Saturday, November 29, 2008

SUPERHERO 11

MALAYSIAN SUPERHERO
01 ZULHIJJAH 1429 HIJRAH - 29 NOVEMBERAIN 2008

Ni bahagia kedua MALAYSIAN SUPERHERO seperti yang dijanjikan walau lambat nak mampus! Gua tak tau sama ada gua patut atau tak mintak maaf atas kelewatan ni. Patut ke? Tugasan gua tidak membenarkan gua menghadap komputer dan update blog hari-hari walau komputer ada depan mata. Pasal tu la banyak bahan-bahan yang telah betaraf fosil gua uploadkan. Tu kira update la tu walau dah jadi fosil. Gua cuba gak nak update selalu walau tak hari-hari, tapi tak boleh. Tak ada feel kalo tegesa-gesa. Lagipun ini bukanlah keutamaan. Ayuh kita ZASSS! tengok bahagian kedua kisah penciptaan MALAYSIAN SUPERHERO oleh pelajar-pelajar dari fakulti Art & Design UITM. Up up and enjoy!

Kumpulan yang ke lima. Ke lima ker? Bukan la. Ni giliran kumpulan yang ke empat plak untuk buat persembahan dengan adiwira ciptaan diorang yang dinamakan TANGGAL. Adiwira zaman purba. Kalo kumpulan lain menyewa model dalam persembahan diorang, tapi kumpulan ni menggunakan ahli kumpulan sendiri untuk jadi model TANGGAL yang lengkap dengan perisai dan senjata lembing. Biasak la tak cukup bajet. HEH! Sangat menarik melihat sedikit gimik aksi dari model TANGGAL menjerit sebagai permulaan persembahan. Gua memang nanti-nantikan aksi dalam persembahan diorang. Terutama yang membawa model adiwira sekali.

Buat la apa-apa aksi. Jangan la bediri kaku dan sengeh-sengeh jer! Ni kan watak superhero. Belasah! Origin watak ni tak la berapa menarik atau luar biasa sangat. Punca kekuatannya berasal dari rantai yang dipakai dan bersenjatakan lembing dan perisai. Costumepun kurang menarik. Terlalu biasa. Tak ada kelainan atau identiti kuat sebagai seorang adiwira. Apapun diorang tetap memberikan pesembahan yang baik temasuk dengan ciptaan produk pemasaran yang tak kurang menariknya. Walau adiwira diorang ni dari zaman purba, ia satu usaha yang menarik. Ni dia adiwira TANGGAL bersedia untuk menendang bontot dan menghapuskan kejahatan!

Bila sains, teknologi dan kuasa mistik bersatu maka lahir la satu adiwira generasi baru yang mempunyai kuasa luar biasa hebat demi kebaikan manusia sejagat. DR.X melangkah bergaya dengan aksinya sebagai pelengkap pesembahan kumpulan yang ke lima pada petang ni. DR.X, seorang pakar forensik yang mampu melihat sistem saraf manusia dan melumpuhkan sistem saraf seseorang dengan Libasan Halunisasi ! Itu antara kehebatan adiwira DR.X. Kuasa DR.X berpunca dari batu delima yang melekat di atas tapak tangan kanannya. Kira hebat gak adiwira ciptaan diorang ni.

Cover komik DR.X yang diorang buat sebagai bahan persembahan. Sebagai doktor pakar, DR.X mengekalkan pakaian/costume seorang doctor. Hanya ditambah dengan kasut but Bila menjadi DR.X, urat merah akan timbul di lengan kanan dan urat X di muka.

Proses transform menjadi DR.X dan membelasah musuh dalam komik diorang! Lihat aksi DR.X yang sungguh bergaya hebat! Mungkin sobat akan bekata, " Ceh! apa la cipta superhero cam ni?!" Bila Stan Lee mencipta The Incredible Hulk, raksaksa gilo dalam diri seorang doktor yang hanya tahu mengamuk ilang akal kerana kesilapan ujikaji sains, semua bedarah idung dan bekata, " Whoaaa! cool. Cam ni baru superhero!" Tapi bila orang kita mencipta superhero cam ni... " apa la.."

