan gua sorang jer menghadapi masalah ni, semua sobat kat department ilustrasi turut menghadapi masalah kritikal ni.Hilang akal dan tumpuan nak melukis. ARGHHHH!

Bukan tu, masalah utama gua sebenarnya adalah tidak selesa untuk melukis bila semua yang lalu menjeling-jeling melihat apa yang gua lukis ( seni sangat la kononnye… HEH! ). Ah, lantak la!


MOVE TO THE CITY
Guns N' Roses

You pack your bags
And you move to the city
There's somethin' missin' here at home
You fix your hair
And you're lookin' real pretty
It's time to get it out on your own
You're always fightin'
With your mama and you papa
Your family life is one big pain!
When you, you gonna move to the city?
Into the city where it all began

You gotta move, You gotta move
Ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma
Time you gotta move

You stole your mama's car
And your daddy's plastic credit card
You're sixteen and you can't get a job
You're not goin' very far
You're always ridin'
With the teachers and the police
This life is much too insane!
When you, you gonna move to the city?
Into the city where it all began

You gotta move, You gotta move
Ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma,ma....

37 comments:

RY said...

mak aih...

tu tandanya org tu rajin buat keje kan? xde mase nak ngemas meja...

hihi

baru jumpa blog lu n tibe2 teringat zaman gelihati/gelagat/ujang/gila2 dolu2...heh

salam perkenalan!!

gayour said...

razor
haha! baru lu tau betapa rajinnye gua! rajin buat keje punye pasal la tempat gua jadi cam tempat pengumpulan dan pelupusan sampah seluruh kawasan shah alam!

gelihati?
yeah! tu tempat bermulanya kerjaya gua hingga ke hari ini.
syabas kerana bejaya jumpa dengan blog gua ni. selamat datang dan salam diterima.

Anonymous said...

assalamualaikum encik gayour...
humang aiii...
lawa nyo ghoman petak kojo encik.

selamat berpindah encik...
jangan lak tertinggal ideo-ideo karya encik yang harum mewangi tu.

gayour said...

dimar
waalaikumsalam
baru ekau tau ghupo mejo tompek kojo den. tupun pueh den komeh hari-hari. komeh pagi, tongahari den nak cari pensil dah tak jumpo. harhar!

eddie dewanaga said...

lakonan babak minum tu ok lagi bro,
tapi botol tu yg bisa mengundang kontroversi & spekulasi jahat sekeliling... nak kata botol kicap, bukan, botol kepunyaan encik Johnny Walker atau encik Jack Daniel jauh skali, adakah buatan tempatan..??

hahaha... gurau2 raya beb...

**kalau rajin, Oops..!
kalau berani, pegi la layan video
Kreator kat tempat gua bro...
kalau berani la...

Anonymous said...

tompek lamo tu serabut mcm rambut encik gayour kalo tak berikat. tompek baru tu lak kemas sket mcm rambut encik gayour kono ikat.
tu la bezonyo. tmpt baru tu kaler pink lak comel mcm encik gayour pakai baju kaler putih yg den suko.
timo kasih la menghapdet. selero sket den nak mkn kotupek ni.
yg bener sekali lagi,
miss bunge ros kering.

gayour said...

eddie dewanaga
hahahar!
gua dah agak dah. mesti kontroversi dan jadi fitnah punyer. tak apa.
" biar saja angin itu terus berlalu..."

kreator?
lagu winter martyrium atau brainseed? okey. nanti gua layan.

some pain will last
last forever!

gayour said...

anonymous@miss bunge ros kering
sekarang ni dah mulo serabut sikit-sikit. baru semangat nak buek kojo. HEH!

ekau ni asyik makan ketupek yo. bak la sikit!

