Sunday, April 05, 2009

MINI KARNIVAL 09

MINI KARNIVAL 2009
10 Rabiulakhir 1430H - 06 April 2009

Pada 02 Rabiulawal - 04 Rabiulawal 1430 H - 27 Feb hingga 01 Mac 2009 zaman purba yang lalu, buat pertama kalinya MINI KARNIVAL Karangkraf 2009 telah dilangsungkan dengan jayanya diperkarangan pejabat urusan Karangkraf di Shah Alam. Pesta kecil-kecilan menjual terus majalah oleh editor, wartawan, grafik, kartunis, ilustrator pada semua penyokong, peminat, pembeli, pelanggan majalah keluaran Karangkraf dan pada semua pengujung MINI KARNIVAL 2009. Pesta ni dibuat khas untuk semua penyokong setia majalah terbitan Karangkraf selama ni. TQ.

Ni dia salah satu bunting MINI KARNIVAL 2009 kitorang. Karnival ni dibuat sebagai warm up seblum Pesta Buku 2009 pada bulan April ni kat PWTC. Dalam karnival ni, semua team majalah berusaha dan berkerjasama menjayakannya. Bermula dari setting hingga menghias gerai dan segala macam lagi. Dalam setiap khemah, empat buah majalah bekongsi tempat untuk mempromosi, menjual, buat lawak dan menjalankan segala aktiviti bersama pengujung.

Pagi Jumaat hari pertama MINI KARNIVAL. Mendengar sket taklimat dari Pengarah Urusan mengenai MINI KARNIVAL. Lepas ucapan ringkas, kita semua akan menyanyi. Masa ni semua orang sedang syok menyanyi dan membuat gerakan lagu feveret kitorang warga Karangkraf iaitu lagu "Demi Matahari". Gua plak sibuk amik gambo. Ontah la jang!

"... demi jiwa dan seluruh penyempurnaanya..."

Selain dari khemah jualan dan aktiviti, sebuah pentas mini juga turut disediakan. Kat pentas ni macam-macam aktiviti dijalankan. Masa petugas masih sibuk memasang dan menghias pentas, gua amik kesempatan buat pesembahan yang menimbulkan kemarahan semua orang terutama tukang hias pentas. Heh! “ cause i wanna be anarchyyyyyy!”

Ni buka MyVi gua. Kereta ni boleh jadi milik korang sekiranya menang. Yeah, menang! Kalo tak menang, cane nak dapat kereta ni. Macama mana nak menang? Susah gak. Korang kena kuar sket duit dengan melanggan mana-mana majalah kuaran Karangkraf. Mana boleh bagi kete ni cam tu jer. Lemak la! So lantak korang la nak melanggan atau tak. Kalo melanggan lagi la baik. Tapi tak semestinya korang akan menang myvi ni sekiranya melanggan. Nasib la kan.

Gua tak betugas pada hari pertama berlangsungnya MINI KARNIVAL. Hari pertama tolong hias gerai sket, pas tu sibuk amik gambo. Gua betugas pada hari ketiga ( hari ahad ) bersama encik Padi. Selain menjual majalah G3, gua gak menjual buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua. Ramai gak yang beli terus dari gua selain dari membeli kat gerai Alaf 21. Terima kasih. Oh, yeah! Gerai yang atas sekali tu bukan menjual produk Karangkraf ye. Diorang adalah jemputan khas dari Les Copaque Produktion yang membuat jualan cenderahati dan segala macam produk Les Copaque. Melompat-lompat anak-anak memaksa mak bapak membeli itu ini!

Tetamu undangan istimewa pada hari terakhir ni ialah encik IPIN dan UPIN. Memang huru hara keadaan bila kedua maskot karakter ni muncul. Belah pagi tadi sekali, belah petang ni kuar sekali lagi. Habih semua baik tua atau muda telompat-lompat nak begambo dengan Upin dan Ipin. Tak ketinggalan nak besalam dan peluk-peluk. Hey! Kan gua dah bagi tau hari tu. Dalam sarung tu ada orang. Syok giler la mamat dalam sarung tu dipeluk oleh awek cun! Lantak korang la. Yang penting enjoy!

Lawatan dari pertubuhan tak berdaftar yang diasas dan diketuai oleh kartunis A’an ( salah sorang kartunis majalah G3 ) iaitu Unregisted High School – UHS ke gerai kitorang. Oh, yeah! Kitorang bekongsi khemah dengan majalah Arena Bolasepak, Dara.com dan Remaja.