Selain komik, diorang turut mempersembahkan bahan-bahan untuk pemasaran produk mereka. Rajin tul diorang ni. Tengok tu, ada pensil warna gambo DR.X sedang mengamuk! Gambo DR.X ni kureng sesuey untuk produk kanak-kanak. Nampak terlalu brutal. Tapi kalo watak superhero dari U.S sedang belasah musuhnya sampai bekecai otak dijadikan gambo hiasan kat kotak pensil atau kotak pensil warna tak apa. Tu dikira hebat! Kalo orang kita buat. Tak boleh. Apa la buat cam ni! Ada kotak pensil dan yang paling best ada coklet. Yang kecik-kecik tu bukan pemadam ya. Tu coklat tu. Yummy! Yummy!


Kumpulan seterusnya masuk dan trus bagi kitorang dengan bahan persembahan diorang ni. Poster, sticker, button badge, tiket wayang dan komik adiwira BELANG! Ini la antara produk pemasaran diorang. Kan main lagi kumpulan ni. Muncul dengan model adiwira ciptaan diorang dengan costume yang sungguh hebat dan terserlah sebagai seorang superhero! Ada sket pengaruh Batman pada watak ni dengan bag utiliti kat pinggangnya. Ada macam-macam dalam bag tu”, tegas tukang cerita kumpulan masa mempekenalkan BELANG pada juri.

Inlay komik BELANG. Memang menarik. Originnya sangat panjang kalo nak dikisahkan kat sini. Cukup la dikhabarkan ia mendapat kuasa dari rantai yang ‘dihadiahkan’ oleh seekor harimau. Harharhar! Lawak huh? Tapi itu la yang dikhabarkan. Beliau menjadi BELANG, adiwira bekuasa harimau yang membenteras kejahatan dengan ketangkasan, keberanian, kekuatan dan kukunya yang sedia untuk menyiat-nyiat musuh!

Ini dia BELANG, adiwira ciptaan kumpulan yang ke berapa ya? Korang kira la sendiri. Diorang mengambil/menggunakan harimau sebagai binatang yang menjadi lambang kekuatan, kehebatan dan harimau itu sendiri sebagai lambang yang digunakan oleh kerajaan negara kita temasuk skuad bolasepak kebangsaan yang kalah manjang walau melawan pasukan Persatuan Penampal Tayar Orang-Orang Tua Myanmar! Perhatikan garisan kuning di lengan baju BELANG dan kain samping yang menjadi ekor sang harimau bila BELANG beraksi melompat dari bangunan ke bangunan.

Poster dan standee BELANG yang sungguh menarik. Kumpulan lain hanya buat poster jer, tapi kumpulan ni siap buat standee sekali. Usaha yang hebat! Patut bagi markah lebih. HEH!

Tak cukup dengan komik, button badge, standee.... team BELANG mempersembahkan satu lagi produk pemasaran BELANG. Kotak bekas goreng pisang, karipap, maruku atau pop corn dan cawan kertas air sirap! Hebat! Kumpulan ni memang berusaha lebih. Gua dah bedengung nak bagi markah. ARGHHH!

Ayuh! Siapa yang nak lawan dengan gua? Silakan. Tapi seblum boleh lawan dengan gua, kena lawan dengan bodyguard kat sebelah ni dulu. HEH! BELANG ada di sini untuk mencakar belakang korang!

LANGSUIR adalah adiwira ciptaan kumpulan yang terakhir. LANGSUIR? Kenapa LANGSUIR, boleh cerita sket. Cam adiwira BELANG, panjang dan tragis sungguh origin adiwira ni kalo nak dikisahkan pada semua. Ceritapun tak guna. Tak payah cite la ya. Ni bukan projek akhir korang tapi projek akhir diorang ni. HEH! Yang kita tahu, LANGSUIR atau PONTIANAK biasanye orang perempuan. Tapi kumpulan ni memberikan kita adiwira LANGSUIR version lelaki! Berani! Eeee... nakotnye!