Anonymous said...

baru la kartunis namanya kalo meja berserabut har har har

O said...

memule, salam pekenalan dari bOnda!

wah! banyak betul khazanah en.gayOur kat Opis yO? kalO panggil eric leOng pun sure tumbuh balik rambut dia dengan selebat lebatnye!mOekekekekkk..

sama macam en.razOr, pestaim jumpa blOg en.gayOur nih dan tingat balik zaman skOlah dulu..tak ketinggalan sungguh beli majalah ujang!laani banyak buku pasal alam rumahtangga, masak2 dgn buku 'my fist ABC' la plak..kui kui kui tapi still beli lagi ujang..

pssttt..x-change link jOm?!

gayour said...

nama saya afif
gua cuba nak kemas tapi macam tak kemas. hilang akal dibuatnye! ARGHHHHHHHHHHH!

bonda
memule, salam pekenalan diterima.
syabas kerana jumpa gak blog yang best ni. HEH!

sekarang gua lukis kartun kat majalah G3. checkitdaut mama!

RY said...

datang balik..

hihi..

tapi kan korang, dulu aku ikut si gayour ni dari zaman gelihati. haha..zaman jakpa tonggek bawak vespa tu lagi tau...duk ceruk kg kat tganu tapi selalu baca kartun ada lukisan gayour pasal slash dan kawannya. yg rambut mcm gayour. rebut awek pinggang ramping pakai kebaya ketat. rambut pun mcm tu jugak. alamak rindu la beb.. semua mag dolu2 mak aku dah bakar...

skang dah tak beli mag2 ni. dah takde mase nak membaca. suratkhabar pun main belek2 je...hihi

esoklusa.blogspot.com

gayour said...

razor
slash mengorat awek cun bebaju kebaya ketat? feweeeet!

kini semua telah tiada
yang tinggal hanya la kenangan...

tq kerana enjoy dengan gelihati dan karya gua pada zaman purba dulu.

Anonymous said...

haa tu deh.mejo tak hengat punyo sondat.kalah kebayo sondat.tak buleh boghi an mejo bosa2 kek kau.

seb baek bersama selamanya ado gambar danzig kepalo kobau tu.buleh pakai la somak eh kalo nak kiro lawa artwork kau(memg poning ayat den ni,xyah baco balik)

haha.kau pnyo artwork zaman2 mainstream ni buat poster2 slash/danzig/defleppard/maiden/megadeth lagi ka?ko dah minimize to gmbr2 awek2 cun yo.?

Ungku Nor said...

bang,
gambar aweks pakai uniform bank tabung gajah yang batik kaler biru tu..ada jumpa tak??

camtu na abang nyimpan barang. konfem dah kena gheban gambar unibers yang berkenaan kan? kaann??
apo la abang nih..hehehehe ;p

Anonymous said...

Ooo ... lu keje kat karangkraf ... hehehe, wa baru ingat mggu depan nak pi alaf jumpa editor kat sana ...

gayour said...

lutfie
haduihhh! apo yang kau mengarut ni jang. poning palo den!

awek cun totap den lukih dengan semangat. heh!

ungku nor
ontah la... mano ntah den lotak an gambo awek tabung gajah tu. maso komeh-komeh tu tak jumpo plak. dah kono makan kek tikuih agak eh. takpun lotak kek tompek lain. tu yang tak jumpo kek bawah mejo tu.

tak apo la. nanti den chari kek tompek lain. tompek simpanan harta pusako den banyak. heh!

serunai faqir
kalo senang bleh la singgah kat karangkraf.

alif-mikail said...

haduh...
koi memang peminat bro! semoga sukses selalu..

faizalmukhtar said...

tu confirm, komik gua dalam 2-3 papan ada lagi yang tak pulang tuuu....

chaisss! bedebah. bikin pesaka.

Denanz ... said...

tompeh baru, somangat pun baru. lobih2 laie ado lak model cun lalu kek sobolah. humang haii. jangan tak solosai kojo dah le, yo! hehe.

gayour said...

alif-mikail
timo kasih kerana aeok minat kat kartun koi. HOH!

faizalmukhtar
harharhar! nasib la kan...

denanz
tu la masalah den paling kritikal sekarang ni. tu lalu lagi dua tiga orang model. tegedik-gedik! haduihhh...

mrblind said...

wah..kartunis pon ada blog erk..apa citer bersama selamanya..rindu sama mat tepet..

http://mrblind.blogspot.com

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

selamat berpindah yer?

hehehe...

nampak rajin tuh...

alamak..minat sungguh den dengan bro~

rambut tu...mak aii...

maintain jer...

gayour said...

mrblind
kita tetap BERSAMA SELAMANYA walau kisah tu dah lama berlalu...

zara
the most beautiful curly long hair in the world!
heh!

terima kasih kerana sudi singgah.