Pada Mini Karnival ni, pengunjung yang bertuah berpeluang untuk masuk ke dalam bangunan Karangkraf dan melawat di seluruh kawasan. Diorang dibawa oleh petugas dan diberi penerangan mengenai setiap tempat yang dilawat temasuk kilang pencetakan. Boleh tengok mesin cetak yang besar bagak! Habis penat melawat dan membeli, boleh duduk lepak berehat di tikar yang disediakan di bawah pohon rhu. Boleh makan, minum sambil gossip-gosip! Heh!

Bergambo dengan pembeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR masa diorang on the way nak balik. Terima kasi sudi datang ke Mini Karnival Karangkraf dan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membeli buku gua. Jangan simpan buku ni, guna dan manafaatkan beliau semaksimum yang boleh! Selamat Berjaya!

Heh! Yang ni plak bersama sorang bloger tegar! Gua kenal beliau melalui laman blog. Beliau adalah encik Serunai Faqir, seorang pemukul gendang silat, peniup serunai, novelis dan geng metal. Beliau datang untuk mempromosi, menjual dan menandatangani novel pertama beliau terbitan Alaf 21 yang berjodol MANTERA HITAM yang telah berada di pasaran untuk korang beli! Patut nak sambung sembang-sembang lagi, tapi beliau kena blah awal. Lain kali jer la ye

Ni dia novel MANTERA HITAM - sebuah novel fiksyen fantasi. Saudara Serunia Faqir ada kata kat gua “ bro kena dapatkan novel gua tu pasal gua ada mantion nama bro dalam tu!”. Beliau tulis nama gua GAYOUROCK kerana beliau adalah peminat kartun-kartun gua di zaman purba dahulu. TQ. Ayuh, semua peminat novel tanahair! Beli novel fiksyen fantasi MANTERA HITAM ni sebagai sokongan dan minat! Kata minat novel. Jangan cakap saja tapi tak buktikan! Sebenarnya sejak mula diterbitkan saudara Serunai Faqir dah paksa gua promotkan novel beliau kat blog gua. Sengaja gua lambat promotkan untuk membuatkan ia sentiasa ada promosi. Tak la hanya hebat promosi di awal penerbitan saja.

MANTERA HITAM… sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

Hebat!

Jumpa lagi di MINI KARNIVAL akan datang dan jumpa di Pesta Buku 2009 di PWTC. Terima kasih atas sokongan semua.


22 comments:

eddie dewanaga said...

bro.. baju melayu lawa beb, macam celoreng PLKN... hahaha...

"..is this the M.P.L.A. ?
is this the U.D.A. ?
is this the I.R.A. ?
I thought it was the U.S.A.,
or just another country...
(and other cunt-like tendencies)

cause I want to be anarchy,
cause I want to be...

Anarchy..!!!!
you know what I mean ?


- Megadeth 1988
So Far, So Good... So What?

snower.rewons said...

huhuh...frustnye...
time tu tak tua pun bro kat karangkraf..time tuh belom menjejaki bro gayour di mana.
hawa pegi mini karnival tuh tp masa first day, on friday tgh hari...ingat lg.sbb time tuh, si cael(media hiburan) tak g sbyg jumaat sbb die duty hari tu.wakaka...
die ajak g sana, leh jumpa die.hihihi...
kalula bro ade...beshnyeeeeeeee

gayour said...

eddie dewanaga
baju melayu yang cantik perlu dipakai ( bukan disimpan ) di hari jumaat kerana hari jumaat adalah hari raya pada setiap minggu. kita disunatkan bercantik-cantik di hari jumaat. heh!

" Of many ways to get what you want
I use the best, I use the rest
I use the enemy
I use anarchy

'Cause I want to be anarchy, it's the only way to be...."

nurhawa
harharhar! gua sedang melukis kat studio masa tu. memang tak betugas hari tu. dah dekat deathline.

deaf-angel said...

nice report, kalo ada peluang aku nak pegi ler karnival begini

cikceriacorner said...

salam..
abg gayour nmpak hensem la pakai bju melayu..
ala..sy x tau ada mini karnival tu..heheh..xpe la nanti bleh g yg kat pwtc kan..heheh

serun ai faqir said...