Ada yang panggil LANGSUIR, ada yang gelar PONTIANAK. Adakah ia sama? Yang kita tahu pasal LANGSUIR ni ialah salah satu hantu setan gondol yang sangat popular kat nusantara sebelah kita. Yang paling popular sekali adalah cik PONTIANAK. Hantu setan ni sangat rapat dalam kehidupan kita masyarakat Melayu sejak dari zaman dahulu. Kita hidup di kelilingi hantu setan. Kat pokok tu ada Pontianak. Kat busut tu ada penunggu, kat perigi buta tu ada jembalang, kat rumah tinggal tu ada mambang kuning, kat bukit tu ada pocong, kat jembatan tu ada jin pakai tonjet! Ini la satu-satunya watak ‘gelap’ yang dijadikan superhero/adiwira dalam banyak-banyak adiwira ciptaan kumpulan lain. Superhero gelap begini banyak dicipta di barat. Batman adalah yang paling popular. Selain tu ada The Darkness, Vampirella, Crimson, Blade dan banyak lagi temasuk karekter yang melibatkan syurga neraka seperti Spawn dan Hell Boy. Korang akan bedarah idung dan bekata "cool" pada superhero ciptaan barat ni. Apa saja yang diorang buat betul, hebat, menarik, kreatif blablablaaa... bila orang kita buat...."ceh! apa la!"

Aduuuu… penatnye! Tugasan ni benar-benar memenatkan kepala hotak. Ia tak semudah yang disangka. Kena plak ia bekaitan dengan keputusan peperiksaan. Adoii laa! Kena bagi markah yang betul dan sepatutnya diorang dapat dari segala yang dipersembahkan tadi. Setelah selesai, semua student dipanggil untuk mendengar sedikit teguran, tips dan nasihat apa yang patut dari juri. Tak tau apa yang gua cakap. Maklum la ilmu tak banyak. Gua tak bepeluang belajar di mana-mana universiti seperti korang.

Masa juri mana ntah memberi komen, teguran blablablaa.... gua posing amik gambo dengan adiwira serikandi. Tak tau gaya apa nak buat. Belasah jer la!

Bersama adiwira plak.

Kartunis Aie menjadi sangat pemurah pada petang ni. Beliau datang membawa bersama poster siri novel grafik AKU DAN SESUATUnya besar tahap daun pintu untuk diberi pada semua pelajar serikandi dan adiwira Fakulti Teknologi Percetakan ni.

Gua ofer diri untuk bagi/sampaikan poster tu sebagai hadiah pada semua. Yang tu ialah model BELANG yang telah menukar pakaian atau cuti kejab jadi adiwira BELANG. Kalo ada sapa-sapa dalam kesusahan dan mintak tolong masa ni, sila mintak tolong kat adiwira yang lain ya. Encik BELANG sedang beratur nak amik hadiah. Mana nak dapat poster ni. Tahap rare cam sang belang gak ni!

Jangan tak berebut! Sila berebut! Jangan bagi chance pada yang lain. Ni la masa nak berebut. Jangan ingat kitorang tak nak beseronok berebut-rebut! Jangan ingat yang lain. Pentingkan diri sendiri dulu. Nasib la, sapa ganas, kejam, brutal dan tak behati perut dapat la. Kalo lemah longlai, jadi mangsa pijakan jer la! YEAHOOOO!

Selain poster, Aie turut membawa tiga buah buku AKU DAN SESUATU #01 untuk dihadiahkan pada tiga orang yang bertuah. Siapa ya yang betuah dapat buku pertama siri novel grafik Aie ni. Cam poster, buku ni gak dah tahap rare. Mana nak jumpe/cari atau beli? Beliau dengan kembang lobang idung ingin menghadiahkannya pada siapa yaa….? Tiga orang yang bernasib baik dalam ketagori memasing telah mendapat buku ini. Roy sedang menyampaikan buku yang petama pada penasib baik yang petama. Ketagori apa yang cik ni menang? Lantak la. Syabas! Interframe pertama gua. HEH!

Gua ingat yang ni. Beliau adalah tukang cakap untuk watak serikandi adiwira NYEMAH MULYA. HEH! “Mana model NYEMAH MULYA tadi?” tanye gua. “ Dah blah!” tegas beliau. Uuu…uuu.. “bagi poster ni kat beliau ya” menurut gua. Aie sedang senyum sampai ke telinga masa menyampaikan bukunya pada cik ( apa ke nama beliau ni? ) yang memenangi ketagori Penyampaian Terbaik. Tahniah. Interframe pertama gua. HEH!