Anonymous said...

Insya-Allah selasa depan gua pi alaf21, kalau ada kesempatan gua singgah tempat lu, eh nnt gua cakap nak jumpa Gayour ke, ke dia org panggey lu nama lain aaa? hehehe, karang gua cakap nk jumpa Gayour, dia org tak tau lakksss ... hehehe

Anonymous said...

soklan cepumas...
naper kipas tu letak bawah meja?

azharjaafar said...

Botol samsu pun ado...

gayour said...

serunai faqir
sebut jer nama gua... mesti diorang menggigil. heh!

thefourhorsemen
kipas tu bukan gua yang punyer. orang letak kat tempat gua, pas tu tak ngaku. gua angkut jer. tu yang tak tau mana nak letak. tapi kalo ada masalah aircon, kipas hikmat tu sangat membantu. berangin dari bawah. rambut gua merebang beralun-alun. weeeee....

azharjaafar
ia minuman halal yang dihadiahkan oleh editor majalah PC yang dapat hamper hari raya setinggi satu meter!
"oi, Gayour! lu nak air ni tak?"

Unknown said...

gayour penah pegi rantau panjang tak?

gayour said...

niezam
pertanyaan ni benar-benar mendatangkan kemarahan! ARGHHHHH!

jawapannye... tak penah pegi lagi abe. uuuu...uuu...

EYA ZAMANI ZAITEE said...

salam rindu hihi bukan kat abg gayour tp kat karya abg hihi ..btahun kita cari br arini ketemu ..nati kirim salam amar ya x tau mati ke hidup lg ...sedih2 ..klau mati hidup kan balik watak dia k ..tq sbb lahir kan ilmu yg x de pa org lain ..:) hidup bsama slamanya

gayour said...

eya zaitee zamri
usaha tangga kejayaan. akhirnya bejaya gak usaha gigih cik eya menjumpai blog gua ni. syabas!
kita akan tetap BERSAMA SELAMANYA walau kisah itu telah lama berlalu. terima kasih kerana pernah meminati kisah bersama selamanya.

Anonymous said...

Askm gayour,

Saya berminat untuk beli koleksi "Bersama-selamanya" dah cuba klik pada hyperlink untuk beli komik kat page u tapi linktu dah xbley pakai.

Thank you in advance dan I just have to say this, I am really great admirer of your work and pray that u akan terus menghasilkan karya-karya yang hebat dan bagus in the future.

gayour said...

en kamal
waalaikumsalam
koleksi bersama selamanya memang dah tak ada lagi. dah pupus! ia bukan diterbitkan oleh karangkraf.
yang ada hanya buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. kalo lu beminat nak beli, boleh oder trus dari alaf 21

www.alaf21.com.my

masalah apekebende ntah kat link online kat page gua ni. sori.

terima kasih atas doa en.kamal pada saya. amin. moga en.kamal sihat, bahagia, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

saracocohoney said...

mak aih! banyaknye barang...

moga2 tempat baru banyak ong dan sumber ilham...

gayour said...

saracocohoney
hari2 tengok awek dan model cun tegedik2 lalu kat tempat baru skang ni. heh!

Anonymous said...

hye bro...
hope bro chat oke..
hurm..
da lame xjm bro..
last jmp pn time kat penang last year..
time tu de perasmian blog animasi tu..
egt lg x...
huhuw...





mukadimah mmg sgt2 pnjg...
tp cume nak ckp...
tmpt bro tu mmg bley jd ghuma tok kucen2 i tidow..
gyler bsepah kn...
huhuw...
tgkatkn kerajinan anda tok mengemas oke...







heheheheehehe..