Gua rasa bro, gua lagi hensem lah dari lu dalam gambar tu ...akekeke...thanx for de promotion! Jumpa lu, gua blanja aaaa lu

gayour said...

deaf angel
gua nak promot pasal mini karnival ni kat blog gua, tapi sampai ke sudah tak sempat nak buat. apa yang sibuk tak tau la. entah la.

ez
yeah! panjang umur bleh jumpe kat pesta buku.

serunai faqir
jumpa lu, gua nyuruk! tapi kalo lu yang jumpe gua dulu, tak sempat la gua nak nyuruk. tepaksa la lu belanje gua. heh!

JOE said...

HAHAHA... gua datang tgk lu atdak poin bro??
pi toilet kot..
apa pon enjoy la mini karnival tu..tgk amang dok main bola sorang2..huhu..

gayour said...

brader joe
ekau datang hari apo? gua betugas hari ahad. elok la, lu tak jumpe gua, gua tak jumpe lu. haha! uuu...uuu..

Bihunsup said...

salam en bro gayour..
apsal gua tak jumpa lu itu ari.. gua tensen bro la... gua musykil apsal gua tak dapat jumpa lu.. hmmm...
pasal gua ada kat sabak bernam masa tu.. pastu lu ada kat karangkraf.. mana nak jumpa..
banyak2 gambo gua minat kat hadiah keta tu.. tapi tak jadik minat sobab keta myvi.. bagi la keta camry macam YB YB pakai tu.. apa klass myvi... penat je den beli majalah.. hihihi.. hina dia.. hina dia.. kikiki...
tapi gua suspen la gambo awek kat belakang tu.. alaaa gambo ekau bergambo ngan serunai faqir tu... kalau hadiah tu den nak.. hihihi...

berteromber said...

tak de planning nak buat kat jb ker?

boleh la kita beramah mesra..hua..hua..hua..

Ki To said...

Ampunkan patik guruku,syoknya kalau hmba dapek bertemu tuan guru,tapi hmba duduk jauh nun di nusantara..Bleh lah tuan guru ngajar dengan lebih mendalam cara melukis dengan sempurna.Hmba skrg tengah dok buat loose part.banyak-banyak.Kalau bleh nak try antor kat G3 & ujang.Harap ambo dapat memuaskan hati pembaco.Syok gak bila tengok orang gelak tengok karya kita eak tuan guru.

gayour said...

bihunsup
tu la pasal. awek? mana, mana?

berteromber
mini karnival ni dibuat kat karangkraf jer. orang johor kena turun ke shah alam untuk ke mini karnival ni. heh!

pungguk
diizinkan Allah, jumpe la kita nuuu.

JOE said...

bro gayour. w.pon tak jumpa lu..tapi wa tetap sambar buku lu satu beb. buku tu gua rasa amat berguna sangat pd gua yg masih hingusan lam menconteng2 ni.

Caiyok bro gayour !!! wa caya sama lu sampai kiaMAT..MAT..MAT..MATTT!!!

gayour said...

brader joe
terima kasih kerana membeli buku gua. jangan simpan, guna dan ambik manafaat darinya.

berseronok la masa melukis kartun!

blackpurple @ jowopinter said...

Cantik la baju melayu Johor bro'. Tempah mana bro'? Hehehe!

Jumpa di KLIBF nanti bro... :D

gayour said...

blackpurple
alaa... wak ni. jangan la puji lebih2. malu i tau. heh!

yeah! diizinkanNya, jumpe la kita di pesta buku.

hans said...

menyanyi ke gayour....
hujan x ari tu??
hahaha

eh novel tu macam best plak...

pandan said...

salam yo..lama tak nampak??

snower.rewons said...

yuhuuuu....(smbil ketuk pintu umah bro)
how r u?bile nak update blog nih lg?
agagaga...
one more thing, potret ammar mano?
agagaga....


take care bro...
me,
snower

Anonymous said...

akum, saya azwi dari penang, saya nak tanye kalu nak mintak en gayour lukis satu artwork untuk poster, album cover dan album artwork base on songs lyric mcm mane deal dia?

azwi@smartlab.com.my

gayour said...

hans
hujan turun dengan lebatnye belah petang/senja hari terakhir karnival tu.
jangan banyak songeh, pegi beli dan baca. pas tu baru tau best ker tak!

pandan
masa gua pegi surau, lu tak ada. masa lu pegi surau, gua plak tak datang. pasal tu la kita tak nampak sesama sendiri. harharhar!

tq sudi singgah ke blog gua.

nurhawa
nantikan saja poster tu. siap nanti gua bagi tau.

" all we need is just a little patience..."

anonymous@azwi
emelkan pada gua lirik dan segala yang bekaitan untuk gua tengok dulu.
tq

gayour@karangkraf.com.my