Pemandangan biasa. Tak ada yang luar biasa, sesi sain autograph. Sejak gua jadi kartunis sepenuh masa/profesional, sesi cam ni adalah tanggungjawap atau tugas. Ia bukan perkara main-main. Ia perlu dilaksanakan walau penat tak ingat! Peminat/pembaca inginkan tandatangan dan lukisan kartun kerana gua seorang kartunis. Ada gak yang nak amik gamba besama. Sila berebut! Sila berebut!

Alhamdulillah, semua berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih pada semua student atas persembahan yang hebat. Moga bejaya. Pengalaman yang sangat menarik. Mungkin suatu masa nanti akan lahir watak-watak adiwira superhero tanahair yang boleh besaing atau lebih hebat dan menarik lagi dari buatan U.S atau Jepun! Bila? Ia memerlukan usaha, kerjasama dan semangat yang kuat dari semua pihak. Ia bukan kerja yang main-main kerana masih terlalu ramai rakyat BolehLand yang beranggapan melukis kartun, komik atau animasi ni kerja main-main!

Selamat bejaya pada semua pelajar.

Korang teka la yang mana satu Faizal Mukhtar, Roy, Pekin dan Aie kat gambo tu . Tak kan nak senang je! HEH!


ada satu cerita pasal superhero ni. ada sorang sobat ( kartunis gak ) becerita pada gua masa kitorang besembang pasal animasi superman kat TV pada zaman batu dulu. menurut beliau, " gua ingatkan superman tu kata AH AH UNDERWARE ! masa beliau mula nak tebang tu, hari ni baru gua tau beliau kata UP UP AND AWAY! rupenye". KUI! KUI! KUI! nak nasihatkan beliau dah tua dah. entah la...


terima kasih kerana masih sudi singgah menjenguk blog gua ni



maaf banyak-banyak

ah ah underware!



41 comments:

faizalmukhtar said...

syabas Gayour!

sudah tiba masanya lu hidupkan semula watak superhero lu yang dah kepam tu!!! nak sebut kang... spoiler pulak??!!

ah! belasah : WHERE IS THE PORONG!!?

gayour said...

faizalmukhtar
porong pasti akan muncul untuk menumbuk perut boy scout!

nantikan!

har fragin har!

Kalamtimur said...

hahaha PORONG? kalau kat sining, yang muka dan kelakuan buruk gitu

gayour said...

kalamtimur
hah! sesuai sangat la maksud nama PORONG dengan karekter anti hero saya tu cikgu.

Kalamtimur said...

"..ada satu cerita pasal superhero ni. ada sorang sobat ( kartunis gak ) becerita pada gua masa kitorang besembang pasal animasi superman kat TV pada zaman batu dulu. menurut beliau, "gua ingatkan superman tu kata AH AH UNDERWARE ! masa beliau mula nak tebang tu, hari ni baru gua tau beliau kata UP UP AND AWAY! rupenye". KUI! KUI! KUI! "

part ni yang kelakor Hua Hua Hua. cerita refresh....

gayour said...

kalamtimur
tu blum lagi beliau cite pasal origin superman pakai underware kat luar. harharhar!

matakucing said...

uih susah gak eh nak reka cipta adiwira baru..hehehe jenuh pala nak pikior nyer..dasat2 gak idea dorang

hans said...

hero tanggal tu macam cicak man
haha
janji nyemah mulia juga cun
wakakka

gayour said...

matakucing
catwomen dah ada, mungkin boleh cipta adiwira LELAKI KUCING atau MATA KUCING plak.

gayour said...

hans
nak buat cane. kumpulan tu miskin sket. tak mampu nak sewa model yang lebih incredible hulk. tapi okey la tu. go tanggalll... belasah! jangan tanggal seluar dah! harharhar!

Kalamtimur said...

sib baek tak bagi nama PENANGGAL ke...jenuh cam citer seberang lak atau TANGGAL 31 HARI BULAN, BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUH...baru patriotik sket hua hua hua

gayour said...

kalamtimur
patriot? tu cam kapten amerika yang dah mampus kena tembak dalam komik tu cikgu. tak best langsung!

Anonymous said...

uiks tak sangka makin maju dah kita punya komik ni.. patut benda2 gini diperbanyakkan untuk di realese!!!

p/s: review gig War All The Time di Borneo kat http://tikamlidah.blogspot.com

gayour said...

jairo
ini la antara usaha yang dibuat untuk memaju dan mengembangkan industri komik tanahair.

war all the time?
aduuuu... penat la beperang sepanjang masa!

"I deal in pain.
All life I drain.
I dominate.
I seal your fate.
I deal in pain.
All life I drain.
Memories can't ignore,
Rise ghost of war!"

ghost of war
slayer

Anonymous said...

superhero malaya patut diketengahkan..nak-nak lagi dengan nama2 ala2 melayu seperti contoh:
1. melati rangers
2. super pak man
3. ultra mang kuk
4. ayam jantan
5. dan lain-lain lagi

nmn syabas ispektor syahab kpd en.gayour dan pelajar2 tersebut yg begitu inovatif cipta karektor sendiri..syabas bete

gayour said...

artlover
ayam jantan tu okey gak. ayam jantan kampung! pakaikan beliau topeng dengan balung dan taji kat kaki. phew! kalo kena taji tepat kat kening... menyembur darah!

kalo team 'battle ot the planet/getcha man' boleh gunakan burung, kenapa tak boleh ayam jantan?

kalo dah kalah besabung, semelih buat rendang makan dengan lomang atau goreng! emmm... yummy! yummmy!

hans said...

sapa yg menang gayour?
nyah mulia ke?
ehh nyemah mulia ke?
huhu

gayour said...

hans
tak boleh didedahkan. ia rahsia syarikat. HEH!

applepurple said...

huhu..fes taim masuk blog abg gayour nih! terimbas kembali zaman saya dr masa sekolah rendah smpai le sekolah menengah yg slalu le beli majalah ujang.. lawa seyh abg gayour lukih katun! skrg ni dh lama tak menengok komik2 katun nih..huhu..mengimbas kembali kenangan manis~ best3!!~

hans said...

rahsia la plak...
huhu
gayour...
bila mau masuk U lagi?
pigi la uitm melaka plak

gayour said...

applepurple
terima kasih kerana pernah meminati karya2 gua dan menjadi penyokong majalah humor tempatan.
moga sihat dan berjaya!

hans
kalo ada jemputan ke sana, insyAllah gua pasti akan datang. dapat masuk universiti lagi. yeahooooo!

Anonymous said...

ehem..ehem...
ala.. malas dah nak terang balik pasl lansuir tu.. tula.. tak memberi sepenuh perhatian... cek gayour rujukla balik sinopsis yang diberi..ha! mesti dah buang.. sedihnye..jantungku bagai dipanah oleh legoras lord of the ring..ombak..gemuruh..berdentum dihati kian pasrah..

Anonymous said...

ehem..ehem..
yang penting, langsuir yg hambo cipta itu adalah phlawan kegelapanla citenye.. sesungguhnya kegelapan itu terjadi pabila lampu ditutup.. ramai wanita takutkannya.. jangan takut.. tapi klu gelap2, terjumpe cek gayour baru pas mandi amat menakutkan.. bulu roman bleh gugur ke tanah..

I am a man who walks alone
And when Im walking a dark road
At night or strolling through the park

When the light begins to change
I sometimes feel a little strange
A little anxious when its dark

Fear of the dark, fear of the dark
I have a constant fear that someones always near
Fear of the dark, fear of the dark
I have a phobia that someones allways there

Have you run your fingers down the wall
And have you felt your neck skin crawl
When youre searching for the light?
Sometimes when youre scared to take a look
At the corner of the room
Youve sensed that somethings watching you

Have you ever been alone at night
Thought you heard footsteps behind
And turned around and no ones there?
And as you quicken up your pace
You find it hard to look again
Because youre sure theres someone there

Watching horror films the night before
Debating wiches and folklore
The unkown troubles on your mind
Maybe your mind is playing tricks
You sense and suddenly eyes fix
On dancing shadows from behind

Fear of the dark, fear of the dark
I have a constant fear that someones always near
Fear of the dark, fear of the dark
I have a phobia that someones allways there

When Im walking a dark road
I am a man who walkes alone

fear of the dark
iron maiden

gayour said...

anonymous
haha! rasin lu!

anonymous
gilo kau, maunye tak nakot! tengok hari siangpun dah nakot, lagi la kalo malam. uuu...uuuu...

Anonymous said...

ehem..ehem...
cubala cek gayour try baca hambo punye cherita tu..
itu first time hambo buat.. pastu cek gayour kasitau firasat cek gayour tntang langsuir hambo..

gayour said...

anonymous
buku cerita langsuir yang encik buat tu 'dirembat' oleh pensyarah encik. cam no gua nak baco. tak apo la, usaha encik dan kengkawan encik tu patut diucap syabas!

Nunn said...

oiiii ganazz superhero ni...hidup super hero

Anonymous said...

ehem..ehem..
ha'hah.. betui jugak.. ambo lupe yang ambo cetak satu je kitab masihi ambo tu..

kepelupaan ambo menjadi2.. cis.. kene cari akar tumbuh tumbuhan ni..

gayour said...

nun
superhero yang benar2 superhero biasanya mati muda!

only the good die young

anonymous
mari gua tumbuk perut lu sekali, mesti tak lupa dah lepas ni! haha!

Anonymous said...

ehem..ehem..
har har har! jimbalang lu cek gayour.. brani nak tumbuk perut gua..
perut gua six pad ketulan batu bata..
rasa lu!

gayour said...

anonymous
gua selalu belatih tumbuk batu bata. elok sangat la perut lu cam batu bata. boleh la gua belatih tumbuk perut lu saja. harharhar!

eddie dewanaga said...

belang tu ada potensi nak kedepan, however, still gua tak minat font nama yg tak begitu kreatif ni, dr. x pula klise utk supervillain kot, seangkatan joker, penguin atau the riddler..

apa2 pun juru cakap utk nyemah mulia tu cute la... rasa terpaut ati pulak... sesapa yg kenal tu, boleh la ym gua di...

dead_vocalist@yahoo.com

hehehe... promosi diri bro!

*jgn marah huh..

gayour said...

eddie dewanaga
pasal tu nama dalam bahasa inglis lebih banyak digunakan untuk superhero.

tu la bahayanye pandangan pertama. haha! silakan pada sapa3 nak ym dan bekenalan dengan encik naga.

"...dari kerana mata yang mempunyai kuasa.
ooo... aku tirgoda, aku tirgoda terkechewa
dari kerana mata yang mempunyai kuasa "

Anonymous said...

ehem..ehem..
chinta itu buta..

gayour said...

anonymous
mandai2 je encik tuduh cinta tu buta. apa bukti beliau buta. adakah kerana cinta tu tak kenal siapa, beliau boleh dituduh buta?

harharhar!

Anonymous said...

ehem...ehem..
tidak dapat dibuktikan kesahihannya..
kerana beliau tidak pergi jmpe doctor.. mungkin tiada kesedaran gamaknye..

buta mata..
tak nmpak jalan didunia..

lagu nasyid ape ntah...
lupa dah..
asyik lupe jerk!
ciss!!

gayour said...

anonymous
patut sangat gua tumbuk perut lu bagi hilang ingatan trus!

Anonymous said...

ehem..ehem..
harharhar!
tkpe.. nnti gua mkn kismis byk2..

gayour said...

anonymous
baru ingat nak makan kismis?
dah telambat dah!

BeMiE said...

bila la gua ni nak jadik superhero... BeMie HeRo... ngeh ngeh ngeh

gayour said...

bemie

" I don't want to be a superhero
Never really cared about society
I don't want to be a superhero
I don't care so don't call me
I dont want to be a superhero
Ohhhhhhhhhhhh.......
I dont want to be a superhero
Ohhhhhhhhhhhhhhhhh........"